MEMALI: Salah Satu Kezaliman Pewaris Penjajah.

Hari ini tanggal 19 November genaplah 26 tahun mengikut kiraan kalender masihi berlakunya tragedi berdarah Memali. Sebenarnya tragedi Memali adalah kesinambungan kezaliman kerajaan warisan penjajah terhadap rakyat marhaen yang telah sekian lama di tindas dan di zalimi.

Kg. Memali, terletak di Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

 

 

Artikel ini bukan bermaksud untuk mencerita kembali peristiwa tersebut kerana cerita2 tragedi ini boleh kita dapati di mana2 saja blog pro perjuangan Islam di Malaysia ini. Artikal ini adalah bertujuan untuk menyingkap kembali kezaliman2 yang telah di lakukan oleh pihak penguasa sejak dari zaman darurat sehinggalah pada hari ini. Perlu di ingatkan di sini Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang yang amat menentang kuat akta ISA yang telah di luluskan oleh parlimen Malaysia pada tahun 1960 mengantikan undang2 darurat yang di kuatkuasakan pada 1948.

 

Undang2 darurat telah di wujudkan oleh pihak penjajah apabila merasakan kesedaran nasionalisme rakyat pada ketika itu bisa mendatangkan mudarat kepada pihak British. Parti-parti dan pertubuhan berhaluan kiri seperti KMM, PETA, BTM, PKMM, API, AWAS, Hisbul Muslimin, PKM dan lain2 lagi telah di haramkan untuk bergerak secara sah di Malaya.

Pihak British hanya membenarkan parti-parti berhaluan kanan iaitu parti yang terus menyokong penjajahan seperti UMNO bergerak dengan tiada gangguan. Pemimpin2 kesatuan dan parti2 politik kiri kebanyakannya telah di tahan di bawah akta darurat ini. Antaranya adalah Ahmad Boestamam, Rashid Maiden, Kamarudin Teh, Ishak Mahmod, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Taharudin, Bizar Ahmad dan lain-lain lagi.

 

 

Namun begitu pemimpin2 yang berjaya mengelakkan diri dari di tahan oleh pihak British yang disokong UMNO pada ketika itu telah mengambil jalan mengangkat senjata seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Taharudin dan beberapa orang lagi. Dr Burhanudin Al Helmy yang memimpin PKMM di waktu itu telah berjaya meloloskan diri ke Singapura untuk mengelakan diri dari menjadi mangsa tangkapan ini.

 

Di sinilah telah bermulanya perjuangan menentang penjajahan secara terbuka oleh rakyat terhadap penjajahan British pada ketika itu. Golongan yang masuk ke hutan telah mengunakan penentangan secara bersenjata dan golongan yang terselamat dari tangkapan itu mengunakan saluran politik bagi meneruskan perjuangan menentang penjajah British.

 

 

Pihak British telah melancarkan perang secara besar-besaran terhadap perjuangan bersenjata ini dan bagi mereka-mereka yang di tangkap kerana bersubahat dengan gerakan gerila ini akan di buang negeri atau di hukum gantung sampai mati.

 

 

Seperti apa yang terjadi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya, pihak British juga telah menjalankan perang saraf terhadap anggota pejuang kemerdekan ini dengan segala momokan bagi menjauhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan ini. Istilah ajaran sesat yang di tujukan kepada Ustaz Ibrahim Libya sebenarnya telah lama di semburkan kepada pejuang2 kemerdekaan ini.

Ulama2 atau mereka yang di anggap sebagai orang agama pada ketika itu telah bersekongkol dengan pihak British mengeluarkan fatwa demi fatwa bahawa komunis tidak percayakan Tuhan atau lebih tepat lagi anti agama. Sehinggakan dalam satu peristiwa yang telah di ceritakan oleh Abdullah Cd dalam memoirnya, pada suatu ketika sewaktu darurat masih belum berkuatkuasa beliau didatangi oleh bapanya dan pada besoknya mereka telah sama2 bersembahyang di Masjid Ipoh. Setelah keluar dari masjid itu datang sekumpulan manusia yang meminta beliau agar masuk kembali Melayu. Mereka menyuruh beliau agar bersembahyang semula dan mengingatkan beliau bahawa komunis itu perosak agama.

 

 

Peristiwa yang berlaku terhadap Ustaz Ibrahim ini hanyalah sebagai ulang tayang kepada generasi yang mahu memikirkannya. Apakah yang di hairankan dengan kepungan oleh pihak polis ketika mahu menahan beliau dan penduduk Memali jika anda kenangkan apa yang telah berlaku terhadap rejimen ke 10. Apakah ada yang lebih dahsyat lagi jika hendak dibandingkan dengan operasi kepung dan basmi yang di lancarkan oleh pihak penjajah dan disokong oleh pemimpin melayu terhadap perjuangan Parti Komunis Malaya?

dari: kini & silam

9 Comments

Filed under Politik, Sejarah, Undang-undang

9 responses to “MEMALI: Salah Satu Kezaliman Pewaris Penjajah.

  1. anwar rasul

    saya rasa saudara/ri penulis ni seorang yang sesat dan rosak aqidahnya kot kerana menyatakan pandangan bahawa perjuangan PKM itu mulia dan suci…banyakkanlah baca buku sejarah asa-usul bagaimana bermulanya fahaman komunis yang diasaskan oleh karl marx..jangan ilmu baru sejengkal lautan dalam hendak diduga.

  2. mindaahad

    harap saudara Anwar Rasul banyakkan membaca dan fahami apa yang dibaca..🙂

  3. sudu

    baca dahulu , fikir dan renung wahai anwar rasul

  4. Dahlea Al -Saadi

    Asslamaualaikum,kes memali ni penuh tragedi..semoga Allah cucuri rahamat ke atas roh 2 ustad ibrahim libya dan pengikut2nya.semoga mendapat pembalsan dari Allah kpd pihak2 yg tlibat.

  5. panglima perang

    anwar rosul ni kene tipu dgn buku teks sekolah..die baru lahir smlam agknya..

  6. hang demak

    salam..cik anwar rasul kene kaji lg sejarah..baru bagi komen..

  7. Pejuang kemerdekaan

    Salam…
    Citer banyak yg betul.. Mesia banyak tipu sejarah.. Banyak pahlawan sebenar mati dan digelar pengkianat.. Umno tidak akan biarkan org2 yg masih hidup menjadi saksi.. Semua org kuat umno dulu pegawai inggeris masa dulu.. So renungkan ler.. Dia nak back up sapa? Masta dia org rakyat? Pertubuhan mesia asalnya dirancang kemas.. Di oxford buku kewujudan mesia dah lama sebelum mesia merdeka..

  8. merong mahawangsa team

    Salam ….
    wahai pejuang bgsa truskan prjuangan mu…jgn pedulikan ugutan wris2 talibarut pgkianat spt d atas…
    ibarat pepatah “bodoh x dngar kata orang..cerdik x boleh mnumpang!”…
    Terlalu mengagongkan tulisan2 sejarawan barat…dia tu mgkin piut kpda R.O WINSTED kot…

  9. Merong Maha Wangsa Team

    salam…
    jka dah trhutang budi & body pda pnjajah khusunya British pyh lah bentuk balik minda n jati diri org Melayu kita…trllu taksub dgn hasil pnulisan srjana Barat…nak jdi sejarawan tp pmalas n bebal…wlhklam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s