SALASILAH MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA, NAGARA KEDAH PASAI MA

Berikut adalah salasilah Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia, Nagara Kedah Pasai Ma yang disimpan oleh waris dan keluarga Sultan Jaafar Muadzam Syah. Salasilah TERPERINCHI ini dimulakan dari Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah yang bergelar Parameswara Melaka membawa kepada Tuanku Nai Long Kasim. Diharap dengan adanya salasilah ini akan terjawablah banyak persoalan dalam sejarah bangsa Melayu hari ini.
Salasilah asal bertulisan jawi, jadi kenalah ditulis semula dan sedikit sahaja penambahan maklumat untuk meningkatkan kefahaman pembaca. Lagi pun tidak ramai yang boleh membaca tulisan jawi dewasa ini. Pada masa yang sama buku Undang-Undang Kedah dijadikan sebagai rujukan utama. Sama-sama kita ikuti,


Bermula dari Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah membawa kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah terletak di Pulau Langkawi namun catitan pada papan kenyataannya menyatakan ia makam purba yang tidak diketahui siapa dan mungkin seorang wanita berketurunan Acheh. Makam Puteri Hang Li Po terletak di lokasi yang sama namun telah dicabut batu nesannya.
Istana baginda telah dimusnahkan oleh tentera Burma sewaktu mereka menyerang Pulau Langkawi. Namun begitu nama baginda dengan gelaran yang lengkap, Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Syah bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi ada tercatit dalam buku Undang -Undang Kedah. Ibarat sebilah Keris Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah, Ulu Melaka (nama tempat) terletak di Pulau Langkawi sementara hilirnya, terletak di Bandar Hilir, Melaka.


Dari Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan yang Maha Mulia Nagara Kedah membawa kepada Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Syed Alang Alauddin adalah Maharaja dan juga Panglima Perang Kerajaan Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma. Semasa menjadi Raja Songkhala beliau adalah juga Cau Pija yang bermaksud, Timbalan Maharaja dan dikatakan pernah menjadi orang besar 8 di Perak. Orang Besar 4 dipegang pula oleh bapa saudaranya (4 orang Megat bersaudara). Perlu dingat gelaran bahasa Siam Islam ialah Cau Pija sementara bahasa thai yang menjajah negeri Siam Islam menggunakan gelaran Chau Phraya.


Dari Sultan Jaafar Madazam Syah membawa kepada Tuanku Nai Long Kasim. Semasa menjadi Raja Larut, baginda Sultan Jaafar Madazam Syah bergelar Long Jaafar. Raja yang memerentah daerah dizaman dahulu digelar Penghulu. Tetapi kita perlu ingat bahawa baginda adalah juga Cau Pija semasa ayahandanya Syed Alang Alauddin menjadi Maharaja Benua Siam Islam Nagara Kedah (1825-1862). Contoh yang paling mudah ialah Raja Perlis yang pertama digelar Penghulu Arau. TNL Kassim pula adalah waris mutlak dan merupakan generasi ke 4 Sultan Jaafar Madazam Syah. Beliau pernah menjadi usahawan yang berjaya. Perniagaannya masih lagi diusahakan oleh pembantunya. Sekarang beliau banyak berehat (pencen) dan menumpukan perhatian kepada sejarah Kedah yang cuba dilupuskan.

PS : Kami menerima e mail dari saudara Firdaus yang mengatakan bahawa Tunku Nur Aisyah Mahin Intiral @ Bavainaung, pemerentah Burma itu King bukannya Queen. Wasiat diatas pula mengatakan Queen. Terima kasih kami ucapkan kerana mengingatkan kami. Akan tetapi sekiranya baginda ini King kenapakah istana miliknya di Mandalay itu, yang masih ada berdiri kukuh hingga kini dinamakan “The Queens Palace” bukannya, “The Kings Palace”? Ini adalah catatan Winstedt, bukan dari kami. Harap maklum.

Ini gambarnya, “Queens Palace” atau “The Queens Golden Monastery” dari buku “A History of South East Asia”, Winstedt.

Dan ini gambar terbaru, diperbuat keseluruhannya dari kayu.

