Perjanjian Abad ke 20

Perjanjian antara Great Britain dengan Siam, 1909

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

DITANDATANGANI DI BANGKOK, 10 HARI BULAN MAC 1909 (RATIFIKASI DIBUAT DI LONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909)

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing:

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.;
Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain

Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perkara II Tarikh Penyerahan
Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini.

Perkara III Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam
Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi

Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat, yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

Perkara IV Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Perkara V Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam
Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.

Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah.

Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.

Perkara VI Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU.
Layanan Negara – Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll.
Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.

Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan.

Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.

Perkara VII Pengesahan Perjanjian Lama
Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Perkara VIII Ratifikasi
Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing.

Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909.

(T.T.) RALPH PAGET.
(T.T.) DEVAWONGSE V AROPRAKAR.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Kelantan, 1910

Diambil daripada Dokumen dan Perjanjian Lama Malaysia, 1871 -1965. Kuala Lumpur: ITNMB

Bahawasanya Negeri Kelantan telah diakui sebagai berada di bawah naungan Great Britain, dan bahawasanya adalah perlu bagi menentukan prinsip di mana Kerajaan Negeri itu akan dikendalikan pada masa hadapan, maka dengan yang demikian, adalah dipersetujui antara Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Naungan yang mewakili Kerajaan Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Long Senik, Raja Kelantan, bagi pihak diri, waris dan pengganti Baginda, seperti berikut:-

Perkara I
Raja Kelantan berjanji tidak mengadakan apa-apa perhubungan politik atau urusan politik dengan mana-mana kuasa atau raja negara asing, kecuali melalui perantaraan Duli Yang Maha Mulia Baginda King England.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda King England berhak melantik pegawai menjadi Penasihat dan Penolong Penasihat di Negeri Kelantan bagi bertindak sebagai wakil (atau ejen) Duli Yang Maha Mulia Baginda King England. Raja Kelantan berjanji membayar kepada Penasihat dan Penolong Penasihat itu apa-apa gaji sebagaimana yang akan ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dan menyediakan temp at kediaman yang sesuai untuk mereka; dan Raja Kelantan selanjutnya mengaku janji mematuhi dan memberi kuat kuasa kepada nasihat Penasihat itu, atau semasa ketiadaannya, Penolong Penasihat itu, dalam semua hal pentadbiran, selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Perkara III
Raja Kelantan berjanji tidak mengikat apa-apa perjanjian berkaitan dengan tanah, atau memberikan apa-apa konsesi kepada, atau membenarkan apa-apa pindah milik kepada, atau oleh, mana-mana individu atau syarikat, selain anak watan Negeri Kelantan, dan tidak melantik mana-mana pegawai, selain anak watan Kelantan, yang diberi gaji sebanyak lebih daripada £400 setahun, tanpa terlebih dahulu memperoleh kebenaran secara bertulis daripada Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King; dengan syarat bahawa, sekiranya kawasan pemberian atau konsesi itu tidak

Perkara IV
Tiada apa-apa pun dalam perjanjian ini boleh menjejaskan kuasa pentadbiran yang kini dipegang oleh Raja Kelantan. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalarn perjanjian ini, hubungan antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King adalah sama seperti yang pernah wujud antara Raja Kelantan dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam.

Dua salinan perjanjian ini hendaklah dibuat, satu dalarn bahasa Inggeris dan satu dalarn bahasa Melayu yang mengandungi tafsiran yang sarna.

Dibuat di Kelantan pada dua puluh dua hari bulan Oktober 1910.

(Tandatangan)
JOHN ANDERSON.
Meterai.
Saksi.

(Tandatangan)
H.M. JACKSON, KOLONEL.

(Tandatangan)
R.E. STUBBS.

(Tandatangan)
TUAN LONG SENIK BIN AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD.
Meterai.
Saksi.

(Tandatangan)
TENGKU SRI INDRA MAHKOTA.

(Tandatangan)
TENGKU CIK TUAN ABDULLAH.

(Dalam Tulisan Jawi) Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 109-111.

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Kerajaan Terengganu, 1910

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 – 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Perjanjian ini adalah untuk menentukan sesetengah perkara berkenaan hubungan antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Terengganu, iaitu sebuah Negeri Melayu Islam berpemerintahan sendiri.

Dibuat antara wakil Duli Yang Maha Mulia Baginda King Gerat Britain, iaitu Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King.

Dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Zainal Abidin, yang memiliki dan mentadbir Kerajaan Terengganu dan segala wilayah tanggungannya, bagi pihak diri dan waris baginda yang menggantikan baginda sebagai Sultan menurut adat istiadat Melayu dalam Kerajaan Terengganu.

Perkara I

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa kedua-dua Kerajaan akan saling membantu.

Demikian juga kedua-dua Kerajaan akan saling serah-menyerah pesalah atau tertuduh atau orang yang disabitkan terhadap apa-apa kesalahan menurut persetujuan yang akan dibuat antara kedua-dua Kerajaan.

Maka adalah juga dipersetujui bahawa kedua-dua pihak akan mematuhi dengan seketat-ketatnya peruntukan dokumen ini.

Perkara II

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengisytiharkan bahawa baginda hanya berhasrat menempatkan seorang Pegawai British bermastautin di Terengganu sebagai wakil yang tugasnya adalah serupa dengan tugas Pegawai Konsul.

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu mengaku janji menerima Pegawai itu dan memberi percuma sekeping tanah di negeri ini bagi membina sebuah rumah untuk diduduki Pegawai tersebut.

Perkara III

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bagi pihak dirinya untuk melindungi Kerajaan dan Negeri Terengganu dan segala wilayah tanggungannya daripada serangan musuh asing, dan bagi maksud ini dan maksud seumpamanya pegawai Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King akan pada setiap masa dibenarkan keluar masuk dengan bebas ke laut dan wilayah Terengganu dan wilayah tanggungannya dan menggunakan cara yang munasabah untuk menentang serangan tersebut.

Perkara IV

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa tanpa pengetahuan dan keizinan Kerajaan British baginda tidak akan membuat apa-apa persetiaan, berurusan atau berutus-utus surat tentang perkara politik atau menghantarkan utusan kepada mana-mana Kerajaan asing, mengganggu dalam politik mana-mana negeri Melayu atau memberikan apa-apa konsesi perlombongan yang melebihi 500 ekar atau tanah lain yang melebihi 3,000 ekar kepada mana-mana orang selain penduduk asal dan rakyat Terengganu.

Maka adalah juga dipersetujui bahawa jika timbul apa-apa sebab yang menghendaki perutusan politik antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan mana-mana Kerajaan asing, perutusan itu hendaklah dijalankan melalui Kerajaan British yang Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu bergantung bantuan dan untuk menyelesaikan apa-apa perkara antara Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan asing itu.

