Monthly Archives: November 2011

MEMALI: Salah Satu Kezaliman Pewaris Penjajah.

Hari ini tanggal 19 November genaplah 26 tahun mengikut kiraan kalender masihi berlakunya tragedi berdarah Memali. Sebenarnya tragedi Memali adalah kesinambungan kezaliman kerajaan warisan penjajah terhadap rakyat marhaen yang telah sekian lama di tindas dan di zalimi.

Kg. Memali, terletak di Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

 

 

Artikel ini bukan bermaksud untuk mencerita kembali peristiwa tersebut kerana cerita2 tragedi ini boleh kita dapati di mana2 saja blog pro perjuangan Islam di Malaysia ini. Artikal ini adalah bertujuan untuk menyingkap kembali kezaliman2 yang telah di lakukan oleh pihak penguasa sejak dari zaman darurat sehinggalah pada hari ini. Perlu di ingatkan di sini Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang yang amat menentang kuat akta ISA yang telah di luluskan oleh parlimen Malaysia pada tahun 1960 mengantikan undang2 darurat yang di kuatkuasakan pada 1948.

 

Undang2 darurat telah di wujudkan oleh pihak penjajah apabila merasakan kesedaran nasionalisme rakyat pada ketika itu bisa mendatangkan mudarat kepada pihak British. Parti-parti dan pertubuhan berhaluan kiri seperti KMM, PETA, BTM, PKMM, API, AWAS, Hisbul Muslimin, PKM dan lain2 lagi telah di haramkan untuk bergerak secara sah di Malaya.

Pihak British hanya membenarkan parti-parti berhaluan kanan iaitu parti yang terus menyokong penjajahan seperti UMNO bergerak dengan tiada gangguan. Pemimpin2 kesatuan dan parti2 politik kiri kebanyakannya telah di tahan di bawah akta darurat ini. Antaranya adalah Ahmad Boestamam, Rashid Maiden, Kamarudin Teh, Ishak Mahmod, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Taharudin, Bizar Ahmad dan lain-lain lagi.

 

 

Namun begitu pemimpin2 yang berjaya mengelakkan diri dari di tahan oleh pihak British yang disokong UMNO pada ketika itu telah mengambil jalan mengangkat senjata seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Taharudin dan beberapa orang lagi. Dr Burhanudin Al Helmy yang memimpin PKMM di waktu itu telah berjaya meloloskan diri ke Singapura untuk mengelakan diri dari menjadi mangsa tangkapan ini.

 

Di sinilah telah bermulanya perjuangan menentang penjajahan secara terbuka oleh rakyat terhadap penjajahan British pada ketika itu. Golongan yang masuk ke hutan telah mengunakan penentangan secara bersenjata dan golongan yang terselamat dari tangkapan itu mengunakan saluran politik bagi meneruskan perjuangan menentang penjajah British.

 

 

Pihak British telah melancarkan perang secara besar-besaran terhadap perjuangan bersenjata ini dan bagi mereka-mereka yang di tangkap kerana bersubahat dengan gerakan gerila ini akan di buang negeri atau di hukum gantung sampai mati.

 

 

Seperti apa yang terjadi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya, pihak British juga telah menjalankan perang saraf terhadap anggota pejuang kemerdekan ini dengan segala momokan bagi menjauhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan ini. Istilah ajaran sesat yang di tujukan kepada Ustaz Ibrahim Libya sebenarnya telah lama di semburkan kepada pejuang2 kemerdekaan ini.

Ulama2 atau mereka yang di anggap sebagai orang agama pada ketika itu telah bersekongkol dengan pihak British mengeluarkan fatwa demi fatwa bahawa komunis tidak percayakan Tuhan atau lebih tepat lagi anti agama. Sehinggakan dalam satu peristiwa yang telah di ceritakan oleh Abdullah Cd dalam memoirnya, pada suatu ketika sewaktu darurat masih belum berkuatkuasa beliau didatangi oleh bapanya dan pada besoknya mereka telah sama2 bersembahyang di Masjid Ipoh. Setelah keluar dari masjid itu datang sekumpulan manusia yang meminta beliau agar masuk kembali Melayu. Mereka menyuruh beliau agar bersembahyang semula dan mengingatkan beliau bahawa komunis itu perosak agama.

 

 

Peristiwa yang berlaku terhadap Ustaz Ibrahim ini hanyalah sebagai ulang tayang kepada generasi yang mahu memikirkannya. Apakah yang di hairankan dengan kepungan oleh pihak polis ketika mahu menahan beliau dan penduduk Memali jika anda kenangkan apa yang telah berlaku terhadap rejimen ke 10. Apakah ada yang lebih dahsyat lagi jika hendak dibandingkan dengan operasi kepung dan basmi yang di lancarkan oleh pihak penjajah dan disokong oleh pemimpin melayu terhadap perjuangan Parti Komunis Malaya?

dari: kini & silam

9 Comments

Filed under Politik, Sejarah, Undang-undang

Malaysia Pembela dan Penyumbang Israel.

 Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

di atas ialah bukti jelas bergambar bahan – bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia – Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Persoalan hubungan dagang inilah yang menyebabkan YB Er Teck Hwadiarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat.
Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut respon dari Menteri yang bertanggungjawab.
Kejadian ini seharusnya diangkat dalam media dan menjadi catatan sejarah penting dimana membuktikan betapa munafiknya negara ini. Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi negara haram Israel.
Satu lagi rekod yang perlu ditandakan hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ?

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini.

Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.
Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.

Ini gambar Menteri Umno dan dibelakang beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia – Thailand.Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononnya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar.Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. Walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. Maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

6 Comments

Filed under Ekonomi, Negara Islam, Politik