Category Archives: Seni dan Bahasa

it’s about art

Di Mana Letaknya Hati Melayu?

download

Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan ‘heart’. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati.

Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.

Qalb dan Qulub

Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub (jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb. Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia.

Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).

Disebabkan perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753).

Ini sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa“Organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).

Jelas, qalb atau kata jamaknya qulub yang digunakan oleh orang Arab, demikian digunakan oleh al-Quran dan Hadis tidak merujuk kepada hati, tetapi merujuk kepada jantung. Terjemahan Inggeris lebih tepat iaitu ‘heart’. Malangnya, hingga terjemahan heart dari Inggeris ke melayu juga tidak stabil kerana kadang-kadang diterjemah sebagai hati, kadang-kadang diterjemah sebagai jantung.

Kekeliruan

Kekeliruan dalam memberikan maksud qalbu atau heart ini telah menyebabkan Kamus Dewan Bahasa memberikan maksud perkataan hati yang pelbagai. Disebut dalam Kamus Dewan: “Hati: 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan di dlm perut di bahagian sebelah kanan…2. = jantung.. 3. batin (tempat perasaan, pengertian)..”. (ibid, 445).

Sementara itu dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Bahasa DBP (Jilid 5, Bilangan 4, 2005) Imran Ho Abdullah dan Norsimah Mat Awal cuba memberikan maksud hati secara konsep dan metafora dalam bahasa Melayu. Artikel mereka itu berjudul “Pengkonsepsian dan Pemetaforaan Hati”.

Namun saya melihat, justifikasi bahasa di sudut konsep dan metafora yang cuba diberikan dan juga kepelbagaian maksud hati sehingga diterjemahkan salah satunya sebagai jantung, tetap mengelirukan bagi memahami maksud asal qalb dalam al-Quran dan Hadis.

Bahkan penyataan hati bermaksud jantung dalam bahasa Melayu itu sendiri boleh mengelirukan kerana keduanya organ yang berbeza. Apatahlagi, kajian saintifik moden benar-benar membezakan peranan antara kedua organ tersebut.

Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian hati itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin atau tempat perasaan. Ini hampir ada persamaan dengan maksud akal (al-‘Aql) yang sebut juga sebagai salah satu maksud qalb dalam Lisan al-‘Arab (m.s 687).

Maka perkataan qulub atau qalb dalam nas-nas Islam lebih tepat diterjemahkan sebagai jantung, atau jika hendak digunakan juga perkataan hati mungkin boleh disebut ‘jantung hati’. Sebahagian penulis atau pembicara suka menggunakan perkataan ‘kalbu’ seperti ungkapan dalam ‘dalam kalbuku ini’.

Perkataan kalbu dianggap sebagai ungkapan qalb dalam yang dimelayukan. Ya, mungkin boleh, tetapi bagi yang mengetahui bahasa Arab ia agak berat sebab kalb iaitu dengan huruf ‘kaf’ (=kalb atau kalbun) dalam Bahasa Arab bermaksud anjing. Jika dengan huruf ‘qaf ‘ (=qalb atau qalbun) barulah bermaksud jantung.

Al-Quran dan Hadis

Hari ini dengan kemajuan sains dan teknologi, begitu banyak mukjizat sains dalam al-Quran dan Hadis ditemui. Maka, menterjemah perkataan qalb atau qulub dalam kedua sumber itu dengan maksud asalnya iaitu jantung adalah suatu kemestian. Jika tidak, nanti orang Melayu gagal memahami rahsia saintifik di sebalik perkataan tersebut. Amat besar perbezaan fungsi antara jantung dan hati!

Dengan itu kita sepatutnya menukar terjemahan ayat-ayat al-Quran seperti: “dalam hati-hati mereka ada penyakit” (al-Baqarah: 10) dengan dalam jantung-jantung mereka ada penyakit”. Begitu juga: “mereka berkata dengan mulut-mulut mereka, apa yang tiada dalam hati-hati mereka” (Ali ‘Imran: 167), diterjemahkan“…apa yang tiada dalam jantung-jantung mereka”. Begitulah seterusnya. Bahasa Inggeris telah menterjemah dengan tepat seperti “in their hearts is disease..”, “..what was not in their hearts”.