28 Comments

Filed under Sejarah

28 responses to “SALASILAH MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA, NAGARA KEDAH PASAI MA

  1. sejarah kita d palsukan oleh manusia yg tak berhati perut, tak patut…..

    Like

  2. penjajah dari eropah bersatu, hapuskan islam di andalus,, hancurkan othmaniah turki, pas tu hancurkan monggol, [moghul], di india, empayar cina islam di tumpaskan,, jadi komunis, pas tu empayar Benua Islam Siam Ayuthia, Negara Kedah Pasai Ma, kan khalifah @ Maulana @ Yamtuan Syarif Abu bakar Syah,Yang Di Pertuan, Yang Maha MuliaNagara Kedah bersemayam di Ayuthia berundur hingga ke kedah dan serang hendap askar thai dengan kerjasama british dan beberapa pihak yang belot khalifah dipijak dengan gajah hingga mati, istana meang kuang di hancurkan,, thai juga memusnahkan segala istana, kota, monumen, binaan yang hebat, termasuk masjid, segala bunga mas,, manuskrip dan penulisan sejarah waktu tu di bawa ke bangkok dan ke england, termasuklah buku undang2 kedah, baru ja dapat dari england, apa halnya ada dalang di kalangan kita yg sanggup sekongkol dengan golongan penjajah dan sukothai yang jahat ini, memang ada, bacalah sejarah nagara kedah yang menyayat hati ini,

    Like

  3. semangat dok cakap, kalau fakta saya salah betulkan ye.. bukan pa tekedu yg amat sangat, sejuta tahniah buat Tengku Nai Long Kasim Ibni Tengku Nai Long Ahmad, waris mutlak Khalifah Empayar Islam Benua Siam Nagara Kedah dan para kerabatnya kerana berjaya mendedahkan fakta yang sebenar tentang Nagara Kedah @ Tanah Melayu @ Malaya @ 1 Malaysia, kalau tak jadi lagu tu negara kita mgkn sepuluh kali ganda lebih dari yang kita ada sekarang ni, Hidup anak Nagara Kedah.

    Like

  4. cuiettokpasai

    Salam,
    kami cucucicitcuietpuiet Tok Pasai. Sedari kecil kita orang dah diberitahu yang kita ni merupakan cuietpuiet Tok Pasai. Kita telah diceritakan dari kecil, Tok Pasai tu asalnya dari Negeri Pasai, seorang orang besar dan Ulama serta Keramat. Setakat tu je yang diberitahu masa kita orang kecil. Tapi bila dah dewasa baru lah ada Cucu kepada Tok Pasai (tok su saya)menceritakan agak detail juga, beliau kata Tok Pasai tu “Raja di Pasai”, tapi dah berangkat tinggal di Kedah, atas Jemputan Sultan Kedah, Beliau ditugaskan menjaga Kapal “mendoakan ” semasa Kapal perang yang nak turun kelaut berperang (di Kuala Kedah). Anak beliau dipanggil “Tok Mat” juga seorang “Keramat”, telah berkahwin dengan anak Raja Petani nama Tengku Sharifah Aminah (juga seorang Bidan Diraja, yang telah membidankan Mak Cik Manjalara semasa melahirkan kesemua 11 orang anan2nya).

    ok saya tak boleh cerita lebih lanjut lagi selagi tak terima response dari anda/tuan/puan.

    Tapi nama2 Tok Pasai dan peranan beliau didalam anagkatan perang Kedah tak sikit pun disebut. Dan tentang anaknya itu yang berkahwin disini tidak juga timbul. makanya kesemua keturunan Tok Pasai disini seolah2 ghaib. Tetapi hakikatnya kita orang ada disini, masih bernyawa. Tok su kata Harta keluarganya ada banyak di Perlis,Petani, termasuk ladang garam diPetani?; di Pasai dan Sumatra, dan juga di beberapa tempat lain di Negeri Sembilan, tetapi hilang begitu saja. Tapi kita orang tak ada seorang pun yang berani nak cari asal usul yang sebenar; kerana orang tua2 kita tak sanggup bekerjasama. Saya ingtkan kerana keluarga belah bapa saya terlalu Petrilineal, mereka tak pentingkan keluarga sebelah perempuan (itu sangkaan saya dulu). Tapi sekarang saya mula berfikir mungkin mereka juga telah diasuh untuk lupakan terus kisah sebenar. Adakah saya bermimpi??

