Monthly Archives: October 2011

Babi, Zina & Riba.

Masih ingat lagi ketika saya dalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh di kalangan kami yang si”polan” membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.

Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan “pasukan peninjau” dari pelbagai jabatan melawat ke tempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar.

Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di sesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.

Dari dulu hingga kini kita seringkali dikhabarkan dengan info bahawa banyak produk-produk harian yang kita guna mengandungi unsur babi. Begitu hebatnya kesedaran masyarakat melayu kita hinggakan semua aspek “kebabian” dijaga dan harus dielakkan dgn semutlak-mutlaknya.

Masyarakat melayu telah di”brainwash” dari kecil yang babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yg di “key in” ke dalam minda separuh sedar kita ini (melalui proses brainwash) menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier.

Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan di depan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dengan secepat yang mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu “tak boleh ikut jalan lain ke dan mcm2 lagi…” satu tindakan automatik minda separuh sedar.

Tetapi, di dalam Islam saya belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita sudah di”brainwash”, ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.

Apa yang pasti Allah berfirman “Janganlah kamu menghampiri ZINA“, jadi amat berat lagi zina berbanding babi hinggakan menghampirinya pun tidak boleh, tetapi disebabkan kita tidak di”brainwash” dari kecil yg pergaulan bebas lelaki dan wanita itu sebaik2nya dielakkan, maka apabila dewasa untuk membataskan sempadan pergaulan lelaki dan wanita yang mana kebarangkalian untuk menjurus ke arah zina itu amat tinggi amat sukar untuk di wujudkan.

Ditambah pula dengan generasi pemimpin2 sekarang yang rata2nya mendapat pendidikan di barat, jadi untuk mengasingkan pekerja lelaki dan wanita di pejabat dianggap suatu yang jumud dan kuno, sedangkan itu juga menjurus ke arah zina, malah dari kecil lagi kita dicampurkan lelaki dan perempuan di sekolah2 sama dengan konsep barat.

Kita di”brainwash” dari kecil hinggalah dewasa menerusi TV dan filem2 yang lelaki dan wanita itu mesti dan wajib bercinta sebelum kahwin dan amatlah perlu kenal mengenali sebelum kahwin, nak tahu serasi ke tidak, nak mendalami perasaan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mengikut landasan Islam untuk mengenali pasangan. Malah berdating berdua2an, ringan2 dan akhirnya terjebak dengan zina. Landasan berkasih sayang adalah menurut “kitab” ajaran Hollywood, Bollywood, Kollywood (Korea) dan Indowood (Indonesia).

Zaman materialistik membuatkan kedua2 ibu dan bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak2 di rumah tanpa didikan, perhatian dan tunjuk ajar. Anak lebih di”anggap” seperti binatang ternakan yang hanya perlu diberi makan (oleh orang gaji) dan juga pendidikan (unsur2 luaran) tanpa perlu tunjuk ajar yang lebih sempurna dari ibu bapa.

Lebih mudah menjaga anak dengan menyuruh melihat TV, internet atau main video games, malah ketika menonton filem2 cinta terutamanya filem hindustan anak2 juga diajak menonton bersama. Apa yg dilihat di TV dirakam secara mutlaknya ke dalam minda separuh sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Jadi generasi yang kita lihat sekarang adalah generasi yang dididik dengan filem2 percintaan dari luar malah filem cinta melayu juga tak kurang hebatnya.

Jika dulu buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan, apa nak dihairan sekarang jika buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan.

————————————————————————————————–

Di dalam kehidupan masyarakat melayu kita, jika ada lelaki dan perempuan yang ditangkap kerana berzina atau berkhalwat maka mereka juga akan dicemuh. Ada kalanya pasangan tersebut terutamanya lelaki akan dibelasah oleh orang kampung. Masyarakat sekeliling akan sibuk mengata malah hingga ke tahap mengumpat tentang kejadian yang berlaku.
Walaupun masyarakat Islam kita tidak mengamalkan hudud, mahkamah syariah akan mengenakan denda ke atas pasangan tadi. Jika perkara yang sama berlaku kepada masyarakat agama lain, mereka juga akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat setempat.
Saya sudah membangkitkan isu babi dan zina dalam artikel di atas, apa pula kaitannya kali ini dengan riba?Dari kecil lagi pemikiran masyarakat kita sudah di”corak” atau di”acu” supaya menjauhi babi dan mencemuh mereka yang berkhalwat atau berzina. Begitu hebat bencikan babi ini hinggakan dari segala segi harus dijaga, dari menghampirinya, dagingnya, tempat masak hinggalah kepada bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang mesti juga tidak diperbuat dari unsur-unsur babi.

Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju ke arah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari “kawalan minda” dari alat “hipnosis” atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem”fatwa”kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber”dating”, ber”couple” dan berkasih-kasihan.

Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir dengan zina itu sendiri?

Berbanding babi dan zina, riba’ pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba’ ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding babi dan zina. Kerana apa?Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan “kebaikan-kebaikan” riba’ itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba’lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba’ lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?

Dengan sistem riba’ jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah “imun” dengan riba’ itu sendiri, jadi bencikan riba’ itu amat jarang terdapat dalam kamus kehidupan masyarakat berbanding babi dan zina.Mungkin juga perkataan riba’ ini suatu yang baru kerana riba’ sebelum ini berselindung di sebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, “Berapa kadar riba’nya Encik…? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?

Selain dari sikap jijiknya terhadap riba’ itu tidak disemai dari kecil, riba’ itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti babi dan zina. Daging babi suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penyelidikan sains pula membuktikan daging babi itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut si perempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan.Tidak seperti riba’, disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah.

Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba’ diterima pakai oleh kebanyakan manusia.

Ada pula yang berkata, “Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri”. Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup di dalam riba’, malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba’ sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian.Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba’, maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba’ itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan di muka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)

Dari sistem ekonomi riba’ inilah menyusulnya masalah sosial yang lain di dalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar.Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka.

Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri
. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba’, lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali.
 (Ahmad, Baihaqi)
Saya tidak pasti jika hadis di atas ini cukup kuat untuk mengajak manusia menjauhi riba’. Kesedaran harus diwujudkan di kalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba’ itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah daripada sikap kita yang lena melayan sistem riba’ itu sendiri.Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat “pulangan hanya dengan masa”, mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka “syurga” itu sudah dikecapi di dunia lagi, akan tetapi di akhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat ke langit (Israk Mikraj).

Moga hidayah dan “nur” dari Allah akan sampai ke hati mereka sebelum mereka di”sembahyang”kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari ke hari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba’ itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba’ itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.

Saya mengajak rakan-rakan berusaha kearah menjauhi riba ini agar hidup kita didunia ini lebih diberkati, diredhai dan dipermudahkan oleh Allah dan bukan hidup dengan diperangi oleh Allah dan Nabi. Berusahalah lebih kepada menjadi “pemberi” kepada insan-insan lain kerana melalui riba’ itu kita hanya menjadi “pengambil”, mengambil hak orang lain secara tanpa disedari.Memberi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, malah memberi dan menyampaikan ilmu dan sikap ringan tulang membantu sesama manusia itu juga yang disukai Allah dan akan dipermudahkan kehidupan kita olehNya, (Surah Al Lail 92:5-7).

Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga di dunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.

artikel asal dari: Syurga Di Dunia.

2 Comments

Filed under Agama dan Islam, Ekonomi

Perjanjian pembahagian kuasa dan wilayah antara Great Britain dan Belanda. 17 MAC 1824M.

Diambil daripada, Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

PERSETIAAN ANTARA DULl YANG MAHA MULlA BAGINDA KING GREAT BRITAIN DENGAN RAJA NEGERI BELANDA BERKAITAN DENGAN WILAYAH DAN PERDAGANGAN DI HINDIA TIMUR, DITANDATANGANI DI LONDON PADA 17 HARI BULAN MAC 1824.

Dengan Nama Trimurti Paling Kudus dan Paling Tunggal.

