Category Archives: Ekonomi

tentang sistem ekonomi

Pencerahan Tentang Konflik di Syria dan Dunia.

SATU

Awal Februari 2012 yang lalu di New York, rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Rusia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyerang Syria. Ini adalah modus operandi menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.

united nation un general assemblyTetapi pada 4 Februari 2012, Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak diveto, melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) ke atas Syria. .

iran opposition election 260609 05

Dari laporan media antarabangsa, Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persoalan. Lalu timbul pertanyaan, jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?

Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2 Ogos 1964, sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah dikatakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika, Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara.

Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.

Kerana tangisan Nayirah

Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990, dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis-nangis di kaca TV kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.

george w bush final days 130109 03Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini, Presiden Bush Senior (kiri) telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia diberitahu bahawa Nayirah ini anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah, duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC, bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton – sebuah syarikat lobi. Tetapi berita sahih tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.

Kalau Iran hendak diserang, apa perlunya Syria juga di serang?

Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang (settlers state) seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Kanada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara didatangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta di satu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggirkan warga asal. Dalam kes Israel, mereka bukan hanya meminggir, malah menghalau keluar orang Palestin – warga asal.

NONEPada tahun 1967, saya dalam tingkatan empat. Pada tahun itu, Perang Enam Hari Arab-Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan 3 juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sedikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisme. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.

Israel, selain dari negara pendatang adalah juga pangkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat AS$3 bilion bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Israel yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Di mana soldadu Israel berakhir, di situ soldadu Amerika bermula.

Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku, Isreal telah merampas Bukit Golan, wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini strategik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PBB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.

Kecelakaan di musim bunga?

Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat perjanjian pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui perjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pangkalan tentera di pesisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian pertahanan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang berbahaya.

russia georgia south ossentia conflict 140808 01Manakala Syria dan Rusia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Di zaman Presiden Hafez Al-Assad di Syria – ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari blok sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di pelabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan pelabuhan Rusia di Utara Eropah disalut oleh air batu. Maka pelabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Rusia ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Israel.

Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hizbullah dan gerila bawah parti ini mendapat dukungan dan sokongan teguh dari Iran. Parti yang berpangkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pangkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hizbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hizbullah.

israel invades gaza strip hamas palestineJusteru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan front besar – antara Iran, Syria dan Hizbullah. Dalam masa yang sama Iraq di bawah kerajaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ‘ Tembok Syiah‘ yang kukuh. Blok revolusioner dengan dasar anti-Zionis dan anti-Amerika.

Melihatkan kemunculan Tembok Syiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu ‘kecelakaan’ seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancang seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib dimenangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .

NONEKetika tulisan ini digarap, Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ‘Syrian Free Officer Movement yang berpengkalan di Turki. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka dilatih dan dibiayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turki menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk menghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.

Sebelum memasuki Iran, tembok Syiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya diretakkan.

DUA

Dalam strategi media ada strategi mengolah persetujuan. Bom yang diletupkan adalah hasil operasi ‘false flag’. Ini adalah modus operandi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar ‘letupan’ yang lebih besar dapat dilakukan.

Jika membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu – kita akan bertemu dengan naratif di mana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British dikatakan meminta letupan ini dituduh sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno (bawah) menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.

amin iskandar article 291008 sukarnoJangan lupa, di Kuala Lumpur juga telah berlaku tiga letupan kecil pada 9 Januari 2012 di Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi ‘false flag’. Tidak susah untuk memahami siapa di belakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion menggambarkan letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim.

Seperti tulisan dahulu saya telah menerangkan bahawa semua yang berlaku dalam dunia hari ini adalah perancangan gerombolan NeoCon. Babak dan drama politik dunia yang sedang kita saksikan adalah projek-projek untuk mengimplementasikan Projek Kurun Baru Amerika yang telah dirancang oleh gerombolan NeoCon.

Cukong melabur pada calon.

Rasa saya bukanlah begitu susah untuk memahami garis dan jalan politik Amerika ini. Ianya tidak jauh dari apa yang sedang berjalan dalam negara kita. Cuma politik di Amerika skalanya lebih besar dan merangkumi politik dunia.

Semuanya bermula dengan kepentingan The American Military Industrial Complex atau Perserikatan Senjata Amerika. Ini adalah kumpulan syarikat pembuat senjata gergasi yang sedang mendominasi politik dunia. Perserikatan ini akan memilih dan menyokong calon-calon untuk menduduki Rumah Putih.

bernard madoff wall street 150 years imprisonment 300609 02Perserikatan senjata ini akan bersekongkol dengan Wall Street (kiri) untuk memastikan dasar ekonomi yang terbaik untuk kaum pemodal. Perserikatan senjata ini juga akan menaja kumpulan-kumpulan pemikir untuk mengolah pandangan melalui tulisan dan komentar mereka di media. Wartawan, penulis dan para pemikir akan juga diupah dan ditonjolkan sebagai pembuat pandangan. Gerombolan NeoCon adalah tajaan Perserikatan Senjata Amerika untuk menjadi juru fikir.

Perserikatan Senjata Amerika ini bergerak dengan licik dan terancang. Dalam masa yang sama Perserikatan senjata ini bekerjasama dengan rejim Zionis Israel. Kerjasama intim ini berlaku kerana ada kepentingan bersama. Amerika memerlukan minyak mentah dari negara-negara Arab. Isreal ini dijadikan ‘polong’ untuk menakut-nakut dan menghuru harakan wilayah Timur Tengah. Kerana takutkan ‘polong’, maka negara Arab ini akan menjual minyak kepada Amerika dan membeli senjata dari Amerika. Sempoi!

Modus operandi Perserikatan Senjata ini tidak ada bezanya dari peranan yang mainkan oleh
cukong di negara ini. Cukong dan tauke ini akan melabur duit untuk memastikan calon-calon dari United Malays National Organisation akan terus berkuasa memerintah Malaysia.

azlanApa yang berbeza: cukong Malaysia mahu tapak tanah penjara Pudu manakala Carlyle Group di Amerika mahukan wilayah Kirkuk di Iraq yang kaya dengan minyak. Cukong Malaysia mahu monopoli jual beli beras manakala Halliburton mahu kontrak pembuatan senjata di Amerika. Cukong Malaysia mahu 40 saluran Astro, manakala Time Warner mahu memiliki semua media dalam dunia ini.

Apa yang cuba saya lakarkan di sini adalah bahan latar untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku. Hari ini pembudayaan, moral, nilai, tingkah laku, cara hidup malah cara manusia berfikir juga dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru ramai warga dalam dunia ini secara tidak sedar telah memiliki pandangan dunia yang direkakarya oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka akan menerima tuduhan dari media pro-Zionis bahawa Iran adalah sebuah negara bahaya kerana sedang merancang untuk membuat bom nuklear.

‘Polong’ Rumah Putih

Bagaimana semua ini ada sangkut paut dengan persediaan untuk menyerang Iran? Apakah betul Iran yang menjadi sasaran?

azlanJawabnya ia dan tidak. Betul pada ketika ini Iran sedang menjadi sasaran. Walau pun 16 badan risikan Amerika telah menerangkan kepada Kongres Amerika bahawa Iran TIDAK ada rancangan untuk membuat bom nuklear (laporan badan nuklear dunia International Aromic Energy Agency (IAEA) juga memiliki pandangan sama), tetapi gembar gembur untuk menyerang Iran masih diteruskan. Kenapa?

Jawabnya senang sahaja. Perserikatan Senjata Amerika memerlukan suasana perang agar kilang persenjataan terus mendapat kontrak membuat senjata. Israel, saperti yang telah saya nyatakan memainkan peranan ‘polong‘ untuk terus menakut-nakutan dan menundukkan semua negara di Timur Tengah ini untuk menyembah Rumah Putih.

china internet lawRakyat dunia wajib berwaspada dari sekarang kerana NeoCon, juru fikir Perserikatan senjata ini memiliki rancangan masa depan yang berjangka panjang. NeoCon berfikir dan merancang bukan untuk setahun dua. Contohnya rancangan untuk menyerang Iraq telah mereka kupas panjang lebar semenjak tahun 1991 lagi. Iraq hanya diserang pada tahun 2003.

