Dato’ Hussein Taib (datuk kepada Dato’ Seri Najib) terhutang budi kepada Wan Esah.

Siapa berjasa kepada siapa? UMNO berjasa kepada Melayu atau bangsa Melayu berjasa kepada UMNO? Barangkali yang diungkapkan melalui laman blog http://www.matamin.blogspot.com/ hanya sekelumit perjuangan bangsa Melayu. Apalagi yang berkaitan dengan sumbangan Manap Jepun menyelamatkan nyawa Allahyarham Dato’ Hussein Taib; iaitu ayahanda Tun Abdul Razak dan datuk kepada Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri sekarang.

Barangkali juga Dato’ Najib tak pernah tahu mengenai Manap Jepun (gambar dengan ihsan muzium sejarah Kampung Chulaborn Patana 12, Thailand) dan Wan Ali tokoh gerila Melayu yang berjuang di sekitar Jerantut, Pahang sekitar dekad 1950-an.

Dalam buku ‘Askar Melayu 50 Tahun‘ (Tan Sri A Samad Idris; Pustaka Biduman, KL, 1983) juga menyebut keberangan Brigedear Jeneral Syed Muhammad al-Sagoff kepada Inggeris kerana meletakkan mayat Manap Jepun di bumbung kereta, kemudian diarak di pekan Jerantut. Ketika itu Syed Muhammad al-Sagoff sekadar berpangkat leftenan sahaja. Maknanya, Askar Melayu yang terdahulu tetap menghargai pejuang gerila Melayu seperti Manap Jepun, Wan Ali, Abu Samah Kassim, Abdullah CD dan ramai lagi. Tetapi apa sumbangan Najib terhadap pejuang-pejuang bangsa ini?


Dalam blognya Mat Amin mengungkapkan:
“Sewaktu penjajahan Jepun, Dato Hussien menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Temerloh yang telah dijawatnya semenjak tahun 1924. Sewaktu Jepun menduduki Temerloh,maka bermulalah kisah ini yang tidak pernah dicatat di dalam mana-mana buku sejarah, Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-9 Dato Hussien Bin Mohd Taib telah ditangkap oleh Kempetai Jepun atas tuduhan menjadi tali barut Inggeris. Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka di luar perikemanusiaan akan menyiksa siapa sahaja yang ditangkap tidak kira yang ditangkap itu bersalah atau sebaliknya malah bukti juga tidak perlu cukup sekadar syakwasangka sahaja.
Itulah nasib yang menimpa Dato Hussien apabila beliau ditangkap dan dibawa ke Rumah Pasung Temerloh. Ketua Polis Jepun ketika itu dikenali dengan nama Tuan Nagai yang cukup terkenal dengan kebengisannya. Diceritakan jika ada anak-anak kecil yang nakal, maka si ibu akan memberikan amaran jika tidak dengar kata akan dihantar jumpa Tuan Nagai; malah anak-anak kecil yang merengek atau menangis pun akan berhenti merengek jika nama Tuan Nagai ini disebut. Begitulah reputasi Tuan Nagai dikalangan masyarakat orang Melayu di Temerloh ketika itu.
Maka dapat dibayangkan layanan yang diterima oleh Datok Hussien tatkala beliau dibawa ke Rumah Pasong untuk diinterrogasi oleh Kempetai Jepun. Pelbagai siksaan dikenakan terhadap Orang Besar Pahang ini tanpa henti. Menjadi “adat” Jepun,mereka yang ditangkap akan disiksa di khalayak ramai kononnya untuk dijadikan contoh. Malah sering dikatakan,mereka yang bernasib baik ialah yang kena libasan katana, pedang samurai Jepun untuk “potong kepala” kerana tidak perlu melalui penyiksaan Jepun.
Dato Hussien disiksa di khalayak ramai. Beliau diikat di sebatang tiang di hadapan Sekolah Cina (Sekolah Rendah Khee Chee ketika ini) dan menderita disiksa Jepun dengan pukulan serta kaedah “water treatment” yang terkenal itu, yakni diberi minum berbaldi air sabun. Tidak ada walau seorang pun yang berani membantu beliau. Hanya sekadar memerhatikan dari jauh sambil di dalam hati bersyukur kerana “bukan aku yang kena”. Di dalam keadaan Dato Hussien mengalami siksaan dan penderitaan sebegitu rupa, rupa-rupanya ada seorang perempuan yang berhati mulia punya keberanian untuk membantu beliau dan berhadapan dengan Jepun yang zalim itu.
Wanita itu yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Cina tempat Dato Hussien disiksa rupa-rupanya tidak dapat menahan diri melihat penyiksaan terhadap Dato Hussien.