    Like

  5. sofia

    salam. thanks for the info. saya student dari utm, skudai dan bercadang nak buat kajian particular on this topic. boleh saya tahu, ada tak cara untuk menghubungi Tuanku Nai Long Kasim ? jika ada sebarang maklumat, boleh emel kepada saya (sofia_fatimah@yahoo.com) secepat mungkin. sekian terima kasih.

    Like

  6. encik yusri

    salam… susah nk menerima realiti yg mcm ni… nk salahkan ahli sejarah pon xleh… sbb dieorg pon dpt ape yg kite bljr arini je… lgpon, rujukan dari catatan i-tsing dari cina, ade cerita psl negeri melaka yg hantar bungan mas utk dptkan pelindungan dari serangan siam… klau fikir lojik, klau melaka tu sebahagian dari negara kedah, dan kedah tu luas kuasanye merangkumi siam, tanah melayu dan borneo, knp dlm catatan2 lama i-tsing dan pelayar arab xde menceritakan psl melaka dan negri2 lain brada di bwh kedah???

    Like

  7. Panglima Cheka, Damak.

    Assalamualaikum… Terima Kasih di atas meklumat yang sangat berguna ini… Inilah yang dikatakan “PERMATA YANG HILANG” dari bumi Melayu Nusantara… Selama ini kita umat Islam melayu ditipu dan dicabuli oleh PENJAJAH KAFIR LAKNATULLAH… Habis keturunan Rasulullah SAW dipermainkan… Semoga Allah mengembalikan kedudukan Rasulullah SAW ini ketempat kedudukan yang tinggi dan mulia… Alhamdulillah…sebak ana membaca penganiayaan dan fitnah ke atas waris kesultanan islam Nusantara ini… wasalam FB@perguruan seni silat halilintar

    Like

  8. Salam hormat wahai waris2ku..apabila kita selesai menulis kajian mesti ada orang melayu yang buat ayat dengan perkataan tapi…..tapi..tapi….Demikianlah adanya..Bergantung pada catatan itu memang disiplin sejarah namun sampai tak mahu tukar fakta apabila orang beri maklumat yang baru bg saya “macam ada penyakit TAKLID” padaorg2 kita..Saya Waris Indra Sakti sangat gembira ..Tak kan kita tak ada kerja lain sekadar nak reka cerita..Kita bukan anti Sultan alam nyata..Kita cari keturunan yang ghaib dan datang secara ghaib juga pada kita..jadi kita tahu..

    Like

  9. Jack

    Utk,Cuiettokpasai.Sunggoh menarik salasilah saudara.Disini saya ingin tahu dari saudara tentang sejarah Tok Mat,anak Tok Pasai.

    Saya diberitahu oleh arwah nenek saya yang,dia adalah cucu saudara/menantu Tok Nai Mat.Gambarnya ada dimuzium Kedah.Adakah ini orang yang sama?.

    Dan saya mewariksi satu alat kebesaran beliau.Arwah nenek ada memberitahu yang kami orang istana,dan suami dia mati terbunoh.Setakat itu saja.Saya dibesarkan luar dari Kedah.

    Like

  10. hazmi

    Salam,
    Al-hamdulillah & bersemangat kita semua bila mendapat tahu fakta yg sebenarnya ttg asal usul negara & agama islam di bumi yg kita pijak ini. Yang mana dah tahu tu, berhentilah berangan2 atau bermain-main perasaan lagi kerana yg kita semua harapkan sebenarnya ialah kita rindukan islam yg cemerlang & gemilang seperti zaman islam di puncak. Kita hanya di suapkan dgn berita pahit & manis sedangkan kita tak pernah merasai nikmat kenyang. Tambahilah pengetahuan sejarah kegemilangan islam nusantara dahulukala, dari mana datangnya, kemana halanya dan di mana tempat terakhir jatuhnya islam nusantara ini. Dalam pencarian itu, tanyalah pada diri sendiri “apa yg perlu aku lakukan selepas ini utk menegakkan kegemilangan islam yg tiada tolok bandingannya seperti zaman khalifah turki sultan muhammad al-fateh?”.