Sasaran utama NeoCon BUKAN Iran, tetapi China. Mungkin ada pembaca yang merasa musykil dan amat payah untuk menerima kenyataan ini. Di sinilah kekuatan NeoCon, mereka dibayar untuk berfikir dan kemudian buah fikiran mereka dijadikan dasar negara. Dasar ini dikota dan dikuatkuasakan oleh kekuatan bala tentera Amerika. Justeru mereka memperincikan cadangan mereka sebagai Projek Kurun Baru Amerika.

Untuk memahami kenapa China menjadi sasaran, sila rujuk kembali rukun iman NeoCon yang tertulis dalam Projek Kurun Baru Amerika. Jelas tertulis: tidak membenarkan mana-mana negara muncul untuk menentang kepentingan Amerika atau berkeupayaan untuk menandingi kuasa Amerika. Justeru rukun iman ini boleh mentafsirkan China memiliki potensi untuk menandingi kuasa Amerika.

Tata Malaysia Baru

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dalam dunia. China telah mengambil tempat Jepun. Memang betul hari ini kekuatan tentera laut dan darat China tidak mungkin menandingi Amerika. Memang betul pada ketika ini teknologi China masih jauh ketinggalan berbanding dengan Amerika. Memang betul kemiskinan masih lagi menghantui beratus juta warga China.

Menyedari semua inilah maka NeoCon mencadangkan akan dijalankan ‘projek-projek’ untuk memastikan China akan terus mundur dan tidak gagah bangun berdiri. Kelemahan asasi China ialah bahan bakar petroleum. China perlu mengimport 32% keperluan bahan bakar minyak. Sumber minyak ini datangnya dari Afrika, Teluk Parsi dan Arab Saudi.

attack iraq saddam downfallKetika Saddam Hussein (kiri) berkuasa di Iraq, banyak kawasan konsesi cari gali minyak telah diberikan kepada China. Apabila Amerika masuk dan mengambil alih Iraq, semua perjanjian cari gali ini telah dibatalkan. Di Libya, China memiliki hubungan yang baik dengan Muammar Gaddafi. Justeru apabila Gaddafi dibunuh, semua kepentingan China dilupuskan. Semua perjanjian cari gali minyak di Libya dibatalkan.

Dengan ini amat jelas perang di Iraq dan Libya telah menafikan kepentingan China. Pekara ini amat-amat disedari oleh China. Justeru China telah membuat perjanjian untuk membeli minyak mentah dan gas dari Iran. Telah wujud perancangan untuk membuat pembetungan aliran minyak dan gas dari Iran ke Pakistan dan berakhir di China. Aliran minyak ini mengikut Jalan Sutera Lama. Jika berjaya dilakukan, maka China akan mendapat aliran minyak dan gas berterusan tanpa melintasi Selat Melaka.

Amerika melihat semua langkah-langkah China ini. Amerika sedar akan hubungan intim antara China dengan Iran dan Pakistan. Justeru apa yang berlaku di Libya, Syria, Iran dan Pakistan adalah strategi bala tentera Amerika untuk mengepong China dalam jangka panjang.

azlanMenyedari semua ini maka kita lihat bagaimana Rusia telah sekata dengan China untuk TIDAK menyokong sekatan ke atas Syria. Rusia juga sedar negara-negara boneka – Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan – adalah negara-negara boneka yang sedang dipersenjatai oleh Amerika. Negara pilihan Amerika ini terletak di bawah perut Rusia. Negara ini juga bersempadan dengan China. Tidak dapat tidak negara-negara ‘tan’ ini akan menjadi ‘Israel’ untuk China dan Rusia.

Justeru, tulisan saya ini adalah ingatan kepada warga dunia. Jika perang dilancarkan ke atas Iran, bermakna Perang Dunia Ketiga bermula. Serangan ke atas Iran adalah mengimplementasikan projek NeoCon sedang untuk melahir New World Order atau Tata Dunia Baru.

Sebelum perang pecah , kita wajib membaca kembali sejarah dan pengalaman generasi sebelum kita yang menuntut merdeka di zaman Perang Dunia Kedua. Jika perang pecah, ianya akan membuka peluang untuk kita menumbangkan gerombolan United Malays National Organisation dan melahirkan Tata Malaysia Baru.

TIGA

Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusaha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sedikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual di kalangan masyarakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat penyelidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkan sikap “budaya wajib mendengar” dari benggolan-benggolan yang dikatakan memiliki ‘autoriti‘.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen maka apa yang tersimpan di belakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada benggolan-benggolan yang dikatakan bertauliah.

Biar saya jelaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Syiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan Kristian.

Memang sahih, wujudnya konflik antara Syiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama seperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat harta kekayaan negara. Kezaliman dan penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syria diperluaskan. Ini sama seperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik. Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas perjuangan warga dari negara dunia ketiga.

Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahami teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ia sama seperti oksigen, ertinya kontradiksi wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi. Dalam kontradiksi ada pergeseran. Pergeseran dan percanggahan inilah yang mengerakkan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fundamental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik, dalam sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua. Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi – pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundamental: penjajah Jepun.

Begitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi agenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Syiaa. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pergeseran utama pada ketika ini antara rakyat Syria dari semua mahzab agama dengan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundamental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dilihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisme ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya mengeksport petai, jering dan cencaluk pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petroleum dan gas maka Iran tidak akan diserang.

Pasti akan ada pembaca yang bertanya, Arab Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Brunei juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana telaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Brunei. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’ kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar tentera ke Afghanistan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria tidak memiliki bahan bakar petroleum? Ini betul. Tetapi dalam strategi kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Syiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hezbollah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman presiden Hafeez al-Assad telah bekerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hezbollah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama dengan USSR, kemudian dengan Rusia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria yang digunakan untuk melawan Zionis-Isreal telah dibekalkan oleh Rusia. Rusia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Rusia terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pangkalan tentera laut Rusia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah pelabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Rusia ini adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerajaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strategi Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan ke atas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Di sini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turki. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turki menyediakan tempat di sempadan Turki/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turki dan rakyat dunia. Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – seperti zaman Uthmaniah dahulu – untuk dapat mempengaruhi dunia Arab. Turki memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul kerana Turki memiliki ‘viagra’ yang bernama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Para pembaca wajib sedar bahawa di belakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turki sebagai budak suruhan gerakan Zionis Antarabangsa.

Pada ketika ini kuasa dan pengaruh Zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Netanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat – tahun pilihan raya – di mana tidak ada bakal presiden Amerika yang berani bercanggah dengan Isreal.

Amerika, Saudi, Qatar dan Turki semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana di belakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World Order – Satu Dunia Baru – di mana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Syiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusaha menaburkan demokrasi seperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar mereka pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk bertanya bila pilihan raya akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas.

EMPAT

Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh berfikir. Jauh sekali untuk memandu kereta. Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’ dari Amerika terhadap Arab Saudi? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia. Arab Saudi membuktikan bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah dieksploit oleh keluarga Ibnu Saud.

Dari sudut sejarah, di zaman Nabi Muhamad tidak ada raja di Arab Saudi. Dalam kitab awal Ibnu Hisham – As-Sirah an-Nabawiyyah – yang ditulis 200 tahun selepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama raja, darjat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara radikal menentang kaum feudal kerana sistem feudal ini bercanggah dengan teologi Islam. Jadi dari mana munculnya Raja Saudi ini?

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan ketua kabilah. Perbalahan dan peperangan antara suku dan kabilah sering berlaku di kalangan bangsa Arab ini. Maka di sinilah munculnya TE Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul.

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al-Saud, kekuatan kerajaan Uthmaniah di sebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Secara resminya kuasa kerajaan Khalifah Uthmaniah dihapuskan pada 3 Mac 1924.

Akhirnya pada tahun 1932 lahirlah apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. TE Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksual telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.

Di sini saya ingin membawa para pembaca untuk untuk memahami konsep yang dipanggil geopolitik. Geopolitik ini ialah politik kawasan, bumi, tanah atau wilayah yang dianggap strategik dan penting. Strategik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilayah ini.

