Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang

Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang Mempertahankan Serangan Tentera Musuh Bisik Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai dalam tahun 1821.

Dalam meniti sejarah negeri Perak kita pasti akan bertemu dengan satu nama atau gelaran yang terkenal iaitu Datuk Panglima Bukit Gantang. Hari ini pula, gelaran ini masih lagi digunakan dan merupakan gelaran kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga merupakan lambang kepahlawanan ketika itu memerangi penjajah demi memelihara kepentingan agama Islam.

Keperihatinan kerajaan negeri dari aspek sejarah menyebabkan nama ini diabadikan pada beberapa tempat termasuklah nama tempat, nama bangunan, sekolah,dll di sekitar Bandaraya Ipoh dalam negeri Perak. Selain dari itu, masyarakat kita hari ini tidak banyak mengetahui asal usul gelaran pada nama tersebut. Izinkan kami memberi sedikit penjelasan.


Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Siam Songkhla merangkap Bendahara Empayar Islam Benua Siam Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda.

Sebelum pada itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah.

Nama Sultan Mudzaffar Syah III @ Po Chan ini ada tercatat dalam sejarah negeri Perak dan ada catatan yang menyebut baginda sebagai putera atau anakanda raja Siam Ligor (Raja Siam Ligor ialah Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Sila rujuk buku Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Tahun 1981).

Sementara itu di dalam Buku “A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda).

Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam.

Semasa negeri Kedah diserang oleh tentera Buddha Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821 masihi, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang yang ketika itu bersemayam di Istana Bukit Gantang mengepalai angkatan tentera Empayar Islam Benua Siam Kedah, menghalang kemaraan tentera Buddha Thai.

Baginda mara dengan menggunakan gajah bersama tenteranya hingga ke Kg Durian Burung, Kedah lalu berkubu di sebuah padang yang kemudian dinamakan dalam bahasa siam, ‘Sanai’ yang bermaksud, tentera dalam. Pada hari ini kawasan ini rata-rata telah dijadikan ladang tebu. Baginda sendiri bersemayam di Ban-Nai-Lang bermaksud, Kampung-Syed-Alang di Songkhla Thailand. Hari ini, lokasi Durian Burung ini memang terletak di selatan Songkhala dan ia bersempadan di sebelah Malaysia (zaman dahulu sempadan ini tidak wujud).

Pada masa yang sama, bapa mertuanya Maharaja China Manchu telah menghantar tentera dari China seramai 36,000 orang berkelamin untuk membantu menantunya Syed Alang Alauddin mempertahankan negeri Kedah. Sebahagian dari tentera Raja China Manchu mendarat dipelabuhan Tak Bai di Songkhla.

Oleh kerana jumlah yang ramai, tentera Maharaja China Manchu terus mara kesuatu tempat yang ditanam sawah padi sebagai satu sumber makanan utama mereka. Di sinilah tentera Panglima Bukit Gantang mengibarkan bendera atau panji-panji yang tertera perkataan kalimah Allah. Tempat ini dinamakan ‘Na Thawi’ bermaksud, ‘Bendang Tunggu Kibar’.

Tentera raja China Manchu diiring pula ke salah sebuah kubu tentera Panglima Bukit Gantang di Padang Sanai. Di sinilah upacara resmi menyambut kehadiran tentera China Manchu telah diadakan secara besar-besaran lengkap dengan panji-panji dan tentera bergajah. Kawasan ini dinamakan Padang Terap bermaksud, Padang Tempat Menyambut. Hari ini, kawasan ini telah dijadikan sebuah daerah iaitu Daerah Padang Terap, dalam negeri Kedah Darul Aman.

Tentera Raja Manchu yang diketuai oleh General Baba telah mengadap Panglima Bukit Gantang dan menyampaikan amanat Maharaja China Manchu agar Panglima Bukit Gantang berperang menegakkan Syiar Islam disamping menyediakan tempat untuk simpanan bekalan makanan tenteranya yang ramai.

Dengan itu Panglima Bukit Gantang memerintahkan tentera raja China Manchu menanam padi huma seluas 27,000 relong (anggaran) untuk stok bekalan makanan mereka. Kawasan ini kini dijadikan hutan simpan Cheba. Cheba ialah bahasa Siam bermaksud, Nama Baba. Tempat tinggal General Maharaja China manchu (General Baba) hari ini bernama Kampung Cheba (Cik Baba).


