Bahaya Suntikan Vaksin HPV.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berulang kali menentang cadangan dan keputusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV), (virus yang disebarkan melalui aktiviti seksual) berdasarkan bahawa ia tidak perlu, tidak saintifik dan tidak selamat.

Walaupun mendapat bantahan oleh banyak pihak, RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap kira-kira 300,000 perempuan di negara ini sebagai perlindungan daripada hanya dua daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan oleh HPV.

HPV dijangkiti melalui hubungan seksual. Sebagai ganti inokulasi terhadap remaja kita terhadap penyakit jangkitan seksual (STD), kerajaan sebagai ganti perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual.

Sebagai penerima vaksin untuk menentang STD, remaja perempuan yang tidak mendapat maklumat yang lengkap boleh mempercayai jaminan keselamatan yang salah bahawa vaksin HPV akan melindungi mereka terhadap penyakit jangkitan seksual lain.

Risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Telah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Vaksin itu juga amat kontroversi dengan insiden tindak balas kesan sampingan yang tinggi di seluruh dunia dan 53 dilaporkan mati di Amerika Syarikat sahaja sepertimana yang dilaporkan oleh Vaccine Adverse Events Reporting System (VAERS) daripada Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

Keberkesanan dan keselamatan vaksin bahaya dan tidak perlu ini tidak pernah wujud di Malaysia. Ini telah dijelaskan oleh Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Diane Harper sebagai lebih banyak risiko bagi kesan sampingan dan bahaya kesan sampingan berbanding risiko kanser servik itu sendiri.

Satu atau kedua vaksin HPV yang akan digunakan terhadap anak-anak kita ialah Gardasil oleh Merck dan Cervarix oleh GlaxoSmithkline.

Gardasil yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia (DCA) pada 2006,dan pada 2008 siasatan dibuat terhadap hubungannya dengan lumpuh, sawan dan kematian.

Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan autisme pada 2000. Pada 2008, Gardasil mendapati hubungan pada kadar yang lebih tinggi bagi pitam (syncope) dan keadaan pembekuan darah (venous thromboembolic) dalam kalangan penerima.

Di Amerika Syarikat, venous thromboembolic dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian.

Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome(GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti dan gatal-gatal (urticaria).

Pada 2009, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan. Sehingga 31 Mei 2010 terdapat 16,140 keadaan kesan sampingan dilaporkan di Amerika Syarikat berikutan vaksinasi oleh Gardasil dalam VAERS.          

Cervarix yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser diluluskan oleh DCA pada 2007 tetapi oleh FDA hanya pada 2009. Memandangkan sasarannya hanya dua jenis HPV, pakar terus menyarankan pemeriksaan rutin cervical pad smears malah untuk wanita yang menerima suntikan vaksin. Di England, terdapat kes pening, mual dan malah kematian yang dikaitkan dengan Cervarix.

sumber: SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia.

Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.

Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.

Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.

Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:

  1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
  2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.

Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.

Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini.

Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia iaitu

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Ini sudah pasti boleh menjadi modal besar kepada pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan

1. Guillain-Barre Syndrome

2. Thromboembolic Events

3. Amyotrophic Lateral Sclerosis

4. Seizures and/or Epilepsy

5. Paralysis

6. Severe Allergic Reactions

Wallahu’alam …

Artikel berkaitan:
https://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

https://mindaahad.wordpress.com/2012/04/21/kesan-kesan-suntikan-vaksinasi-terhadap-kanak-kanak/

https://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/

https://mindaahad.wordpress.com/2014/05/13/perlukah-suntikan-vaksin-hpv/

47 Comments

Filed under Kesihatan

47 responses to “Bahaya Suntikan Vaksin HPV.

  1. fuad

    Salam untuk semua dan semuga ALLAH memberkati kamu semua.Terimakasih dan syabas dapat menutarakan maklumat yang memang benar ini dan tidak ada bukti saintifik atas kebekesanan malah akan membawa padah kepada yang tidak bernasib baik semasa badan kita dalam keadaan imune yang tidak kurang dan boleh membawa kepada kematian yang akhirnya pihak kementerian menutup kes tersebut atas sebab lain bagi tidak menuduh asabab suntikan yang tidak saintifik langsung ini begitu juga dengan suntikan mmr dan yang lain semuanya tidak langsung memberi kebaikan malah akan berakhir dengan berbagai penyakit termasuk autism dan hanya menguntungkan industri perubatan. Harap mereka yang belajar bidang ini mendalami ilmu sains meraka dan bukan ilmu kedoktoran yang berpusat dari kerajaan dajal itu . Sebagai seorang ahli sains dan pengalaman yang saya lalui semua suntikan adalah palsu dan tidak ada sokongan saintifik yang jelas hanya rekaan bagi menghasilkan kepentingan politik dan wang.