Pada hemat saya, jika Arab Saudi mengeksport petai dan jering maka setiap hari kita akan membaca tentang kejahatan kaum kerabat Saud. Kita akan membaca bagaimana kaum kerabat Saudi ini berpoya-poya berjudi di London atau Paris. Atau kesah keluarga Saud bercanda-canda di kota-kota besar di Eropah. Tetapi hakikatnya bukan petai dan jering tetapi bahan bakar petrol.

Arab Saudi adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela – yang memiliki simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini Arab Saudi adalah negara pengeksport utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dari Saudi memasuki pasaran dunia. Justeru Arab Saudi adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung kuat dengan bahan bakar petrol.

Sayugia dikhabarkan di sini bahawa 15 daripada 19 orang pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Arab Saudi. Menjadi amat pelik – tindak balas dari George Bush bukan terhadap Arab Saudi tetapi kepada Afghanistan dan Iraq. Ini hanya satu contoh yang jelas di mana kuasa imperial Anglo-Amerika akan memelihara ‘keldai’ tunggangan mereka dalam percaturan geopolitik dunia hari ini.

Ramai warga Melayu Islam mungkin tidak menyedari bahawa keluarga diraja Saudi ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki pertalian teologi dengan Islam. Malah, yang sahih, pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ejen yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Keluarga Saud ini bukan tidak pernah ditentang. Pada 20 November 1979 dahulu satu pemberontakan telah berlaku. Kaabah telah diambil alih selama dua minggu oleh kumpulan anak-anak muda yang menentang pemborosan, rasuah dan kelakuan kaum keluarga Saud. Keluarga Saud tergamam. Hanya dengan bantuan Amerika barulah pemberontakan ini dapat dipatahkan.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka Raja Saudi kini menggelarkan diri mereka “Penjaga Dua Masjid”. Ini hanyalah tembok untuk mengolah persetujuan penganut Islam seluruh dunia bahawa keluarga Saud ini berhak ke atas tanah suci Mekah dan Madinah.

Melalui duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh dunia. Mengembangkan faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan, melalui pelbagai bentuk anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah mendana masjid, sekolah dan pelbagai bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan. Warga Islam di seluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang mereka lakukan atas nama Islam.

Pemusnahan artifak-artifak sejarah yang membina ingatan bersama budaya Arab/Islam dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh keluarga Saud ini. Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald dan Kentaki Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluarga Nabi dianggap ‘syirik’ tetapi menyembah Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Para pembaca jangan tersilap faham tujuan tulisan ini bukan hendak menghina Islam tetapi untuk menunjukkan bahawa keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Islam dan rejim Saudi ini adalah sebahagian dari punca huru hara yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenis Saudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga dunia amnya. Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.

Setelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepada keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab. Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam ingin menggantikan dolar sebagai duit pertukaran jual beli minyak. Gaddafi dimusnahkan kerana Gaddafi menentang pangkalan tentera Amerika didirikan di Afrika.

Kini Bashar perlu ditewaskan kerana dari segi geopolitik wilayah Syria ini amat penting untuk tentera Amerika masuk menyerang Iran. Semenjak zaman berzaman – dari sejarah Perang Salib – kita mengetahui bahawa Damsyik dalam negeri Syam adalah kota strategik. Pintu ke Amman, pintu belakang ke Baghdad, pintu ke Lebanon semua bermula di Damsyik. Justeru pada tahun 2008 yang lalu kota Damaskus telah dinobatkan sebagai kota budaya Arab.

Semenjak dari ribuan tahun wilayah Levant inilah yang menjadi titik mula tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota kuno yang mengasaskan kemunculan kota Damaskus dan Baghdad yang akhirnya membawa pencerahan. Berbanding dengan Saudi – tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geopolitik untuk mengepong China dan Rusia kini sedang bekerjasama dengan Arab Saudi dan Israel. Israel dan Arab Saudi dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara sedang bekerjasama untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik yang berkemungkinan muncul di bumi Arab.

Pada tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan 60 bilion dolar melalui apa yang dipanggil military-aid package atau bantuan ketenteran. Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Arab Saudi.

Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam percaturan geopolitik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashar. Senjata yang dibeli di pasaran gelap dibayar dengan duit petrodollar Saudi. Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian ArmyFree di sini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Arab Saudi.

Dari segi ideologi pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini sedang dijaja dari Moroko ke Maldivess. Dari Bahrain ke Bukina Faso. Dari Jerico ke Jakarta. Dari Dubai ke Dungun. Ajaran kolot Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan Arab Saudi terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad dari Iran bukan kerana Syiah atau kerana Sunni. Bukan juga untuk menegakkan syiar Islam. Penentangan ini lahir dari strategi geopolitik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk mengepong China dan menekan Rusia.

Justeru China dan Rusia telah menggunakan kuasa veto dan akan terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu dilihat sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria. China dan Rusia telah ‘tertipu’ apabila ketetapan PBB telah menghalalkan tentera Nato menyerang Libya dan Gaddafi.

LIMA
Saya pernah sampai ke kota Damas – panggilan manja warga Arab untuk kota Damsyik atau Damascus untuk warga Barat. Ini lama dahulu ketika saya berkelana. Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongres ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.Sebelum sampai ke Damas saya melintasi Amman, Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Begitu juga dengan GUPS – General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lubnan. Ketika ini Perang Saudara di Lubnan baru bermula.

Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut ditutup kerana perang saudara. Lalu untuk membunuh masa saya melingkari kota Damas.

Pada tahun 1974, saya seperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung ada kefahaman tentang Sunni dan Syiah. Ketika saya membesar saya tidak mengetahui tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami – saya ini penganut Islam, tidak lebih dari itu. Sunni dan Syiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.

Saya bertemu dengan mazhab Syiah di Iraq. Ini pada tahun 1975 – lama sebelum Revolusi Iran kerana saya telah menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini, saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf, Ayatollah Khomeini masih lagi ‘orang buangan’ sebelum dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris.

Dengan pecahnya Revolusi Iran, penganut Islam di Malaysia disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Syiah. Penganut Syiah di Iran bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke takhta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran melonjakkan kesedaran tentang Syia di kalangan anak-anak muda Islam di seluruh dunia. Mazhab Syiah dilihat membawa garis melawan imperialis.

Hari ini, pada tahun 2013, kita sedang melihat bagaimana Islam dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin (1989) pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamanan untuk umat manusia. Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus kanan memilih Islam sebagai musuh baru.

Senjata Sunni-Syiah

Di zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi Sosialis, kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan.

Awas, kaum pemodal antarabangsa dengan cekap menggunakan perbezaan mazhab – Sunni dan Syiah – untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Syiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria.

Saya akui di sini bahawa manusia yang bernama Bashar al-Assad itu mungkin BUKAN sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab/Islam. Di belakang gerakan anti-Bashar ini sebenarnya ada agenda yang lebih besar yang dirancang kaum imperialis Anglo-Amerika. Perkara inilah yang ingin saya terangkan agar ianya dapat membawa pencerahan untuk kita semua. Ini bukan bermakna saya lebih bijak dari pembaca. Apa yang saya paparkan ini hanya satu analisa dari kajian, pembacaan dan pengalaman saya.

Justeru, sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Syiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria – Sunni, Syiah, Kristian, Baath atau Majusi. Peperangan dan pembunuhan di Syria ini sebahagian dari agenda Anglo-Amerika untuk menakluk bumi Arab. Kenapa perlu ditakluk bumi Arab? Jawabnya: minyak.

Kita harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap Warga Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki agenda yang telah lama dirancang. Contohnya: serangan ke atas Iraq telah lama dirancang – jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.

Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperial Amerika itu bunyinya amat lunak. Lalu saya meminta semua pembaca bertenang dan berfikir sejenak. Kenapa demokrasi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria? Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada Arab Saudi?

Dari fakta pembacaan, negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak ada langsung miliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman jahiliyah.

Demokratik sungguhkah Qatar?

Sebuah lagi negara Arab yang begitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam, atas nama Sunni, senjata telah dihantar untuk membunuh Syiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syria untuk menjadi sebuah darul yang lebih demokratik. Mari kita bertanya: bila ada pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini?