    Like

  11. Salam saudara Jack,
    Saya sebenarnya tak pernah ditunjukkan gambar toknek saya tu. Tapi anaknya iaitu Toksu saya memang saya kenallah. Ayah saya adalah cucu kepada Tok Mat dan Tok Syarifah Aminah tu, cucu kesayangannya. Tok Mat amat sayangkan ayah saya lebih dari anak2nya. Ayah diberikan satu “kapak kecil” dan quran kecil bersaiz 1 inci saja. kapakkeciltu pun bersaiz panjangnya setapak tangan je lebih kurang 6 inci je panjang batangnya,matanya lagi kecil tetapi tersangatlah power. Tetapi kedua2 itu telah dirampas oleh Thai semasa ayah nak kePetani pdatahun 1950 dahulu. Yang lain cerita kita jumpa berdepan dan kita boleh tukar2 info. saya masih mencari. Sila berikan emailsaudara dan phone number.

    Like

  12. Salam kepada semua, jika boleh tolong berikan saya nama-nama waris kepada Syarif Abu Bakar bersama Tengku Suria Marin. Saya ingin mencari mereka ini kerana itu saja yang tinggal dari saudara kepada Tok Mat. Tengku Suria Marin ialah kekanda beliau, (lain ibu mungkin). bagi sesiapa yang tahun saya minta lah bantuan. Tapi entahlah sama ada mereka ingin berjumpa dengan saya. Takkisahlah,yang penting saya jalankan tugas saya mencari.
    Ye, tentang saranan saudara Hazmi, saya amat sanjung sekali, memang benar,apa lagi kita tunggu, sama-sama lah kita mendalami hal-hal ke Islaman yang sebenar, sehingga dapat kita menegakkan semula akegemilangan keIslaman itudan usaha moyang moyang kita.

    Like

  13. Salam, maaf pembetulan, Tengku Suria Marin hidup dizaman Syed Alang Alaudin bukannya Abu Bakar, saya tersilap tulis nama tu tadi. Cuma yang saya tahu dan diberitahu beliau berkahwin dengan Baginda Sultan Kedah atau Raja Muda Kedah masa tu. Beliau meninggaldalam tahun 1876 di istana Menkuang. T.S Aminah bersama Tokmat juga pernah tinggal diistana itu menurut toksu saya sebelum berpindah kepersembunyian baru, tempat sekarang.

    Like

  14. Drs.H.Muhammad Idrus

    saya keturunan ke 6 panglima sri handalan langkat, jika ada yg tahu alamat Nai Long Kasim tolong hubungkan saya di 010.272727.5

    Like

  15. Maaf, saya memang terkeliru, tersalah orang pula, yang ayah dikata anak,dan yang anak dikata ayah. Tengku Suria Marin berkahwin dengan Syariff Abu Bakar, Saya hanya nak trace Tengku Suria Marin je, bukan yang lain,kerana Tengku Suria Marin tu adik beradik dengan TokMat, iaitu tok nek lelaki saya. Saya takberani nak pandai2mengaku lebih2 dari yang saya diberitahu. Keturunan Tengku Suria Marin pasti boleh membantu saya dalampencarian nama sebenar Raja Indra Sakti .

    Like

  16. Salam Ayahanda Zulkarnain,
    Boleh berikan no phone. Saya dari line Raja Badiuzzaman ibni AlMarhoum Raja Al Kahhar ibni Almarhoum Raja Indra Sakti. Saya sedang mencari siapa Indra Sakti tu nama sebenarnya. Jika Indra Sakti yang Ayahanda Zulkarnain tu sama dari Langkat maka tolong lah berikan no phone kepada saya. Sekian . Terima kasih.

