Kisah Jordan dan Kedah Tua.

Setelah kita mengikuti pengkhianatan musuh-musuh Allah ke atas khazanah orang-orang Melayu di Nusantara, penulisan tentang dongeng Kesultanan Melayu Melaka di Bandar Hilir dan penggelapan sejarah kewujudan empayar Kedah Tua sehinggalah kepada kematian Munsyi Abdullah di Jeddah, Arab Saudi yang pada masa itu dibawah kuasa empayar Usmaniyyah, sekarang mari kita ke negara sebelah utara Arab Saudi iaitu Jordan.

Ia sebuah negara yang sekarang di bawah pemerintahan Ahlul-Bait iaitu dari keturunan yang sama dengan Kedah Tua iaitu dari Bani Hasyim. Rajanya sekarang bernama Abdullah yang mempunyai keberkatan darah Nabi s.aw. dari kalangan Ahlul-Bait Arab dan bukannya Ahlul-Bait Ajam seperti di Nusantara. Yang mana Ahlul-Bait di sini keturunannya telah bercampur baur dengan perkahwinan campur dengan bukan Arab di kalangan orang-orang tempatan. Yang mana mereka telah memerintah kawasan Nusantara dengan penuh keadilan, kasih sayang dan saksama sebab itulah datangnya imperialis Barat berkejar-kejaran untuk menukarkan pemerintahan kepada mereka atau kepada sesiapa saja yang tidak ada hubungan langsung dengan darah Ahlul-Bait dan itulah agenda orang-orang Barat yang utama datang ke Nusantara ini.

———————–

Peperangan Yarmouk berlaku di bumi Jordan. Jordan pula dalam bahasa Melayu Siam bermaksud Jor-Den. Iaitu Jor bermaksud “Duduk” dan Den bermaksud “Sempadan”. Di dalam bahasa Thai pula ialah Chai-Den bermaksud juga Duduk Sempadan. Di dalam bahasa mudahnya Jordan bermaksud “Duduk di Sempadan Mekah”. Ini bukan nama kebetulan tetapi nama pilihan kerana rapatnya kerabat Diraja Syarif-Syarif Mekah iaitu keluarga Syarif Hussein dengan raja-raja Kedah Tua Merong Maha Wangsa.
Malah Syarif-syarif di Mekah ini ada pula ada menyediakan kota-kota Istana khas untuk raja-raja dan anak-anak watannya dari Nusantara untuk duduk menginap semasa berada di bumi Hijaz.

Peristiwa Raja Syarif Hussein duduk di sempadan Mekah kerana diasak oleh tentera Raja Saud dengan bantuan kerajaan Britian telah mendapat perhatian dari baginda Sultan Kedah. Tetapi selepas mendapat laporan yang orang-orang Melayu selamat di sana dan Syarif Mekah telah berjaya menyelamatkan diri maka tumpuan umat hanyalah diberi oleh Sultan Kedah kepada kawasan Timur Jauh yang pada masa itu juga sibuk dengan amukan gila kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan kuasa pemerintahan orang-orang Islam Ahlul-Bait di sini.

—————-

KING ‘SIR’ FAHD BERSAMA KALUNGAN SALIB BERGEMBIRA DENGAN BOSSNYA KERANA DI BERI LAYANAN ISTIMEWA DI SEBABKAN MOYANG MEREKA KELUARGA BADWI SAUD DAN WAHABI BERJAYA MENGHALAU PEMERINTAHAN AHLUL-BAIT SYARIF MEKAH DARI BUMI HIJAZ

——————-

Sebelum peperangan Yarmouk, sahabat-sahabat Nabi s.a.w. pernah mengalahkan tentera Rom di medan Muktah, Jordan. Dalam peperangan ini tentera Islam hanyalah berjumlah 3,000 orang melawan 400,ooo tentera Rom dan Arab Badwi Ghassan.

Peperangan yang dahsyat ini berlaku pada tahun masihi 629 sehingga mengorbankan anak angkat Nabi s.a.w., Zaid, sepupu Nabi s.a.w., Jaafar dan sahabat Nabi s.a.w., Abdullah bin Rawahah r.hum ajmain. Kesemua mereka ialah panglima perang yang dipilih oleh Nabi s.a.w. yang memberi arahan dari bandar Madinah Munawarah sepertilah kisah Jamal al-Jefri memberi arahan kepada anak-anaknya iaitu Syarifah Maryam dan Syarifah Mumtaz untuk membawa suami masing-masing ke Nusantara untuk penyebaran agama Islam di alam Melayu ini dari bandar kuno Xian, China.