Telah saya katakan tadi bahawa semua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk bahan bakar petroleum. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran.

Untuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan.

Apabila kita membaca politik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Israel. Israel telah dipacakkan di tengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal bergerak sebagai pangkalan tentera Amerika. Israel menjadi polis untuk Amerika.

Sahihlah bahawa bahan bakar minyak petroleum ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petroleum. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.

Kalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak di pasaran dunia, negara2 ini wajib menggunakan dolar.

Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faisal – pada tahun 1972 – ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi dapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Israel atau musuh dalaman.

‘Kong kalikong’ Amerika

Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengeksport barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli.

Di sinilah muncul ‘kong kalikong’ yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan import. Hakikatnya ekonomi Amerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan dolar – Saddam Hussein dibunuh. Gadaffi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar dengan mata wang lain.

‘Kong kalikong’ Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertaluk dibawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empayar Rom, kini kita dijajah oleh Empayar Amerika.

Saudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kisah Sunni dan Syiah. Kisah ini bertujuan untuk menutup kisah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.

Saya akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, tauke penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu domba kita. Di Lubnan, Kristian dengan Islam. Di Rwanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria, Sunni dengan Syiah. Dan di Malaysia, Melayu dengan Cina.

ENAM
Kalau kita hanya ada pendapatan 100 ringgit sebulan maka secara logik kita akan berbelanja 70 atau 80 ringgit. Kalau boros sekali pun kita berbelanja 90 hingga ke 99 ringgit sebulan. Masih ada niat menyimpan sekurang-kurang seringgit untuk masa depan.Dalam rumah tangga jika anak isteri kurang makanan, kurang pakaian atau kurang dana perubatan dari segi lojiknya sang ayah akan cuba sedaya upaya menyelesaikan agenda rumah tangga dahulu. Bukan pergi ke hulu ke hilir membantu jiran tetangga. Ini logik manusia seantero alam.

NONELogik manusia bermakna perkara yang kita lakukan itu masuk akal. Perbuatan atau hujah yang diberikan masuk akal dan di yakini. Ini berlainan dari logik mat pet. Mat pet, mat dian, mat candu atau sang pemadat mempunyai logik yang tidak masuk akal. Logik mat pet tidak dapat kita terima pakai kerana kita manusia rasional yang memiliki fikrah.

Mat pet lagi berdengung lagi di cucuk badan dengan dadah. Lagi kurang sedar lagi ditelan pil atau disedut asap candu. Akhirnya badan tidak sanggup lagi menerima. Darah dalam badan sang pemadat enggan bergerak akhirnya mat pet ini mati tegak dalam khayalan.

Sabar. Logik mat pet ini adalah juga logik empayar. Logik ini telah diguna pakai oleh Kublai Khan dari Mongolia ketika menjajah separuh dunia ini. Logik Mat Pet ini juga di gunakan oleh empayar Sepanyol, empayar Belanda dan empayar British. Kesemua sejarah empayar ini berakhir dengan empayar mati tegak.

NONEKalau mat pet giankan dadah untuk berkhayal. Empayar ada juga dadahnya. Empayar giankan dadah yang lebih spesial. Dadah untuk empayar ialah kuasa. Kuasa untuk berkhayal dan berkhayal untuk berkuasa. Berkhayal untuk berkuasa mendominasi dunia ini adalah dadah kepada semua empayar dari dulu hingga ke empayar Amerika hari ini.

Amerika Syarikat memiliki sejarah antifeudal dan antikolonial. Warga imigran dari eropah memanggil diri mereka American. Mereka bangun angkat senjata, 200 tahun dahulu melawan kuasa kolonial Baginda Queen. Awalnya orang kulit putih ini menjarah tanah Orang Asal. Kemudian ekonomi Amerika berkembang dengan kemasukan hamba abdi yang tangkap dari Afrika.

Siapa tak kenal Mek Donal?

Dari sini bermulalah sejarah perkembangan empayar Amerika. Mexico mula dijajah pada tahun 1846. Kemudian menjalar ke benua Amerika Latin menggantikan kuasa Sepanyol, ke Amerika Utara menggantikan kuasa Baginda Queen, kemudian ke Eropah, kemudian menjarah ke Afrika dan ke Asia sesudah kejatuhan Hitler, contohnya sesudah Perang Dunia Kedua.

Dari 1776 hingga ke 2013, empayar Amerika telah menakluk dunia. Tidak ada siapa dalam dunia ini yang tidak kenal Mek Donal. Tidak ada siapa yang tidak tahu apa itu apa itu Hollywood. Siapa yang menduduki Rumah Putih dilihat sebagai sosok yang paling berkuasa dalam dunia ini – melebih kuasa Firaun. Melintasi kuasa Shah Reza Pahlavi.

bernard madoff wall street 150 years imprisonment 300609 02Tapi dunia ini ada hukum alam. Yang naik akan turun. Yang di atas tidak akan selama-lamanya di atas. Ini hukum alam yang tidak ada siapa dapat mengubahnya. Apa yang bermula pasti akan berakhir. Selagi ada penindasan selagi itu akan ada perlawanan. Sekuat mana pun sesebuah empayar itu, ia akan berakhir. Dari zaman kuno kita mendengar empayar Inca, Empire Firaun, empayar Iskandar Zulkarnain atau empayar China, empayar Uthmaniah – semuanya terkubur.

Bilakah agaknya empayar Amerika atau kuasa imperialis Amerika ini akan punah musnah? Persoalan bila tarikhnya bukan mudah untuk dijawab kerana perjalanan tamadun manusia bukan seperti pertunjukan wayang ada tarikh dan waktu. Empayar bukan sesuatu yang dapat dipegang. Justeru apa yang dapat kita baca hanyalah tanda-tanda bahawa kuasa imperialis Amerika ini sedang menjunam jatuh.

Logik empayar ialah logik mat pet. Hari ini sistem kapitalis ekonomi Amerika sedang dalam keadaan nazak. Dolar Amerika nilainya semakin susut. Keyakinan dunia semakin merosot terhadap nilai dolar. Lihat dan perhatikan apa yang dilakukan oleh mat pet AKA empayar Amerika ini?

Ketika duit tidak cukup, ketika ekonomi kelam kabut, ketika inilah Amerika membuka medan perang di Afghanistan, di Iraq, di Syria dan di Libya.

Data 2013 dari Dewan Kongres Amerika menyatakan 43 juta warga Amerika ditakrif hidup bawah tahap kemiskinan. Jumlah 43 juta ini adalah warga Amerika yang menerima bantuan food stamp atau bahan makanan dari kerajaan untuk hidup. Dalam keadaan ini mat pet ingin ke hulu ke hilir menyebarkan ‘demokrasi’. Bunyinya lawak tetapi inilah logik mat pet.

Syria langkah garis merah

Bulan September 2013 telah berlalu. Pasti ramai yang tidak ambil pot tentang apa yang telah berlaku dalam bulan itu. Sebenarnya ada dua perkara yang amat penting telah berlaku. Kedua-dua perkara ini adalah tanda bahawa kuasa imperial Amerika sedang menuju keruntuhan.

Babak pertama mengambil tempat di Damsyik. Tim PBB sedang menyelidik letupan bom kimia dalam pentas perang Syria. Tiba-tiba di wilayah di mana tim PBB sedang menjalankan siasatan satu lagi bom kimia dikatakan meledak. Dunia menjadi heboh.

NONEKuasa imperialis Amerika berulang kali berkata: Senjata kimia adalah garis merah yang tidak boleh dilintasi. Jika dilintasi maka Syria akan diserang. Justeru pada minggu ledakan itu berlaku dunia menjadi tegang. Kuasa imperialis Amerika akan menyerang Syria, hanya menunggu arahan dari Obama.