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda, berhasrat mewujudkan suasana saling memanfaatkan berkaitan dengan Tanah Jajahan dan Perdagangan rakyat masing-masing di Hindia Timur, supaya kesejahteraan dan kemakmuran kedua-dua negara boleh digalakkan sepanjang waktu pada masa hadapan, tanpa apa-apa perbezaan dan rasa cemburu yang pada masa lampau telah menggugat keharmonian yang sepatutnya wujud antara mereka; dan dengan harapan segala kejadian salah faham antara Wakil masing-masing boleh, sedapat mungkin, dihalang; dan dengan tujuan membuat keputusan tentang sesetengah persoalan yang telah timbul dalam penyempurnaan Konvensyen yang dibuat di London pada 13 hari bulan Ogos 1814, setakat yang berkaitan dengan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda di Timur, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing, iaitu:-

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland melantik Yang Amat Arif George Canning, seorang Ahli Majlis Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda King, Ahli Parlimen, dan Ketua Setiausaha Negara bagi Hal-Ehwal Luar Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dan Yang Amat Arif Charles Watkin Williams Wynn, seorang Ahli Majlis Privi Yang Amat Mulia Duli Yang Maha Mulia Baginda King, Ahli Parlimen, Leftenan Kolonel Pemerintah Rejimen Askar Berkuda Yeomanry di Montgomeryshire, dan Presiden Lembaga Pesuruhjaya Duli Yang Maha Mulia Baginda King bagi Hal-Ehwal India:-

Dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda melantik Baron Henry Fagel, Ahli Kor Askar Berkuda Wilayah Holland, Konsul Negara, Knight Grand Cross of the Royal Order of the Belgic Lion, dan Royal Guelphic Order, dan Duta Besar Khas dan Wakil Penuh Duli Yang Maha Mulia Raja Belanda (di negeri) Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Anton Reinhard Falck, Commander of the Royal Order of the Belgic Lion, dan Menteri Jabatan Arahan Awam, Perindustrian Negara, dan Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda King:-

Yang, setelah menyampaikan Kuasa Penuh masing-masing, mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, maka telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Pihak Penjanji Tertinggi berjanji membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara Tanah Jajahan masing-masing di Kepulauan Timur, dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai negara bertaraf paling diutamakan; dan rakyat masing-masing perlu mematuhi Peraturan tempatan di setiap Petempatan.

Perkara II
Rakyat dan kapal sebuah negara tidak perlu membayar, atas pengimportan atau pengeksportan di pelabuhan pihak yang satu lagi di Laut Timur, apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali ganda duti yang dikenakan ke atas rakyat dan kapal negara pemilik pelabuhan itu.
Duti yang dibayar ke atas eksport atau import di Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon oleh kapal kargo Belanda, hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang dikenakan itu melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British.

Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti dikenakan, apabila diimport atau dieksport oleh rakyat, atau di atas kapal negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan ke atas rakyat atau kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi enam peratus.

Perkara III
Pihak Penjanji Tertinggi berjanji bahawa selepas ini tiada apa-apa Persetiaan dibuat oleh mana-mana pihak, dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur yang boleh mengandungi apa-apa Perkara yang cenderung, sama ada secara nyata atau melalui penetapan duti tak setara bagi mengecualikan perdagangan Pihak yang satu lagi daripada pelabuhan Kuasa Peribumi itu; dan jika dalam mana-mana Persetiaan yang wujud kini pada mana-mana Pihak terdapat apa-apa Perkara yang mempunyai maksud sedemikian, maka Perkara itu hendaklah terbatal sebaik-baik sahaja Persetiaan ini diikat.

Maka adalah difahami bahawa sebelum pengikatan Persetiaan ini, perhubungan telah dibuat oleh setiap Pihak Penjanji dengan pihak yang satu lagi tentang segala Persetiaan atau Perjanjian yang wujud antara setiap mereka dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur dan bahawa perhubungan itu hendaklah dibuat berkaitan dengan segala Persetiaan yang diikat oleh mereka masing-masing selepas ini.