    Like

  2. Baru ingat nak ambil suntikan HPV nie..hrmmm…

    Like

  3. atiqah

    HMM… so nnt ada baby xkan x pyh bawa baby gi dptkan suntikan??

    Like

  4. mindaahad

    tak perlu jika anda tak mahu.. kenapa perlu makan apa yg kita tak mahu dan tidak baik untuk diri kita? kenapa perlu makan apa yg orang suruh makan? Allah suruh makan apa yg ‘halal lagi baik’. Nasihat siapa yg patut kita ikut?

    Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. -Al-Baqarah ayat 168.

    Like

  5. hambaAllah

    Salam. Saya tidak pasti jika perkara ini sudah ada dibicangkan atau tidak sebab saya tak dapat jumpa posting mengenai isu ini. Saya ada kemusykilan tenang suntikan imunisasi berjadual yang diberikan kepada anak kita seawal anak kita dilahirkan sehinggalah suntikan imunisasi untuk HPV yang baru-baru ini diperkenalkan oleh kerajaan yang memberikan secara percuma kepada pelajar berumur 13 tahun.

    Berdasarkan dari pencarian fakta-fakta di internet, video-video temuramah dari doktor-doktor pakar yang meragui/menentang isu vaksinasi di USA, mendapati bahawa vaksin hanya lebih memudaratkan kanak-kanak dari memberi kebaikan. Tiada juga sebarang kajian dan bukti sahih menyatakan bahawa kanak-kanak yg diberi suntikan imunisasi lebih sihat dari kanak-kanak yang tidak menerima suntikan imunisasi. Tetapi berdasarkan kajian doktor-doktor tersebut, lebih banyak kes-kes kematian, alergi dan penyakit merebak sejurus vaksin-vaksin baru diperkenalkan. Kandungan vaksin juga diragui dan mengandungi bahan-bahan haram dalam Islam termasuklah najis binatang, embrio anak ayam dan hormon manusia daripada fetus yg gugur dan juga mempunyai bahan merbahaya seperti merkuri. Suntikan vaksin ini juga menurut mereka hanya akan meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kanser dan paling utama gangguan autism di kalangan kanak-kanak.

    Apa yang saya faham, sebagai seorang muslim, kita wajib mencari ubat bila kita ditimpa penyakit. Ubatan yang mengandungi bahan terlarang dalam Islam yang hukumnya haram digunakan akan jatuh harus/wajib dalam keadaan darurat untuk menyembuhkan penyakit. Itupun masih tertakhluk kepada garis panduan Islam. Tetapi dalam kes pemberian vaksin imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak, mereka belum pun ditimpa sebarang penyakit-penyakit tersebut tetapi badan mereka dimasukkan dengan ubatan yang mengandungi bahan-bahan yang haram dalam Islam. Allah telah menjadikan manusia sangat sempurna dengan sistem imunisasi semulajadi. Tetapi menurut doktor-doktor di Amerika sendiri menyatakan bahawa suntikan imunisasi ini akan menggangu sistem imunisasi badan semulajadi di dalam badan manusia.

    Harap pihak jakim dapat rujuk artikel dari A. Majid Katme, MBBCh, DPM, jurucakap dari Islamic Medical Association UK dan beri komen tentang isu vaksin imunisasi termasuklah hukum menggunakannya. Sila rujuk http://www.vaccinationcouncil.org/2011/01/20/islam-vaccines-and-health-2/

    Anak saya sepatutnya mendapatkan suntikan imunisasi yang ke-5 bulan ini tetapi saya sangat ragu-ragu dan tidak mahu meneruskannya.

    Like

  6. Kenapa memangsakan Rakyat kerana duit…!!!???

    Like

  7. hamballah

    saya berasa ragu2 ibubapa saya tidak membenarkan saya mengambil suntikan ini tetapi rakan2 sekelas saya selalu memperkecilkan saya setiba masa untk ambil suntikan tersebut jadi saya berasa keliru APAKAH KEPUTUSAN YANG PERLU SAYA AMBIL?