Laporan dan penyelidikan dari Rusia dan NGO antarabangsa membuktikan bahawa ledakan bom kimia ini dilakukan oleh gerila-gerila upahan Saudi. Gerila upahan Saudi datang dari pelbagai negara. Mereka sedang berkeliaran melakukan keganasan atas nama Islam. Untuk gerila upahan ini ledakan bom kimia ini diharapkan akan menjemput Amerika dan kuasa bala tentera NATO untuk menyerang Syria, sama seperti yang telah dilakukan di Libya.

america ready for nuclear attack from north korea 220609 01Seperti biasa juru heboh kuasa imperial dari Obama ke Hillary ke John Kerry memberi amaran keras. Syria akan diserang kerana garis merah telah dilintasi. Bukti siapakah sebenarnya yang meledakkan bom kimia ini tidak penting. Dalam falsafah mat pet salah benar tidak mustahak.

Armada Amerika mula belayar ke Laut Teduh. Kapal terbang penyerang Amerika mula memanaskan enjin di sana sini. Dunia menunggu bilakah Tomahawk dan Cruise Missile akan meledak di Damsyik. Tup tup semuanya kecut. Semua jadi lembik apabila Rusia memberi kata dua bahawa tindakan Amerika ini salah. Malah Rusia memperbaharui niat untuk menghantar senjata ke Syria.

Tetiba kuasa imperial Amerika tidak lagi gah. Tetiba kuasa empayar ini mengundur dari menyerang Syria. Sah bahawa kuasa imperialis ini hanyalah ‘harimau kertas’. Gagalnya menyerang Syria ini menjadi tanda pertama bahawa kuasa imperialis Amerika tidak lagi memiliki kekuatan.

Budak-budak suruhan Amerika

Tanda kedua juga amat jelas. Tetapi mungkin ramai yang tidak melihat. Pada satu ketika dahulu Amerika Latin dijadikan kawasan belakang rumah oleh kaum pemodal Amerika. Jeneral dan kolonel diturun dan dinaikkan untuk menjadi presiden. Kesemua presiden dan kepala negara Amerika Latin menjadi budak suruhan Amerika.

Tetapi pada bulan September lalu di PBB untuk pertama kali setiap presiden dan ketua negara dari Amerika Latin yang berucap di podium PBB mengutuk Amerika. Kutukan ini berpunca kerana Amerika melakukan risikan melalui teknologi yang telah dibocorlkan oleh Edward Snowden. Alat risikan CIA ini telah ‘dibogelkan’ untuk dunia oleh Snowden yang bekerja di Jabatan Pertahan Amerika sendiri. Pemimpin negara Amerika Latin ini berani menunjukkan kemarahan mereka terhadap Rumah Putih. Ini cukup bersejarah. Dalam istilah anak muda, ini rare.

united nation un general assemblyUntuk pertama kalinya dalam sejarah Amerika Latin, Presiden Brazil Dilma Rousseff telah menolak jemputan Barack Obama untuk bertemu di Rumah Putih. Bayangkan Mahathir Muhamad dan Najib Razak sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk melobi agar dapat bergambar dalam Rumah Putih. Tetapi presiden wanita pertama Brazil yang juga bekas gerila Marxis ini secara terbuka menolak jemputan Obama. Ini satu tamparan untuk presiden Amerika.

Babak kedua, dalam bulan September lalu bukan sahaja Obama dimalukan oleh seorang bekas gerila malah lidah rasmi media China Xinhua berkata, telah sampai masanya ekonomi dunia ini dibebaskan dari kuasa imperialis Amerika. Perkataan yang digunakan ialah de-Americanized ekonomi dunia. Ini bermakna jual beli dalam dunia TIDAK lagi bersandarkan dolar. Malah dalam tulisan Xinhua ini China mahukan satu tata cara ekonomi dunia yang baru.

NONESemua ini tanda-tanda bahawa hari-hari akhir untuk kuasa Pax Americana telah sampai. Bala tentera Amerika yang berselirat di seluruh dunia kini hakikatnya sedang menjadi beban yang amat sangat untuk ekonomi Amerika. Perbelanjaan perang di Iraq, Afghanistan dan Libya sedang menjerut leher Uncle Sam.

Obama gagal datang ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 yang lalu. Ini kerana seluruh pentadbiran kerajaan Amerika ditutup kerana hutang terlalu tinggi. Ini wajib dibaca sebagai satu lagi tanda keruntuhan kuasa imperial. Jika hutang kerajaan berterusan dan pentadbiran ditutup lagi,mustahil 43 juta warga Amerika yang hidup dengan food stamps akan menjadi wira Amerika untuk menjaja ‘demokrasi’.

Kalau mat pet ini makan pun susah mustahil akan bertenaga untuk menyerang dan menundukkan negara Dunia Ketiga yang bebas dan merdeka. Kuasa imperial Amerika akan terus gian untuk berkuasa. Mat Pet ini akan terus – berkhayal untuk terus mendominasi dunia. Tetapi hukum dunia telah berubah. Amerika bukan lagi tidak boleh dilawan. Kuasa imperialis ini hanyalah harimau kertas.

–Tulisan2 Hishamuddin Rais

3 Comments

Filed under Ekonomi, Negara Islam, Politik

Siapa Kata Pinjaman Rumah Perbankan Islam Itu Haram?

Katalah salah seorang dari saudara saya, Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,“ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba’ haram jadinya, baik aku ubah sikit”.

Saya: “Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.
Mat: “Syarat macamana pulak tu?.
Saya: “Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik”.
Mat: “Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli”.
Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah di atas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba’ 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.

 

Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda di tempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri? sanggup menangguk di air keruh, masih mahu menyedut 20 ringgit “darah” Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?
Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel “bank Islam” tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Yang membezakan adalah di zaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti “beli lebih baik dari menyewa“, untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri (sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan nafsu dan bukan desakan hidup.

Di dalam kes kedua (contoh Mat membeli rumah), 70 ribu “darah” Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat “keuntungan”, adakah wang itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar, Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri? Letakkan diri anda di tempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan sedemikian?

Apa bezanya jika kita sebagai individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana mereka perlu memastikan “kebajikan” pelabur. Disebabkan bank adalah institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur tidak rasa bersalah kerana “kerja kotor” ini dilakukan oleh pihak ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular.

Bagi saya pula jika saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya sendiri satu hari nanti baik di dunia mahupun di akhirat. Inilah salah satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat atau mengambil kesempatan ke atas diri mereka sedangkan mereka sendiri melakukannya tanpa sedar ke atas orang lain.

Jika kita meng”islam”kan sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing sini, bagi nama lain “muserakah” atau “mudah rebah“, pembiayaan dan bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak jelas kelihatan kerana ia berselindung di sebalik nama Islam itu sendiri.
Ini jika kita lihat diri kita sebagai pelabur, bagaimana pula jika kita adalah Mat atau peminjam di dalam cerita ini? Ramai yang akan berkata,
“tak mengapalah, pihak bank Islam kan berjual beli dengan kita, lagi pun bank mahu membayar gaji pekerja-pekerjanya”.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper”hamba”kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena “menyedut darah” masyarakat Islam di negara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka.

Baik konvensional atau islamik, manusia tetap diperhambakan oleh golongan bank ini, di sini kita boleh kategorikan dua jenis perhambaan yang berlaku,

 

1) Perhambaan fizikal yang mana setiap bulan selama 20-30 tahun atau berapa tahun sekalipun tempoh pinjaman, peminjam akan menjadi pembayar yang setia kepada bank walaupun rumah yang mereka beli itu terbengkalai ataupun harganya jatuh.

Jika bank itu sebuah perniagaan maka bank juga harus mengambil risiko kehilangan wang apabila projek terbengkalai atau harga rumah jatuh, dengan memulangkan kembali wang lebihan bayaran selepas mengira harga rumah pada pasaran selepas tamat tempoh pinjaman. Ini tidak, terbengkalai ke, harga jatuh ke, Islam tak Islam, bayar sampai habis. Adakah ini suatu yang islamik atau sesuatu yang zalim atau menindas?

 

2) Perhambaan mental. Katalah anda mengambil pinjaman rumah dan kereta secara Islamik, setiap bulan anda ada komitmen untuk membayar ansuran kepada bank. Satu hari anda mendapati bos anda mengambil rasuah. Jika anda lapurkan kepada pihak atasan, bos kamceng dengan pihak atasan, nak lapur pada BPR, bos anda ini ahli politik ternama, jadi disebabkan anda takut kehilangan kerja yang mana bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta akan tersangkut , kemungkinan besar anda hanya akan mendiamkan diri sahaja terhadap kemungkaran yang berlaku di depan mata. Tindakan anda pasti akan berbeza jika anda tiada apa-apa komitmen untuk dirisaukan.