Fasal yang terakhir di atas tidak merujuk perutusan bukan politik atau lawatan yang bersifat persahabatan atau seumpamanya.

Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini menurunkan meterai dan tandatangan masing-masing.

Ditandatangani di Singapura pada dua puluh dua hari bulan April tahun 1910 bersamaan dengan sebelas hari bulan Rabiulakhir tahun 1328.

Meterai Pesuruhjaya Tinggi.
JOHN ANDERSON.

Saksi.
Cap Mohor Sultan.

Saksi.
T. PERROT, PemerintahAskar, N.N.S.
F. BELFIELD,

Peguam Negara, N.N.S.
ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD.
OMAR BIN ABDUL RAHIM. HAJI NGAH BIN YUSOP. AHMAD BIN ABDUL RAHMAN.

Teks diambi1 dari Maxwell & Gibson 1924: 112-113.
Perkara II dimansuhkan dan digantikan melalui Perjanjian 24 Mac 1919 (lihat Maxwell & Gibson 1924: 113-114).

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Johor, 1914

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 – 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 hari bulan Disember 1885, yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia FREDERICK ARTHUR STANLEY, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaldah dimansuhkan dan Perkara yang lain menggantikannya:

Maka, dengan ini dipersetujui oleh dan antara Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young, K.C.M.G., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR bahawa Perkara di atas dimansuhkan dan Perkara berikut menggantikannya:

Perkara III
Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima, dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk, seorang Pegawai British yang dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Me1ayu.

Pembiayaan untuk Ketua Penasihat dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan ditanggung daripada Hasil Negeri Johor.

Pemungutan dan pengawalan segala hasil negeri hendaklah dikawal selia di bawah nasihat Ketua Penasihat itu.

Pada menyaksikannya, SIR ARTHUR HENDERSON YOUNG dan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR telah menandatangani Perjanjian ini pada dua belas hari bulan Mei satu ribu sembilan ratus empat belas. Tandatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri dan Wilayah Johor.

(Tandatangan)
IBRAHIM

Disaksikan oleh:
OMAR BIN AHMAD
AHMAD BIN MUHAMMAD KHALID
JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
MUHAMMAD BIN MAHBUB

Tandatangan Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young

Tandatangan
ARTHUR YOUNG

Disaksikan oleh
R. J. WILKINSON

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 136

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Kedah, 1923

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 – 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

PERJANJIAN bagi menentukan perhubungan persahabatan antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Islam Kedah;

DIBUAT ANTARA Tuan Yang Terutama SIR LAURENCE NUNNS GUILLEMARD, K.C.B., K.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain:

Dengan Duli Yang Teramat Mulia TUNKU IBRAHIM, C.M.G., Tunku Pemangku Raja yang menggantikan tempat Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH, K.C.M.G., bagi pihak diri dan bagi pihak keturunan Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH yang akan menggantikan Baginda sebagai Sultan dan Pemerintah Negeri Kedah.

1. Negeri Kedah hendaklah kekal di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain yang akan menjalankan hak ketuanannya.

2. Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah tidak boleh mengadakan apa-apa urusan politik dengan mana-mana kuasa atau raja asing, kecuali melalui perantaraan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

3. Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain tidak akan memindahkan atau dengan cara lain melepaskan hak ketuanannya ke atas Negeri Kedah kepada kuasa lain dan tidak akan menggabungkan atau menyatukan Negeri Kedah atau wilayahnya dengan mana-mana Negeri lain atau dengan Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat tanpa keizinan bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dalam Majlis.

4. Pengganti Sultan hendaklah sentiasa terdiri daripada seorang keturunan langsung Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH atau keturunannya yang dipilih oleh Majlis Negeri dan diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

5. Sultan Kedah dan pengganti Baginda akan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk seorang Penasihat British bagi menasihati semua perkara yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri, selain perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu, dan akan menerima nasihat itu, dengan syarat bahawa tiada apa-apa pun dalam fasal ini yang boleh dengan apa-apa cara memudaratkan hak Sultan atau pengganti Baginda untuk berjumpa Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu atau menghadap Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom jika Sultan berkehendakkan sedemikian.

Pembiayaan untuk Penasihat British dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu dan hendaklah ditanggung daripada hasil Negeri Kedah.

6. Negeri Kedah hendaklah diperintah oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dengan bantuan Majlis Negeri yang hendaklah terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan sebagai Presiden, tiga orang ahli Melayu yang dipilih melalui pelantikan berdasarkan kedudukan atau jawatan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dengan kebenaran Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi, dan seorang lagi ahli yang adalah Penasihat British. Dengan syarat bahawa atas persetujuan bersama Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan, ahli tambahan boleh diwujudkan bagi menganggotai Majlis bagi apa-apa tempoh tertentu. Semasa ketiadaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan, seorang ahli Melayu yang dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan hendaklah mempengerusikan Majlis.

7. Bahasa Melayu, dengan tulisan Jawi dalam hal bahasa bertulis, hendaklah menjadi bahasa rasmi dalam semua jabatan Kerajaan Kedah kecuali jika diperuntukkan dalam undang-undang Negeri Kedah atau oleh pihak berkuasa khas Kerajaan bahawa mana-mana bahasa lain boleh digunakan.

Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama SIR LAURENCE NUNNS GUILLEMARD, K.C.B, K.C.M.G. dan Duli Yang Teramat Mulia TUNKU IBRAHIM, C.M.G., Tunku Pemangku Raja Kedah, telah menurunkan cap meterai dan tandatangan masing-masing.

Disempumakan di Singapura pada 1 hari bulan November 1923, bersamaan dengan 21 hari bulan Rabiulawal 1342.

Meterai Pesuruhjaya Tinggi.
LAURENCE N. GUILLEMARD.

Saksi.
W. PEEL.
A. F. RICHARDS.

Cap Mohor Pemangku Raja.
IBRAHIM.

Saksi.
MANSUR. MOHAMAD MID.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 104-105.

Perisytiharan Panglima Tentera Jepun, 1942

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 – 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Daripada Halaman 2 The Syonan Times, Hari Sabtu,
21 Februari 2602 (bersamaan 1942 M), Syawal 17 [Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia; Bahan-Bahan Pilihan Pameran Arkib Warisan Negara 1982: 84.]

SINGAPURA bukan sahaja merupakan pusat penghubung Empayar British bagi menguasai India British, Australia dan Asia Timur tetapi juga merupakan sebagai pangkalan kukuh untuk melanggar dan menindas mereka dan Britain telah bertahun-tahun bermegah dengan ciri-ciri kekuatannya yang tidak dapat ditawan dan secara umumnya telah diterima sebagai kubu yang tidak dapat dikuasai (musuh).