Ini bukan kerana ingin menyalahkan bahasa kita yang telah berjalan sejak sekian lama. Namun, tujuannya bagi mendekatkan kefahaman secara lebih tepat penggunaan perkataan yang dipilih oleh al-Quran dan Hadis atau dalam Bahasa Arab. Perkembangan ilmu terutamanya sains juga mengajak kita lebih teliti terhadap istilah-istilah al-Quran dan Hadis ini. Sekali lagi, jantung bukan hati!

sumber: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1 Comment

Filed under Sains, Seni dan Bahasa, Umum

Syeikh Ahmad al-Fathani : Apa Itu Melayu?

HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam banyak tempat yang secara terpisah.

Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1.Petikan itu ialah:

Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya’. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.

“Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

“Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan “Jawah“, iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

“Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

“Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

“Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka.

Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir.

Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.

Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, “al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya“, takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah “me” (Me-layu).

Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan “mi” (Mi-layu) atau “ma” (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.

Dunia Melayu

1. dari aspek geografi dan kesuburannya

Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, “Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina“. Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.

Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, “Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah.”

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, “iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana” atau di dunia Melayu. Dari perkataan “Jawah” kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.

Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, “Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.” Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.

Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah“, dalam Hadiqat al-AzharIa adalah petikan Jaridah Al-Ma’lumat terbitan Betawi.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: “Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi“.

Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, “Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia …” yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.

Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, “Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita“.

2. Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu

Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu.”

Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, “Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]“.

Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab “Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah …”, maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, “Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu“.

Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, “Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun“.

Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya,

Muru’ah, ertinya “kemukaan” atau “kemanusiaan”, iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.

Dan terjemah hamba akan “muru’ah” dengan erti “kemukaan” itu, betul lagi nyata, kerana “kemukaan” pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.

Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.

Maka iaitulah ‘ain “muru’ah” yang pada bahasa Arab, dikatakan “Si Anu itu orang yang bermuka”. Ertinya: “mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya”.

Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya.

Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan “kemukaan” ini lain daripada “wajahah” yang pada bahasa Arab. Kerana makna “wajahah” itu “al-hazhu wal ratbah”.

Dan iaitu bukannya “kemukaan” yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i’tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemukaan”. Maka ia berkata ia [bahawa] “kemukaan” itu terjemah “wajahah” yang pada bahasa Arab.

Ada pun tafsir hamba akan “muru’ah” dengan “kemanusiaan”, ertinya “keadaan seseorang itu manusia yang sempurna“.

Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna “muru’ah” itu. Wallahu a’lam.

Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu “memiliki kehormatan yang sopan …”

3. Aspek perkembangan ilmu pengetahuan

Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.

Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu “menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya“.

Mengenai perkataannya “menerima pemodenan teknologi” Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).

4. Aspek kedaulatan pemerintahan

Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, “Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin“.

Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.

Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.

Dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin memberi contoh peperangan yang panjang antara Aceh dengan penjajah Belanda, sampai tahun 1316 H/1898 M, iaitu zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, telah terjadi perang selama 29 tahun.

Tahun yang disebutkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu ada hubungan dengan perjuangan terakhir Teuku Umar.

 TEUKU Umar Johan Pahlawan (kiri) yang memimpin perang jihad fisabillah menentang penjajahan Belanda.

Pada 1 April 1898 M, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, Teuku Tjoet Tungkob dan hulubalang-hulubalang mengucapkan sumpah setia kepada sultan untuk meneruskan perang sabilillah.

Selanjutnya pada 23 Julai 1898 M, di Keude Meulu, Pidie, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, dilantik pemimpin perang sabilillah dalam satu mesyuarat pemimpin adat dan ulama-ulama Islam.

Sheikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M – 1325 H/1908 M) hidup sezaman dengan Teuku Umar (1854 M – 1899 M), beliau lebih muda sekitar dua tahun daripada Teuku Umar.