    Like

  8. fazli

    Assalaualaikum semua

    Menurut saudara minda ahad, vaksin yang diberikan kanak2 berbahaya. Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM sebahagiannya memang haram tetapi kerana DARURAT ianya telah diharuskan.

    Darurat bermakna tiada alternatif lain. Saya juga telah menolak untuk diberikan vaksin kepada anak saya sejak lahir lagi. Walaubagaimanapun, boleh x mindaahad bagi maklumat yang lengkap alternatif lain yang boleh membantu bayi dalam menghadapi risiko penyakit moden. Sekiranya ia betul, boleh dimaklumkan pada JAKIM.

    Tq

    Like

  9. Sampaikanlah

    Seeloknya bayi yg baru lahir diberikan susu ibu sehingga 2 tahun. Sekiranya tak dapat menyusukan hg 2thn,boleh upah orang lain utk susukan bayi. Ini ada disebutkjan di dalam al-Quran. Kita org Islam,kenapa nak berkiblatkan kata-kata Amerika yang kita tahu siapa dibelakangnya. Bayi saya telah disuntik 2 kali sebaik dilahirkan. Tapi setelah saya mengetahui akan bahayanya,saya memutuskan bayi saya tidak akan disuntik vaksin lagi. Biarlah orang islam yang tidak berilmu diluar sana mencemuh.Di dalam New World Order,Penurangan Jumlah Penduduk adalah salah satu misi mereka. Ramai yang tidak tahu akibat perang di Iraq,rakyatnya hingga kini menanggung derita yang amat sangat. Amerika menggunakan bom uranium,yang memberi kesan jangka masa panjang kepada penduduk yang terselamat. Bayi-bayi yang dilahirkan mengalami cacat teruk. Sekiranya terbuka hati untuk mencungkil rahsia apa sebenarnya yg berlaku,apa yang telah kita diperbodohkan oleh wayang Amerika,bacalah buku “Art of Deception” (bahasa melayu pun ada),karangan Jerry D. Gray,seorng bekas perajurit Amerika yang telah melucutkan kewarganegaraannya dan kini berwarganegara Indonesia.

    Like

  10. hamba allah yg rungsing

    kalau dah sesebuah institusi tu mewajibkan pelajar mengambil suntikan, dan telah pun teramik. apa langkah seterusnya? perlu teruskan suntikan 2 dan 3 ataupun berhenti..bagaimana? tolong berikan saya jawapan. saya amat risau kerana telah diberi suntikan pertama oleh institusi saya,

    Like

  11. wawa

    jika sudah terambil dos yang pertama, adakah selamat untuk tidak meneruskan pengambilan dos yang seterusnya???

    Like

  12. aisyh

    assalammualaikum..
    smoga pe yg dibce td dpt mmbuka mata masyarakat tntg bhayanye vaksin kpd tubuh badan kita terutama bayi.Pihak kerajaan seharusnya mengambil berat tentang masalah ini.Vaksin mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri yang merupakan bahan yang kedua berbahaya di dunia selepas plotinum.Bayangkan bagaimana bahayanya jika bahan tersebut berada dalam badan kita.
    Vaksin yang kononnya mampu memberi perlindungan kpd kita adalah tidak benar,.Ianya adalah rancangan Amerika yang mahu mengurangkan bilangan manusia.Doktor di Amerika tidak akan melakukan suntikan kepada keluarga mereka kerana mereka tahu bahaya vaksin tersebut,oleh itu rakyat yang tidak mengerti apa2 menerima akibatnyaAkhir sekali,saya harap bahaya vaksin ini dapat disebarkan kepada umum agar ramai yang mengetahuinya dan sama2lah kita mencegahnya.Terima kasih kepada Jerry D. Gray yang telah menulis tentang kejahatan Amerika di dalam bukunya iaitu Art Of Deception.Renung2kanlah..

    Like

  13. mindaahad

    buatlah keputusan berdasarkan pengetahuan dan keyakinan sendiri.

    pendapat kami: hentikan suntikan.

    Like

  14. mindaahad

    insyaAllah. selamat.

    jika tak ambil dos pertama, lebih selamat 🙂

    Like

  15. husna

    saya takkan benarkan sunyikan ini diberi kpd anak2 perempuan saya.saya cuma akan nasihatkan dia jaga kesihatan,kebersihan dan jauhi zina.