Kawasan Huma Padi Raja Siam Songkhla, Nai Lang Datuk Panglima Bukit Gantang, Bendahara Empayar Islam Benua Siam Paduka Seri Sultan Sultan Syed Alang Alauddin tahun 1821 bagi menampung bekalan makanan tentera.


Bukit Masjid, tahun 1821. Ketiga-tiga peta ini adalah dengan ikhsan pejabat Tanah/Daerah setempat.

Sultan Idris Jammu Patani, anakanda Sultan Pak Teh Siam Jammu Patani (Pateh) telah berlindung di Istana Kota Aur dalam tahun 1820. Baginda terkorban dalam tahun 1821 di Padang Patani, Mukim Tajar, Kota Setar Kedah.

Jenazah baginda telah dimakamkan di tanah perkuburan Islam Di Raja Patani, Masjid kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang Kedah. Gelaran Jammu Patani bermula dari keturunan asalnya, Sultan Ismail Jammu Patani (Pija tu Nakpa) yang berasal dari Jammu Kashmir, anak saudara Maharaja Monggol India, Zahiruddin Bahadur Syah. Raja-raja Monggol India turut dikenali dengan gelaran Syah Alam.

Sejarah nama-nama tempat dari bahasa Siam Kedah.

Terdahulu, pada tahun 1758, Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III, ayahanda kepada Panglima Bukit Gantang ini telah membawa pengikut-pengikutnya yang terdiri dari orang-orang Islam dari Kemboja balik ke Kedah. Terdahulu, baginda menjadi Raja di Kemboja Cempakasari. Gelaran Koya berasal dari perkataan Nguyen, membawa maksud yang sama.

“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng (Buddha), the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur’an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html

(Sebelum pada ini, kami ingatkan malumat ini tidak ada, puas kami mencari barulah kami terjumpa dengan penulisan yang agak ringkas dan tepat seperti diatas.)

Pengikutnya ditempatkan di kawasan Pedu. Pedu bermaksud, Abang @ Kekanda. Tindakan berpindah ini adalah berikutan serangan tentera Buddha thai yang telah mula menyerang negeri Islam Kemboja. Di Pulau Pinang hari ini ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Koya, berkemungkinan turut di buka oleh pengikut-pengikut Sultan Mud Zafar Syah III ini yang pergi menetap disana.

Koya Long bermaksud Putera Sulong @ Pe-du. Pho Chan pula adalah gelaran kepada baginda sewaktu menjadi Raja Kemboja Cempakasari. Sejarah penduduk Kampung Pedu, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap Kedah kebanyakkannya adalah dari keturunan Syed yang berasal dari Kampung Syed Pew dan Kampung Syed Sofoun dalam negeri Kemboja Cempakasari. Dahulunya kawasan ini pernah berada dalam Empayar Islam Benua Siam Kedah, sekitar sebelum tahun 1758.

Pelarian Kemboja keturunan Syed ini selain dari bermastautin di Kelantan dan Trengganu turut juga bermastautin di sekitar pekan Kuala Nerang. Perkataan Nerang ialah bahasa siam yang bermaksud, Tempat Ulu Sunyi. Di Kuala Nerang inilah terdapatnya kawasan Bendang Raja. Raja yang dimaksudkan ini ialah Pho Chan Koya Long, Sultan Mudzafar Syah III.

Di Mukim Rambai, dalam daerah Pendang Kedah juga terdapat Bendang Raja milik Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III yang pernah menjadi Bendahara sewaktu ayahandanya Syarif Yang Di Pertuan masih ada. Rujuk Buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa Dan Pustaka di ms 43 “… Dititah Bendahara Suruh Salin…” . Bendahara pada ketika itu ialah Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III.

Maharaja China Manchu telah mengariskan 3 strategi untuk menyerang tentera Buddha Rama II Chakri Sokho Thai.
Pertama, melalui jalan darat dengan teknik berkumpul tenteranya di Chiangmai untuk menyerang Kota Ayuthia.
Kedua, melalui jalan sungai, tenteranya mara melalui Sungai Chau Phraya dan mereka mendarat di Tak Bai, Songkhla.
Ketiga, melalui jalan sungai juga yang mana tenteranya mara melalui Sungai Mounmin Burma dan mendarat di Pulau Langkawi.