Peperangan ini berlaku 3 tahun sebelum kewafatan Nabi s.a.w. di tahun 632M dengan kemenangan gemilang di bawah amirnya Panglima Khalid al-Walid r.hu.

Peristiwa yang penuh ajaib ini dan menimbulkan kehairanan kepada pengkaji-pengkaji sejarah hari ini yang mana satu empayar kafir kuno berjumlah 400,000 orang lari tidak cukup tanah di kejar oleh 3000 ( 3 ribu ) tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid r.hu itu, menyaksikan kaum-kaum Badwi dari Bani Salim, Asyjak, Ghafatan, Zibyan dan Fazaah yang sebelum ini kuat memusuhi Nabi s.a.w. memeluk Islam.

—————

ARCA LAMBANG KEMENANGAN ORANG-ORANG ISLAM KEATAS PENJAJAH EMPAYAR ROM DI UNIVERSITI YARMOUK, IRBID, UTARA JORDAN

Di peperangan Yarmouk pula berlaku pada tahun 636M setelah 4 tahun kewafatan Nabi s.a.w. Di sekitar tapak peperangan inilah dibina tempat pengajian yang bernama Unversiti Yarmouk, Irbid, Jordan yang mana tentera Rom berjumlah 240.000 orang di kalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 40,000 ( 40 ribu ) orang.

Di medan peperangan inilah menyaksikan panglima besar Rom yang bernama George, juga salah seorang panglima tersohor Rom memeluk Islam di tangan Panglima Khalid al-Walid r.hu. Peperangan ini adalah rentetan dari peperangan Muktah di bumi Jordan.

Bumi Jordan ini sebenarnya telah lama di bawah pengaruh empayar Kristian Rom. Ia juga pernah duduk di bawah takluk empayar Majusi Parsi. Kemudian ditawan kembali oleh empayar Rom dan peristiwa ini berlaku semasa Rasul s.a.w sedang sibuk berdakwah di bumi Mekah bersama sahabatnya dan juga merangkap bapa mertuanya iaitu Abu Bakar as-Siddiq r.hu. Dari keturunan Abu Bakar as-Sidik r.hu ini pulalah akan muncul keturunan Bani Tamin yang mana merupakan pembantu kuat Imam Mahdi Muntazar untuk mengibarkan Panji-Panji Hitam di timur dengan izin Allah Jalla Jalalah.

——————–

Sekarang ini bumi Jordan di bawah pemerintahan Bani Hasyim Ahlu-Bait. Oleh kerana dalam bahasa Melayu Siam perkataan Jordan bermaksud “Duduk Di Sempadan Mekah” maka Inggeris pun dengan agenda liciknya untuk tidak dirujuk perkataan Jordan kepada bahasa orang-orang Melayu Siam maka ia mengatakan nama Jordan ada hubungan kononnya dengan perkataan Yordania dan nama orang-orang Eropah atau Barat. Dan dalam penulisan dan seminar-seminar dunia sekarang ini pun merujuk kepada penulisan palsu kafir barat ini.

Bila naik sahaja pemerintahan Ahlul Bait Bani Hasyim ini maka penipuan licik Inggeris ini semakin terserlah bila pemerintahan kerajaan Jordan ini yang di bawah Ahlul Bait Bani Hasyim mula menggunakan Bunga Teratai di bendera resmi mereka, bersamaan dengan lambang kerabat-kerabat mereka di Nusantara menggunakan lambang yang sama. Bendera resmi mereka jalur hitam putih merah di cipta maka tidak dilupakan juga oleh mereka dengan dimasukkan bunga teratai berbentuk bintang bucu 7 yang mana lambang teratai cukup sinonim dengan keluarga Syarif Syah di bumi Nusantara ini.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, TERPAMPANG DENGAN JELAS DI BENDERA INI LAMBANG BUNGA TERATAI AHLUL-BAIT NABI S.A.W DALAM BENTUK BINTANG TUJUH BUCU

—————-

Di medan Yarmouk ini, semasa peperangan sedang berlansung, berlaku 3 peristiwa yang besar dalam sejarah Islam. Pertamanya wafatnya Abu Bakar as-Siddiq r.hu, kedua syahidnya Ikramah bin Abu Jahal r.hu yang ayahnya kuat memusuhi orang-orang Islam dan ketiga berlakunya peristiwa pemecatan Khalid al-Walid Saifullah sebagai Jendral atau panglima perang.