Perkara IV
Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda berjanji memberi Perintah yang ketat kepada Pihak Berkuasa Awam dan juga Tentera dan demikian juga kepada Kapal Perang mereka supaya menghormati kebebasan perdagangan yang ditetapkan oleh Perkara I, II dan III; dan tidak boleh, dalam mana-mana hal menyekat perhubungan bebas Peribumi di Kepulauan Timur dengan pelabuhan kedua-dua Kerajaan atau rakyat kedua-dua Kerajaan dengan Pelabuhan kepunyaan Kuasa Peribumi.

Perkara V
Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda, juga berjanji bersetuju mencegah pelanunan di laut-laut itu; mereka tidak akan memberi sama ada suaka atau perlindungan kepada kapal yang terlibat dalam pelanunan, dan mereka tidak akan membenarkan dalam mana-mana hal kapal atau dagangan yang ditawan oleh kapal itu dibawa masuk, disimpan, atau dijual di mana-mana Tanah Jajahan mereka.

Perkara VI
Maka adalah dipersetujui bahawa Perintah akan diberikan oleh kedua-dua Kerajaan kepada Pegawai dan Wakil mereka di Timur supaya tidak mendirikan apa-apa Petempatan baru di mana-mana pulau di Laut Timur, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Kerajaan masing-masing di Eropah.

Perkara VII
Kepulauan Maluku, khususnya Ambon, Banda, Temate, dan Wilayah Tanggungan terdekat masing-masing adalah dikecualikan daripada kuat kuasa Perkara I, II, III dan IV, sehingga Kerajaan Negeri Belanda mendapati sesuai untuk melepaskan monopoli rempah-ratus; tetapi jika Kerajaan tersebut, pada bila-bila masa sebelum pelepasan monopoli itu, hendak membenarkan rakyat mana-mana kuasa, selain Kuasa Peribumi Asia, menjalankan apa-apa hubungan perdagangan dengan pulau-pulau tersebut, maka rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain hendaklah dibenarkan mengadakan hubungan sedemikian dengan kedudukan yang betul-betul serupa.

Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menyerah kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain, semua pertapakannya di Benua India, dan melepaskan segala keistimewaan dan pengecualian yang dinikmati atau dituntut disebabkan oleh pertapakan itu.

Perkara IX
Kilang di Kota Marlborough dan semua Tanah Jajahan British di Pulau Sumatera adalah dengan ini diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Belanda; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain selanjutnya berjanji bahawa tiada apa-apa Petempatan British akan didirikan di Pulau itu, dan tiada apa-apa persetiaan akan diikat oleh Pihak Berkuasa British dengan mana-mana Raja, Orang Besar atau Negeri Peribumi di sana.

Perkara X
Bandar dan Kota Melaka serta Wilayah Tanggungannya adalah dengan ini diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain; dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda berjanji, bagi pihak diri dan rakyat Baginda, tidak akan mendirikan apa-apa Pertapakan di mana-mana bahagian Semenanjung Melaka, atau mengikat apa-apa Persetiaan dengan mana-mana Raja, Pembesar atau Negeri Peribumi di sana.

Perkara XI
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain menarik balik bantahan yang dibuat berhubung dengan pendudukan Pulau Belitong dan Wilayah Tanggungannya, oleh Wakil Kerajaan Negeri Belanda.

Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik balik bantahan yang dibuat berhubung dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain berjanji bahawa tiada apa-apa Pertapakan British akan didirikan di Pulau Karimon, atau di Pulau Batam, Bintang, Lingin, atau di mana-mana pulau lain di selatan Selat Singapura, dan tiada apa-apa Persetiaan akan diikat oleh Pihak Berkuasa British dengan para Pembesar pulau-pulau itu.

Perkara XIII
Segala Tanah Jajahan, Petempatan dan Pertapakan yang diserahkan melalui Perkara terdahulu hendaklah diserahkan kepada para Pegawai Raja masing-masing pada 1 hari bulan Mac 1825. Segala Kubu hendaklah berada dalam keadaan seperti sebelum tempoh pemberitahuan Persetiaan ini di India; tetapi tiada apa-apa tuntutan boleh dibuat oleh suatu pihak ke atas pihak yang satu lagi terhadap kelengkapan tentera atau bekalan daripada apa jua jenisnya, sama ada yang telah ditinggalkan atau dipindahkan oleh Kuasa penyerah, dan tiada juga terhadap apa-apa tunggakan hasil atau bagi apa-apa bayaran pentadbiran.