Walau bagairnanapun, sejak tentera Jepun melancar operasinya di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura, mereka telah menawan seluruh Semenanjung dalam masa dua bulan sahaja dan telah menghancurkan kubu kuat itu hanya dalam tempoh tujuh hari dan dengan demikian kekuasaan British di India British, Australia dan Asia Timur telah runtuh dalam sekelip mata sahaja dan bertukar menjadi seperti kipas tidak berivet atau sekaki payung tidak bertangkai.

Pada asalnya, orang Inggeris telah menyanjung prinsip mereka yang terlampau egoistik dan dogmatik dan mereka bukan sahaja membenci orang lain, tetapi juga sudah biasa menjalankan intimidasi secara licik, tipu helah serta penuh muslihat dan mereka sanggup melakukan ketakadilan dan ketakjujuran demi mempertahankan kepentingan mereka sahaja, dan dengan demikian mereka sebenarnya telah merosakkan seluruh dunia.

Kini memandang kepada operasi ketenteraan Angkatan Tentera Darat Jepun dan memandang kepada pentadbiran British dan akibatnya, maka kesan penindasan British terhadap orang Tanah Melayu adalah amat jelas dan tentera British, semasa menjalankan operasinya dan juga semasa berundur dari medan perang, telah merampas serta menjarah-rayah segala khazanah, harta benda, bekalan dan sumber daripada rakyat jelata dan tidak teragak-agak memusnahkannya dan mereka sanggup mendatangkan keperitan dan kesengsaraan yang amat sangat kepada rakyat jelata dengan membakar rumah mereka dan Inggeris menempatkan askar India dan Australia di barisan hadapan sedangkan tentera mereka kekal di Singapura. Dengan yang demikian, keegoan, ketakadilan dan ketakjujuran Inggeris tidak dapat digambarkan melainkan layak digelar sebagai musuh bersama manusia.

Sebab mengapa Jepun menentang habis-habisan kali ini, dan menghunus pedang pemusnah kedurjanaan mereka sudah pun dijelaskan dalam beberapa perisytiharan.

PERISYTIHARAN PANGLIMA TENTERAJEPUN, 1942

Pemerintah Jepun yang lalu dan oleh sebab itu tidak perlu diisytiharkan lagi. Walau bagaimanapun, kami berharap kami telah menyapu bersih segala kesombongan dan ketakjujuran anasir British dan menanggung penderitaan serta menikmati kemanisan bersama-sama seluruh rakyat yang prihatin dengan semangat “bertolak ansur” dan juga berharap dapat memupuk pembangunan sosial dengan mewujudkan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya, di mana Sistem Barn keadilan perlu dicapai di bawah “Semangat Agung Kosmokrasi” dengan memberikan pengertian hidup sebenar kepada setiap bangsa dan individu berdasarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Dengan yang demikian, maka angkatan tentera Jepun, selepas ini akan berusaha sedaya upayanya menyapu bersih saki-baki kuasa Britain dan AS di kawasan bersempadan dan berhasrat merealisasikan pembangunan dan dasar abadi Malaya selepas merawat luka yang diakibatkan oleh penindasan berdarah British pada masa yang lalu dan memulihkan kerosakan perang yang diakibatkan oleh perang.

Dengan ini tentera Jepun berharap agar rakyat Malaya memahami niat sebenar Jepun dan bekerjasama dengan tentera Jepun ke arah mewujudkan Sistem Barn dan Lingkungan Kesemakmuran. Tentera Jepun akan menyingkirkan dan menghukum mereka yang masih lagi menipu diri mereka sendiri, mereka yang mempertahankan kepentingan diri sendiri, mereka yang bertindak menentang kemanusiaan atau mereka mengganggu keamanan dan ketenteraman awam dan mereka yang menentang Perintah dan mengganggu tindakan ketenteraan tentera Jepun.

Dengan tertawannya Singapura, perisytiharan di atas ditujukan kepada seluruh rakyat jelata untuk menerangi jalan yang benar bagi maksud menghapus kesilapan diri masing-masing.

TOMOYUKI YAMASHITA, PANGLIMA TENTERAJEPUN.
Februari 2602.

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dengan Negeri Perlis, 1945

BAHAWASANYA pada 28 hari bulan April 1930, suatu Perjanjian (kemudian dari ini dinamakan Perjanjian 1930) telah diikat antara Mendiang Duli Yang Maha Mulia Baginda King George V dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis;

DAN BAHAWASANYA adalah wajar untuk mewujudkan keadaan bagi perkembangan pedembagaan untuk Negeri-Negeri Melayu di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dan untuk kerajaan masa depan Negeri Perlis.

DENGAN INI DIPERSETUJUI antara Sir Harold MacMichael G.C.M.G., D.S.O., Wakil Khas Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra ibni AI-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Negeri Pedis bagi pihak diri, waris dan pengganti Baginda:-

1. Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa yang sepenuhnya ke atas Negeri Perlis.

2. Selagi Perjanjian 1930 tidak berlawanan dengan Perjanjian ini atau dengan perkiraan pedembagaan masa depan untuk Tanah Melayu sebagaimana yang boleh diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda King, maka Perjanjian 1930 itu hendaklah kekal berkuat kuasa dan mempunyai natijah sepenuhnya.

Ditandatangani pada 4 hari bulan Disember 1945.

(T.T.)
H.A. MACMICHAEL
Wakil Khas Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara.

(T. T.)
S. PUTRA JAMALULLAIL
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Negeri Perlis.

Disaksikan oleh:

(T.T.)
H.T. BOURDILLON

Disaksikan oleh:

(T. T.)
HAJI AHMAD

(T. T.)
WAN AHMAD

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.70.

No. 1921 Ordinan Peraturan Darurat, 1948 (P.T.M. No. 10 TAHUN 1948) Pemasyhuran

Oleh Tuan Yang Terutama SIR ALEXANDER THEODORE NEWBOULT, Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire, Companion of the Most Distinguished Order of Saint Michael dan Saint George, yang dan kepadanya telah dikurniakan pingat Military Cross, penyandang Efficiency Decoration, Pegawai Mentadbir Kerajaan Persekutuan.

A.T. NEWBOULT,
Pegawai Mentadbir Kerajaan.