Memerhatikan tulisan-tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai Aceh dan pada zaman yang sama beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Turki-Uthmaniyah minta bantuan melepaskan seluruh dunia Melayu dari semua penjajah bererti Sheikh Ahmad al-Fathani ada hubungan dengan semua perjuangan Islam di dunia Melayu termasuk Aceh.

Mengenai yang penulis tulis di atas di antaranya dapat dirujuk dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1, halaman 142-147.

Penutup

Pengenalan peradaban dunia Melayu ini tidak lengkap tanpa membicarakan para pelopor yang terlibat dalam ketamadunan Melayu sehingga melahirkan ramai generasi penerus hari ini.

Kesinambungan dari itu, perbicaraan ini dilanjutkan pada ruangan akan datang dengan memperkenalkan pelopor-pelopor Melayu Islam, yang meliputi dalam pelbagai aspek kepentingan dunia Melayu.

Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

4 Comments

Filed under Sejarah, Seni dan Bahasa, Ulama' Nusantara

MARI KITA MENGUNDI! Malaysia Perlukan Kita Semua.

 

A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

Leave a comment

Filed under Politik, Seni dan Bahasa

FILEM WAJIB TONTON: Valley Of The Wolves Palestine 2011.

 

Sinopsis:

Cerita ini mengkisahkan tiga orang agen Turkiye yang dilatih khas untuk memburu dan membunuh kepala askar Israel yang mendalangi pembunuhan rakyat Turkiye semasa tragedi Marvi Marmara yang bernama Moshe Ben Layzir dan juga Avi.

Disamping itu pengarah filem ini juga sempat bermain dengan dialog-dialog yang menjawab segala dakwaan tidak berasas puak Zionis Israel tentang The Promise Land.

Pengarah filem ini juga menyelitkan unsur-unsur kerohanian berupa zikir dan salawat yang menjadi nadi dan tunjang kekuatan rakyat Filistin dalam menentang kekejaman rejim Zionis.

Meskipun terdapat unsur Rambostan dalam plot / aksi tembak menembak, cerita ini berupaya membuka mata masyarakat dunia bahawa Turkiye (jika mahu) buleh memijak kepala Zionis tanpa belas kasihan.
Mungkin tunggu masa.

7 Comments

Filed under Negara Islam, Seni dan Bahasa

Munsyi Abdullah, British dan Kota Islam Portugis.

Sempena hari guru mari kita melihat dan menyelongkar sejarah silam yang telah dirosakkan oleh seorang tokoh kesayangan British dan kawan baik pemberontak Kedah Tua, Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka. Namanya Munsyi Abdullah dilahirkan di Kampung Pali pada tahun 1796M di Bandar Hilir dan merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradiknya.
Nama asalnya adalah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah dianugerahkan oleh pihak Inggeris sebagai “Tokoh Penulisan Moden” selepas menterjemahkan kitab Bible Matius ke Bahasa Melayu dan membantu memudahkan pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian di Bandar Hilir dan Singapura. Padahal pada zamannya terdapat ramai tokoh-tokoh penulisan besar yang junior dan senior di alam Melayu pada zaman itu yang menghasilkan banyak kitab-kitab yang bernilai tinggi seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Daud Pattani, Raja Haji, Abdul Samad Palambangi dan lain-lain.
Paderi C.H. Thomsen dan paderi W.Milney di tahun 1819, 1825 dan 1830 telah belajar Bahasa Melayu dengan guru mereka Munsyi Abdulllah, ini menyebabkan mereka menjadi mudah membawa orang -orang tempatan ke agama Kristian. Inggeris juga mencanangkan beliau sebagai ” Tokoh Yang Melampau Abadnya “. Ini kerana beliau merupakan penafsir dan jurutulis bukan sahaja kepada Stamford Raffles bahkan kepada pegawai-pegawai British, tentera-tentera upahan British seperti askar-askar Hindu Gurkha, askar-askar kafir Sikh Punjabi dan golongan-golongan gereja Kristian.
————————-
Beliau dikatakan berperanakan Tamil dan Arab, ibunya berbangsa Tamil tetapi ayahnya dipertikaikan keturunannya. Dikatakan ayahnya Arab dari Yaman tapi berbangsa Turki dan ada mengatakan ayahnya berperanakan Tamil campuran Arab, ini menunjukkan kesimpulannya mudah, iaitu ayahnya berketurunan Yahudi seperti kes presiden pertama Republik Turki, Kamal Atarturk yang mana ayahnya tidak berapa jelas keturunannya, rupa-rupanya ayahnya merupakan seorang berketurunan Yahudi.
Tokoh yang tidak jelas keturunannyalah yang selalu menjadi pilihan musuh-musuh Allah, kerana golongan jenis ini selalunya telah diaturkan kewujudan dari mula lagi. Didalam penulisannya Munsyi Abdullah banyak menghina bangsa Melayu kerana mengikut arahan bossnya. Ini disebabkan sejarah silam menunjukkan yang bangsa Melayulah menerima kedatangan ahlul-bait ke alam ini dari Timur Tengah dan melantik mereka menjadi raja atau pemerintah Melayu di nusantara.
Antara kritikan beliau ke atas orang-orang Melayu ialah dia mengatakan orang-orang melayu itu “BODOH” kerana tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris, kerana pada masa itu anak-anak kita dihantar ke Madrasah. Beliau juga mencela orang-orang Melayu kerana tidak berminat belajar Bahasa Inggeris, kerana pada masa itu mereka menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Arab.