Ini hanyalah satu contoh kecil yang mana disebabkan hutang, baik islamik atau tidak, ramai antara kita yang sanggup menutup mata dari menghukum kemungkaran. Bagi yang tidak beriman maka dia pun akan meneladani bosnya, bagi yang masih ada saki baki iman, maka hiduplah di dalam keadaan tertekan, stress dan sebagainya.

 

Sistem perbankan islamik diwujudkan selepas manusia bertahun-tahun hidup dalam keadaan stress dan tertekan dengan sistem konvensional. Disebabkan sistem ekonomi ala barat ini semakin hari harga barang semakin meningkat (walaupun sebenarnya nilai wang itu sendiri yang menyusut), manusia terpaksa bersaing untuk mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk menampung kenaikan harga barang dan semakin hari semakin tertekan.
Apabila hidup dalam keadaan tertekan, keadaan “fight or flight”, mentaliti manusia menjadi lebih kepada kepentingan atau keselesaan individu (selfish) akan menyerlah berbanding dengan kepentingan kumpulan atau masyarakat. Contoh yang paling nyata amat jelas sekali dalam kehidupan seharian kita, lihat bagaimana umat Islam kita sembahyang berjemaah hari ini, masing-masing suka kepada keselesaan sendiri dan menjarakkan antara satu sama lain sedangkan Nabi sudah berpesan agar rapat antara satu sama lain ketika solat jemaah.

Ini adalah antara kesan psikologi yang manusia tidak sedari sedikit demi sedikit telah mempengaruhi kehidupan dari segi tingkah laku dan perbuatan mereka, termasuklah dalam bab mencari kekayaan. Jadi mereka yang Islam dan mahu menjadi semakin kaya akan memutarbelitkan sistem perbankan dan mengislamkannya untuk memastikan duit mereka tidak hilang (kekal selesa), sedangkan wang itu sendiri bukanlah suatu untuk diniagakan, malah pada pendapat saya bank itu sendiri tidak perlu wujud sebenarnya. Jika perlu wujud sekalipun hanyalah sebagai badan untuk menjaga kepentingan seluruh umat manusia dan bukan sebagai alat atau mekanisme untuk memastikan kekayaan kepada golongan tertentu sahaja.

Hanya selepas 1100 tahun kedatangan Islam baru lah wujud “makhluk” yang dinamakan bank, dan siapa yang mengasaskannya? Tidak lain adalah Yahudi yang mengawal ekonomi British dengan penubuhan Bank of England pada abad ke 17. Dan dunia Islam yang telah lama hidup dengan sistem riba’ didikan barat ini hanya memutarbelitkan proses pinjaman dengan terma, nama, akad dan sebagainya sedangkan prinsip di sebaliknya adalah sama.

Jangan terkejut ada “Sheikh” British yang menentang sistem jajaan Yahudi ini, siapakah “sheikh” tersebut? Tidak lain beliau adalah William Shakespere menerusi karya klasiknya “Merchant of Venice“. Ini antara bukti kristian pada awal kurun ke 17-18 juga amat menentang riba’ akan tetapi sebab kawalan minda yang berkesan maka sedikit demi sedikit ianya lenyap dari kamus keagamaan mereka.

Jika kita lihat wang kertas itu sendiri, adakah nilai wang itu tersimpan padanya? Adakah nilainya disandarkan kepada emas dan kita sebagai rakyat boleh pergi ke bank untuk menukarkan dengan emas? Mengapa inflasi tetap dalam ekonomi? Mengapa nilai wang semakin hari semakin menurun? Jika wang dalam sistem kewangan moden itu sendiri tidak wujud sebagai suatu yang nyata iaitu punyai nilai padanya maka bagaimana kita boleh me”niaga”kan suatu yang tidak jelas itu?

Seperti yang telah saya ceritakan didalam artikel Cerita Wang 1, barat menakluk hampir kesemua negara di dunia ini dan meninggalkan dua virus pemusnah manusia yang utama iaitu kerajaan sekular dan juga sistem perbankan barat. Kerajaan sekular adalah kerajaan yang menidakkan hukum Allah, apa yang diharamkan oleh Allah dihalalkan contohnya riba’, judi dan arak. Virus kedua pula adalah sistem kewangan berasaskan riba’. Dan apabila virus ini sudah menyelinap ke dalam salur darah masyarakat maka mereka hanya perlu memberi arahan jarak jauh “remote control” sahaja untuk mengawal sesuatu negara itu, tak percaya lihatlah hutang luar negara yang tak habis-habis dibayar dan sudah semestinyalah beserta dengan riba’nya sekali.
Pada pendapat saya bank tidak sepatutnya diwujudkan sebagai perniagaan kerana wang bukanlah sesuatu yang sepatutnya diniagakan lebih-lebih lagi apabila nilai wang itu tidak berada pada wang itu sendiri. Nilai wang kita berada dalam genggaman mereka yang mengawalnya iaitu Yahudi laknatullah dan amat sedih sekali berapa ramai pemimpin kita yang sedar akan keadaan ini?
Saya perhatikan di hospital kerajaan dengan hanya membayar RM1 sahaja kita sudah boleh mendapat rawatan doktor, maka timbul persoalan difikiran saya mengapa kerajaan tidak boleh memberi pinjaman tanpa riba’ atau tanpa faedah kepada rakyat dengan mewujudkan bank yang beroperasi sedemikian dan sebaliknya mengenakan jumlah sebenar kos perubatan kepada rakyat? Bukankah tekanan atau stress itu penyebab utama peyakit merbahaya di negara kita seperti sakit jantung dan darah tinggi yang mana jika dikaji kembali puncanya adalah dari wang.

Dan apabila saya berfikir lagi saya mendapat jawapannya, kerana jika manusia tidak stress atau tertekan, mereka akan lebih sihat jadi industri perubatan swasta tidak boleh mengaut keuntungan darinya. Jika kekal ikut cara biasa, dari bank boleh buat duit dan begitu juga dengan dari industri perubatan swasta, maka semakin cepatlah yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.

Seperkara lagi yang boleh difikirkan dalam bab menghalal atau mengharamkan sistem pinjaman islamik ini, cuba perhatikan apakah faedah yang akan didapati oleh mereka yang mencanangkan untuk menghalalkannya dan faedah bagi mereka yang mengharamkannya. Jika sistem perbankan islamik ini membayar gaji atau memberi pulangan dalam bentuk pelaburan kepada seseorang itu adakah dia akan membantahnya? Bak kata pepatah barat;
kamu tidak akan menggigit tangan yang menyuapkan makanan kepada kamu“.

Cuba perhatikan pula mereka yang mencanangkan ianya haram, adakah mereka akan mendapat faedah dari pengharaman tersebut? Sheikh Imran Hossein adalah antara ulama yang keras menentang cara yang diamalkan oleh perbankan islam, apakah faedah yang akan beliau dapat dari usaha beliau? Pada pendapat saya apa yang akan diperolehinya adalah pahala yang teramat banyak dari Allah kerana beliau boleh “melihat” kemungkaran, kezaliman dan penindasan yang berlaku di sebalik sistem yang kononnya Islamik itu.

