Perlukah Suntikan Vaksin HPV?

Apakah itu HPV?

Human papillomavirus (juga dikenali HPV) adalah satu kumpulan virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis. Sebahagiannya lebih kurang 40 jenis adalah dikenali sebagain ‘genital human papillomavirus‘ adalah penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada manusia. HPV jenis ini boleh menjangkiti bahagian kemaluan lelaki dan perempuan. HPV jenis ini turut boleh menjangkiti bahagian mulut, tekak dan dubur.

HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah ketuat pada kemaluan dan kanser. Walaupun begitu, tidak semua orang yang dijangkiti akan menghadapi masalah kesihatan yang serius. Dalam kebanyakkan kes, HPV akan sembuh dengan sendiri tanpa memberikan apa-apa masalah kesihatan dan kebanyakkan orang yang dijangkiti HPV tidak sedar mereka mempunyainya.

HPV bukanlah herpes atau HIV (virus yang menyebabkan AIDS) walaupun kedua-dua virus ini turut dipindahkan ketika hubungan seks.

Siapakah yang berisiko mendapat HPV? 

Sesiapa sahaja yang pernah atau sedang melakukan kegiatan seks boleh dijangkiti HPV terutamanya lelaki dan perempuan yang kerap bertukar-tukar pasangan.

Ini adalah kerana HPV dijangkiti melalui hubungan kelamin, biasanya semasa seks melalui faraj dan dubur. HPV juga boleh dijangkiti semasa seks oral mahupun sentuhan antara kemaluan. HPV boleh dijangkiti walaupun pasangan seks tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala (symptom).

Kebanyakkan orang yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti atau menjangkiti pasangan seks mereka. Seseorang masih boleh dijangkiti HPV walaupun bertahun tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Manusia juga boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis HPV.

Dalam kes yang terpencil, ibu mengandung dengan jangkitan HPV pada kemaluan boleh menjangkiti anaknya semasa dilahirkan.

Teori vaksin HPV 

Harald zur Hausen, iaitu pemenang Hadiah Nobel tahun 2008 bagi kategori ‘Psychology or Medicine’ dalam kajiannya menemui sebahagian HPV yang onkogenik sebagai penyebab kanser rahim. Penemuan ini membawa kepada pemahaman jangkitan HPV secara semulajadi dan mekanisma bagaimana HPV boleh menjadi punca bagi kanser rahim. Ini kemudiannya membawa kepada penghasilan vaksin HPV. 

Teori mudah bagi vaksin HPV adalah sekiranya jangkitan HPV boleh dielakkan, maka kanser tidak akan berlaku.

image

Sejarah ringkas vaksin HPV

Vaksin HPV yang pertama, Quadrivalent Human Papillomavirus (Types 6, 11, 16, 18) sejenis vaksin rekombinan (HPV4)  telah dilesenkan oleh Food and Drug Administration untuk kegunaan dalam US pada Jun 2006 dan pada bulan yang sama, Advisory Committee on Immunization Practices mengesyorkan vaksin ini sebagai vaksinasi berkala bagi perempuan antara 11 dan 12 tahun. Pada tahun 2009, HPV4 turut dilesenkan untuk mengelakkan ketuat pada lelaki dan pada tahun 2010, untuk mengelakkan kanser dubur bagi lelaki dan perempuan.

Pada tahun 2009 juga, FDA turut melesenkan vaksin HPV2, Bivalent Vaccine (Types 16 dan 18).

Product: Gardasil (HPV4)
Manufacturer: Merck
Year Licensed: 2006

Product: Cervarix (HPV2)
Manufacturer: GlaxoSmithKline
Year Licensed: 2009

Kedua-dua vaksin dikatakan berkesan untuk mengelakkan jangkitan HPV bagi jenis (types) yang terkandung dalam vaksin. Maka secara tidak lansung melindungi daripada kanser mahupun pra-kanser yang disebabkan oleh HPV 16 dan 18. Vaksin HPV4 pula dikatakan mampu melindungi daripada ketuat pada kelamin yang disebabkan oleh HPV 6 dan 11 pada lelaki dan perempuan.

image

Permasalahan vaksin HPV

Vaksin HPV hanya melindungi 2 daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan HPV. (Menurut CAP).

90% daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Selain itu, kebanyakkan jangkitan tidak memberikan sebarang tanda-tanda mahupun gejala yang negatif.

HPV bukanlah satu-satunya penyebab kanser servik. Antara punca berisiko tinggi  lain yang dikenalpasti adalah merokok, jangkitan bersama herpes, Chlamydia atau HIV, dan penggunaan hormon perancang keluarga. Ketidakseimbangan hormon estrogen terutamanya dikaitkan dengan kanser servik.