Wanita tersebut dikalangan orang Temerloh di panggil Wan Esah. Suaminya Aki Sewang, bekas kelasi kapal. Wan Esah ini berasal dari Jepun berkahwin dengan Aki Sewang dan dibawa menetap di Temerloh. Wan Esah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu Temerloh malah khabarnya cukup fasih bercakap loghat Temerloh dengan lidah Jepun.

Perkahwinan Wan Esah dengan Aki Sewang melahirkan sepasang anak;putera pasangan ini menjadi tokoh terkenal sewaktu zaman darurat iaitu Manap Jepun,manakala puteri mereka hanya dikenali dengan nama Bi. Manap Jepun memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris dengan menyertai Rejimen Ke-10, PKM. Noel Barber, pengarang Inggeris yang terkenal itu didalam bukunya War Of The Running Dog ada menyentuh tentang kisah Manap The Jap ini.

Suatu kisah yang ironi dan tragiks ialah berkenaan adik ipar Manap Jepun, suami kepada adik perempuannya,Bi, meninggal dunia di tembak gerila PKM di jalan Triang apabila bas yang ditumpanginya kena ambush.

Menurut narasumber kejadian malang ini berlaku kerana mereka tidak ada maklumat tentang adik ipar Manap Jepun, jika mereka tahu, kejadian malang ini tidak akan berlaku. Narasumber saya tidak dapat mengingati nama adik ipar Manap Jepun ini.

Manakala kejadian lain yang berlaku kepada abang ipar Manap Jepun (abang kepada isterinya), juga orang Temerloh yang dikenali dengan nama Mat Zali. Mat Zali juga memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris. Di Pulau Tawar, berikutan tawaran menyerah diri oleh pihak Kerajaan dan kerana mempercayai janji Dato Yeop Mahidin, Mat Zali mengambil keputusan untuk keluar dan menyerah diri kepada orang kampung tersebut.

Beliau keluar ke Kampung Pulau Tawar dengan membawa senjata sepucuk senapang carbine yang tidak berisi peluru dengan niat menyerah diri. Apa yang berlaku, orang kampung kemudiannya membuat laporan (semata-mata kerana hendak menuntut wang reward (reward money) dari Kerajaan) kononya Mat Zali ditangkap, bukannya menyerah diri. Mat Zali akhirnya dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris atas fitnah tersebut padahal beliau sebenarnya menyerah diri dan bukannya ditangkap homeguard.
Berbalik kepada kisah penyiksaan terhadap Dato Hussien, Wan Esah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tuan Nagai. Maka pergilah wanita mulia ini ke Rumah Pasong Temerloh mengadap Tuan Nagai yang bengis itu. Wan Esah akhirnya berjaya memujuk Tuan Nagai untuk membebaskan Dato Hussien dari tahanan dan penyiksaan Jepun. Dato Hussien setelah dibebaskan dari penyiksaan Jepun, kembali ke Bentong. Beliau dan seluruh keluarganya, saya kira, berhutang nyawa dengan Wan Esah, ibu kepada pejuang Manap Jepun.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Bagaimana Sifat dan Kerja Zionis?

Saya telah beberapa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi. Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua perkara ini. Dua perkara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai’ kampung yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi.

Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin parti PAS dan pemimpin PKR.

Biar saya cuba sekali lagi jelaskan di sini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisme. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memeluk agama Judaisme. Contohnya penyanyi pop Madonna, aktres Elizebeth Taylor dan pemuzik kulit hitam Sammy Davis Junior. Mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisme. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisme. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisme ini.

Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisme ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama, dua perkara yang jauh berbeza.

Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini daripada bahasa Yahudi. Hanya Nabi Muhammad dari bangsa Arab Quraisy dan Nabi Saleh sahaja mempunyai nama Arab.

Apa yang ingin saya terangkan di sini, apabila kita mengutuk Israel, yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi. Justeru yang wajib kita kutuk, lawan dan tentang ialah fahaman Zionisme, bukan bangsa Yahudi.

Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisme? Zionisme ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke-19 ini. Gerakan ini dimulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisme ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit putih. Ini adalah fakta sejarah.

Pensejarahan intim Yahudi dengan Palestin

Justeru gerakan Zionis ini telah berkongres pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari menteri luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah yang dipanggil Balfour Declaration 1917.

Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua, Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi Jerman. Maka Eropah merasakan perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 tahun lagi.

Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Palestin telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.

Palestin akhirnya dipilih kerana di Palestin telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestin. Malah agama Judaisme juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestin.

Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisme ditentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisme.

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisme memiliki ideologi. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan ideologi politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.

Asas utama ideologi Zionisme ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongan ini kaum Zionis juga mengisytiharkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.

Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisme sahaja yang betul dan tepat. Agama lain dianggap salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini, orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan’ atau ‘the choosen people’. Salah satu cabang ideologi Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeru kaum Zionis antarabangsa menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada, bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.

Perdebatan Nik Aziz-Anwar

Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.

Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis – kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan – tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan.

Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas – bukan isu induk – di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ di muka depan mereka.

Teladan dari Front Sosialis 

Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perserikatan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB – yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal – racun Zionis – dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.

tulisan asal: Hishamudin Rais

2 Comments

Filed under Politik, Sejarah

Antara Khasiat Kesihatan Dari Madu dan Kayu Manis.

cinnamon_honey_small

Fakta Madu dan Kayu Manis:

Campuran madu dan kayu manis menjadi penawar kebanyakan penyakit. Perubatan Ayurvedic dan Yunani telah berkurun menggunakan madu sebagai ubat utama. Madu dihasilkan di kebanyakan negara-negara di dunia. Saintis hari ini juga mendapati madu sebagai ubat yang sangat berkesan untuk semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa kesan sampingan. Walaupun madu manis, apabila ia diambil dalam dos yang betul sebagai ubat, ia tidak membahayakan walaupun pesakit kencing manis.

1. PENYAKIT JANTUNG: Buat pes madu dan serbuk kayu manis, letak pada roti bakar, (sebagai ganti sekaya dan jem)  amalkan makan untuk sarapan pagi. Ia mengurangkan kolesterol dan berpotensi menyelamatkan daripada serangan jantung. Walaupun anda sudah mempunyai sejarah serangan jantung, ia boleh elakkan serangan yang berikutnya.

Penggunaan tetap kayu manis dan madu menguatkan denyutan jantung. Di Amerika dan Kanada, pelbagai rumah kejururawatan telah merawat pesakit dengan jayanya, dan telah mendapati bahawa arteri dan vena yang telah kehilangan fleksibiliti dan tersumbat; madu dan kayu manis mampu menguatkan arteri dan vena semula.


2. GIGITAN SERANGGA:
Ambil satu bahagian madu dan dua bahagian air suam, tambahkan satu sudu teh kecil serbuk kayu manis, gaul dan sapukan di tempat yang sakit. Kesakitan akan berkurangan dalam seminit dua.

3. ARTHRITIS: Pesakit arthitis boleh mendapat manfaat dengan mengambil satu cawan air panas dengan dua sudu madu dan satu sudu kecil serbuk kayu manis. Apabila diambil setiap hari walaupun artritis kronik, boleh diubati.

Dalam kajian baru-baru ini yang dijalankan di Universiti Copenhagen, ia telah mendapati bahawa apabila doktor merawat pesakit mereka dengan campuran satu sudu madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa dalam masa seminggu (daripada 200 orang dirawat) hampir 73 pesakit telah benar-benar lega sakit – dan dalam tempoh sebulan, kebanyakan semua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak kerana artritis kini mula berjalan tanpa rasa sakit.