1799 – 1820 H.I.M. Emperor Chia-ch’ing [Jen Tsung Jui Huang Ti] [Shou T’ien Hsing Yün Fu Hua Sui Yü Ch’ung Wên Ching Wu Hsiao Kung Ch’in Chien Tuan Ming Ying Chê Jui], the Great Illustrious Emperor of the Great Ch’ing Dynasty, Son of Heaven, Lord of Myriad Years, etc c. b. at T ‘ien-ti-i-chia Ch’un, Jehol, 13th November 1760, educ. Shang Shu-fang. Appointed as Heir Apparent with the title of Huang T’ai Tzu on 21st December 1773 (secret) and publicly invested 15th October 1795.
http://www.4dw.net/royalark/China/manchu11.html

Biasalah, hari ini kalau ada nama Islam pun sudah dipadamkan dari sejarah. Chia-Ching bermaksud, kepercayaan bersungguh-sungguh, Tsung Jui bermaksud, duduk di tempat yang tinggi.

Di Pulau Langkawi mereka mendarat di sebuah tanah tinggi yang kemudiannya digelar dalam bahasa siam, Ma Chin Cheng yang bermaksud, mari sehingga cerah mentari. Ini disebabkan kehadiran tentera china ini terlalu ramai dan mereka tiba secara berperingkat-peringkat melalui jalan laut.

Tentera ini dipimpin oleh menantu Raja China Manchu yang kedua iaitu Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai, bergelar Mat Sirat. Lokasi penginapan beliau semasa sampai di Pulau Langkawi ialah kawasan yang kini dikenali sebagai Padang Mat Sirat. Mat Sirat ialah gelaran dari bahasa siam untuk Tengku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai (Datuk Saudagar).

Dalam tahun 1821 ini, tentera Raja Sumatra Pasai Acheh telah bertempur dengan tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai di Kuala Kedah. Kapal yang dinaiki Raja Langkat Sumatra Pasai Acheh ini tenggelam dan baginda terbunuh. Dengan menggunakan rakit mayat baginda dibawa ke tebing Kuala Kedah dan dimakamkan disitu. Tempat pemakaman tersebut kini dinamakan, Makam Tok Pasai. Tok Pasai adalah cucu Iskandar Mahkota Alam dan merupakan bapa mertua Syarif Yang Di Pertuan (berkahwin dengan Tengku Marin/Suryamarin).


Jambatnn baru yang dibina di Kuala kedah dinamakan sempena nama baginda, Jambatan Tok Pasai. Hari ini, tidak adakah warisnya yang kini berada di Sumatra Pasai mengaku mengenali @ mengetahui salasilah baginda?

Susulan peristiwa serangan ini tentera China Manchu yang menang peperangan di Langkawi datang untuk membantu tentera Raja Sumatra Pasai Acheh. Tentera ini dibahagikan kepada 4 gelombang.

Gelombang pertama, mendarat di Teluk Bagan dan kawasan ini dinamakan Tanah Raja Teluk Bagan.

Gelombang kedua, mendarat di Kuala Kangkong. Kangkong ialah bahasa siam bermaksud, ditepi longgok. tentera tentera ini mara sehingga Kampung Tokai. Perkataan Tokai ini diwujudkan sempena nama Panglima tentera China iaitu Tok Kai. Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china Manchu ini masih wujud hingga hari ini.

Gelombang ketiga, mereka mendarat di Kuala Sala, perkataan sala ialah dari bahasa siam yang bermaksud, rumah wakaf . Tentera dari gelombang ketiga ini mara dan menetap di Kota Sarang Semut iaitu kawasan kota lama milik Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir, cucu kepada Raja Merong Mahawangsa (222 H). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud hingga kini. Istana Kota Sarang Semut dimusnahkan tentera thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1876 dan menjajahnya hingga tahun 1881.

Gelombang keempat. Tentera dari gelombang keempat ini mendarat di Kuala Sedaka. Perkataan Sedaka ini dari bahasa siam yang bermakna Tentera Mati Bunuh. Tentera dari gelombang keempat ini terus mara dan menetap di Padang Lumat.

Perkataan Lu-mat juga dari bahasa siam yang bermaksud, Mat Sirat itu Masyhur (merujuk kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai). Kawasan ini asalnya bendang raja, milik Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia (tahun 1788). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud bermula dari Gurun hinggalah ke Guar Chempedak, dikiri jalan menuju ke Alor Setar.