    Like

  16. ameena

    apa pasai bila klik kat sumber artikel u i.e. ibnu yaacob, i dibawa ke site yang tak semegah itew….

    Like

  17. mindaahad

    minta maaf, link tersebut sudah tiada

    Like

  18. Pingback: Kanak-kanak yang Tidak Disuntik Vaksin Lebih Sihat? | Minda Ahad

  19. Pingback: Kesan-kesan Suntikan Vaksinasi Terhadap Kanak-kanak. | Minda Ahad

  20. Pingback: Bahaya Suntikan Vaksin dan Imunisasi. | Minda Ahad

  21. Bob Azhar

    Sebelum baca artikel, saya dah tekad tak membenarkan anak saya diimmunisasi secara tergesa2. Saya mmg syak bila dipaksa menerima hingga saya disuruh beri tunjuk sebab kenapa tak nak. saya akan tulis beri tunjuk sebab kenapa perlu.

    Like

  22. selamat baru cadang nak g wat suntik ni. mekaseh tok entri ni. sangat2 berguna. 🙂

    Like

  23. shafiqah

    assalamualaikum.. saya nak tanya, kami pelajar matrikulasi bru dapat suntikan ni kemarin (2 mac 2013).. jadi, bahaya dan risiko suntikan hpv ni sangat tggi ka??? saya dah start takut lepas baca artikel ni.. plis reply! we need to know!

    Like

  24. mindaahad

    waalaikumsalam.
    saudari boleh dapatkan ubat homoepathy untuk neutralkan kesan dari suntikan tu (sekadar cadangan)

    Like

  25. hud

    salam .. sya sepatutnya ambill vaksin suntikan ke-3 semalam.. tetapi sy tidak ambil setelah baca semua kesan2 nya.

    ubat homeopathy itu boleh dibeli di farmasi2 ataupun suntikan?

    Like

  26. Nur

    Salam. Saya tidak membenarkan anak saya diberikan suntikan ini. Pihak sekolah memberikan borang sebanyak 2 kali utk diisi dan anak saya dipanggil ke bilik pengetua. Kemudian selepas sebulan, hospital (bahagian sekolah) menelefon ke rumah dan menyuruh kami ke hospital berjumpa dr.

    Apabila kami pergi , dr tidak datang atas sebab2 tertentu dan ‘sister’ bertugas mengambil tugas dr. Dia bertanyakan mengapa kami tak setuju untuk mengambil suntikan, etc.

    Saya dan suami tetap dengan pandangan kami! Mereka seperti mahu memaksa kami mengambil suntikan berkenaan. Di dlm hati, jika ‘sister’ ini masih berkeras memaksa, saya ingin syorkan agar dia menyuntik anaknya atau dirinya sendiri!

    Jalan terakhir utk memaksa kami, diberitahu saya akan kisah kawannya seorang nurse yg meninggal akibat tidak mahu mengambil rawatan hospital.

    Semoga Allah memberikan kita semua hidayahNya Amin.

    Like

  27. mindaahad

    maaf lambat reply, penawar homoepathy terdapat di klinik2 homoepathy, bukan di farmasi.

    Like

  28. admee

    salam.. saya juga pernah dipanggil pihak klinik kerana tidak membenarkan anak saya di beri vaksin… nurse hanya tanya kenapa tak mahu vaksin saya cakap sudah ambil ubat homeopathy nurse tak ada komen.. bila tanya member kenapa nurse sekarang fleksibel.. dia kata kementerian kesihatan telah memasukkan perubatan alternatif dalam daftar kementerian jadi doktor kena terima juga perubatan selain konvensional sebagai satu cara yang sah dan dia tak ada hak untuk paksa perubatan mana yang kita nak…

    Like

  29. tasya81

    boleh saya share kat wall saya? nak educate seramai mungkin..

    Like

  30. mindaahad

    silakan

    Like

  31. anonimuslah

    salam mindaahad..
    jika anda boleh mngubah dunia mengenai segala artikel yg telah awk post, silakan lah..tidak lah lagi saya dpersalahkn kerana mnyuntik vaksin ke atas anak2 mereka..saya pun dah fed up..wasalam..