    Like

  17. Salam Saudara Jack,
    Boleh bagi no phone.. Saya menanti kabaran dari Jack. Saya masih memegang pedang tinggalan Tok Mat yang diserahkan pada ayah saya, dan ayah saya pula serah pada saya. Tapi hulunya dan ayat alquran di badan pedang tudah hilang. Sebabnya pedang tu pernah dicuri oleh seseorang dari rumah lama saya disungai Baru Alor Setar tu – tak tau sapa yang ambil tapi bila saya balik nak ambil dah tak da. peliknya tahun beberapa bulan kemudian saya balik dan pergi lagikerumah tu, pedang tu ada balik diletakkan dicelah kotak buku-buku saya dengan hulunya terhunus keluar, tetapi badan pedang itu berkilat licin sudah diasah tajam, sampai hilang tulisan ayat alquran dibadan pedang tu. Dapatlah balik, Masa didapati hilang saya beritahu ayah, Ayah kata orang yang ambil tu akan sakit, dia kena hantar balik, baru sembuh sakitnya. memang saya taktau sapa yang ambil. Rumah tu ada orang tumpang duduk dibahagian bawah, tapi yang bahagian atas saya tak benarkan duduk. Adalah orang naik keatas tu. tu la kisah pedang tu.

    Like

  18. Dahlea Al-saadi

    saya tertarik dengan sejarah kedah yang hebat.. kita bangga dengan sejarah melayu islam nusantara kita sejak berzaman.meralatkan tindakan musuh 2 islam memusnahkan tinggalan, jasa2 raja melayu siam islam..mmg jat dan tak berguna sema sekali

    Like

  19. Dahlea Al-saadi

    Asslamaulaikum kalau kita study balik kesah sejarah begini kita dapat lihat kerosakan pada negara kita sendiri bila kita bersekongkol dengan musuh2 negara…kita mengulangi kembali sejarah hitam jatuhnya sebuah negara dulu dan tk mustahil Malaysia akan jatuh pada musuh pada suatu hari..kita .

    Like

  20. Dahlea Al-saadi

    Asslamaulaikum cuietok pasai, baru2 nie saya ke KUala Kedah, kawan saya yg berketrunan Merongmahawangssa mberitahu beberapa tahun lepas, ada 2 waris Tok Pasai kembali ziarah kubur TP walaubagaimanapun depa mbertau lokasi sebenar berubah dan kawan saya memberitahu nesan asal yg sumbing dirosakan dimusnahkan dibuang ke dalam sungai .

    Like

  21. Dahlea Al-saadi

    Assalamualaikum cuba pbesar surat Tuanku Nai lOng Kassin kat PM..ada address lengkap ..bkenaan Kota Kuala Kedah..bila kita baca artikel2 bkenaan peristiwa2 ketika zaman kerajaan melayu siam islam..tk dicertakan langsung bkenaan ptadbiran raja Kota kuala Kedah..hanyak mceritakan Sultan abdul Hamid, pdudukan inggeis, belanda dan jepun

    Like

  22. Dahlea Al-saadi

    bila dpt tahu sejarah sebenar..bderau rasanya darah..

    Like

  23. Megat Mahmud bin Megat Othman bin Megat Ismail bin Megat Ngah Mahmud bin Megat Hassan bin Megat gombak Merasin bin Megat Mutabar (Temenggong/Tok Kaya bin Megat Pendia

    Salam sauadara penulis, saya sebenarnya ingin mencari kebenaran akan salasilah keluarga.Sebelum ini saya masih lagi mencari dan tidak berpuas hati akan jalan penceritaan juga juga salasilah yang berada di tangan saya.Kalau mengikut cerita yang tuan kemukakan amat lah berbeza dengan apa yang saya terima selama ini.Makluman tuan watak Syarif Abu Bakar Syah,Syed Alang Alauddin (Panglima Bukit Gantang) orang Besar 8, merupakan anak saudara
    kepada 4 orang Megat bersaudara,berjawatan orang Besar 4,ini amat mengejutkan kerana mereka semua ini adalah moyang-moyang saya.Menharapkan saudara penulis dapat menhubungi saya melalui talian ini 013-3534383 serta bersua muka akan kebenaran ini.