4. RAMBUT GUGUR: Sebelum mandi, letak campuran minyak zaitun panas + 1 sudu besar madu + 1 sudu teh serbuk kayu manis di kepala selama 5 – 15 minit. Kemudian, bilas dengan air.

5. JANGKITAN PUNDI KENCING: Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu dalam segelas air suam dan minum. Ia memusnahkan kuman dalam pundi kencing.

6. SAKIT GIGI: Letakkan campuran 1 sudu teh serbuk kayu manis + 5 sudu teh madu pada gigi yang sakit, 3 kali sehari sehingga hilang sakit.

7. KOLESTEROL: 2 sudu besar madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis bercampur dalam 16 auns air teh yang diberikan kepada pesakit kolesterol telah didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam tempoh 2 jam. Seperti yang disebutkan untuk pesakit artritis, apabila diambil 3 kali sehari, mana-mana kronik kolesterol boleh diubati. Menurut maklumat, madu asli yang diambil dengan makanan harian melegakan masalah kolesterol.

8. DEMAM SELSEMA: Mereka yang mengalami selesema biasa atau teruk perlu mengambil 1 sudu besar madu suam dengan 1/4 sudu serbuk kayu manis setiap hari selama 3 hari. Proses ini akan menyembuhkan batuk yang paling kronik, sejuk, dan melegakan sinus, dan ia adalah lazat juga!

9. KEMANDULAN: Perubatan Yunani dan Ayurvedic sudah beribu tahun menggunakan madu untuk merawat masalah lelaki. Jika lelaki mandul mengamalkan pengambilan 2 sudu besar madu sebelum tidur setiap hari, masalahnya akan selesai.

Wanita yang tidak hamil boleh ambil secubit serbuk kayu manis yang dicampur 1/2 sudu teh madu, letak pada gusi supaya ia boleh larut bersama air liur dan ditelan. Buat secara kerap.

Satu pasangan di Maryland, USA tidak dapat zuriat selama 14 tahun. Isteri itu mengandung setelah 4 bulan mengamalkan madu dan kayu manis seperti kaedah di atas.


10. SAKIT PERUT
: Madu diambil dengan serbuk kayu manis penawar sakit perut dan juga dikatakan untuk membersihkan ulser perut dari akar.

11. GAS: Menurut kajian yang dilakukan di India dan Jepun, ia mendedahkan bahawa apabila madu diambil dengan serbuk kayu manis, perut lega dari gas.

12. SISTEM IMUN: Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus. Saintis telah mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Pengamalan madu secara kerap menguatkan sel darah putih untuk melawan penyakit bakteria dan virus dan penyakit berjangkit.


13. TIDAK HADAM
:  Serbuk kayu manis ditaburkan pada dua sudu madu diambil sebelum makan melegakan keasidan dan menghadamkan makanan berat.

14. INFLUENZA: Seorang saintis di Sepanyol telah membuktikan bahawa madu mengandungi kandungan semulajadi  yang membunuh kuman selesema dan menyelamatkan pesakit dari selesema.

15. AWET MUDA: Teh dibuat dengan madu dan serbuk kayu manis, apabila diambil dengan kerap, melambatkan kesan tua. Gunakan 4 sudu madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis, dan 3 cawan air mendidih untuk membuat teh. Minum 1/4 cawan, 3 hingga 4 kali sehari. Ia mengekalkan kulit yang segar dan lembut dan awet muda.

16. SAKIT KERONGKONG: Apabila tekak rasa menggelitik atau parau, ambil minum satu sudu madu. Ulangi setiap tiga jam sehingga tekak sudah selesa.

17. JERAWAT: 3 sudu madu dan 1 sudu teh pes serbuk kayu manis. Sapukan pes ini pada jerawat sebelum tidur dan basuh pada keesokan harinya dengan air suam. Apabila dilakukan setiap hari selama 2 minggu, ia membuang semua jerawat dari akar.

18. JANGKITAN KULIT: Sapukan madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang terjejas ekzema, kurap, dan semua jenis jangkitan kulit.

19. TURUN BERAT: Setiap pagi sebelum sarapan, ketika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis direbus dalam satu cawan air. Apabila diambil dengan kerap, ia mengurangkan berat walaupun orang yang paling gemuk. Juga, minum campuran ini kerap tidak membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun seseorang makan makanan yang berkalori tinggi.