BAHAWASANYA seksyen 3 Ordinan Peraturan Darurat 1948, antara lain, memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi dalam Majlis, apabila ternyata kepadanya bahawa suatu keadaan darurat atau bahaya awam telah timbul boleh, melalui pemasyhuran, mengisytiharkan bahawa suatu keadaan darurat wujud, dan pemasyhuran sedemikian boleh terpakai di seluruh atau mana-mana bahagian yang ditentukan dalam Persekutuan;

Maka oleh yang demikian, saya, setelah berpuas hati bahawa suatu keadaan darurat telah timbul, dengan ini mengisytiharkan bahawa suatu keadaan darurat wujud, dan bahawa Pemasyhuran ini hendaklah terpakai di seluruh Persekutuan.

Dibuat di Kuala Lumpur pada 12 hari bulan Julai 1948.

Dengan Perintah,
P. O. WICKENS,
Setiausaha Majlis.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia; Arkib Warisan Eksklusif 2006:
169.

Perjanjian Penubuhan Perjawatan Malaya, 1948

PERJANJIAN bertarikh 26 hari bulan Januari 1948, dan diperbuat antara Tuan Yang Terutama Gabenor Malayan Union bagi pihak Kerajaan Malayan Union, Tuan Yang Terutama Gabenor Tanah Jajahan Singapura bagi pihak Kerajaan Tanah Jajahan Singapura dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei bagi pihak Kerajaan Brunei.

BAHAWASANYA menurut suatu Perjanjian (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Perjanjian Tahun 1934″) yang diperbuat pada tahun 1934, antara Kerajaan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Brunei, maka suatu perjawatan bersama yang dikenali sebagai Perjawatan Malaya telah ditubuhkan dan pegawai yang diperlukan bagi mengisi sesetengah jawatan di bawah Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Perjanjian Tahun 1934, telah diletakkan dalam perjawatan bersama dan dengan yang demikian boleh berkhidmat dalam mana-mana jawatan yang sesuai di bawah satu atau lebih daripada satu Kerajaan tersebut:

DAN BAHAWASANYA menurut kuasa Perintah dalam Majlis Malayan Union 1946, dan Perintah dalam Majlis Tanah Jajahan Singapura 1946, yang kedua-duanya mula berkuat kuasa pada 1 hari bulan April 1946, Negeri-Negeri Selat Melaka dan Pulau Pinang, yang dahulunya membentuk sebahagian daripada Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pedis, Kelantan dan Terengganu disatukan di bawah satu Kerajaan, iaitu Kerajaan Malayan Union, dan Pulau Singapura serta wilayah tanggungannya, Kepulauan Cocos atau Keeling dan Pulau Christmas telah ditubuhkan sebagai Tanah Jajahan berasingan, yang dinamakan Tanah Jajahan Singapura, supaya Kerajaan Malayan Union dan Kerajaan Singapura kini menjadi pengganti Kerajaan, selain Kerajaan Negara Brunei, yang menjadi penandatangan kepada Perjanjian tahun 1934:

DAN BAHAWASANYA adalah wajar bagi Perjawatan Malaya, yang ditubuhkan menurut Perjanjian tahun 1934, diteruskan mulai 1 hari bulan April 1946, antara Kerajaan Malayan Union, Kerajaan Tanah Jajahan Singapura dan Kerajaan Negara Brunei.

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:

1. Perjanjian ini hendaklah menggantikan Perjanjian tabun 1934 dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuat kuasa pada hari pertama bulan April 1946.

2. Perjawatan Malaya yang ditubuhkan menurut Perjanjian tahun 1934 hendaklah, tertakluk kepada peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini, kekal antara Kerajaan Malayan Union dan Kerajaan Tanah Jajahan Singapura (sebagai pengganti kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) dan Kerajaan Negara Brunei (kemudian dari ini dirujuk sebagai Kerajaan) seolah-olah Perjawatan itu telah ditubuhkan di bawah Perjanjian ini.

3. Tiap-tiap Kerajaan dengan ini bersetuju menerima dan mengambil bekerja pegawai yang telah diletakkan dalam Perjawatan Malaya bagi semua jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua2 kepada Perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai Jawatan Berjadual) dan jika mungkir (Kerajaan) kena membayar segala perbelanjaan akibat daripada kemungkiran itu:

Dengan syarat bahawa Jadual Kedua itu boleh diubah dengan menambah atau memotong daripada senarai jawatan yang dinyatakan di dalamnnya atas kehendak Kerajaan yang berkenaan, dan Kerajaan yang berkenaan itu hendaklah kekal bertanggungjawab bagi semua perbelanjaan yang berbangkit daripada pemotongan jawatan itu.

4. Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Pejabat Perjawatan Malaya yang terletak di Kuala Lumpur di bawah kawalan seorang Pegawai Perjawatan Malaya.

5. Kerajaan bersetuju bahawa pegawai, selepas direkrut dan dilantik dalam Perjawatan Malaya, hendaklah, dari semasa ke semasa, diagihkan serta diperuntukkan oleh Pegawai Perjawatan Malaya itu dalam kalangan Kerajaan bagi menjalankan kewajipan dalam Jawatan Berjadual selepas, dalam setiap kes, rujukan kepada dan penerimaan oleh Kerajaan yang berkenaan dan di bawah arahan Lembaga Perjawatan Bersama Malaya yang disebutkan kemudian dari ini.

6. Maka hendaklah diwujudkan sebuah Lembaga Perjawatan Bersama Malaya yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha, Malayan Union dan Setiausaha Tanah Jajahan Singapura.

7. Apa-apa persoalan yang berkait dengan syarat perkhidmatan pegawai Perjawatan Malaya dan pemilihan Pegawai bagi menjalankan kewajipan dalam Jawatan Berjadual boleh dipertimbangkan oleh Lembaga itu, dan adalah menjadi kewajipan Lembaga menasihati Tuan Yang Terutama Gabenor Jeneral Malaya, Gabenor Malayan Union dan Gabenor Singapura yang berkaitan dengannya.

8. Sepanjang tempoh perkhidmatan mana-mana pegawai Perjawatan Malaya, Kerajaan di mana pegawai itu berkhidmat akan membayar gaji pegawai itu, dan semua perbelanjaan yang ditanggung apabila seseorang pegawai itu ditukarkan dari perkhidmatan satu Kerajaan kepada satu Kerajaan lain hendaklah dibayar oleh Kerajaan ke mana pegawai itu ditukarkan.

9. Kerajaan Malayan Union mengaku janji bahawa Akauntan Jeneral, Malayan Union pada mula-mulanya, akan membuat pembayaran daripada dana Malayan Union –

(a) segala perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengan cuti daripada bertugas, tambang perjalanan, persaraan dan ganjaran kepada pegawai dalam Perjawatan Malaya;

(b) segala perbelanjaan yang berbangkit daripada perekrutan dan latihan pegawai itu; dan

(c) kos bagi Pejabat Perjawatan Malaya.