Perkara XIV
Semua penduduk Wilayah yang diserahkan melalui Perjanjian ini, akan menikmati kebebasan, selama satu tempoh enam tahun dari tarikh ratifikasi Persetiaan ini, bagi melupuskan, sesuka hati mereka, segala harta mereka dan berpindah ke mana-mana negeri yang mereka sukai, tanpa disuruh atau dihalang.

Perkara XV
Pihak Penjanji Tertinggi bersetuju bahawa tiada mana-mana Wilayah atau Pertapakan yang disebut dalam Perkara VIII, IX, X, XI, dan XII boleh, pada bila-bila masa, dipindahkan kepada mana-mana kuasa lain. Sekiranya mana-mana Tanah Jajahan tersebut ditinggalkan oleh salah satu Pihak Penjanji, maka hak pendudukannya hendaklah dengan serta-merta beralih ke pihak yang satu lagi.

Perkara XVI
Maka adalah dipersetujui bahawa segala akaun dan penuntutan kembali yang berbangkit daripada pemulangan Jawa, dan Tanah Jajahan lain kepada para Pegawai Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda di Hindia Timur, dan juga yang tertakluk di bawah Konvensyen yang dibuat di Jawa pada 24 hari bulan Jun 1817 antara Pesuruhjaya kedua-dua Negara itu, seperti yang lain-lainnya, hendaklah ditutup sepenuhnya secara muktamad dan diselesaikan dengan bayaran sejumlah wang sebanyak seratus ribu paun sterling, yang hendaklah dibuat di London oleh pihak Negeri Belanda, sebelum habis tempoh tahun 1825.

Perkara XVII
Persetiaan ini hendaklah diratifikasikan, dan ratifikasi yang akan dibuat bersama-sama di London hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ini, atau secepat yang mungkin jika boleh.

Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing telah menandatangani Persetiaan ini dan mengecap padanya meterai lambang mereka.

Dibuat di London pada tujuh belas hari bulan Mac tahun Masihi satu ribu lapan ratus dua puluh empat. 

(Tanda tangan)
GEORGE CANNING.

(Tanda tangan)
CHARLES WATKIN WILLIAMS WYNN.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 8-12.

Leave a comment

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

Kisah Jordan dan Kedah Tua.

Setelah kita mengikuti pengkhianatan musuh-musuh Allah ke atas khazanah orang-orang Melayu di Nusantara, penulisan tentang dongeng Kesultanan Melayu Melaka di Bandar Hilir dan penggelapan sejarah kewujudan empayar Kedah Tua sehinggalah kepada kematian Munsyi Abdullah di Jeddah, Arab Saudi yang pada masa itu dibawah kuasa empayar Usmaniyyah, sekarang mari kita ke negara sebelah utara Arab Saudi iaitu Jordan.

Ia sebuah negara yang sekarang di bawah pemerintahan Ahlul-Bait iaitu dari keturunan yang sama dengan Kedah Tua iaitu dari Bani Hasyim. Rajanya sekarang bernama Abdullah yang mempunyai keberkatan darah Nabi s.aw. dari kalangan Ahlul-Bait Arab dan bukannya Ahlul-Bait Ajam seperti di Nusantara. Yang mana Ahlul-Bait di sini keturunannya telah bercampur baur dengan perkahwinan campur dengan bukan Arab di kalangan orang-orang tempatan. Yang mana mereka telah memerintah kawasan Nusantara dengan penuh keadilan, kasih sayang dan saksama sebab itulah datangnya imperialis Barat berkejar-kejaran untuk menukarkan pemerintahan kepada mereka atau kepada sesiapa saja yang tidak ada hubungan langsung dengan darah Ahlul-Bait dan itulah agenda orang-orang Barat yang utama datang ke Nusantara ini.