Saya memohon ampun dan maaf kiranya ada rakan-rakan yang marah atau terasa hati dengan artikel-artikel saya berkenaan riba’ terutamanya yang menyentuh berkenaan bank Islam. Saya banyak merantau dan apabila pergi ke negara-negara miskin terdetik di hati saya mengapa dunia jadi begini. Hasil dari pembacaan dan berfikir secara mendalam maka jawapan yang nyata kepadanya adalah sistem riba’ itu sendiri yang telah menakluk seluruh dunia dan memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk mengawal dunia dari segenap aspek kehidupan termasuklah hingga ke tahap memastikan siapa pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya sesebuah negara yang kritikal bagi memastikan keuntungan korporat mereka. Perhambaan fizikal telah lama berlaku akan tetapi perhambaan kewangan sedang memuncak dengan hebatnya dan sistem perbankan inilah mekanismanya.
Memang idea-idea dan pemikiran baru agak sukar diterima lebih-lebih lagi jika manusia perlu melakukan banyak perubahan dalam kehidupannya yang sudah selesa untuk menerima idea baru itu. Lihatlah apa yang terjadi kepada Galileo Galilei yang menyatakan bumi yang mengelilingi matahari sedangkan pihak gereja dari rujukan kitab Bible telah mem”fatwa”kan sebaliknya. Pada tahun 1633 beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah atas tuduhan mendustakan agama. Begitu hebat sekali tentangan yang dihadapinya, beliau menjadi buta dan mati pada tahun 1642, hanya selepas 370 tahun kematiannya baru pihak gereja meminta maaf atas layanan yang dikenakan terhadap Galileo. Begitu jugalah dengan Islam yang ditentang hebat semasa mula disebarkan oleh Nabi SAW.
Haramnya pinjaman perbankan islam ini adalah untuk saya dan keluarga. Ini bukan “fatwa” untuk diikuti oleh rakan-rakan sekalian. Akan tetapi jika artikel-artikel saya ini mampu memberi ketukan di minda rakan-rakan agar kembali memikirkan betulkah halal seperti apa yang dicanang-canangkan oleh perbankan islam, itu sahaja sudah cukup bagi saya untuk bersyukur kepada Allah dan berpuas hati dari usaha yang tidak seberapa ini.

Moga ianya menjadi titik permulaan pemikiran baru di kalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi generasi baru iaitu adik-adik dan anak-anak yang masih belum merasai “nikmat” meminjam dan memberi pinjaman. Agak sukar untuk menerima dan berubah bagi mereka yang sudah cukup selesa dengan cara lama, kecuali jika dibuka hati mereka oleh Allah untuk menyedarinya.

Marilah bersama merenung kembali tujuan sebenar perbankan itu sendiri, adakah untuk membantu umat islam atau mengambil kesempatan keatas kejahilan umat islam itu sendiri.
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Surah Ar Rum 30:39)
Manusia akhir zaman tidak lagi percaya bahawa rezeki mereka sebenarnya datang dari Allah, maka mereka menggunakan akal pendek mereka untuk memastikan harta mereka bertambah dengan pelaburan walaupun ianya menindas manusia hatta dengan label islamik sekalipun. Apa yang saya coretkan disini hanyalah membawa pemikiran baru, terpulang kepada anda untuk menerimanya, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya untuk menyampaikan sudah selesai, ahamdulillah.

Saya hanya ingin membina minda yang bebas dari perhambaan kewangan baik yang islamik atau tidak. Tepuk dada tanya iman dan berfikirlah samada anda akan diperhambakan atau tidak dengan sistem kewangan moden ini. Bukan hak saya untuk menghalang, apa yang saya lakukan hanyalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan beresan-pesan dengan kesabaran.

dicatat oleh : Tn Hj Helmi

Artikel berkaitan:
Kuasa yang menghalalkan produk perbankan Islam.
Kaitan riba’, yahudi dan Bank Negara Malaysia.
99% manusia yang telah dijajah.
Apa rasionalnya tentang larangan riba’?
Tembok ya’juj dan ma’juj yang telah terbuka.
Golongan paling elit di dunia.
Siapakah The Knights Templar?
Bagaimana untuk hidup tanpa wang?

4 Comments

Filed under Agama dan Islam, Ekonomi

Rentetan Peristiwa Rancangan Penghapusan Sistem Khilafah dan Pemecatan Khalifah Islam Empayar Ottoman Terakhir Sultan Abdul Hamid.

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 – 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

(Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.)

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

——————————————————————————————————-

Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.

Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektronik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , perkara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan empayar’.

Undang – undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden dengan sistem riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

dipetik dari: Ustaz Rafidi Hashim. 

6 Comments

Filed under Ekonomi, Negara Islam, Sejarah

Malaysia Pembela dan Penyumbang Israel.

 Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

di atas ialah bukti jelas bergambar bahan – bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia – Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Persoalan hubungan dagang inilah yang menyebabkan YB Er Teck Hwadiarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat.
Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut respon dari Menteri yang bertanggungjawab.
Kejadian ini seharusnya diangkat dalam media dan menjadi catatan sejarah penting dimana membuktikan betapa munafiknya negara ini. Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi negara haram Israel.
Satu lagi rekod yang perlu ditandakan hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ?

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini.

Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.
Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.

Ini gambar Menteri Umno dan dibelakang beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia – Thailand.Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononnya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar.Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. Walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. Maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

6 Comments

Filed under Ekonomi, Negara Islam, Politik

Babi, Zina & Riba.

Masih ingat lagi ketika saya dalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh di kalangan kami yang si”polan” membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.

Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan “pasukan peninjau” dari pelbagai jabatan melawat ke tempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar.

Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di sesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.

Dari dulu hingga kini kita seringkali dikhabarkan dengan info bahawa banyak produk-produk harian yang kita guna mengandungi unsur babi. Begitu hebatnya kesedaran masyarakat melayu kita hinggakan semua aspek “kebabian” dijaga dan harus dielakkan dgn semutlak-mutlaknya.

Masyarakat melayu telah di”brainwash” dari kecil yang babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yg di “key in” ke dalam minda separuh sedar kita ini (melalui proses brainwash) menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier.

Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan di depan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dengan secepat yang mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu “tak boleh ikut jalan lain ke dan mcm2 lagi…” satu tindakan automatik minda separuh sedar.

Tetapi, di dalam Islam saya belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita sudah di”brainwash”, ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.

Apa yang pasti Allah berfirman “Janganlah kamu menghampiri ZINA“, jadi amat berat lagi zina berbanding babi hinggakan menghampirinya pun tidak boleh, tetapi disebabkan kita tidak di”brainwash” dari kecil yg pergaulan bebas lelaki dan wanita itu sebaik2nya dielakkan, maka apabila dewasa untuk membataskan sempadan pergaulan lelaki dan wanita yang mana kebarangkalian untuk menjurus ke arah zina itu amat tinggi amat sukar untuk di wujudkan.

Ditambah pula dengan generasi pemimpin2 sekarang yang rata2nya mendapat pendidikan di barat, jadi untuk mengasingkan pekerja lelaki dan wanita di pejabat dianggap suatu yang jumud dan kuno, sedangkan itu juga menjurus ke arah zina, malah dari kecil lagi kita dicampurkan lelaki dan perempuan di sekolah2 sama dengan konsep barat.

Kita di”brainwash” dari kecil hinggalah dewasa menerusi TV dan filem2 yang lelaki dan wanita itu mesti dan wajib bercinta sebelum kahwin dan amatlah perlu kenal mengenali sebelum kahwin, nak tahu serasi ke tidak, nak mendalami perasaan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mengikut landasan Islam untuk mengenali pasangan. Malah berdating berdua2an, ringan2 dan akhirnya terjebak dengan zina. Landasan berkasih sayang adalah menurut “kitab” ajaran Hollywood, Bollywood, Kollywood (Korea) dan Indowood (Indonesia).

Zaman materialistik membuatkan kedua2 ibu dan bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak2 di rumah tanpa didikan, perhatian dan tunjuk ajar. Anak lebih di”anggap” seperti binatang ternakan yang hanya perlu diberi makan (oleh orang gaji) dan juga pendidikan (unsur2 luaran) tanpa perlu tunjuk ajar yang lebih sempurna dari ibu bapa.

Lebih mudah menjaga anak dengan menyuruh melihat TV, internet atau main video games, malah ketika menonton filem2 cinta terutamanya filem hindustan anak2 juga diajak menonton bersama. Apa yg dilihat di TV dirakam secara mutlaknya ke dalam minda separuh sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Jadi generasi yang kita lihat sekarang adalah generasi yang dididik dengan filem2 percintaan dari luar malah filem cinta melayu juga tak kurang hebatnya.

Jika dulu buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan, apa nak dihairan sekarang jika buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan.