10. Kerajaan bersetuju bahawa mereka hendaklah bertanggungjawab secara bersama bagi membayar kepada Akauntan Jeneral Malayan Union semua caj yang timbul seperti yang tersebut terdahulu dan, berkenaan dengan caj itu, bersetuju bersesama membayar kepada Akauntan Jeneral sejumlah wang yang boleh ditentukan dan kena dibayar seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Perjanjian ini.3

11. Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini boleh disifatkan mempunyai apa-apa implikasi politik, atau dengan apa-apa jua cara menjejaskan hak atau obligasi yang berbangkit daripada apa-apa persetiaan atau perjanjian yang sedia ada (selain Perjanjian tahun 1934 yang dengan ini digantikan) atau yang berbangkit daripada apa-apa surat yang mengiringi atau yang membawa kepada apa-apa persetiaan atau perjanjian, atau untuk menghalang mana-mana Kerajaan daripada membatalkan Perjanjian ini atas sebab-sebab yang perlu diluluskan oleh Yang Teramat Mulia Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan pada masa itu.

PADA MENYAKSIKANNYA maka pihak-pihak dalam Perjanjian ini menurunkan tandatangan dan meterai awam mereka.

Ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Malayan Union di Kuala Lumpur pada 26 hari bulan Januari 1948.

Meterai.
Di hadapan

G.E.J. GENT.
A.T. NEWBOULT,
Ketua Setiausaha, Malayan Union.

Ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Singapura di Singapura pada 24 hari bulan Januari 1948.

Meterai.
Di hadapan

E.C. GIMSON.
P.A.B. McKERRON, Setiausaha Tanah Jajahan Singapura.

Ditandatangani oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Brunei di Brunei pada 22 hari bulan Januari 1948.

Meterai.
Di hadapan

A. TAJUDDIN.
L.H.N. Davis Residen British, Brunei.

Teks diarnbil daripada Arkib Negara Malaysia, P. 79.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957

SURAT PERJANJIAN bertarikh pada 5 haribulan Ogos, tahun 1957 dan diperbuat di antara SIR DONALD CHARLES MACGILLIVRAY, G.C.M.G., M.B.E., bagi pehak Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan:

Yang Teramat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, D.K., S.P.M.J., S.P.M.K., K.B.E., C.M.G., Tunku Pemangku Raja Johor bagi pehak Yang Maha Mulia IBRAHIM ibni Almarhum Sultan ABU BAKAR, D.K., S.P.M.J., G.C.M.G., K.B.E. (Mil.), G.B.E., G.C.O.C., Sultan bagi Negeri JOHOR dan Jajahan Takluknya,

Yang Maha Mulia ABU BAKAR RI’AYATUDDIN ALMUADZAM SHAH ibni Almarhum ALMU’TASIM BI’LLAH SULTAN ABDULLAH, G.C.M.G., Sultan bagi Negeri PAHANG,

Yang Maha Mulia Tuanku ABDUL RAHMAN ibni Almarhum TUANKU MUHAMMAD, G.C.M.G., Yang Dipertuan Besar NEGERI SEMBILAN, Dato’ Klana Petra MOHAMED KASSIM bin Dato’ Nika Haji Abdul Rashid, Undang bagi Luak SUNGAI UIONG, Dato’ Mendika Menteri Akhirzaman SHAHMARUDDIN bin Abdul Rahman, Undang bagi Luak JELEBU, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ABDUL MANAP bin Tolok, Undang bagi Luak JOHOL, Dato’ Lela Maharaja HAJI IPAP bin Abdullah, Undang bagi Luak REMBAU, dan Tengku SYED IDRUS bin Tengku Syed Mohammad, Tengku Besar TAMPIN, Undang dan Orang Besar bagi Jajahan-Jajahan yang jadi Negeri yang dinamakan NEGERI SEMBILAN,

Yang Maha Mulia HISAMUDDIN ‘ALAM SHAH ibni al-Marhum Sultan ALAIDDIN SULAIMAN SHAH, K.C.M.G., Sultan bagi Negeri SELANGOR,

Yang Maha Mulia TUNKU BADLISHAH ibni Almarhum Sultan ABDUL HAMID HALIM SHAH, K.C.M.G., K.B.E., Sultan bagi Negeri KEDAH,

Yang Maha Mulia SYED PUTRA ibni Almarhum SYED HASSAN JAMALULLAIL, K.C.M.G., Raja bagi Negeri PERLIS,

Yang Maha Mulia TENGKU IBRAHIM ibni al-Marhum Sultan MOHAMED IV, D.K., S.P.M.K., S.J.M.K., D.K. (Johor), K.C.M.G., Sultan bagi Negeri KELANTAN,

Yang Maha Mulia Sultan ISMAIL NASIRUDDIN SHAH ibni Almarhum Sultan ZAINAL ‘ABIDIN, K.C.M.G., Sultan bagi Negeri TERENGGANU dan

Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan YussUF ‘IZZUDDIN SHAH ibni Almarhum Sultan ABDUL JALIL RADZIALLAH HU-’AN-HU, K.C.M.G., O.B.E., Sultan bagi Negeri PERAK bagi pehak Diri Mereka Itu Sendiri dan Waris-Waris Ganti Mereka itu;

BAHAWA SANYA dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948, maka telah diadakan syarat bagi menubuhkan sebuah negeri Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan Negeri Melaka serta Pulau Pinang:

DAN BAHAWA SANYA Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 itu, ada mempunyai kuasa undang-undang di dalam negeri-negeri Persekutuan yang tersebut itu:

DAN BAHAWA SANYA pada masa sekarang ada berbagai Perjanjian berhubung dengan perkara Kerajaan Negeri-Negeri Yang Maha Mulia itu di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan tiap-tia seorang Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri yang tersebut (berkenaan dengan Negeri Sembilan di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar serta Undang dan Orang Besar):

DAN BAHAWA SANYA oleh kerana telah dipersembahkan kapada Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Undang dan Orang Besar Negeri Sembilan iaitu hendaklah dibuat perjanjian yang baharu untuk keamanan dan ketenteraman negeri serta kesempurnaan kerajaan bagi negeri-negeri yang di dalam Persekutuan yang tersebut itu, maka Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Undang dan Orang Besar telah bersetuju bahawa Persekutuan yang tersebut itu hendaklah menjadi sebuah negara yang merdeka di dalam lengkongan Commonwealth dengan Pelembagaan seperti yang diadakan kemudian daripadanya:

