Daily Archives: 2 October 2009

Salasilah Sultan Selangor, Dilantik Oleh Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah.

Selangor

Putera kepada Raja Lumu iaitu Raja Portugis Islam Kota Langu, Sulawesi ialah Sultan Ibrahim Shah yang ditabal menjadi Sultan Selangor yang pertama. Baginda adalah anak saudara kepada Permaisuri Sultan Mudzafar Shah III Kedah. Permaisuri Sultan Mudzafar Shah III Kedah ialah Puteri Seri Andalas (Raja Lumu adalah kekanda puteri Seri Andalas)

Sultan Ibrahim Selangor telah berkahwin dengan anak saudara Sultan Mudzafar Shah III Kedah iaitu anakanda (puteri) Sultan Anjang Laksemana Johan, Raja Ranung. Putera yang diperolehi dari perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Permaisuri Puteri Sultan Anjang ialah Paduka Seri Sultan  Salehuddin, Raja Selangor.

Beliau pula telah berkahwin dengan Puteri Paduka Seri Sultan Tengku Ali iaitu Raja Riau Lingga. Tengku Ali juga dikenali dengan nama gelarannya, Dili. Tengku Ali ialah putera kepada Sultan Mudzafar Shah Kemboja III Kedah. Hasil perkahwinan Sultan Salehuddin dengan Puteri Tengku Anjang ini mereka telah mendapat seorang putera bernama Sultan Abdul Samad.

Australia dalam Benua Siam Islam

Pada tahun 1788 tentera Inggeris menyerang Sultan Dili Riau Lingga di Istana Albani Perth Australia dan mengusir umat Islam Australia ke Timor Liste. Bermula dari tarikh inilah Inggeris mula menjajah Australia Benua Siam dan mula membawa masuk segala banduan dari England.

Pada tahun 1819 Inggeris terus menyerang Timor Liste dan membunuh Sultan Dili dan tempat pembunuhan itu dinamakan Dili Timor Liste. Pada tahun yang sama mereka menyerang Paduka Seri Sultan Ismail, Raja di Philipina dan membunuh beliau di Istana Manila. Paduka Seri Sultan Ismail ialah adinda kepada Paduka Seri Sultan Ali, Raja Riau Lingga.. Dalam bahasa Siam kedah Filipina bermaksud, abang Ali abang beta.

Johor dan Singapura

Sementara itu pada tahun yang sama juga di Johor Raja Hussin seorang pemberontak membantu tentera Inggeris untuk menakluk negeri Johor dan pihak Inggeris melantik Raja Hussin untuk menjadi Sultan Johor. Untuk mengenang budi, Sultan Hussin menyerah Pulau Temasik (Singapura) kepada penjajah Inggeris.

Puak pemberontak yang menyokong Sultan Hussin ialah dari suku kaum Minangkabau kemudian mereka mewujudkan kerajaan berkonsepkan perpateh yang dinamakan Undang-Undang Luak Perpateh. Perkataan Luak Perpateh ialah bahasa siam Kerajaan Ketua dipilih dengan membawa adat kebesaran. Mereka menamakan negeri yang dijajah oleh puak ini sebagai Negeri Sembilan.

Patani dan Pahang

Negeri ini bersempadan dengan negeri Pahang. Ketika itu negeri Pahang masih berada dalam pemerintahan Benua Siam Kedah. Sultan Pahang pada ketika itu dari keturunan Sultan Mansor Shah adinda kepada Sultan Madzafar Syah Jammu Petani. Sultan Mansor Shah juga digelar Hang Lekir.

Adinda Sultan Madzafar Shah ialah Nang Kemuning Puteri Saadon iaitu permaisuri kepada Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah (1650 Masihi), Raja besar Benua Siam yang bersemayam di Istana Alam Shah, Kelang. Sejarah hari ini yang mengatakan Puteri Nang Kemuning berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Raja Wilayah Melaka adalah karut kerana tidak tepat pada zaman dan salasilahnya. Tun Teja pula adalah dari bahasa Siam bermaksud, ‘Zaiton yang diceraikan’ kerana mandul dan tidak memperolehi anak. Ia bukan nama khas.

2 Comments

Filed under Sejarah