20. KANSER: Penyelidikan baru-baru ini di Jepun dan Australia telah mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit yang menderita kanser dari jenis ini setiap hari perlu mengambil 1 sudu besar madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis 3 kali sehari selama 1 bulan.

21. LESU: Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa kandungan gula madu adalah lebih membantu kekuatan badan dan bukan memudaratkan. Warga emas yang mengambil madu dan serbuk kayu manis adalah lebih cergas dan fleksibel.

Dr Milton, yang telah melakukan kajian, berkata bahawa 1/2 sudu madu diambil dalam segelas air dan ditaburi dengan serbuk kayu manis, walaupun apabila kecergasan badan mula berkurangan, apabila diambil setiap pagi dan di sebelah petang pada kira-kira pukul 03:00, kecergasan badan meningkat dalam tempoh seminggu.


22. NAFAS BERBAU
: Rakyat Amerika Selatan, berkumur dengan 1 sudu teh madu dan serbuk kayu manis dicampur air panas di pagi hari jadi nafas mereka kekal segar sepanjang hari.

23. HILANG PENDENGARAN: Setiap hari, pagi dan malam, amal madu dan serbuk kayu manis, yang diambil dengan jumlah yang sama, mengembalikan pendengaran.

Leave a comment

Filed under Kesihatan, Umum

Di Mana Letaknya Hati Melayu?

download

Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan ‘heart’. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati.

Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.

Qalb dan Qulub

Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub (jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb. Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia.

Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).

Disebabkan perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753).

Ini sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa“Organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).

Jelas, qalb atau kata jamaknya qulub yang digunakan oleh orang Arab, demikian digunakan oleh al-Quran dan Hadis tidak merujuk kepada hati, tetapi merujuk kepada jantung. Terjemahan Inggeris lebih tepat iaitu ‘heart’. Malangnya, hingga terjemahan heart dari Inggeris ke melayu juga tidak stabil kerana kadang-kadang diterjemah sebagai hati, kadang-kadang diterjemah sebagai jantung.

Kekeliruan

Kekeliruan dalam memberikan maksud qalbu atau heart ini telah menyebabkan Kamus Dewan Bahasa memberikan maksud perkataan hati yang pelbagai. Disebut dalam Kamus Dewan: “Hati: 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan di dlm perut di bahagian sebelah kanan…2. = jantung.. 3. batin (tempat perasaan, pengertian)..”. (ibid, 445).

Sementara itu dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Bahasa DBP (Jilid 5, Bilangan 4, 2005) Imran Ho Abdullah dan Norsimah Mat Awal cuba memberikan maksud hati secara konsep dan metafora dalam bahasa Melayu. Artikel mereka itu berjudul “Pengkonsepsian dan Pemetaforaan Hati”.

Namun saya melihat, justifikasi bahasa di sudut konsep dan metafora yang cuba diberikan dan juga kepelbagaian maksud hati sehingga diterjemahkan salah satunya sebagai jantung, tetap mengelirukan bagi memahami maksud asal qalb dalam al-Quran dan Hadis.

Bahkan penyataan hati bermaksud jantung dalam bahasa Melayu itu sendiri boleh mengelirukan kerana keduanya organ yang berbeza. Apatahlagi, kajian saintifik moden benar-benar membezakan peranan antara kedua organ tersebut.

Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian hati itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin atau tempat perasaan. Ini hampir ada persamaan dengan maksud akal (al-‘Aql) yang sebut juga sebagai salah satu maksud qalb dalam Lisan al-‘Arab (m.s 687).

Maka perkataan qulub atau qalb dalam nas-nas Islam lebih tepat diterjemahkan sebagai jantung, atau jika hendak digunakan juga perkataan hati mungkin boleh disebut ‘jantung hati’. Sebahagian penulis atau pembicara suka menggunakan perkataan ‘kalbu’ seperti ungkapan dalam ‘dalam kalbuku ini’.

