Perlantikan Gustavus Baron de Overbeck sebagai ‘Maharaja Sabah’ (Borneo Utara) serta ‘Raja Gaya dan Sandakan’ oleh Sultan Borneo pada tahun 1877 M.

Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British.

Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta, Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab, Sultan Borneo mengirim salam kepada semua.

Bahawasanya beta berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta yang dikasihi, Gustavus de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu Negeri di bawah kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuko, yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah yang lain sejauh hingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk Gaya dan Teluk Sapanggar dengan semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian daripada kawasannya dan begitu juga Pulau Banguey, bagi balasan tertentu yang dipersetujui antara kami.

Dan bahawasanya Gustavus Baron de Overbeck tersebut ialah ketua dan satu-satunya sahaja wakil Sah Syarikatnya di Borneo.

Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab hendak dengan ini menamakan dan melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-wilayah yang tersebut di atas dengan gelaran Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan, dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak terhadap pengeluaran hasil bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan, dan dengan hak untuk membuat undang-undang, membuat duit, mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan cukai kastam ke atas perdagangan dan perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas penduduknya sebagaimana yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan hak lain yang biasanya dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat, dan yang dengan ini beta wakilkan kepadanya dengan kerelaan beta sendiri.

Dan beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan persahabatan serta perikatan supaya mengakui bahawa Maharaja tersebut sebagai diri beta sendiri di wilayah-wilayah tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu, dan jika sekiranya berlaku kematian atau persaraan dari jawatan oleh Maharaja tersebut, maka orang yang sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga menggantikan jawatan dan gelaran Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, dan segala kuasa yang dinyatakan di atas hendaklah terletak hak padanya.

Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 156-157.


*Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. Kuala Lumpur: ITNM

8 Comments

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

8 responses to “Perlantikan Gustavus Baron de Overbeck sebagai ‘Maharaja Sabah’ (Borneo Utara) serta ‘Raja Gaya dan Sandakan’ oleh Sultan Borneo pada tahun 1877 M.

  1. di sini ada urutan negara luar dan jiran tahun 1877 hingga 1902,
    bentuk bahasa persuratan Dll! ? ! ?!!!

  2. Astaghfirullahalazeem..
    Sampai begitu sekali pengiktirafan kepada golonagn kuffar..

    TETAPI,
    kadang2 raja2 dahulu terpaksa dan diugut dengan pelbagai ancaman yang kita tidak tahu..

  3. pangeran

    sultan abdul momin tidak pernah melantik gustavos sebagi maharaja sandakan! para sarjana barat telah mengubah maksud sebenar perjanjin tersebut. perjanjian 29 Dec 1877 di negara Brunei adalh perjanjian pajakan keatas north borneo, jika 3tahun BNBC tidak membayar maka perjanjian itu dengan sendiri akan terbatal. Status maharaja ini sangat besar, mana mungkin seorang maharaja terikat dengan perjanjian 29 Dec 1877! cuba dalami maksud bahasa jawi yang dibuat, alibahaskan maksunya, para pembaca tidak akan terjumpa ayat sultan abdul mom7n melantik orang british sebagi maharaja sandakan in gaya, semua itu mengarut!
    selepas perjanjian tersebut pihak BNBC teleh membuat pembayaran tetapi mereka tidak mampu membayar jumlah seperti apa yg telah mereka persetujui sebelum ini, mereka masih berhutang sehinggalah BNBC menyerahkan pada pihak british, tanpa pengtahuan waris selepas sultan abdul momin. disebabkan itu paduka syed mohd salleh bangkit menentang brits, kerana perjanjian yang dibuat oleh nenek moyangnya telah diputarbelit oleh british. pada thn 1913 iaitu 3thn sebelum paduka syed mohd salleh mangkat , beliau ada menulis surat kepada wakil, brts d sandakn, yang dia ingin kerjaan brits membuat pembayaran tertunggak atau lebih senang maksudnya hutang tertunggak yg sudahlama tidak dibayar. semua suratmenyurat itu ada dalam s7mpanan arkib negara malaysia n arkib landon, mengapa kerajaan tidak mengambil berat surat suray
    t yang sarat dengan sejarah ini?

  4. pangeran

    Sya nak bagitahu pembaca , dari apa kajian yg sya telah buat selama ini, north borneo tidak pernah diserahkan pada mana2 pihak seperti yg ditulis oleh pengkaji sejarah, banyak yg tidak tepat, jangan menulis sejarah yg sebenrnya tiada nilai sejarah! yang penting bukan hanya bagimana belajar sejarah tetapi bagaimana belajar dari sejarah..