Untuk maklumat pembaca, isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu).

Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai. Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar.

Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch’ing.


Keratan dari buku Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini bergaduh. Khaek @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama Islam.

Seterusnya,

The common name that Thai speakers use to refer to Islam and its followers is khaek while the more educated and official ones have been Thai Islam and Thai Muslim. The word khaek means a stranger or an outsider and a visitor or a guest. Original usage of the term regards khaek as one among several macro-ethnic categories into which the non-Thai world is divided.

Gradually the term khaek is used as a qualifier to specify particular costumes, language and eventually ethnic Malays and Islam followers including Arabs and Indians. By the late nineteenth century khaek was used by the kings in their descriptions of the Malay Muslims in the south.

Reflecting the political conflict of the Malay Muslim in southern Thailand, the term khaek has been regarded as inappropriate and insulting to the Muslim people because it creates a sense of contempt and social distance among the different races and religious beliefs.” Thanet Aphornsuvan, “History and politics of the muslims in Thailand”,Thammasat University. Pg5.

Apabila tentera Datuk Panglima Bukit Gantang berjaya mengusir keluar tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai mereka mendapat berita buruk bahawa datuk baginda, Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayut’ia ke 33, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia telah terkorban di Istana Kota Meang Kuang.

Gambar pintu masuk ke Istana Raja Siam Ligor yang terletak di Kota Nakhon Si Thammarat Thailand. Chau Pija Boromoraja V Ekataat Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia Empayar Benua Islam Siam Kedah pernah bersemayam di Istana ini dari tahun 1767 hingga 1782 sebelum berpindah ke Istana Kota Meang Kuang.

Lihat petikan ini yang menunjukkan Syarif sebagai Raja Ligor atau selengkapnya Raja Siam Ligor Nambang,

“Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di Kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu baginda pun mangkat.”
Semak di sini,
http://www.geocities.com/prawat_patani/bab3.htm

Raja Bakar yang duduk di Kampung Teluk tak lain tak bukan adalah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang. Nam-bang bermaksud air-telok. Kenapa baginda dipilih? Mudah sahaja, kerana baginda adalah cucu Puteri Nang Kemuning (yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Khalifah Akhirul Zaman) dan cicit kepada Nang Che Yam (yang berkahwin dengan Pija Tuk Nakpa Sultan Ismail Jammu Kashmir). Sesudah berundur dari Ayuthia, baginda tidak lagi menggunakan nama gelaran Boromoraja Ekataat V. Hari ini, sejarah kita masih terus menafikan kewujudan baginda.

Wasiat dari TNL Kassim mengatakan bahawa lokasi Istana Kota Meang Kuang tempat bersemayamnya Syarif Yang Di Pertuan telah dibocorkan kepada tentera Thai oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin cucu Syarif Yang Di Pertuan segera bertindak untuk menangkap Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menyebabkan beliau meminta bantuan Inggeris dan lari bersembunyi ke Melaka.

Jenazah Almarhum Syarif Yang Di Pertuan telah disemadikan di tanah perkuburan Islam, Makam Di Raja Siam Islam Kampung Tualang, Mukim Tualang, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. Pada masa inilah Po Chan Koya Long Sultan Muzaffar Syah III menggantikan ayahandanya sebagai Raja Besar Benua Siam dan ditabal di Berahman Indera (Balai Besar). Di dalam buku Konvension Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia 1981 ada catatan mengenai Putera Raja Siam Ligor pernah bersemayam di Alor Ganu Anak Bukit, Kedah diantara tahun 1821-1839.


…yang memerentah Kedah sekitar tahun 1821-1839?…Putera Raja Ligor menulis jawi dalam surat beradat??? Siapa Putera Raja Ligor ini? Siam Islam atau thai Buddha? Kalau dah ada maklumat sebegini tak payahlah mendiamkan diri.
Oleh Dato Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, “Surat-surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (1904-1845) : Suatu Pengenalan, Warisan Mahawangsa Kedah, ms 30,31.

Putera Raja Siam Ligor yang dimaksudkan ini ialah Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah ibni Raja Siam Ligor Nambang, Syarif Yang Di Pertuan atau dikenali dalam sejarah Thailand sebagai Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke 33, Boromoraja Ekataat V. Baginda Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III pernah bersemayam di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan sebagai raja daerah merangkap Bendahara. Baginda berpindah kembali ke Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah Darul Aman apabila memegang tampuk pemerentahan induk.