PENULISAN MUNSYI ABDULLAH DIBUAT UNTUK MENUTUP SEJARAH TUAN PUNYA (SEMENANJUNG) MELAKA IAITU EMPAYAR KEDAH TUA YANG PERNAH BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT, NEGERI SEMBILAN YANG BERADA TAK JAUH DARI BANDAR HILIR

————————

Beliau merupakan sasterawan abad ke-19 dan mahir berbahasa Melayu, Tamil dan Arab. Pada tahun 1840M selepas kematian isterinya seorang yang berbangsa Tamil, beliau telah berhijrah ke Singapura. Ini kerana di tempat kelahirannya beliau dipulaukan oleh orang-orang tempatan kerana tidak suka dengan tabiatnya suka bergaul rapat dengan penjajah-penjajah Inggeris.

Beliau menjadi pujaan bangsa Inggeris dan Belanda kerana memudahkan musuh -musuh Allah ini menunaikan cita-cita Kolonialisme Barat. Beliau pernah mempelajari kitab Bible Matius daripada Dr. Marrison semasa di Singapura. Sebagai P.A kepada Stamfford Raffles, beliau diarahkan mencari buku-buku Hikayat tua Melayu di mana sahaja berada untuk diserahkan kepada kerajaan Inggeris. Selain menyunting kitab tua Sejarah Melayu mengikut selera dan agenda kerajaan Britain beliau juga antara orang yang bersubahat dan dalang menghasilkan cerita hantu-hantu Melayu di antaranya ialah watak Hantu Penanggal.

———————————————

Seorang pegawai kerajaan yang bernama Faizal pernah menceritakan tentang Munsyi Abdullah ini sewaktu menerima kehadiran bertugas Stamfod Raffles (1781-1826) dari England.

Munsyi Abdullah mengatakan yang bossnya ini sudah fasih berbahasa Melayu ketika hari pertama bertemu dengannya. Ini terjadi apabila Munsyi Abdullah mengatakan ” how are you sir? “, Stamfford Raffles menjawab ” Khabar baik“.

Ketika menerima undangan kenduri, gabenor Inggeris ini juga hadir dan membuka kasut ketika memasuki rumah Munsyi Abdullah. Dan yang lebih menghairankan beliau lagi ia bersalam-salaman dengan orang-orang kampung dan duduk bersila seolah-olah dia sudah biasa dengan adat di tempat itu. Padahal pada masa itu tuan rumah sibuk mencari kerusi yang pada kebiasaannya orang-orang inggeris tidak faham dengan adat istiadat orang-orang Melayu ketika itu. Ketika tuan rumah sibuk pula mencari sudu dan garfu mereka dapati si Inggeris ini sudah makan dengan tangannya sahaja.