———————–

Peperangan Yarmouk berlaku di bumi Jordan. Jordan pula dalam bahasa Melayu Siam bermaksud Jor-Den. Iaitu Jor bermaksud “Duduk” dan Den bermaksud “Sempadan”. Di dalam bahasa Thai pula ialah Chai-Den bermaksud juga Duduk Sempadan. Di dalam bahasa mudahnya Jordan bermaksud “Duduk di Sempadan Mekah”. Ini bukan nama kebetulan tetapi nama pilihan kerana rapatnya kerabat Diraja Syarif-Syarif Mekah iaitu keluarga Syarif Hussein dengan raja-raja Kedah Tua Merong Maha Wangsa.
Malah Syarif-syarif di Mekah ini ada pula ada menyediakan kota-kota Istana khas untuk raja-raja dan anak-anak watannya dari Nusantara untuk duduk menginap semasa berada di bumi Hijaz.

Peristiwa Raja Syarif Hussein duduk di sempadan Mekah kerana diasak oleh tentera Raja Saud dengan bantuan kerajaan Britian telah mendapat perhatian dari baginda Sultan Kedah. Tetapi selepas mendapat laporan yang orang-orang Melayu selamat di sana dan Syarif Mekah telah berjaya menyelamatkan diri maka tumpuan umat hanyalah diberi oleh Sultan Kedah kepada kawasan Timur Jauh yang pada masa itu juga sibuk dengan amukan gila kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan kuasa pemerintahan orang-orang Islam Ahlul-Bait di sini.

—————-

KING ‘SIR’ FAHD BERSAMA KALUNGAN SALIB BERGEMBIRA DENGAN BOSSNYA KERANA DI BERI LAYANAN ISTIMEWA DI SEBABKAN MOYANG MEREKA KELUARGA BADWI SAUD DAN WAHABI BERJAYA MENGHALAU PEMERINTAHAN AHLUL-BAIT SYARIF MEKAH DARI BUMI HIJAZ

——————-

Sebelum peperangan Yarmouk, sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pernah mengalahkan tentera Rom di medan Muktah, Jordan. Dalam peperangan ini tentera Islam hanyalah berjumlah 3,000 orang melawan 400,ooo tentera Rom dan Arab Badwi Ghassan.

Peperangan yang dahsyat ini berlaku pada tahun masihi 629 sehingga mengorbankan anak angkat Nabi s.a.w., Zaid, sepupu Nabi s.a.w., Jaafar dan sahabat Nabi s.a.w., Abdullah bin Rawahah r.hum ajmain. Kesemua mereka ialah panglima perang yang dipilih oleh Nabi s.a.w. yang memberi arahan dari bandar Madinah Munawarah sepertilah kisah Jamal al-Jefri memberi arahan kepada anak-anaknya iaitu Syarifah Maryam dan Syarifah Mumtaz untuk membawa suami masing-masing ke Nusantara untuk penyebaran agama Islam di alam Melayu ini dari bandar kuno Xian, China.

Peperangan ini berlaku 3 tahun sebelum kewafatan Nabi s.a.w. di tahun 632M dengan kemenangan gemilang di bawah amirnya Panglima Khalid al-Walid r.hu.

Peristiwa yang penuh ajaib ini dan menimbulkan kehairanan kepada pengkaji-pengkaji sejarah hari ini yang mana satu empayar kafir kuno berjumlah 400,000 orang lari tidak cukup tanah di kejar oleh 3000 ( 3 ribu ) tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid r.hu itu, menyaksikan kaum-kaum Badwi dari Bani Salim, Asyjak, Ghafatan, Zibyan dan Fazaah yang sebelum ini kuat memusuhi Nabi s.a.w. memeluk Islam.

—————

ARCA LAMBANG KEMENANGAN ORANG-ORANG ISLAM KEATAS PENJAJAH EMPAYAR ROM DI UNIVERSITI YARMOUK, IRBID, UTARA JORDAN

Di peperangan Yarmouk pula berlaku pada tahun 636M setelah 4 tahun kewafatan Nabi s.a.w. Di sekitar tapak peperangan inilah dibina tempat pengajian yang bernama Unversiti Yarmouk, Irbid, Jordan yang mana tentera Rom berjumlah 240.000 orang di kalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 40,000 ( 40 ribu ) orang.