————————————————————————————————–

Di dalam kehidupan masyarakat melayu kita, jika ada lelaki dan perempuan yang ditangkap kerana berzina atau berkhalwat maka mereka juga akan dicemuh. Ada kalanya pasangan tersebut terutamanya lelaki akan dibelasah oleh orang kampung. Masyarakat sekeliling akan sibuk mengata malah hingga ke tahap mengumpat tentang kejadian yang berlaku.
Walaupun masyarakat Islam kita tidak mengamalkan hudud, mahkamah syariah akan mengenakan denda ke atas pasangan tadi. Jika perkara yang sama berlaku kepada masyarakat agama lain, mereka juga akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat setempat.
Saya sudah membangkitkan isu babi dan zina dalam artikel di atas, apa pula kaitannya kali ini dengan riba?Dari kecil lagi pemikiran masyarakat kita sudah di”corak” atau di”acu” supaya menjauhi babi dan mencemuh mereka yang berkhalwat atau berzina. Begitu hebat bencikan babi ini hinggakan dari segala segi harus dijaga, dari menghampirinya, dagingnya, tempat masak hinggalah kepada bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang mesti juga tidak diperbuat dari unsur-unsur babi.

Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju ke arah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari “kawalan minda” dari alat “hipnosis” atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem”fatwa”kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber”dating”, ber”couple” dan berkasih-kasihan.

Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir dengan zina itu sendiri?

Berbanding babi dan zina, riba’ pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba’ ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding babi dan zina. Kerana apa?Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan “kebaikan-kebaikan” riba’ itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba’lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba’ lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?

Dengan sistem riba’ jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah “imun” dengan riba’ itu sendiri, jadi bencikan riba’ itu amat jarang terdapat dalam kamus kehidupan masyarakat berbanding babi dan zina.Mungkin juga perkataan riba’ ini suatu yang baru kerana riba’ sebelum ini berselindung di sebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, “Berapa kadar riba’nya Encik…? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?

Selain dari sikap jijiknya terhadap riba’ itu tidak disemai dari kecil, riba’ itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti babi dan zina. Daging babi suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penyelidikan sains pula membuktikan daging babi itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut si perempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan.Tidak seperti riba’, disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah.

Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba’ diterima pakai oleh kebanyakan manusia.

Ada pula yang berkata, “Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri”. Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup di dalam riba’, malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba’ sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian.Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba’, maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba’ itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan di muka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)

Dari sistem ekonomi riba’ inilah menyusulnya masalah sosial yang lain di dalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar.Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka.

Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri
. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba’, lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali.
 (Ahmad, Baihaqi)
Saya tidak pasti jika hadis di atas ini cukup kuat untuk mengajak manusia menjauhi riba’. Kesedaran harus diwujudkan di kalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba’ itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah daripada sikap kita yang lena melayan sistem riba’ itu sendiri.Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat “pulangan hanya dengan masa”, mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka “syurga” itu sudah dikecapi di dunia lagi, akan tetapi di akhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat ke langit (Israk Mikraj).

Moga hidayah dan “nur” dari Allah akan sampai ke hati mereka sebelum mereka di”sembahyang”kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari ke hari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba’ itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba’ itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.

Saya mengajak rakan-rakan berusaha kearah menjauhi riba ini agar hidup kita didunia ini lebih diberkati, diredhai dan dipermudahkan oleh Allah dan bukan hidup dengan diperangi oleh Allah dan Nabi. Berusahalah lebih kepada menjadi “pemberi” kepada insan-insan lain kerana melalui riba’ itu kita hanya menjadi “pengambil”, mengambil hak orang lain secara tanpa disedari.Memberi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, malah memberi dan menyampaikan ilmu dan sikap ringan tulang membantu sesama manusia itu juga yang disukai Allah dan akan dipermudahkan kehidupan kita olehNya, (Surah Al Lail 92:5-7).

Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga di dunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.

artikel asal dari: Syurga Di Dunia.

2 Comments

Filed under Agama dan Islam, Ekonomi

30 Kelebihan Menyimpan Emas.

Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas. Secara jujurnya apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?

Ada pelanggan dari Putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….

Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya, begitu juga lain kepala lain pemikirannya.. maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah:

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.

b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.

e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

f) Aset simpanan dalam apa jua keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik

m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram

n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

u) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

v) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

w) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup

x) Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

y) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

z) Backup dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya

aa) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.

bb) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.

cc) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

dd) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

ee) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… icon smile 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas

sumber petikan: harga emas

Leave a comment

Filed under Ekonomi

Kenapa Perlu Keluarkan Semua Simpanan Anda Dari Bank

Kenapa perlu mengeluarkan semua simpanan anda daripada Bank SEKARANG?

Adakah simpanan anda selamat di bank?

Ringkasan situasi dan risiko ke atas simpanan anda…..

Kerana situasi bubble economy dan economy collapse berlaku secara tiba-tiba, tanpa anda bersedia, crash atau bubble burst….. dan kerana keruntuhan ekonomi dunia sememangnya dirancang melalui pertambahan hutang amerika (USD) secara mendadak (bermula dengan peningkatan hutang melalui pengiklanan, perancangan 9/11, dan agar peralihan kuasa berpindah ke Jerusalem)

Quote:
How can broke economies lend money to other broke economies who haven’t got any money because they can’t pay back the money the broke economy lent to the other broke economy and shouldn’t have lent it to them in the first place because the broke economy can’t pay back?

Kerana ramai yang hilang pekerjaan apabila economy collapse dan bubble burst, ramai tidak mampu membayar kembali pinjaman (property bubble etc), kerugian lelongan tidak mencapai harga pasaran dikehendaki… Banyak pelaburan lain turut mengalami kerugian, termasuk pelaburan bank…. kesimpulan, bank akan mengalami kerugian!

Apakah kesan kerugian bank? Adakah simpanan daripada puluhan tahun titik peluh anda menjadi lebur? Bagaimana pula dengan KWSP? kejatuhan nilai simpanan anda? insuran ke atas simpanan?

(kesan apabila bank mengalami kerugian pelaburannya di Dubai)
Dubai: http://www.youtube.com/watch?v=w5PPkZF6tD4
Dubai: http://www.youtube.com/watch?v=dknuBMPv1IE

(simpanan puluhan tahun hilang, tonton pada minit 6:40)

(penyakit berjangkit kejatuhan sebahagian bank ke atas bank yang lainnya, dan terjadi secara mengejut…. get ready)

Siapakah yang akan menanggung kerugian ini? Bailout? Kerajaan!

Adakah kerajaan mampu memberikan jaminan? Adakah jaminan ini laku?

PIDM boleh selamatkan simpanan anda?

Daripada mana sumber pendapatan kerajaan selain daripada hutang? Permainan IMF?

Jika kerajaan berhutang, siapakah pula yang akan menanggung hutang kerajaan?

Pengurangan subsidi? Peningkatan cukai? inflasi? lain-lain peningkatan perbelanjaan?

Undang-undang baru yang lebih zalim?

Rakyat akan menanggung segalanya!!

Jika rakyat menentang kezaliman?

(click link to watch part 1-12, MUST SEE)

Keluarkan semua simpanan anda dan tukarkannya kepada tangible aset sebelum ianya lebur secara mengejut!! Sebelum masanya tiba dan puluhan tahun titik peluh anda hilang begitu sahaja….

Pakar, Gerald Celeste mengeluarkan semua simpnanan daripada bank bagi mengelakkan wangnya lebur, pakar tidak lagi percaya kepada bank!!

(tonton pada minit 05:00)

Bagaimana bank melatih pekerja untuk menipu pelanggan bahawa bank masih mempunyai wang, tetapi hakikatnya mereka tiada lagi wang untuk dipulangkan kepada penyimpan… Oleh itu jangan tertipu dengan permainan bank…..

(tonton pada minit 06:20)

Keluarkan simpanan anda sebelum 2012! Sebelum keruntuhan ekonomi dunia berlaku secara mengejut dan semua simpanan anda lebur!!!

KILL THE BANKSTER, AND
YOU’LL KILL THE NEW WORLD ORDER!!!

Sebarkan maklumat ini..

5 Comments

Filed under Ekonomi