DAN BAHAWA SANYA oleh kerana menurut Undang-Undang Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957, maka telah diluluskan oleh Parliament Kerajaan United Kingdom untuk membuat Perjanjian seperti yang terkandung di dalam ini:

YANG DEMIKIAN MAKA ADALAH SEKARANG dipersetujui dan dimasyhurkan iaitu:

1. Ada pun Perjanjian ini bolehlah disebutkan namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957.

2. Dalam Perjanjian ini dikecualikan jika ayat berkehendak difahamkan lain:

“Persekutuan yang ada sekarang” ertinya ialah Persekutuan Tanah Melayu yang tertubuh mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948;

“Undang-Undang Persekutuan” ertinya undang-undang yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan yang ada sekarang;

“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja” ertinya seorang yang masa ini menjadi Sultan bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluknya; Sultan bagi Negeri Pahang, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan bagi Negeri Selangor, Sultan bagi Negeri Kedah, Raja bagi Negeri Pedis, Sultan bagi Negeri Kelantan, Sultan bagi Negeri Terengganu dan Sultan bagi Negeri Perak;

“Negeri-Negeri Melayu” ertinya Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan segala Jajahan Takluk, pulau-pulau dan tempat yang sebelum pada tiga puluh satu haribulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh adalah diperintahkan sebagai sebahagian daripadanya, dan laut-laut yang di dalam kawasan daerahnya;

“Negeri Selat Pulau Pinang” dan “Negeri Selat Melaka” termasuk semua pulau-pulau dan tempat yang sebelum pada tiga puluh satu haribulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh adalah diperintahkan sebagai sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat itu dan laut-laut yang di dalam kawasan daerahnya;

“Negeri Selat” ertinya Negeri Selat Pulau Pinang dan Negeri Selat Melaka.

3. Maka mulai daripada tiga puloh satu haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat itu hendaklah dijadikan sebuah Persekutuan Negeri-Negeri yang baharu yang disebut namanya Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya disebut, “Federation of Malaya” menurut Pelembagaan Persekutuan seperti yang disebutkan di dalam Jadual Yang Pertama Perjanjian ini, dan dengan demikian maka Negeri-Negeri Selat yang tersebut tamatlah daripada menjadi sebahagian daripada Jajahan Takluk Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia itu tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatannya di atas negeri-negeri yang tersebut itu, dan hendaklah tamat kuatkuasa dan hak Yang Maha Mulia Baginda Queen atau Parliament United Kingdom di dalam atau pun yang berkenaan dengan Negeri-Negeri Selat atau Negeri-Negeri Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya.

4. Maka Perlembagaan yang tersebut di dalam Jadual Yang Kedua dan Yang Ketiga dalam Perjanjian itu hendaklah menjadi Perlembagaan Pulau Pinang dan Melaka menurut satu-satunya itu sebagai Negeri-Negeri di dalam Persekutuan yang baharu.

5. Dengan tertakluk kapada syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu dan kepada Jadual Yang Keempat Perjanjian ini, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 dan semuanya perjanjian-perjanjaian yang lain yang ada berjalan di antara Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan pihak-pihak yang lain dalam Perjanjian ini atau pun barang siapa jua sebelum daripada tiga puluh satu haribulan Ogos yang tersebut hendaklah dimansukhkan daripada tarikh yang tersebut itu tetapi tiadalah apa-apa di dalam Fasal ini akan mengenai apa-apa jua syarat di dalam apa-apa jua perjanjian maka dengan syarat-syarat itu telah dibuat apa-apa pembahagian jajahan.

6. Syarat-syarat Perjanjian ini adalah tertakluk kepada lulusnya Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu dengan mengadakan Undang-Undang Persekutuan dan dengan mengadakan pula suatu Undang-Undang di dalam tiap-tiap Negeri Melayu.

7. Perjanjian ini hendaklah dizahirkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, tetapi bagi maksud mengambil pengertian Perjanjian ini hendaklah diikut naskhah dalam bahasa Inggeris sahaja.

SA-BAGAI MENYAKSlKAN PERJANJIAN ini Sir Donald Charles MacGillivray, G.C.M.G., M.B.E., bagi pihak Yang Maha Mulia Baginda Queen menurunkan tandatangan dan chapnya; dan Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak dan Undang dan Orang Besar bagi Negeri Sembilan dan yangbTeramat Mulia TUNKU ISMAIL ibni SULTAN IBRAHIM, D.K., S.P.M.J., S.P.M.K., K.B.E., C.M.G., Pemangku Raja Johor bagi pihak Yang Maha Mulia Sultan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluknya menurunkan tandatangan dan chapnya.

DIPERBUAT pada 5 haribulan Ogos, 1957, bersamaan dengan 9 haribulan Muharram, 1377.

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH SIR DONALD CHARLES MACGILLIVRAY, G.C.M.G., M.B.E., bagi pihak YANG MAHA MULIA Baginda Queen di hadapan:

Cap mohor

………………………
(Tandatangan)

Meterai

……………………….
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG TERAMAT MULIA Tunku ISMAIL ibni Sultan IBRAHIM, D.K., S.P.M.J., S.P.M.K., K.B.E., C.M.G., Pemangku Raja Johor, bagi pihak YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri JOHOR serta Jajahan Takluknya di hadapan:

Cap mohor

………………………….
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri PAHANG di hadapan:

Cap mohor

…………………………..
(Tandatangan)

Meterai

…………………………..
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN di hadapan:

Cap mohor

………………………………..
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato’ KIana Petra MOHAMED KASSIM bin Dato’ Nika Haji Abdul Rashid, Undang bagi Luak SUNGAI UJONG di hadapan:

Cap mohor

……………………………
(tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato’ Mendika Mentri Akhirzaman SHAH MARUDDIN bin Abdul Rahman Undang bagi Luak JELEBU di hadapan:

Cap mohor

…………………………
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ABDUL MANAP bin Tolok, Undang bagi Luak JOHOL di hadapan:

………………………
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Dato’ Lela Maharaja RAn IPAP bin Abdullah, Undang bagi Luak REMBAU di hadapan:

Cap Mohor

………………………….
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH Tengku SYED IDRUS bin Tengku Syed Mohammad, Tengku Besar TAMPIN di hadapan:

Cap mohor

……………………………
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri SELANGOR di hadapan:

Cap mohor

………………………….
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri KEDAH di hadapan:

Chap mohor

……………………………
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA RAJA bagi Negeri PERLIS di hadapan:

Cap mohor

…………………………
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri KELANTAN di hadapan:

Cap Mohor

…………………………….
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri TERENGGANU di hadapan:

Cap Mohor

…………………………….
(Tandatangan)

DITANDATANGANI DAN DICHAPKAN OLEH YANG MAHA MULIA SULTAN bagi Negeri PERAK di hadapan:

Cap Mohor

…………………………….
(Tandatangan)

Teks asal diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.73.