Di medan peperangan inilah menyaksikan panglima besar Rom yang bernama George, juga salah seorang panglima tersohor Rom memeluk Islam di tangan Panglima Khalid al-Walid r.hu. Peperangan ini adalah rentetan dari peperangan Muktah di bumi Jordan.

Bumi Jordan ini sebenarnya telah lama di bawah pengaruh empayar Kristian Rom. Ia juga pernah duduk di bawah takluk empayar Majusi Parsi. Kemudian ditawan kembali oleh empayar Rom dan peristiwa ini berlaku semasa Rasul s.a.w sedang sibuk berdakwah di bumi Mekah bersama sahabatnya dan juga merangkap bapa mertuanya iaitu Abu Bakar as-Siddiq r.hu. Dari keturunan Abu Bakar as-Sidik r.hu ini pulalah akan muncul keturunan Bani Tamin yang mana merupakan pembantu kuat Imam Mahdi Muntazar untuk mengibarkan Panji-Panji Hitam di timur dengan izin Allah Jalla Jalalah.

——————–

Sekarang ini bumi Jordan di bawah pemerintahan Bani Hasyim Ahlu-Bait. Oleh kerana dalam bahasa Melayu Siam perkataan Jordan bermaksud “Duduk Di Sempadan Mekah” maka Inggeris pun dengan agenda liciknya untuk tidak dirujuk perkataan Jordan kepada bahasa orang-orang Melayu Siam maka ia mengatakan nama Jordan ada hubungan kononnya dengan perkataan Yordania dan nama orang-orang Eropah atau Barat. Dan dalam penulisan dan seminar-seminar dunia sekarang ini pun merujuk kepada penulisan palsu kafir barat ini.

Bila naik sahaja pemerintahan Ahlul Bait Bani Hasyim ini maka penipuan licik Inggeris ini semakin terserlah bila pemerintahan kerajaan Jordan ini yang di bawah Ahlul Bait Bani Hasyim mula menggunakan Bunga Teratai di bendera resmi mereka, bersamaan dengan lambang kerabat-kerabat mereka di Nusantara menggunakan lambang yang sama. Bendera resmi mereka jalur hitam putih merah di cipta maka tidak dilupakan juga oleh mereka dengan dimasukkan bunga teratai berbentuk bintang bucu 7 yang mana lambang teratai cukup sinonim dengan keluarga Syarif Syah di bumi Nusantara ini.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, TERPAMPANG DENGAN JELAS DI BENDERA INI LAMBANG BUNGA TERATAI AHLUL-BAIT NABI S.A.W DALAM BENTUK BINTANG TUJUH BUCU

—————-

Di medan Yarmouk ini, semasa peperangan sedang berlansung, berlaku 3 peristiwa yang besar dalam sejarah Islam. Pertamanya wafatnya Abu Bakar as-Siddiq r.hu, kedua syahidnya Ikramah bin Abu Jahal r.hu yang ayahnya kuat memusuhi orang-orang Islam dan ketiga berlakunya peristiwa pemecatan Khalid al-Walid Saifullah sebagai Jendral atau panglima perang.

Ceritanya begini, di tengah kesengitan api peperangan sedang meletus dengan hebatnya, maka datanglah khabar berita kewafatan Khalifah Islam di Madinah al-Munawwarah, Abu Bakar as-Sidiq r.hu. Maka tempatnya diganti oleh Saidina Umar al-Khatab r.hu.

Maka baginda Khalifah Umar al-Khatab r.hu pula serta merta telah mengeluarkan arahan agar dihantar surat pemecatan Khalid al-Walid sebagai ketua panglima perang dan tempatnya diganti oleh Panglima Abu Ubaidah al-Jarrah r.hu. Orang-orang di Jordan mengatakan ini kerana Khalifah Umar r.hu takut orang-orang Islam akan syirik kepada Allah s.w.t. kerana pada masa itu tentera-tentera Islam yakin di setiap peperangan yang disertai Panglima Khalid al-Walid r.hu sebagai Amir atau Panglima, mereka pasti akan menang.