Pada tahun 1821 Masihi Sultan Mudzafar Shah III ditabal menjadi Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah lalu bersemayam di Istana Kota Serjana, Alor Ganu. Putera baginda iaitu Raja Siam Songkhla Datok Panglima Bukit Gantang Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin dilantik menjadi Bendahara dan bersemayam di Istana Kuning Alor Setar Kedah. Istana Kuning telah dibina pada tahun 1668 Masihi oleh datok neneknya iaitu Maharaja Siam Islam Boromokot, Sultan Muhiyuddin Mansor Shah.

Manakala Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai Mat Sirat pula dilantik menjadi Paduka Sri Perdana Menteri Empayar Islam Benua Siam Kedah dan bersemayam di Istana Kota Burha, mukim Padang Kerbau, Pendang Kedah Darul Aman. Puteranya Nik Diah @ Tunku Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai dilantik oleh Sultan Mud Zafar Syah III Kedah menjadi Sultan Muhammad I Legeh (Kelantan). Baginda pun bersemayam di Istana Raja Legeh Kok Lanas, Jeli, Kelantan.

Sultan Mud Zafar Syah III Kedah melantik cucundanya iaitu putera kepada Panglima Bukit Gantang iaitu Nai Long Jaafar untuk menjadi Raja Larut Matang dan bersemayam di Istana Kampung Pokok Asam, Taiping Perak manakala adindanya Nai Long Abu Toha pula menjadi Raja Selama dan bersemayam di Istana Bagan, Pulau Pinang.

Turut dilantik ialah Syed Harun Jamalullail ibni Nai Ta @ Syed Muhammad Hatta Jamalulail sebagai Raja Perlis (Penghulu Kayang). Sebelum pada itu, ayahanda baginda Syed Mohammad Hatta turut terbunuh di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821. Adinda Syed Harun, Paduka Seri Sultan (Syed) Ismail dilantik menjadi raja daerah Kinta, Perak (lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Kinta).

Seperkara lagi salasilah Jamalulail Raja Perlis hari ini menurut wasiat pada asalnya bermula dari nama Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa, yang menjadi waris pertama Bani Hashim. Tok Soh atau Syarifah Maryam ibni Syed Jamal Al-Jeffri, permaisuri Raja Merong Mahawangsa adalah dari keturunan Bani Hashim. Sepertimana Siti Fatimah, talian ini tetap turun walaupun melalui waris perempuan.

Identiti penghulu Kayang dimasa lalu di sembunyikan dari pengetahuan penjajah Thai dengan menukar salasilah mereka. Hanya keluarga terdekat yang mengetahuinya termasuklah wasiat yang diperolehi oleh TNL Kassim. Sekali pandang, TNL Kassim ada rupa Raja Perlis hari ini (dengan maaf) kerana dari pupu-pupunya juga.


…dari buku yang sama seperti diatas.

Sultan Ismail Kinta pula ditangkap kerana dikatakan terlibat dalam pergaduhan di Kinta, padahal Inggeris ingin merampas kawasan lombong bijih yang kaya dan terus berkuasa disana. Baginda ditangkap sewaktu kembali dari Kedah menghadiri upacara pengkebumian Sultan Jaafar atau (Nai)Long Jaafar dalam tahun 1876 yang dibunuh di Gurun Kedah. Penangkapan ini dibuat oleh Sultan Abdul Hamid lalu diserahkan kepada penjajah Inggeris.

Walau pun disebut sebagai bendahara, keluarga di sini tahu bahawa itu lah Sultan Ismail Kinta. Turut dirampas adalah alat kebesaran Perak berupa gelang kaki berkepala naga. Waris Sultan Ismail Kinta masih ada hingga kini di Kedah. Tindakan ini bukan dengan kebijaksanaan tapi dengan tipu helah untuk menguasai Kedah yang ketika itu sedang dikecilkan wilayahnya oleh penjajah secara halus tanpa diketahui oleh mereka yang bersubahat.

7 Comments

Filed under Sejarah

7 responses to “Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang

  1. RE- Tok Pasai Hari ini, tidak adakah warisnya yang kini berada di Sumatra Pasai mengaku mengenali @ mengetahui salasilah baginda?