Ceritanya begini, di tengah kesengitan api peperangan sedang meletus dengan hebatnya, maka datanglah khabar berita kewafatan Khalifah Islam di Madinah al-Munawwarah, Abu Bakar as-Sidiq r.hu. Maka tempatnya diganti oleh Saidina Umar al-Khatab r.hu.

Maka baginda Khalifah Umar al-Khatab r.hu pula serta merta telah mengeluarkan arahan agar dihantar surat pemecatan Khalid al-Walid sebagai ketua panglima perang dan tempatnya diganti oleh Panglima Abu Ubaidah al-Jarrah r.hu. Orang-orang di Jordan mengatakan ini kerana Khalifah Umar r.hu takut orang-orang Islam akan syirik kepada Allah s.w.t. kerana pada masa itu tentera-tentera Islam yakin di setiap peperangan yang disertai Panglima Khalid al-Walid r.hu sebagai Amir atau Panglima, mereka pasti akan menang.

——————————–

Dan sebab kedua pemecatan Panglima Khalid al-Walid r.hu sebagai Amir atau Ketua Panglima kerana menurut cerita orang tempatan antaranya yang bernama Hj. Saiful, katanya ini kerana Panji-Panji Islam yang dibawa dan diguna pakai oleh Khalid al-Walid mempunyai gambar Lotus atau Bunga Teratai. Hal ini diketahui dan tidak disukai oleh Khalifah Umar al-Khattab r.hu takut-takut perkara ini diketahui oleh musuh-musuh Allah dan baginda Khalifah menganggap perkara ini amat perlu dirahsiakan.

Ya memang lambang inilah yang akan digunakan oleh keluarga Rasul Muhammad s.a.w ribuan tahun lamanya di bumi Melayu dan bumi Arab dalam bentuk Bunga Teratai dan Bintang Bucu tujuh, lapan atau lebih. Tetapi takdir Allah s.w.t. pun tiba, seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang suatu hari nanti agama Islam akan jatuh, malap dan merosot.

Maka berlakulah seperti yang dikehendaki oleh Allah Jalla Jalalah dan pasti akan berlaku, iaitu dengan kekalahan keluarga Merong Maha Wangsa, Ahlul-Bait Syarif Yang Di Pertuan ini semasa Musuh Bisik 1821 di Nusantara dan kekalahan Ribat Islam Alul-Bait di Barat iaitu Panglima-Panglima Turki Islam Usmaniyyah 1910, juga kekalahan teruk Ribat Islam Ahlul-Bait di Timur iaitu Panglima-Panglima China Islam Manchu 1911. Kemudian kekalahan mutlak pula pemerintah Syarif-Syarif Mekah di tanah Hijaz kepada tentera-tentera Saud dibawah seliaan pegawai Inggeris yang bernama Lawrence of Arabia di bumi Hijjaz ditahun 1924. Dan akhir sekali perebutan pemerintahan Tanah Suci Baitul Muqaddis dari keluarga Syarif di Amman, Jordan oleh musuh-musuh Allah pada Perang Enam Hari di tahun 1967.

——————-

DI RUNTUHAN KOTA TINGGALAN EMPAYAR ROM DI KOTA JERASH, JORDAN SEBELUM DIHALAU KELUAR OLEH TENTERA-TENTERA ISLAM PIMPINAN PANGLIMA KHALID AL-WALID R.HU

Sesungguhnya peranan penjajah British bukan sahaja memecah-belah kesatuan di kalangan umat Islam sahaja malah di kalangan umat Islam Elit iaitu keturunan Nabi s.a.w Ahlul- Bait. Ini berlaku bila mereka berjaya menghalau keluarga Syarif Husein dari bumi Hijaz dengan bantuan keluarga hamba abdi atau hamba jariah Saud dari Najd yang kononnya Riyadh (nama baru bagi Najd) ibunegara mereka.

