Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.
Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.
Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.
Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.
Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.
Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.
Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.
Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,
The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.
Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.
Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.
Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.
Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.
Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini.
Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.
Pada pendapat peribadi sy,takde salahnya berusniaga dgn sesiapa atau mana2 negara sekalipun walaupun yg berurusniaga dgn kita itu ialah org yg menyakitkan hati kita asalkan perniagaan itu masih tidak melanggar syarak. Yahudi & Nasrani terkenal dgn kezalimannya sejak dari zaman sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w,baginda dapat me’minimum’kan kezaliman 2 puak itu dan sehingga ke hari ini jg,2 puak itu masih dgn perangai buruk mereka. Namun kalau kita melihat dlm konteks sejarah Rasullah s.a.w bagaimana beliau pernah membeli kambing dari seorang Yahudi (sebahagian dari urusniaga Rasulullah s.a.w). Sebenarnya, masalah kita bukan pada 2 puak itu tetapi masalah kita tidak bijak berurusniaga dlm skala besar demi keutuhan ekonomi islam sedangkan Baginda bijak dalam ilmu perniagaan hingga ekonomi islam zaman Baginda kuat dan kukuh hasil kebijaksanaan berurusniaga. Boikot adalah 1 cara utk mengganggu atau menjatuhkan ekonomi sesuatu organisasi tetapi adakah ia berkesan?? bagaimana pula kita nak kata sekiranya musuh islam pula memboikot produk kita?? apakah & adakah persediaan utk menghadapinya sekiranya berlaku pd masa akan dtg bila ekonomi islam lebih hebat dari mereka??.
LikeLike
mari kita jaaya kan dgn menjatuhkan ekonomi mereka..tingkatkan produk kita..produk islam…
LikeLike
kalau xsilap sy,tok guru nik aziz pernah berkata yg zionis n israel adalah 2 golongan yg berbeza….yg kite perangi adalah zionis…so xsalah r kalau kite berdagang dgn israel pasal ada jgk org yg berkawan dgn israel…..yang berdagang adalah parti pemerintah,tp yg berkawan pula adalah dr parti lain…so macamane??sy tidak menyokong israel tp rata2 product di dunia ni dtg dr israel…contohnye motorola,microsoft dan lain2…semuanya keperluan harian…mereka berjaya mencipta sesuatu yg menepati keperluan global…so secara automatik mereka mendapat sokongan dr semua pihak…jika dilihat product islam,mmg yg terbaik tp sikap org islam yg kuat mendengki n khianat ni sendiri yg memberi ruang kepada kesilapan…
so renung2kn lah…..
LikeLike
Kalau israhell yang menduduki bumi palestine itu bukan zionist jadi zionist yang sebenar kat mana?
LikeLike
Jangan terpengaruh dengan kata-kata politik. Aku bukan orang UMNO atau PAS, jangan jadi fanatik sehingga menelan apa saja kata orang2 politik, tak kira parti pemerintah atau PR. Allah kurniakan minda, gunakanlah. Pemerintah Israel ialah golongan Zionis, jadi berdagang dengan mereka apa hukumnya? Nabi berurusan dengan orang Yahudi, bukan negara Yahudi. Orang yahudi ada yang zionis ada yang tidak. Di US, Eropah, Argentina, ramai golongan ini. Kalau kita tahu mereka menyokong penubuhan negara Israel dan menyumbang pendapatan mereka, janganlah berdagang. Kalau kita berdagang dengan orang Israel, sah-sah kerajaan Haram Israel mendapat faedah dari cukai yang orang Israel itu atau kita bayar. jangan pendapat seseorang dianggap macam fatwa, jangan pula orang yang sedang memerintah diagung2kan macam dewa..
Kalau mahu jadi fanatik, fanatiklah kepada Islam, yakni kepada Allah dan Nabi, bukan pendapat individu yang selalu mengelirukan.
LikeLike
Antara produk yang perlu di boikot ialah vaksin.Jika kita meneliti sejarah vaksin modern yang dilakukan oleh Flexner Brothers, kita dapat menemukan bahwa kegiatan mereka dalam penelitian tentang vaksinasi pada manusia didanai oleh Keluarga Rockefeller. Rockefeller sendiri adalah salah satu keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan mereka adalah bagian dari Zionisme Internasional.Kenyataannya, mereka adalah pendiri WHO dan lembaga strategis lainnya :
The UN’s WHO was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948 – the year after the same Rockefeller cohort established the CIA. Two years later the Rockefeller Foundation established the U.S. Government’s National Science Foundation, the National Institute of Health (NIH), and earlier, the nation’s Public Health Service (PHS).
~ Dr. Leonard Horowitz dalam “WHO Issues H1N1 Swine Flu Propaganda”
Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terdadap berita dari mereka :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6
LikeLike