Masih ingat lagi ketika saya dalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh di kalangan kami yang si”polan” membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.
Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan “pasukan peninjau” dari pelbagai jabatan melawat ke tempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar.
Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di sesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.
Dari dulu hingga kini kita seringkali dikhabarkan dengan info bahawa banyak produk-produk harian yang kita guna mengandungi unsur babi. Begitu hebatnya kesedaran masyarakat melayu kita hinggakan semua aspek “kebabian” dijaga dan harus dielakkan dgn semutlak-mutlaknya.
Masyarakat melayu telah di”brainwash” dari kecil yang babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yg di “key in” ke dalam minda separuh sedar kita ini (melalui proses brainwash) menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier.
Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan di depan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dengan secepat yang mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu “tak boleh ikut jalan lain ke dan mcm2 lagi…” satu tindakan automatik minda separuh sedar.
Tetapi, di dalam Islam saya belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita sudah di”brainwash”, ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.
Apa yang pasti Allah berfirman “Janganlah kamu menghampiri ZINA“, jadi amat berat lagi zina berbanding babi hinggakan menghampirinya pun tidak boleh, tetapi disebabkan kita tidak di”brainwash” dari kecil yg pergaulan bebas lelaki dan wanita itu sebaik2nya dielakkan, maka apabila dewasa untuk membataskan sempadan pergaulan lelaki dan wanita yang mana kebarangkalian untuk menjurus ke arah zina itu amat tinggi amat sukar untuk di wujudkan.
Ditambah pula dengan generasi pemimpin2 sekarang yang rata2nya mendapat pendidikan di barat, jadi untuk mengasingkan pekerja lelaki dan wanita di pejabat dianggap suatu yang jumud dan kuno, sedangkan itu juga menjurus ke arah zina, malah dari kecil lagi kita dicampurkan lelaki dan perempuan di sekolah2 sama dengan konsep barat.
Kita di”brainwash” dari kecil hinggalah dewasa menerusi TV dan filem2 yang lelaki dan wanita itu mesti dan wajib bercinta sebelum kahwin dan amatlah perlu kenal mengenali sebelum kahwin, nak tahu serasi ke tidak, nak mendalami perasaan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mengikut landasan Islam untuk mengenali pasangan. Malah berdating berdua2an, ringan2 dan akhirnya terjebak dengan zina. Landasan berkasih sayang adalah menurut “kitab” ajaran Hollywood, Bollywood, Kollywood (Korea) dan Indowood (Indonesia).
Zaman materialistik membuatkan kedua2 ibu dan bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak2 di rumah tanpa didikan, perhatian dan tunjuk ajar. Anak lebih di”anggap” seperti binatang ternakan yang hanya perlu diberi makan (oleh orang gaji) dan juga pendidikan (unsur2 luaran) tanpa perlu tunjuk ajar yang lebih sempurna dari ibu bapa.
Lebih mudah menjaga anak dengan menyuruh melihat TV, internet atau main video games, malah ketika menonton filem2 cinta terutamanya filem hindustan anak2 juga diajak menonton bersama. Apa yg dilihat di TV dirakam secara mutlaknya ke dalam minda separuh sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Jadi generasi yang kita lihat sekarang adalah generasi yang dididik dengan filem2 percintaan dari luar malah filem cinta melayu juga tak kurang hebatnya.
Jika dulu buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan, apa nak dihairan sekarang jika buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan.
————————————————————————————————–
Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju ke arah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari “kawalan minda” dari alat “hipnosis” atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem”fatwa”kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber”dating”, ber”couple” dan berkasih-kasihan.
Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir dengan zina itu sendiri?
Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba’ diterima pakai oleh kebanyakan manusia.
Ada pula yang berkata, “Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri”. Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup di dalam riba’, malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.
Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)
Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba’, lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali. (Ahmad, Baihaqi)
Moga hidayah dan “nur” dari Allah akan sampai ke hati mereka sebelum mereka di”sembahyang”kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari ke hari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba’ itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba’ itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.
Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga di dunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.
artikel asal dari: Syurga Di Dunia.
Cengkaman penjajahan amat ketara hingga sekarang. Buktinya amalan pergaulan bebas, bersosial dan sistem riba tidak dapat dihapuskan oleh pemerintah dan kerajaan. Baik pemimpin di pihak kerajaan maupun pembangkang.Kita amat takut hendak melaksanakan hukum hudud, menjalankan pemerintahan secara Islam dengan alasan yang remeh temeh.Walaupun kita beragama Islam cara hidup amat jauh dari Islam.
LikeLike
ekonomi yg bersyariat islam dah selesai paling maximum oleh PAS.
MAKA UNDILAH PAS krn islam dan untuk islam….
sohih atau tidak maksud ayat di atas adalah ape yg sohih dlm hadis nabi…
belajar memahami dan amalkan…
insyaallah Allah bantu…
LikeLike