Faizal memberi tahu orang-orang Melayu di zaman itu dan Munsyi Abdullah tidak perlu takjub dan hairan tentang kearifan orang-orang inggeris tentang Adat Istiadat Melayu kerana setiap pegawai Inggeris yang akan bertugas di jajahan-jajahan mereka seperti di India, Afrika dan Nusantara perlu mempelajari adat resam orang-orang tempatan di Universiti mereka bahagian Fakulti School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.—————-

SIFAT KEBINATANGAN MUNSYI ABDULLAH TERSERLAH APABILA BELIAU MENYOKONG PENGEBOMAN KOTA-KOTA ARTIFAK NEGARA OLEH KERAJAAN BRITAIN DENGAN TERHASILNYA BUKU HIKAYAT BINATANG KARANGAN BELIAU
Beliau pernah mengikut bossnya ke negeri-negeri Melayu sekitar jajahan British dan Belanda di Indonesia juga sekitar wilayah Pantai Timur Semenanjung Melaka ( Kelantan dan Terengganu ). Hasil dari lawatan itu beliau mengatakan orang Melayu ini pengotor, malas, tidak bertamadun dan hidup atas ihsan orang lain.
Sikap benci beliau terhadap Bahasa al-Quran dapat dilihat seperti kata-kata beliau seperti berikut, “Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan atau barang yang lain-lain menggunakan Bahasa Arab dalam pekerjannya. Baik dari hal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim salam atau membalas surat, melainkan sekelian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melain dalam sembahyang dan berdoa itulah sahaja.”
Padahal nabi s.aw bersabda : Kebencian kepada Bani Hasyim dan orang-orang Ansar adalah kufur. Kebencian kepada orang-orang Arab pula adalah nifak. ( Hadis Riwayat Tabrani )
————————————
Sebagaimana pemberontak dari Kuala Muda iaitu Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka mendapat gelaran dari British sebagai “Penaung Penulisan Sejarah” selepas berjaya menghasilkan Hikayat Hang Tuah dan cerita dongeng “Kesultanan Melayu Melaka“, Munsyi Abdullah (1796-1854) pula di beri gelaran “Bapa Kesusasteraan Moden” kerana jasanya menafsir kitab Hindu Kuno dan juga merupakan guru bahasa kepada Persatuan Mubaligh Kristian.
Semasa Musuh Bisik 1821M beliau berada di Bandar Hilir untuk meyambut ketibaan pemberontak kerajaan Kedah Tua yang bernama Ahmad Tajuddin al-Marhum Melaka. Beliau yang telah berjaya membawa masuk tentera Siam-Thai ke Kota Star, telah diselamat dan dilarikan oleh bossnya ke Bandar Hilir selepas dikejar oleh tentera Kedah Tua di bawah pimpinan Panglima Bukit Gantang Maharaja Melayu Sultan Syed Alang Alauddin (1824-1862) yang bersemayam di Istana Kuning, Kota Star.
Al-Marhum Melaka ini adalah musuh dalam selimut bagi Empayar Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan merupakan aset yang penting bagi kerajaan Britain untuk agendanya di masa depan dan beliaulah yang telah berganding bahu dengan Munsyi Abdullah untuk menulis buku dongeng Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan Hikayat Hang Tuah yang isinya penuh dengan dongeng, khurafat, tahyul dan metos.

GERBANG YANG TELAH DI ‘CONVERT’ GEROMBOLAN KE2 PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARI INI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM.