    Maaf berbanyak dipohonkan. Bukan warisnya di Sumatra Pasai tak ada yang nak mengaku mengenalinya, tetapi dari apa yang saya dapati di Sejarah Langkat, terdapat tulisan mengatakan Baginda Sultan Bendahara Badi uz-Zaman telah terkorban didalam peperangan diSumatra sendiri pada tahun 1750!!!.
    Jadi manalah mereka nak tahu yang Tok Pasai tu masih hidup pama selepas 1750 dan mempunyai kehidupan lain diKedah. Tok pasai bukan nya tinggal diLangkat semasa 1821 itu walaupun tentera itu tentera dari Sumatra Pasai, tetapi dari cerita tok saya dan Tok Su saya iaitu CUCU tok Pasai, beliau telah lama tinggal diKedah sebelum wafatnya- dijemput oleh sultan masa itu bagi menjaga pintu Kuala Kedah, melepaskann kapal perang keluar – beliau seorang ulama yang tinggi kekeramatannya.

    Saya sebagai keturunannya tak pernah tahu tentang kena claim makamnya sebelum membaca blog ini.
    OK, nyatakan apa yang harus saya buat untuk pergimengakui yang saya adalah cuietnya.

    Kini saya tinggal di KL. nanti lepas SPM saya akan balik keKedah dan usahakan.

    Beliau punya anak bernama Ahmad atau Muhammad dan “Din” atau “Tok Din Keramat hidup” yang makamnya ada diGelong, Jitra.

    Saya cicit Ahmad. Isteri Ahmad adalah Bidan Diraja yang membidankan Mak Cik Manjalara bagi 11 kelahiran anak-anaknya (mengikut cerita dari Tok Su, Halus atau Mariam saya atau anak ketiga Ahmad).

    Sekian terima kasih

  2. saya berketurunan megat yang telah dibuang kerana keselamatan, berasal dari pedu.

  3. Faizal Amin

    Senang cerita begini le semua org melayu di kepulauan nusantara ini adalah anak beranak, adik beradik, jadi….. jadikanlah cerita2 sejarah ini sebagai kebangkitan kita didlm memperjuangkan agama kita iaitu Islam. Kita telah baca sejarah yang mengatakan bahawa tok nenek moyang kita ni suatu ketika dahulu sangat hebat dalam perjuangan mereka menegakkan agama islam yang tercinta….. jadikanlah salasilah kita itu sebagai tali perjuangan mereka dan marilah kita menyambut tali tersebut dan menghidupkan kembali apa yang telah mereka tinggalkan…. raja hanya pada nama tetapi hanya RAJA sahaja yang mengetahui dirinya seorang raja….

    Allahu Akhbar

  4. dinahatta

    ada yg pernah trace tak salasilah keturunan datok panglima bukit gantang yang asal pada hari ni? Apa yg saya tahu pemegang “title” datok panglima bukit gantang sekarang bukanlah keturunan yang asal padahal title tersebut sepatutnya diturunkan dalam keluarga.

  5. Assalamualaaaaikum Saudara Faizal Amin,
    Saya suka benar saranan saudara Faizal itu. Kita sepatutnya berkumpul, berbincang, bermuafakat serta mengatur rencana bagi “menghidupkan kembali apa yang telah mereka tinggalkan…. raja hanya pada nama tetapi hanya RAJA sahaja yang mengetahui dirinya seorang raja…”. Kita bukan nak jadi pangkat berpangkat, tetapi kewajiban kita untukmengetahui dan meneliti asal usul kita sebagai seorang Muslim, kita kena tahu sekurang-kurangnya sehingga 7 tapis keatas – betul tak? Apa lagi jika kita mengetahui nenek moyang kita matinya begitu sekali,lagilah kita nak tahu. Betul tak? sila berikan contact number dan email.

  6. Pingback: 多皆的由来 | 斯文败类

  7. zack a ai dee

    Allahumma solli a’la saidina Muhammad wa a’la alihi wasahbihi ajma’in. Dgn rasa rendah hatinya sy ingin mgistytharkn bahawa saya Putra Bani Hashim yg dsbut oleh hadis dan asar sahabat bg mbantu putra bani tamim dn imamul mahdi utk kbgkitn islam kali kedua d akhir zmn( zmn kitalah). Carilah ciri2 saya btahi lalat d tpk tgn kiri dn kanan dn btahi lalat d bahu. Sy seorg melayu bkturnn sy Ibrahim as. Maaf zhir batin. Allahu rabbul a’lamiin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s