——————————–

Dan sebab kedua pemecatan Panglima Khalid al-Walid r.hu sebagai Amir atau Ketua Panglima kerana menurut cerita orang tempatan antaranya yang bernama Hj. Saiful, katanya ini kerana Panji-Panji Islam yang dibawa dan diguna pakai oleh Khalid al-Walid mempunyai gambar Lotus atau Bunga Teratai. Hal ini diketahui dan tidak disukai oleh Khalifah Umar al-Khattab r.hu takut-takut perkara ini diketahui oleh musuh-musuh Allah dan baginda Khalifah menganggap perkara ini amat perlu dirahsiakan.

Ya memang lambang inilah yang akan digunakan oleh keluarga Rasul Muhammad s.a.w ribuan tahun lamanya di bumi Melayu dan bumi Arab dalam bentuk Bunga Teratai dan Bintang Bucu tujuh, lapan atau lebih. Tetapi takdir Allah s.w.t. pun tiba, seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang suatu hari nanti agama Islam akan jatuh, malap dan merosot.

Maka berlakulah seperti yang dikehendaki oleh Allah Jalla Jalalah dan pasti akan berlaku, iaitu dengan kekalahan keluarga Merong Maha Wangsa, Ahlul-Bait Syarif Yang Di Pertuan ini semasa Musuh Bisik 1821 di Nusantara dan kekalahan Ribat Islam Alul-Bait di Barat iaitu Panglima-Panglima Turki Islam Usmaniyyah 1910, juga kekalahan teruk Ribat Islam Ahlul-Bait di Timur iaitu Panglima-Panglima China Islam Manchu 1911. Kemudian kekalahan mutlak pula pemerintah Syarif-Syarif Mekah di tanah Hijaz kepada tentera-tentera Saud dibawah seliaan pegawai Inggeris yang bernama Lawrence of Arabia di bumi Hijjaz ditahun 1924. Dan akhir sekali perebutan pemerintahan Tanah Suci Baitul Muqaddis dari keluarga Syarif di Amman, Jordan oleh musuh-musuh Allah pada Perang Enam Hari di tahun 1967.

——————-

DI RUNTUHAN KOTA TINGGALAN EMPAYAR ROM DI KOTA JERASH, JORDAN SEBELUM DIHALAU KELUAR OLEH TENTERA-TENTERA ISLAM PIMPINAN PANGLIMA KHALID AL-WALID R.HU

Sesungguhnya peranan penjajah British bukan sahaja memecah-belah kesatuan di kalangan umat Islam sahaja malah di kalangan umat Islam Elit iaitu keturunan Nabi s.a.w Ahlul- Bait. Ini berlaku bila mereka berjaya menghalau keluarga Syarif Husein dari bumi Hijaz dengan bantuan keluarga hamba abdi atau hamba jariah Saud dari Najd yang kononnya Riyadh (nama baru bagi Najd) ibunegara mereka.

Ini menyebabkan hubungan Syarif-Syarif di Mekah dan kerajaan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa yang telah lama terjalin ribuan tahun lamanya khususnya jemaah-jemaah umrah dan haji dari alam Melayu yang raja-rajanya dari Ahlul-Bait terputus. Moga-moga bila wujudnya Persatuan Kerabat Diraja Merong Maha Wangsa yang akan diwujudkan tidak lama lagi atas daya usaha dari Yang Teramat Mulia Shah Alam Nai Long Kasim akan merapatkan semula ikatan kerabat-kerabat Ahlul-Bait yang berselerak di Nusantara ini dan khususnya pemerintah di bumi Jordan dari Ahlu-Bait Syarif-Syarif Mekah.

Ucap selamat dan salam keatas junjugan nabi Muhammad s.a.w. serta k eatas keluarga nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya r.hum dan orang-orang Islam di seluruh dunia, aaamin.

Dicatat oleh MEGAT AL-JEFRI 

7 Comments

Filed under Negara Islam, Sejarah

30 Kelebihan Menyimpan Emas.

Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas. Secara jujurnya apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?

Ada pelanggan dari Putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya, begitu juga lain kepala lain pemikirannya.. maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.

b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.

e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

f) Aset simpanan dalam apa jua keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik

m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram

n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup

x) Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

z) Backup dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya

aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.

bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.

cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… icon smile 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas

sumber petikan: harga emas

Leave a comment

Filed under Ekonomi