Semasa British menguasai Bandar Hilir (kononnya Melaka) gabenornya ialah Major Cook kemudian diganti pula tidak lama selepas itu oleh Colenail William Farquhar. Semasa zaman inilah Kota Portugis Islam dan kota-kota sekitar Bandar Hilir telah dibuang dan dimusnahkan oleh pihak British sebelum musuh-musuh Allah ini menjarah kota-kota yang lainnya di luar Bandar Hilir seperti Kota Lukut, kota-kota di Johor Lama, Muar , Kota Mengkuang dan lain-lain.
Peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis ini berlaku pada masa Munsyi Abdullah berada disana. Di dalam Hikayat Abdullah, sila rujuk muka surat 42, beliau menceritakan tinggi Kota Islam Portugis itu kira-kira 10 depa sampai ke atas dan di dasar tanahnya. Beliau menulis, ” Lebarnya pula ialah 13 depa dan di situlah di aturnya meriam berkeliling dan tebal sepanjang kota itu adalah setengah 3 depa dan di bawah kota ini di tiap-tiap katlumnya ada rumah bawah tanah lengkap dengan perigi dan kandang kuda dan beliau memberitahu kota itu berbentuk empat segi. Kota ini mempunyai empat pintu dan satu pintu besar dengan mempunyai jambatan yang besar. Didalamnya mempunyai pintu yang besar dan terdapat satu pintu kecil. Maka dari pintu itulah orang keluar dan masuk.”

PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYU SULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN

————————————

Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina .

British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu di situ tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. “Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati,” sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. “Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. Apabila William Farqular melihat perkara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu,” sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46.

——————————–

KASIHAN ! BERSUSAH PAYAH KERAJAAN KITA MENCARI SAKI BAKI KOTA-KOTA YANG HILANG, AKIBAT DI BOM DAN DI KAMBUS OLEH BRITISH SEKITAR BANDAR HILIR UNTUK TATAPAN GENERASI BARU KITA YANG TERCINTA.

—————————————————-

Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam di kota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) di dalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh.

Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang di tangannya. Maka disuruh orang naik ke kota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minit meletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut. Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu,” sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.

CUBA LIHAT KOTA ISLAM PORTUGIS ASKAR UPAHAN MERONG MAHA WANGSA INI YANG MEMPUNYAI MENARA MASJID TAPI KONONNYA MENARA SANTIAGO TINGGAL KEPALA KOTA SAHAJA HASIL PENGKHIANATAN MUSUH-MUSUH ALLAH

——————————————–

Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britain ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya.

Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling. Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England.

Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh. “Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya…Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu,” sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.

——————————————————–

Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan “Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya. Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya.” Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakanAkan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada ditidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya “, rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47.

Pada tahun 1854M, Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain.

Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada di bawah pengaruh empayar Usmaniyyah manakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam.

Dicatat oleh MEGAT AL-JEFRI

11 Comments

Filed under Negara Islam, Sejarah, Seni dan Bahasa

Kisah Lirik Lagu TANYA SAMA ITU HUD-HUD.

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”

Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’

Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’

Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’

(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)

Kisah Burung.

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.

Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.

Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”

Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.

Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.

Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.

Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.

Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)

*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

sumber: ku2blog & warisantamar

18 Comments

Filed under Aqidah, Seni dan Bahasa

Seloka Antara Halal dan Haram.

antara halal dan haram..

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. (Hadis daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir)

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita.

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing @ babi bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (HR At-Tabrani dan Baihaqi)

W: kalau dimakan menjadi haram,
jika bersentuhan perlu disamak,
lain pula dengan bukan mahram,
dua-dua pun haram… aallaamaak….

J: alamak..dia sudah berpantun,
mai sini turn aku pulak,
tak guna kalau dok sopan santun,
tapi dok buat benda haram jugak…

W: tapi dok buat benda haram jugak,
sebab taqlid dgn sekeliling,
menuruti buta tuli dan pekak,
diri sendiri khayal dan pening….

J: diri sndri khayal dan pening,
tala ke hulu tala ke hilir,
tak tau apa yg paling penting,
ada otak tak mau pikir..

W: ada otak tak mau pikir,
main tala tak kenal punca,
hanyut dan karam hingga ke akhir,
enak dan lazat dengan dunia…

…………………………………………………

J: klu sentuh babi bole samak,
pa nk wat klu sentuh pmpn bkn mahram?
sy pn nk tau jugak,
sapa2 bleh bg kami faham?

W: sapa2 bleh bg kami faham?
sampai sekarang masih benak,
tolonglah tolong otak dah lebam,
biasalah kami ini anak-anak…

JF: paham xpaham sy pun tak paham
dalam tak paham tp tau buat
mmg otak dah pun lebam
bukan ke wajib bertaubat..