    Like

  24. Assalaamualaiku Cik Dahlia AlSaadi,
    kalau hanya 2 orang yang dikatakan menziarah maqam Tok pasai, dalam beberapa tahun itu ialah saya dengan anak saya. Saya berjumpa Pak Engku yang tuanpunya Tempat Parking kereta tu. Saya minta izin parking kereta didalam tu kerana nak ziarah maqam tok moyang saya itu. kata Pak engku, selama ini tidak ada sesiapa pun yang pernah menjenguknya. Saya tak tahu tentang nisan yang dibuang itu. tetapi yang saya tahu dari kecil ialah maqamnya tak pernah boleh diubah sikit pun. Sudahbeberapa kali pihak tertentu nak ubahkan tetapi tak boleh. yang tu memang saya tahu. Dan sedari kecil waktu umur 11 tahun lebih saya telah pernah dibawa menziarah kubur itu. tetapi masaa tu amatlah susah nak pergi kat situ kerana kena naiki laluan bertiti titi. biasa kami pergi sekali lagi tak boleh nak pergi kerana air pasang danbanjir – tetapi yang peliknya masa tu kalau banjir macam mana pun batu nisannya akan timbul. Biasa pun masuk didalam TV kisah ini lebih dari dekad lalu. Ada apa2 permasalahan ke dengan lawatan itu. Pak /engku memberi tahu saya tak da sesiapa pun yang boleh buat apa2 hal dengan maqam itu. beliau teramat mengetahui kisah maqam itu kerana beliau orang Kuala Kedah jati. Dan ibu beliau pula katanya adalah dari keturunan moyang sebelah ibu saya pula. Tok pasai adalah disebelah bapa saya. Adik beradik saya disebelah ibu adalah adik beradik nya juga, sebab itu beliau memberikan segala kerjasama kepada saya semasa saya menziarah maqam itu. Selepas itu saya dibawa nya menziarahi maqam Putri Lindungan Bulan dan Maqam tengku Anum, kerana katanya saya harus kena ziarahi juga maqam 2 itu sebab ada kena mengena juga. Tetapi sekarang saya menerima jalan buntu. saya dah jumpa dan diperakui oleh orang2 yang punyai ilmu ghaib yang boleh mengesahkan keturunan saya, dari sebelah tok pasai dan disebelah tok bisannya. akan tetapi setakat itu jelah. Apa yang saya nak buat dengan pengetahuan itu. cukup sekadar untuk memberitahu anak2 saya akan keturunan kami – memenuhi arahan tok nek pompuan saya T.Syarifah Aminah melalui anaknya iaitu Tok Su saya itu. Tetapi, saya juga telah menjumpai beberapa orang lain diKl ni yang juga asal usulnya sama keturunan dengan asal usul saya. tok Sheikh Tg Keling tu banyak membantu danmengesahkan keturunan saya, disamping beliau ada lagi tiga emapt orang Sheikh dalam keagamaan yang mengesahkan melalui perhubungan kesufian mereka dengan upline saya yang di lapisan lebih atas tu. Dan terbaru saya telah berjumpa dengan seeorang Wali Terbesar Allah (maaf tak boleh bagi tahu sapa dia kerana tanpa izinnya) – beliau mengesahkan memang yang saya dah ketahui itulah salasialah keturunan saya. Kini kita kena kembali menyerlah ilmu keislaman yang sebenar2nya benar. Kita tak boleh nak berbangga dengan salasilah kita yang tidak boleh bawa kita kemana jua pun. Bersyukur kerana sudah dapat kenal siapa kita, sebenarnya , jadi bila dah ketahui, marilah kita berduyun-duyun mencari identiti diri yang kita kandungi ini dan membebaskannya seberapa segera agar dengan penemuan dan pembebasanitu, diri itu kelak akan dapat membantu kita mengatasi pelbagaimasalah yang bakal kita semua hadapi. Saudara Hazmi ada menyarankan agar kita sama2 mengembalikan kecemerlangan tok nenek moyang kita. malulah kita dipanggil cicit cicit moyang kita andaikata kita masih leka dan menghabis masa begitu saja. Biar lah Kuah Tumpah kenasi. tu lah baru betul dalam mencari salasilah tok nenek moyang kita yang handal2 tu. yang baik dari Allah, yang jahat dari kelemahan saya. Maafkan saya. Amin.