Pemasyhuran Kemerdekaan, 1957

DENGAN nama Allah Yang Maha Murah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasulnya.

BAHAWASANYA oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pedis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 1 hari bulan Ogos tahun 1957 hendaklah menjadi sebuah Persekutuan barn bagi Negeri-Negeri yang bemama Persekutuan Tanah Melayu;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan Baginda di atas kedua-kedua buah negeri yang tersebut itu;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian-perjanjian lain yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada Baginda-Baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalarn Negeri-negeri Selat yang tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau Negeri-negeri Melayu ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tarnat dengan sendirinya;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu telah meluluskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana sebuah Perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur bagi sebuah kerajaan yang mempunyai raja berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;

DAN BAHAWASANYA oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh Negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan di dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957;

MAKA DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MURAH3 LAG! MAHA MENGASlliANI, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PuTRA IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, PERDANA MENTER! BAG! PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu hari bulan Ogos tahun satu ribu sembilan ratus lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalarnnya negeri-negeri lohor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa taala, akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.

Kuala Lumpur
31 hari bulan Ogos tahun 1957

Teks adalah teks Jawi dalamArkib Negara Malaysia. P.127.
Lihat juga Arkib Warisan Eksklusif 2006: 200.

Perjanjian Berhubung dengan Malaysia, 1963

Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura;

Dengan hasrat mengikat suatu perjanjian berhubung dengan Malaysia; bersetuju seperti berikut:-

Perkara I
Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu sedia ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan2 kepada Perjanjian ini dan Persekutuan ini hendaklah selepas itu dinamakan “Malaysia”.

Perkara II
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran A3 Perjanjian ini dan ia akan mula berkuat kuasa pada 31 hari bulan Ogos 1963 (dan tarikh Akta itu mula berkuat kuasa dirujuk selepas ini sebagai “Hari Malaysia”).

Perkara III
Kerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia yang dinyatakan dalam Lampiran B, C dan l)4 Perjanjian ini.

Perkara IV
Kerajaan United Kingdom akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen United Kingdom suatu Akta yang memperuntukkan, dari Hari Malaysia, pelepasan kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain berkaitan dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa
tersebut apabila dilepaskan sedemikian akan terletak hak menurut Perjanjian ini dan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini.

Perkara V
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya sebelum Hari Malaysia bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran P Perjanjian ini bagi maksud memperluas dan menyesuaikan Ordinan Imigresen 1959, Persekutuan Tanah Melayu untuk Malaysia dan bagi membuat peruntukan tambahan berkaitan dengan kemasukan ke dalam Negeri Sabah dan Negeri Sarawak; dan peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah menjadi syarat dalam penggubalan Akta tersebut.

Perkara VI
Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan United Kingdom pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya hendaklah terpakai kepada semua wilayah Malaysia, dan dalam Perjanjian itu apa-apa rujukan tentang Persekutuan Tanah Melayu hendaklah disifatkan sebagai terpakai kepada Malaysia, tertakluk kepada proviso bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi Kerajaan United Kingdom hak bagi terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang pada masa ini diduduki oleh pihak berkuasa Perkhidmatan (tentera) mereka di Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu sebagaimana yang diftkirkan oleh Kerajaan itu perlu bagi maksud membantu dalam pertahanan Malaysia, dan bagi pertahanan Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara. Pemakaian Perjanjian tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Lampiran f6 Perjanjian ini (terutamanya yang berhubung dengan tanah Perkhidmatan {tentera} di Singapura).

Perkara VII
(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain boleh membuat, sebelum Hari Malaysia, Perintah dalam Majlis dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran G7 Perjanjian ini bagi maksud membuat peruntukan pembayaran pampasan dan faedah persaraan kepada sesetengah pegawai seberang laut yang berkhidmat, sebaik-baik sahaja sebelum Hari Malaysia, dalam perkhidmatan awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.
(2) Pada, atau secepat yang boleh dilakukan selepas Hari Malaysia, Perjanjian Pegawai Awam dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran H dan 18 Perjanjian ini hendaklah ditandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah memperoleh persetujuan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Singapura, mengikut mana-mana yang perlu, setakat mana yang terrnanya mungkin menjejaskan tanggungjawab atau kepentingan Kerajaan Negeri itu, dalam penandatanganan Perjanjian itu oleh Kerajaan Malaysia.

Perkara VIII
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jarninan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.

Perkara IX
Peruntukan Lampiran J9 Perjanjian ini berhubung Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan hendaklah membentuk Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Singapura.

Perkara X
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan perkiraan berkaitan dengan penyiaran dan televisyen yang dinyatakan dalam Lampiran KIO Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.

Perkara XI
Perjanjian ini hendaklah ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu kecuali Lampirannya hendaklah dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika timbul apa-apa keraguan teks Inggeris Perjanjian ini hendaklah mengatasi yang lain.

Pada menyaksikannya maka mereka yang bertandatangan di bawah, yang diberi kuasa sewajamya, telah menandatangani Perjanjian ini.

Ditandatangani di London pada 9 hari bulan Julai 1963, dalam lima salinan yang mana satu salinannya hendaklah disimpan oleh setiap Pihak.

Bagi pihak United Kingdom:
HAROLD MACMILLAN
DUNCAN SANDYS LANSDOWNE

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu:
T. A. RAHMAN
ABDUL RAZAK
TAN SlEW SIN
V. T. SAMBANTHAN
ONG YOKE LIN
S. A. LIM

Bagi pihak Borneo Utara:
DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN
D. A. STEPHENS
W. K. H. JONES
KHOO SIAK CHIEW
W. S. HOLLEY
G. S. SUNDANG

Bagi pihak Sarawak:
P. E. H. PIKE
T. JUGAH
ABANG HAJI MUSTAPHA
LING BENG SlEW
ABANG HAJI OPENG

Bagi pihak Singapura:
LEE KUAN YEW
GOH KENG SWEE

Bagi pihak United Kingdom:
HAROLD MACMILLAN
DUNCAN SANDYS LANSDOWNE

Penubuhan Malaysia 1965

Perjanjian ini mengakhiri maklumat mengenai dokumen dan perjanjian lama dalam blog ini. Pemisahan Singapura daripada Malaysia meletakkan Malaysia sebagaimana ia sekarang sejak 1965.

Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura), 1965

AKTA UNTUK MEMlNDA PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN AKTA MALAYSIA [9 HARI BULAN aGOS 1965]

ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam Parlimen yang bersidang, dan dengan kuasanya, seperti berikut:

1. Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura), 1965.

2. Parlimen boleh, melalui Akta ini, membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia.

3. Singapura hendaklah terhenti daripada menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 9 hari bulan Ogos 1965 (kemudian dari ini dinamakan “Hari Singapura”) dan hendaklah dari tarikh itu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia dan diiktiraf sedemikian oleh Kerajaan Malaysia; dan dengan itu, Perlembagaan Malaysia dan Akta Malaysia hendaklah dari tarikh itu terhenti daripada berkuat kuasa di Singapura kecuali sepertimana yang diperuntukkan kemudian dari ini.

4. Kerajaan Singapura hendaklah, pada dan selepas Hari Singapura, mengekalkan kuasa eksekutif dan perundangannya untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

5. Kuasa eksekutif dan perundangan Parlimen Malaysia untuk membuat undang-undang bagi mana-mana satu negeri anggotanya yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang disebut satu per satu dalarn Perlembagaan hendaklah, pada Hari Singapura, terhenti daripada meliputi Singapura dan hendaklah dipindahkan supaya ia terletak hak pada Kerajaan Singapura.

6. Yang di-PertuanAgong hendaklah, pada Hari Singapura, terhenti daripada menjadi Ketua Negara Singapura dan kedaulatan serta bidang kuasa, dan kuasa serta wibawa, eksekutif ataupun selainnya yang berkaitan dengan Singapura, hendaklah dilepaskan dan terletak hak pada Yang di-Pertuan Negara, iaitu Ketua Negara Singapura.

7. Semua undang-undang sedia ada yang berkuat kuasa di Singapura sebaik-baik sahaja sebelum Hari Singapura hendaklah kekal berkuat kuasa mengikut maksudnya dan hendaklah diertikan seolah-olah Akta ini tidak diluluskan berkaitan dengan Singapura tetapi tertakluk kepada pindaan atau pemansuhan oleh Badan Perundangan Singapura.

8. Selagi peruntukan lain belum dibuat oleh Badan Perundangan Singapura, maka bidang kuasa, sarna ada asal ataupun rayuan, dan arnalan serta prosedur Mahkarnah Tinggi dan Mahkarnah Rendah Singapura hendaklah sarna seperti yang dijalankan dan diikuti sebaik-baik sahaja sebelum Hari Singapura, dan rayuan dari Mahkarnah Tinggi hendaklah terus terletak pada Mahkarnah Rayuan Persekutuan Malaysia dan kemudiannya ke Majlis Privi mengikut tertibnya.

9. Semua harta alih dan harta tak alih dan hak, liabiliti serta obligasi yang sebelum Hari Malaysia, dimiliki atau di bawah tanggungjawab Kerajaan Singapura dan yang pada hari itu atau selepasnya menjadi harta atau tanggungjawab Kerajaan Malaysia hendaklah pada Hari Singapura berbalik dan terletak hak atau diturunkan kepada dan sekali lagi menjadi harta atau tanggungjawab Singapura.

10. (a) Semua orang, termasuk anggota Angkatan Bersenjata, Pasukan Polis, Mahkarnah dan Badan Kehakiman, dan semua yang lain yang sebaik sahaja sebelum Hari Malaysia menjadi pegawai yang bekerja dengan Kerajaan Singapura dan yang pada hari itu atau selepasnya menjadi pegawai yang bekerja dengan Kerajaan Malaysia, hendaklah pada Hari Singapura sekali lagi menjadi pegawai yang bekerja dengan Kerajaan Singapura.

10 (b) Semua orang yang di antara Hari Malaysia dengan Hari Singapura diambil bekerja oleh Kerajaan Malaysia untuk bertugas di jabatan Negeri Singapura sebelum Hari Malaysia hendaklah, pada hari Singapura dengan serta-merta menjadi pegawai yang bekerja dengan Kerajaan Singapura.

11. Kedua-dua orang Senator dan lima belas orang Ahli Parlimen dari Singapura hendaklah, pada Hari Singapura, masing-masing terhenti daripada menjadi Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

12. Seseorang warganegara Singapura hendaklah pada Hari Singapura terhenti daripada menjadi warganegara Malaysia.

13. Apa-apa persetiaan, perjanjian atau konvensyen yang diikat sebelum Hari Singapura antara Yang di-Pertuan Agong atau Kerajaan Malaysia dengan negara lain, termasuk yang disifatkan sedemikian oleh Perkara 169 Perlembagaan Malaysia, hendaklah setakat mana surat cara sedemikian terpakai kepada Singapura, disifatkan sebagai persetiaan, peIjanjian atau konvensyen antara Singapura dengan negara itu, dan apa-apa keputusan yang diambil oleh pertubuhan antarabangsa dan diterima sebelum Hari Singapura oleh Kerajaan Malaysia, setakat mana keputusan itu terpakai kepada Singapura, hendaklah disifatkan sebagai keputusan pertubuhan antarabangsa di mana Singapur,a menjadi anggotanya.

Khususnya yang berhubung dengan Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya yang terpakai kepada semua wilayah Malaysia melalui Perkara VI Perjanjian Berhubung dengan Malaysia pada 9 hari bulan Julai 1963, tertakluk kepada peruntukan Lampiran F pada perjanjian itu (yang berkait terutamanya dengan Tanah Perkhidmatan Tentera di Singapura), Kerajaan Singapura akan, pada dan selepas Hari Singapura, memberi Kerajaan United Kingdom hak untuk terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang diduduki oleh pihak berkuasa Tentera mereka di Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu, sebagaimana yang Kerajaan itu fikirkan perlu bagi maksud membantu mempertahankan Singapura dan Malaysia dan bagi pertahanan Komanwel clan bagi menjamin keamanan di Asia Tenggara.

14. Kerajaan Singapura hendaklah menjamin bahawa Lembaga Utiliti Awam Singapura akan, pada dan selepas Hari Singapura, mematuhi terma dan syarat Perjanjian Air bertarikh 1 hari bulan September 1961, dan 29 hari bulan September 1962, yang diikat antara Majlis Bandaraya Singapura dengan Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan Malaysia juga akan menjarnin bahawa Kerajaan Negeri Johor akan, pada dan selepas Hari Singapura, mematuhi terma dan syarat kedua-dua Perjanjian Air tersebut.

Mendapat Perkenan Diraja pada 9 hari bulan Ogos 1965.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s