Perkataan kalbu dianggap sebagai ungkapan qalb dalam yang dimelayukan. Ya, mungkin boleh, tetapi bagi yang mengetahui bahasa Arab ia agak berat sebab kalb iaitu dengan huruf ‘kaf’ (=kalb atau kalbun) dalam Bahasa Arab bermaksud anjing. Jika dengan huruf ‘qaf ‘ (=qalb atau qalbun) barulah bermaksud jantung.

Al-Quran dan Hadis

Hari ini dengan kemajuan sains dan teknologi, begitu banyak mukjizat sains dalam al-Quran dan Hadis ditemui. Maka, menterjemah perkataan qalb atau qulub dalam kedua sumber itu dengan maksud asalnya iaitu jantung adalah suatu kemestian. Jika tidak, nanti orang Melayu gagal memahami rahsia saintifik di sebalik perkataan tersebut. Amat besar perbezaan fungsi antara jantung dan hati!

Dengan itu kita sepatutnya menukar terjemahan ayat-ayat al-Quran seperti: “dalam hati-hati mereka ada penyakit” (al-Baqarah: 10) dengan dalam jantung-jantung mereka ada penyakit”. Begitu juga: “mereka berkata dengan mulut-mulut mereka, apa yang tiada dalam hati-hati mereka” (Ali ‘Imran: 167), diterjemahkan“…apa yang tiada dalam jantung-jantung mereka”. Begitulah seterusnya. Bahasa Inggeris telah menterjemah dengan tepat seperti “in their hearts is disease..”, “..what was not in their hearts”.

Ini bukan kerana ingin menyalahkan bahasa kita yang telah berjalan sejak sekian lama. Namun, tujuannya bagi mendekatkan kefahaman secara lebih tepat penggunaan perkataan yang dipilih oleh al-Quran dan Hadis atau dalam Bahasa Arab. Perkembangan ilmu terutamanya sains juga mengajak kita lebih teliti terhadap istilah-istilah al-Quran dan Hadis ini. Sekali lagi, jantung bukan hati!

sumber: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1 Comment

Filed under Sains, Seni dan Bahasa, Umum

Kanak-kanak yang Tidak Disuntik Vaksin Lebih Sihat?

grippe_vaccin_sant_piqure-1-520x330

Segala syak wasangka bagi orang-orang yang berhati-hati terhadap vaksin untuk anak-anak mereka telah disahkan. Satu kajian besar baru-baru ini menguatkan kaji selidik kajian bebas yang lain membandingkan kanak-kanak yang tidak disuntik vaksin dengan kanak-kanak yang disuntik vaksin.

Kajian itu jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang divaksin mempunyai dua hingga lima kali lebih penyakit kanak-kanak (childhood disease), demam dan alahan daripada kanak-kanak yang tidak divaksin.

Asalnya, kajian pembandingan kanak-kanak yang tidak divaksin baru-baru ini masih berterusan terhadap kaji selidik kesihatan kebangsaan Jerman dijalankan oleh KiGGS melibatkan lebih 17,000 kanak-kanak sehingga umur hingga 19 tahun. Kajian yang sedang dijalankan ini telah dimulakan oleh klasik homoeopathist Andreas Bachmair.

Kajian Bachmair boleh didapati di laman web VaccineInjury.info yang telah menambah pautan untuk ibu bapa kanak-kanak yang divaksin untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Setakat kajian ini berterusan mempunyai lebih 11,000 responden, kebanyakannya dari USA. Kajian lain telah meninjau kumpulan-kumpulan keluarga yang lebih kecil.

Walau bagaimanapun, keputusan adalah sama. Sudah tentu, tiada kajian ini telah diambil oleh MSM (media arus perdana). Tiada dibiayai oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau mana-mana kesihatan kebangsaan atau agensi antarabangsa atau kumpulan profesion perubatan (http://healthimpactnews.com).

Mereka tidak berani membandingkan kesihatan kanak-kanak yang tidak divaksin dengan kanak-kanak yang divaksin secara objektif dan mengambil risiko mengganggu vaxmania mereka (vaksinasi mania). Tumpuan bagi semua kajian adalah kebanyakannya pada penyakit zaman kanak-kanak yang berlaku setelah kanak-kanak matang.