Ini menyebabkan hubungan Syarif-Syarif di Mekah dan kerajaan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa yang telah lama terjalin ribuan tahun lamanya khususnya jemaah-jemaah umrah dan haji dari alam Melayu yang raja-rajanya dari Ahlul-Bait terputus. Moga-moga bila wujudnya Persatuan Kerabat Diraja Merong Maha Wangsa yang akan diwujudkan tidak lama lagi atas daya usaha dari Yang Teramat Mulia Shah Alam Nai Long Kasim akan merapatkan semula ikatan kerabat-kerabat Ahlul-Bait yang berselerak di Nusantara ini dan khususnya pemerintah di bumi Jordan dari Ahlu-Bait Syarif-Syarif Mekah.

Ucap selamat dan salam keatas junjugan nabi Muhammad s.a.w. serta k eatas keluarga nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya r.hum dan orang-orang Islam di seluruh dunia, aaamin.

Dicatat oleh MEGAT AL-JEFRI 

7 Comments

Filed under Negara Islam, Sejarah

7 responses to “Kisah Jordan dan Kedah Tua.

  1. Tengku Ahmad Hazwan

    Allah Maha Besar

    Salam,
    Tuan ada nombor contact Yang Teramat Mulia Shah Alam Nai Long Kasim?

  2. mindaahad

    salam, saudara boleh cuba hantar emel kpd team ni..mungkin dapat membantu. mazz62@yahoo.com

  3. Tengku Ahmad Hazwan

    Terima kasih…

  4. Dahlea Al-saadi

    SAYA CKUP TERUJA DGN KESAH BEGINI..SAY JUGA FOLLOW ARTIKEL PENULIS BKN KETURUNAN MMW AHLUL BAIT, PARA PKAJI SEJARAH DALAM DN LUARNEGERI,TDIRI DARI PAKAR2 SEJARAH.,.ARKEOLOGI, DLL ..IBARAT KESAH DLM X FILES..SYABAS KR MBONGKAR ..

  5. Ir.Shukor

    merapu merapu…besar sungguh kerajaan benua islam kedah yer..

  6. Merong Maha Wangsa Team

    salam…Jika anda x minat sejarah realiti ..jgan pula anda jadi “pembunuh upahan” utk mmbunuh realiti sejarah trsebut…hairan jga x byk pla pihak trmasuk yg mgaku Islam dlm I.C nya mmbgkang@mnafikan Empayar Kafir itu trllu luas..sbb nya masih blh d lihat shgga kini kesan2 nya…pnggunaan bahasa,budaya,sistem pentadbiran,bsnes dll..dan yg pling ‘syok’ pda mereka mgkin hiburan yg mlalaikan,trdedah sana sini…nauzubillah…
    Otak specis mnusia mcm ni mmg lbh teruk dari ‘otak belacan’ yg d katakan kurang berakal itu…akan ttapi jka iman nya utuh insylah insan berotak belacan ini skli pn msih dpat hidayah dri Allah brbnding mnusia2 yg sukar mnerima kenyataan Islam suatu ketika dahulu adalah sebuah Empayar yg Agung srta hebat…mnusia2 spcis ni mmg baca al quran spt mmbaca majalah URTV@mnonton Astro,apatah lgi kitab tafsir,hadis dll..sejarah Islam lgi lh xda msa nk mntela’aah…
    Sdah2 lah whai mnusia brtopeng kan kpalsuan…sblm anda di gelar ‘Yahudi Nusantara’ yg trlampau..kmbalilh ke pgkal jlan..pintu taubat msih trbuka luas untuk anda…
    Takbir Allahkbar 3x!!!!!!

  7. paten zilfarmiera

    assalamualaikum….saya mahu tumpang bertanya bolehkah saya mendapat tahu mengenai kesihatan di Jordan??selain itu,dari mana saya boleh dapatkan maklumat untuk kesihatan di Jordan ini kerana saya diberi tugasan untuk mendalami negara Jordan ini dengan lebih mendalam lagi…saya harap anda sudi membantu saya…terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s