W: dalam tak faham tp tau buat,
jika tau buat maknanya faham,
jgnlah tambah akar yg berselirat,
macam mana nak taubat kalau masih kelam??

J: akar dan akal dah berselirat,
pulun smpai sakit urat belikat,
dari kecik dok suruh buat, buat, buat!!
kalau tak buat, kata tak taat…

W: kalau tak buat kata tak taat,
jangan-jangan boleh kena sebat,
nak tak nak kenalah buat,
makinlah lama makinlah sesat….

J: makin lama makinlah sesat,
apa yg dibuat rasa dah tepat,
kalau ada lain pendapat,
terus tolak bulat-bulat…

JF: saudara bpantun mmg hebat
terpanggil diri nak join sekali
nak tak nak kenalah buat
mcm mana ni…nak wat apa lagi ni???

J: nak buat lagu mana lagi?
dah lagu tu…
depa kata kna p ngaji.
baru la tahu…

W: depa kata kna p ngaji,
depa kata lg kena cari guru,
macam mana kita nak yakin pasti,
ustaz ka guru sekarang ni bercelaru…..

J: dah celaru tambah celaru,
mna nk cari ustaz atau guru,
mursyid tak mursyid mana nk tahu,
last2 kita yg jadi dungu…
haruuu..

W: kita yang jadi dungu ikut guru,
ikut-ikutan semakin buntu,
tidak terjawab apa yg tak tahu,
tapi terperangkap dalam ragu….

JF: depa kata kena cari guru??
awat skang ni bcelaru??
sudah hamba pun tak tahu
nak wat camna..dah lagu tu…

W: nak wat camna..dah lagu tu,
guru yg ada ikutan yg dulu,
kita yg dungu turutkan perahu,
tanpa dayung dan hala tuju…

JF: tanpa dayung dan hala tuju…
itu lagi celaru
macam mana pun sy pegi keja dulu..
assalammualaikum… mintak diri dulu..

terima kasih..tumpang lalu.. 🙂

J: sama2 tumpang lalu,
apasal nk minta diri pula,
diri lu hak lu,
tak yah nak minta-minta…

W: tak yah nak minta-minta,
bukan dia masa nak bagi-bagi,
sendiri pun bukan empunya,
nak minta kat siapa lagi??

J: minta bagi minta bagi,
doa dapat doa dapat,
kalau dok rasa kita pnya lagi,
conform api kat akhirat..
konfom tuu..

W: conform api kat akhirat,
tapi masih tak sedar lagi,
apa nak kisah apa nak buat,
selamat sampai ke destinasi…..

J: semua menuju ke destinasi,
tak tau timbul atau tenggelam,
cik love ayuni..
takkan tangkap gambar pn haram?

W: takkan tangkap gambar pn haram?
dalil mana yg diguna pakai,
janganlah ikut suka main hentam,
marilah belajar gunakan akai….

J: janganlah ikut suka main hentam,
guna akal guna ilmu,
haha..cik wan sudah geram,
aku pn nak chow dulu…

W: aku pn nak chow dulu,
sapa yg rajin bolehlah sambung,
ada masa dilain waktu,
mungkin akan kembali rabung…

……………………………………………………..

J: bukan nk bicara yg tersurat,
tapi nk bincang yg tersirat,
itu yg jadi matlamat,
sama2 saling ingat-mengingat..

sentuh dgn sengaja wanita bukan mahram,
hukumnya dah pasti haram,
sebab takut nanti jadi geram,
mulalah nk hentam-menghentam.. 🙂

bertempuh tapi tak bersentuh,
itu hanya kalau tak bertepi,
mesti kna yakin sungguh-sungguh,
sekalian alam Tuhan meliputi…

pantun berpantun suka sekali,
umpama silat empunya tari,
buah pantun itulah isi,
agar sama kita fahami…

sumber: facebook group Muzakarah Ad-Deen

1 Comment

Filed under Seni dan Bahasa