Dramatik, melemahkan, atau kecederaan maut disebabkan vaksin tidak diberi tumpuan kerana sangat sedikit, lima peratus atau kurang, sebenarnya telah dilaporkan kepada VAERS (Vaccine Adverse Injury Reporting System) di Amerika Syarikat untuk pelbagai sebab, termasuk:

* Ia adalah satu sistem yang rumit yang mengambil masa daripada amalan doktor.
* Kebanyakan ibu bapa tidak tahu mengenainya.
* Hanya reaksi buruk yang berlaku dengan serta-merta selepas pemvaksinan akan dipertimbangkan.
* Sebab VAERS adalah secara sukarela, kebanyakan doktor tidak mahu membabitkan diri dengan kecederaan vaksinasi dan mengekalkan penafian mereka terhadap bahaya vaksin.

Oleh itu, walaupun reaksi buruk yang paling dahsyat tidak diendah, maka keburukan terhadap kesihatan jangka panjang  yang disebabkan daripada vaksin tidak dianggap relevan.

Ringkasan kaji selidik yang berbeza.

Penyakit zaman kanak-kanak yang biasanya dikemukakan oleh responden kepada kaji selidik bebas adalah asma, sering muncul tonsillitis, bronkitis kronik, resdung, alahan, ekzema, jangkitan telinga, kencing manis, gangguan tidur, kencing malam, disleksia, migrain, hiperaktif, ADD, epilepsi, kemurungan, dan perlahan perkembangan pertuturan atau kemahiran motor.

Pada tahun 1992, kumpulan New Zealand dipanggil Persatuan Kesedaran Imunisasi (IAS) meninjau 245 keluarga dengan jumlah 495 kanak-kanak. Kanak-kanak telah dibahagikan dengan 226 yang divaksin dan 269 yang tidak divaksin. Lapan puluh satu keluarga pula ada kedua-dua, kanak yang divaksin dan kanak-kanak yang tidak divaksin.

Perbezaannya sangat dramatik, dengan kanak-kanak yang tidak divaksin menunjukkan insiden penyakit zaman kanak-kanak yang jauh lebih rendah daripada kanak-kanak yang divaksin. (http://www.vaccineinjury.info/images/stories/ias1992study.pdf).

Kaji selidik yang berbeza di Pulau Selatan New Zealand bandar Christchurch, di kalangan kanak-kanak yang dilahirkan semasa atau selepas 1977, tiada kanak-kanak yang tidak divaksin mempunyai peristiwa asma, di mana hampir 25% daripada kanak-kanak yang disuntik telah dirawat untuk asma sejak umur 10 (http:// www.vaccineinjury.info/images/stories/ias1992study.pdf).

Banyak komen dari ibu bapa ke VaccineInjury.info untuk kajian Bachmair berterusan menyebut bahaya vaksin dan membangunkan imuniti benar semulajadi (http://www.vaccineinjury.info).

Seorang immunologist PhD yang menulis buku Vaccine Illusion, Dr Tetyana Obukhanych, telah meninggalkan dogma latihan perubatan beliau dan latar belakang beliau. Beliau menegaskan bahawa imuniti benar kepada apa-apa penyakit tidak diberikan oleh vaksin. Pendedahan kepada penyakit, sama ada dikontrakkan atau tidak, yang menyebabkannya (http://www.vaccinationcouncil.org).

Mungkin yang paling tidak formal akar umbi kaji selidik yang sedang berlaku sekarang adalah oleh Tim O’Shea, DC, pengarang Vaccination is Not Immunization. Dia hanya mempunyai ibu bapa bukan pro-vaksinasi email dia dengan perbandingan kesihatan anak-anak mereka kepada rakan-rakan dan keluarga yang mereka kenal dengan kanak-kanak yang divaksin. Banyak lagi boleh didapati di website (http://www.thedoctorwithin.com).

sumber:

http://healthimpactnews.com

http://www.vaccineinjury.info/images/stories/ias1992study.pdf

http://www.naturalnews.com (6046)

link berkaitan:
Bahaya Suntikan Vaksin dan Imunisasi

Bahaya Suntikan Vaksin HPV

Kesan-kesan Suntikan Vaksinasi terhadap kanak-kanak

5 Comments

Filed under Kesihatan