  5. pangeran

    sya nak tambah pasal surat perjanjian BNBc diantra sultan sulu pada 24 jan 1878 yg dibuat d sulu, isi surat itu hampir sama dengan perjanjian 29 Dec 1877 d brunei, pelik ! nak menipu tapi tidak kena tempat, bagaimana org brits dtng d phlion pada masa itu telah d jajah oleh kerajan sepanyol, apa kuasa sultan sulu pada masa itu, org brits tidaklah bodoh membuat perjanjian dgn org yg tidak ada kenamengena dgn north borneo, jika perjanjian itu benar mereka kena tunjukan bukti pembayaran selepas perjanjian tersebut, tpi nyaata tidak ada. BNBC tidak cukup duit nak bayar sultan abdul momin, inikan pula nak bayar dgn s sulu dalam masa yg sama, sungguh tidak masuk akal.

  6. pangeran

    saya nak betulkan disinai agar tidak keliru, maharaja sandakan yg sebenarnya adlah paduka syed mohd salleh bukan gustavos!
    sya menulis berdasarkan fakta sejarah yg belum diketahui umum!
    ingatlah satu hari nanti pasti akan terungkai seperti ibu yang hedak melahirkan bayi ianya tidak dapt ditahann akan melahirkan anak dalam kandungan…

  7. Just me

    well said Pengeran. Betul bagaimana surat perjanjian 1878 hampir serupa? dan kenapa tiada siapa pun mempersoalkan sedangkan document pemberian geran tanah sabah ke sulu pun tidak ada. ( Kalau nak jual tanah pun sampai sekarang ni orang akan tanya apa?) Dan kenapa hanya 5K pembayaran. Adakah overback di ugut?

  8. Merong Maha Wangsa Team

    salam…
    wlau pn ana brmastautin d smenanjung..tpi ana trpnggil utk mmbicrakan ttg sjarah d kepulauan Borneo…sejarah sllunya di tulis oleh phak yg brkuasa spt British srta pnjajah Barat yg ln..brtambah “celaka” lgi bla org Melayu@rakyat yg sdah brkuasa d zaman ini trmsuk d Malaysia srta d Nusantara ini msh mngikut tlunjuk British seolah2 undang2 Kolonial ini mmg x mmpu d ubah smpai KIAMAT..!!!!!!(mngkin jga tkut di PECAT dri senarai NEGARA2 KOMANWEL kot!!!!!!!!)
    Berbalik lah kpd Undang2 Al Quran ..apa yg hndak di risau kan segala isi alam trkndung di dalamnya..dari tujuh lapis kerak bumi hgga tujuh petala langit smua di ceritakan dlm Al Quran!Bgini lah jdinya jka sistem pngajian pondok yg bgtu brpengaruh suatu ktika dlu di pinggirkan..spptutnya pngajian Islam spt ini di masukkan sbg pelajaran wjib dlm sistem pndiddikan bkn hnya sbg “tempelan” utk di ajar slpas hbs sesi persekolahan pagi dan hanya di ajar sblh ptang..!
    Ana skong 1000% hkum Hudud d lksanakan d Brunai x ksah lah wlu blum mnyeluruh skrg2 nya usha kearah itu tlah d gerakkan…Syabas!!!…brbanding di Mlaysia hnya skadar khabar2 angin sepoi2 bahasa….ada yg mncadang..ada yg mnntang..ada yg mmandang…jgn lah tkut whai pngamal undang2 mhpun rkyat jlata..jka anda x mlakukan ksalahan ..x da siapa yg akan di hukum!!!!
    Brbalik soal perjanjian dgn British ni…prkara yg sma jg trut brlaku di Semnanjung dn antara yg hebat di perdebat kan tuntutan semula PUlau Pinang@Seberang Prai agar di serahakan kmbali kpda Kerajaan Kedah..bgi ana smua ini tipu daya British dn konco2 nya yg gilakan kuasa..akhirnya rkyat skrg yg traniaaya…tpi pcayalah TUNTUTAN ini x kan berakhir bgtu sja..kami akan tuntut hgga brjaya sbg anak jati Kedah!
    Ana trpnggil ke laman ini demi mmartabatkan sejarah agama ,bangsa dan Tanah Jawi (Nusantara) tercinta ini..jka anda ingin bkgsi idea@cdangan blh lah emel kp ana: lavender.bizz@gmail.com……..(sheikh zack)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s