    Like

  25. Salam…semua pembaca dan waris waris yang mencari salasilah atau ada kaitan dengan Sharif Yang DiPertuan….pehak saudara kita telah mengadakan satu laman fb bertajuk Waris Sharif Yang DiPertuan
    jika berminat semuanya dijemput add ke laman tersebut…untuk mengetahuinya….
    Saya dan beliau sedang giat mengumpulkan salasilah dipehak anda setakat ini hanya 12 salasilah sahaja yang pihak kami perolehi…dan hendak dicantumkan…
    Saya juga ada membuat laman fb Tok Bidan Susu Lanjut dan Tok Cepoh untuk mengesan salasilah berkaitan mitos/lagenda nama nama tersebut
    sesiapa yang terasa mengetahuinya sila add di kedua dua kelaman tersebut…bertujuan untuk satukan kembali persaudaraan…

    Like

  26. Cuba kaitkan wan Daim patani sebagai sultsn mohd jiwa. Rasanya lebih tepat.sekaranh kita tunjuk kedah ayutaya saja. Mohd jiwa ansk abdullah.sbdullsh beh jdi po ibrahim manakala pakih ali itu bapa kepada,sultan abu bakar dan andi ali itu cucu abu bakr yang bernama syed ali rhiau…kalU gs bung baru nampak tak jsuh patani dengsn.kedah tu..sedangkan ratu hijsu biru .unggu itu sebelah keluargs nsm che yam .mahyuddin mansurr pun belah nam che yam.. mengapa dengki sangat ahmad tajuddin.kepada abu bakar dan mohd jiwa..mohd jiwa itu mungkin.bsdrul salam manskala ssd tajuddin itu badrul amin. Jika long putra itu long bahar.maka anjang johan.itu long senik maka yang dua lagii long sulong dan long nik.long nik.raja reman yala.mukin.long sulong itu abdullah dan.long senik itu raja muda .. bila tepat baru kata,sejarah.jsngan kecilkan kalau dah besar sultan.mohd 1 ada anak di kedah.tapi merka ambik takhta nya. Sama juga keturunan hsk layak sultan kedah adalah long jaafar bukan sebelah mohd jiwa iaitu sultan kuala muda.mesti ia sebelah sharif abu bakar.sekarang rajakedah j sebelah mohd jiwa adik.ipar abu bakar..tanah harta dan.jawatan dirampas chulskorn dan.rsja raja kedah belah sultan.hamid. biar pun.marah .ia kekalahan melayu kepada chulalokorn total .yang kalah tak boleh.jadi.raja.yang menang boleh lantik kawanya jadi raja.. memang begitulah rezeki tahkta dan.harta. emosi pun.tsk guna.lihat di indonedia dannfilipins dan.australia tak sda rajs langsung.jadi republik..cuma brunei ok. Hsrta dsn tskhta ini kslau ad z peluang orang jsuh rampas.maka hsbislah.adik.beradik sendiri pun tamak dan membunuh kita. Ini kan sepupu dua pupu.dapat ke mereka t a k peduli dsh kita.tak beri takh t a berilsh tanah kebun dan sawah. Kalau diberi nsnti kita jual juga.raja pun.jual tanah.kalau bukan.rezeki kita….kita kalah dengan.inggeris dan thai.kalau.menang mungkin.kekal keadaan.

    Like

  27. Azmi Bin Salleh

    Assalamualaikum sy azmi bin Salleh ingin berkenalan dgn kaum kerabat ,waris waris kesultanan benua siam.sy anak negeri Kedah,lni no Talipon 0135848001 wassap/call

    Like

  28. malekhassan@hotmail.com

    ada salasilah tunku yaakop atau tengku yaacob Raja Muda Kedah, salasilah nampak terputus

    Like

Leave a comment