Malah jika seseorang perempuan dijangkiti HPV type yang boleh menyebabkan kanser, tidak semestinya dia pasti akan mendapat kanser. Kemungkinan besarnya, badannya akan menyingkirkan virus itu sebelum kanser terbentuk.
 
HPV adalah penyakit jangkitan seksual. Penyakit ini hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja. Hanya mereka yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks rambang berisiko untuk menjangkiti HPV dengan mudah. Ini bermakna vaksin ini sesuai untuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan pelacur. 

Dalam usia ini, remaja kita tidak melakukan kegiatan seksual. Ini adalah kerana budaya dan agama di Malaysia melarang hubungan seks sebelum perkahwinan. Ini jelas berbeza dengan budaya Barat yang kebanyakkan remaja mereka aktif melakukan hubungan seks walaupun bertentangan dengan agama. Jelas tidak logik untuk mevaksinasi remaja kita di Malaysia.

Kanser serviks hanya terjadi lebih daripada 10 tahun setelah jangkitan. Vaksinasi kepada remaja berumur antara 9-13 tahun seperi yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mampu melindungi mereka daripada 2 jenis HPV sahaja. Itupun kesan vaksinasi tidak dapat bertahan lebih daripada 5 tahun.

Kadar kematian daripada kanser servik adalah amat rendah di Malaysia. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Kejadian kanser serviks menurun daripada 12.9 % pada 2003 kepada 12.2% pada 2006 dan ini berlaku sebelum adanya vaksin HPV. Sepanjang tahun 2006, hanya 1,074 kes sahaja yang telah dilaporkan. Bilangan kes tidak menunjukkan bilangan kematian yang disebabkan kanser servik dan bukan semua kanser servik adalah disebabkan oleh HPV.  

Kanser serviks yang tipikal berlaku pada wanita berumur 40 tahun ke atas. Apakah logiknya untuk vaksinasi remaja yang baru akhil baligh? Kesan vaksinasi tidak kekal spanjang hayat, biasanya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Fakta ini boleh dilihat dalam ujian klinikal Gardasil (vaksin HPV4),perlindungan terhadap ‘cell dysplasia’ (perubahan kepada permukaan sel servik) hilang setelah 4 tahun sahaja dan dalam ujian klinikal, peserta ujian diberikan dos suntikan yang keempat untuk menambahkan bilangan antibodi. Dan ujian klinikal ini dilaporkan oleh Merck (pembuat vaksin) walaupun vaksinnya dipasarkan dengan tiga suntikan sahaja, bukan empat.

Menurut Dr Diane Harper, saintis utama untuk Gardasil, vaksin HPV hanya memberikan perlindungan 5 tahun sahaja daripada suntikan yang pertama. Dan Gardasil hanya mengekalkan titer (kepekatan) antibodi untuk HPV 16 sahaja (tidak untuk 18/11/6) selama 5 tahun. Ini bermakna perlindungan yang benar kekal lama daripada suntikan vaksin HPV4 Gardasil yang sebenar hanyalah bagi kanser yang disebabkan HPV type 16 sahaja.

Menurut Dr Diane Harper, jika seseorang yang divaksinasi tidak aktif secara seksual dalam 5 tahun, maka vaksin tersebut tidak melindunginya daripada kanser rahim. Dia berkata demikian kerana tidak ada bukti bahawa Gardasil memberikan keberkesanan lebih lama daripada 5 tahun. Dr ini juga menyebut kegagalan logik memberikan vaksin kepada mereka yang berumur antara 9-15 tahun kerana mereka mungkin tidak akan terdedah kepada HPV sehinggalah kesan vaksin hilang dan tak berkesan lagi.
 

                                                              Source: http://www.cancereducation.org
 
Kajian saintifik menunjukkan suntikan vaksin HPV tidak selamat dan tidak berkesan seperti yang didakwa oleh pembuat vaksin. Laporan yang sistematik telah dilakukan oleh kumpulan saintis di Kanada terhadap kajian vaksin sebelum dan selepas dilesenkan menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah tidak benar dan keberkesanannya tidak pernah dibuktikan. Mereka mendedahkan bahawa ujian keselamatan vaksin ini mengandungi kesilapan yang besar dan bukti keselamatan vaksin adalah bertentangan dengan kes-kes yang dikaitkan dengan vaksin HPV (termsuklah  kematian dan kecacatan kekal). Artikel penuh boleh dibaca di http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23016780

Menurut kajian yang dilakukan oleh Merck (pembuat vaksin) pula, jika seseorang telah terdedah kepada HPV 16 dan 18 sebelum suntukan vaksin, risiko untuk membentuk luka pra-kanser atau lebih teruk meningkat sebanyak 44.6%.