    Like

  32. Hamba Allah

    Ya Allah…tkot plak ble baca sy mahu ambik sntikan hpv sebab ibu sy jga ada kanser..telah pn meninggal di usia muda..jd berbelah bagi pula selepas baca… ::'(

    Like

  33. Terima kasih atas infonya 🙂 ..segala vaksin semua asalnya dari amerika.. banyak konspirasi dari pihak mereka yang kebanyakannya kita tidak tahu..saya ada membaca buku bertajuk deadly mist (berkisar mengenai ubat-ubatan amerika) dari seorang penulis bekas tentera amerika yang sudah memeluk islam..maklumat yg terdapat dari buku itu memang di luar jangkaan dan tidak pernah terlintas di fikiran kita..bagus beli buku itu untuk pertambahan ilmu wallahuallam

    Like

  34. Istifar

    sesiapa yg mgidap kanser atau mncegah knser..ada ubat alternatif yg anda amalkan..mohon kongsikan bersama

    Like

  35. gadis was-was

    assalamualaikum… saya ingin bertanya.. jika saya dah ambil suntikan yang pertama.. adakah saya berada dalam keadaan yg berbahaya? atau saya tidak perlu meneruskan suntikan kedua dan ketiga? mohon kalian menjawab persoalan saya.. terima kasih…

    Like

  36. mindaahad

    Hendak menerima atau tidak suatu suntikan adalah hak anda sendiri berdasarkan ilmu.

    Like

  37. aunimusfidah

    Saya tak tau tntg ni…jdi mcm mne ?sbb saya dh ambil 3 kali.kwn saya ckp bnda ni mmndulkn wanita.skrg saya 16 tahun.saya ambil sbb sklh sarankn.mohon dibls sgra yg mngkin.terima kasi

    Like

  38. mindaahad

    Sila dapatkan nasihat doktor di klinik homoepathy berdekatan.

    Like

  39. Siti Balqis Khairuddin

    ma’f,saya ingin bertanya,kalau saya sudah ambil 2 kali tetapi boleh x kalau saya tak nak ambil suntkan yang ke3 dan adakah berkemungkinan mendapat kesan?mohon balas segera..terima kasih

    Like

  40. assalamualaikum, nak mntak pndapat boleh?? saya ada seorang kawan, dia seorang yang sosial. dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya, bulan lepas dia baru mndapatkan suntikan pertama dan hari rabu ni dia akan ambil suntikan kedua. didapati, dia mengandung. apakah keburukan yang akan berlaku terhadap kandungannya dan wajarkah dia memberhentikan suntikan ini?? harap d balas kerana saya syg sgt kat kawan saya tu.

    Like

  41. hakimah

    Salam, Kalo kwn sy dh ambik suntikan pertama, utk Kali kedua n ketiga diorg x nak ambik.. Ade effect ape2 x?

    Like

  42. mindaahad

    Kalau ada apa2 effect, adalah dari suntikan pertama tu.

    Like

  43. sofia

    subhanAllah.. baru nk g ambil. terus tk jd lah. rasanya buat pap smear lg bagus kot & jaga kesihatan.

    Like

  44. asha

    salam, saya dah ambil suntikan dos kedua 3 hhari yng lalu dan kesannya saya rasa gatal dan sakit. setelah baca artikel ni saya rasa seram la pula. what should i do?? i need some advice

    Like

  45. Rohidzir rais

    Assalam.
    Bagi rakan-rakan yang enggan mengambil vaksin kerana kesan sampingan nya saya cadangkan dapatkan rawatan imminisasi homeopathy. Saya sudah.mencubanya untuk dua anak saya.
    Jika terpaksa ambil vaksin juga, homeopathy mempunyai rawatan detox bagi mengurangkan kesan sampingan.

    Like

  46. Aida

    Info yang sangat berguna…walaupun post ini telah lama tapi banyak membuka mata saya. Anak saya disahkan penghidap sle tahun lepas selepas menjalani beberapa ujian yang memakan masa hampir setahun. Anak saya mula mengalami simptom2 sakit tangan dan kaki juga pernah hampir tidak boleh berjalan stelah beberapa bulan mengambil suntikan hpv ini. Saya pernah bertanyakan dr hal ini…sudah tentu mereka tidak mengiyakan dan ada dr yg memberi pandangan 50-50. Apapun saya harus redha dengan ketentuan ini…anak perempuan saya yg ke-2 saya tidak benarkan dia mengambil suntikan ini, saya tak sanggup perkara yg sama berulang. Saya mengambil ikhtibar apa yg berlaku dan berhati-hati utk masa yg akan dtg.

    Like

Leave a comment