Tag Archives: Covid-19

Cara Menjawab Borang Akuan Keengganan Vaksinasi Covid-19.

Ini Borang katanya utk Penjawat Awam.

Bagaimana untuk menjawapnya?

1) Lebih baik buat surat asing untuk reply kepada Borang tersebut.

Atau,

2) Tulis nota tambahan di atas Borang tersebut.

Poin utk respon?

Reply ikut poin surat, begini:-

a) Kenyataan ini tidak tepat dan bertentangan dengan maksud dan perkataan yang dinyatakan di dalam Borang Persetujuan Suntikan KKM sendiri di mana dinyatakan tiada jaminan untuk orang yang menerima suntikan vaksin terhindar dari jangkitan. Maknanya peluang untuk terkena jangkitan covid19 ini sama untuk yang sudah divaksin atau tidak.

Jangkaan bahawa saya akan lebih teruk terkena jangkitan covid-19 jika tidak mengambil vaksin hanya ramalan pihak doktor bukan disokong oleh data perubatan.

b) Vaksin sehingga ke hari ini kekal pilihan dan kenapa saya perlu mendapatkan pengecualian atas pilihan saya sendiri?

c) Langkah2 pencegahan yang patut saya ambil ialah yang sesuai dengan kebebasan individu yang diberikan undang2 untuk saya membuat pilihan dalam hal berkenaan pengesanan penyakit, ubatan dan rawatan.

d) Jika doktor membuat pengesahan vaksin covid19 ini selamat untuk ibu mengandung, yang menyusukan dan individu mempunyai penyakit kronik,

Maka suka saya maklumkan bahawa vaksin ini masih dalam peringkat ujikaji seperti yang dinyatakan oleh pihak NPRA tempoh penyelidikan yang sepatutnya 10 tahun sekarang dipendekkan kepada 3 tahun sahaja dan tempoh ini belum tamat.

Tetapi jika doktor mengesahkan selamat juga untuk saya, maka saya mohon surat rasmi dari pihak doktor bahawa doktor akan bertanggungjawap jika berlaku sebarang kesan sampingan kepada saya yang boleh mengakibatkan kecederaan, kecacatan malahan kematian.

e) Ugutan tindakan tatatertib adalah penyalahgunaan kuasa di pihak ketua jabatan/ kerajaan dengan membuat ugutan dan paksaan untuk sesuatu yg bersifat sukarela tambahan lagi mempunyai kesan sampingan yang serius.

Skop pekerjaan penjawat awam seperti saya terhad kepada yang berhubung kait dengan pekerjaan sahaja tidak termasuk melibatkan penerimaan suntikan vaksin yang bukan sahaja pra-matang malahan masih dalam peringkat ujikaji.

Bolehkah pekeliling/ memo kerajaan menafikan hak saya kepada tubuh badan saya sendiri?

Para akhir:-

Saya akan bertanggungjawap berkenaan hal ehwal pekerjaan saya sahaja dan tanggungjawap saya kepada pihak kerajaan/ majikan tidak termasuk menerima suntikan vaksin.

Malahan jika saya dipaksa untuk sesuatu yang sukarela berserta dengan ugutan, saya boleh membuat tindakan kepada semua penjawat awam yang terlibat termasuklah pihak Jabatan Kesihatan Melaka/ Kementerian Kesihatan Malaysia

https://t.me/joinchat/qvTXbAAz8vY2ZDA1

Leave a comment

Filed under Undang-undang