Vaksin HPV mempunyai kesan sampingan yang bahaya. Antara laporan yang telah dilakukan kepada VAERS, antara kesan sampingan yang serius termasuklah:

Guillain Barre Syndrome
Blood clots
Heart problems
Fainting
Seizures
Pancreatitis 
Spontaneous abortion/Miscarriages
Fetal abnormalities 
Neurology problems
Bells Palsy
Paralysis
Speech problem 
Short term memory loss 
Ovarian cysts
Blindness  
Cardiac arrest
Sudden death
Sehingga 13 Ogos, 2012, VAERS telah menerima 119 laporan kematian selepas suntikan vaksin HPV berserta:
894 laporan kecacatan kekal
517 kejadian mengancam nyawa
9,889 kemasukan ke wad kecemasan
2,781yang dihospitalkan
Kesan serius yang lain boleh juga dibaca dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21425100 yang menunjukkan perkaitan jelas penyakit autoimmune seperti Guillain-Barre syndrome selepas suntikan vaksin HPV.

Vaksin HPV mengandungi bahan-bahan yang boleh berbahaya kepada manusia. Antaranya:
HPV Types 6, 11, 16, and 18 (dari DNA rekombinan)
aluminum hydroxyphosphate sulfate (sejenis neurotoxin, boleh menyebabkan penyakit autoimmune)
yeast protein (boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang)
sodium chloride,
L-histidine (berisiko menyebabkan penggumpalan darah)
polysorbate 80 (boleh menyebabkan kemandulan pada perempuan)
sodium borate (digunakan sebagai racun lipas, dikaitkan dengan kemandulan)

Mengikut senarai di The National Library of Medicine (NLM) oleh National Institutes of Health, sodium borate yang ada dalam vaksin HPV telah disenaraikan sebagai racun yang berbahaya dan kini tidak digunakan lagi dalam persiapan perubatan. Kesan atau gejala akibat keracunannya adalah seperti convulsion, collapse dan seizures, dan gejala-gejala ini sering berlaku setelah suntikan vaksin HPV.

Kaedah lain mengatasi masalah kanser serviks.

Mengikut laporan CDC berkaitan HPV kepada Congress pada tahun 2004:
Kanser servik adalah kesan yang jarang berlaku akibat jangkitan HPV pada wanita terutamanya jika mereka diperiksa untuk kanser secara berkala dengan pap smear. Jika kanser dikesan awal dan diurus dengan cepat, kadar hidup bagi kanser servik adalah lebih daripada 90%.

Kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti HPV. Kajian yang telah dilakukan kepada pelajar perempuan di kolej selama tiga tahun di US (semuanya anak dara pada mulanya) mendapati bahawa perempuan yang bersama pasangan yang sentiasa memakai kondom semasa seks adalah 70% kurang dijangkiti dengan HPV berbanding dengan perempuan yang bersama pasangan yang tidak memakai kondom.

Dr. Tom Fitch, seorang pakar kanak-kanak di San Antonia dan lembaga pengerusi di Medical Institut for Sexual Health menegaskan bahawa kaedah yang terbaik untuk mengelakkan penyakit berjangkit secara seksual seperti HPV adalah dengan menahan diri (dari seks) dan monogami (tidak bertukar-tukar pasangan/seks rambang/seks bebas). 

Dipetik dari; Muhammad Ng Chee Hong

Nota kaki:
1. Jangan dekati zina.
2. Sistem imun badan manusia adalah perlindungan terbaik. Jangan bergantung dengan ubatan. Kalau demam, elakkan paracetamol, uphamol @ panadol tu. Sejukkan badan dengan kaedah tradisi dan natural, banyakkan minum air.
3. Bidang kesihatan, farmasi dan perubatan zaman ni hanyalah bermotifkan perniagaan semata2.

Ahady Aqady

6 Comments

Filed under Kesihatan

6 responses to “Perlukah Suntikan Vaksin HPV?

  1. Pingback: Kesan-kesan Suntikan Vaksinasi Terhadap Kanak-kanak. | Minda Ahad

  2. Pingback: Bahaya Suntikan Vaksin HPV. | Minda Ahad

  3. atiqah

    Apakah kesan jika ibu hamil mengambil vaksin hpv ini.??adakah bayi dalam kandungan terjejas dan mendapat penyakit…harap balas..🙂

  4. atiqah

    Kalau bleh,emailkan kpd sy jwpn utk soalan yg sy tnye tdi…trime kasih

  5. dina

    Salam. Sy ingin bertanya.jika seseorang telah mendapat std. Adakah wajar diambil vaksin ini? Krn apa yg sy faham, saudara berkata vaksin ini tidak wajar diberi kpd remaja di malaysia krn mereka tidak seperri budaya barat yg mngamalkan seks wlaupun umur msih mentah. So ada logik di situ kerana mereka tidak berisiko utk mndapat kanser servik. So bagaimana pula yg sudah berisiko? Adakah patut diambil atau tidak vaksin ini. Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih

  6. mindaahad

    Dah dapat std, ambil ubat std.
    Vaksin atas pilihan sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s