SRI WIJAYA: Kerajaan Islam Yang Disepikan.

Gunung Jerai yang dilihat dari Pantai Merdeka, Kedah.

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.

Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.

Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876 yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

Gerbang Pintu Masuk ke Penempatan Para Pedagang dan Pelawat di Pelabuhan Melaka, Kedah.

Bukti sirah Nabi S.A.W, beliau mengutuskan Saad Bin Abi Waqas untuk mengIslamkan Raja China, Sai Ti Song yang sebelum itu merupakan pengikut ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s dari ajaran kitab Allah Suhuf iaitu agama Hanif. Anaknya Sheikh Huang Ti ialah ayahanda kepada Merong Maha Wangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Shah I. Beliau telah berkahwin dengan puteri raja Turki ‘Wali Allah Abdal’ Syed Jamal al-Jefri.

Semasa mereka berkerajaan di Kedah, adik Sharifah Mariam telah pergi berdagang di benua Hindi (India). Rombongan perdagangannya telah menarik perhatian raja Hindu yang bernama Soka. Dengan takdir Allah Raja Soka telah memeluk Islam dan mengahwini adik Sharifah Mariam yang bernama Sharifah Mumtaz al-Jefri. Jadi oleh kerana itu hubungan Raja Merong Maha Wangsa sebagai biras dengan Raja Soka, India.

Duit Dirham ‘Fahri’ Kerajaan Kedah.

Dari catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi, beliau sendiri telah singgah di Kedah. Katanya ‘Saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda. Rajanya tunduk kepada negara Islam China dan menyebut maharaja Islam China dalam khutbah jumaat dan mempunyai sikap pandang ke timur (mencontohi maharaja China). Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil ‘fahri‘. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China‘.

Abu Dulaf juga mengatakan orang Kedah pandai menggunakan tepung gandum, memakan buah kurma, roti dan sayur seperti kebudayaan orang Arab.

Pengembara China pula mengatakan di Kedah ramai orang yang mempunyai nama berpangkal ‘Pu‘. Ahli kaji bahasa China bersetuju ia bermakna ‘Abu‘. Ini membuktikan Kedah mempunyai ramai orang Islam.

Pelabuhan KUALA BAHANG di Kedah, tempat Kapal-kapal Perang dan Perdagangan berlabuh.

Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah. Ramai orang tidak tahu di manakah tempat tetap pemerintahan kerajaan Sri Wijaya malah ada yang mengatakan di Palembang, Jawa dan di Kelantan.

Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa kerajaan Sri Wijaya adalah kerajaan Buddha tetapi tanpa bukti yang kukuh, hanya pada andaian sahaja. Sri Wijaya dalam bahasa melayu tua atau bahasa siam bermakna Penempatan Tentera Islam Menyebar Nasihat Raja. Raja Sri Wijaya iaitu Shah Jihan I telah menempatkan tenteranya di kota yang bernama Kota Samarahan di Kepulauan Borneo dan baginda juga membina sebuah Masjid yang besar di Kepulauan Jawa Indonesia berbentuk seperti kuil hindu dan Masjid itu masih wujud hingga sekarang.

Ada catatan sejarah mengatakan pada tahun 1000 masihi kerajaan Kedah pernah menyerang India, ini menyebabkan sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel yang rajanya bernama Rajendra Chola yang mempunyai angkatan laut yang kuat telah membuat serangan balas. Kedah telah disebut-sebut oleh Raja Rajendra Chola sebagai negeri yang paling hebat membuat tindakan balas dan kita sedari ini kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam.

Pada tahun 1025 masihi raja Rajendra Chola telah menyerang Sri Wijaya dan menyebut bahawa Kedah adalah antara kota-kota yang penting bagi kerajaan Sri Wijaya. Pulau Langkawi telah berjaya dimusnahkan dengan teruknya oleh armada perang raja hindu tersebut.

Paul Wheatley telah menterjemahkan batu bersurat raja hindu tersebut katanya “Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora dan telah berjaya menawan Raja Kadaram (Kedah) sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat, beta juga telah berjaya merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaan raja tersebut yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama“.

Dalam Hikayat Merong Maha Wangsa diceritakan tentang serangan ke atas Raja Kedah : “Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri (Langkawi) itu selepas peninggalan perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa pun duduk“.

Pintu Masuk Pelabuhan Melaka “Gerbang Kacapuri” di Kuala Bahang, Kedah.

Merong Maha Wangsa telah memilih Kedah sebagai pelabuhan Melaka kerana ia mempunyai keistimewaan berikutan wujudnya Gunung Jerai yang dapat menjadi panduan kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang dari timur dan barat dan menjadi panduan armada laut Sri Wijaya yang melalui Selat Melaka.

Kota Portugis yang terdapat di Bandar Hilir Melaka hanyalah kota untuk tentera upahan Portugis Islam pada tahun-tahun selepas itu. Dan Ulu Melaka ialah Pulau Langkawi. Selain dari itu Gunung Jerai juga menjadi daya penarik kepada ekonomi kerajaan Merong Maha Wangsa yang selalu singgah di Kota Aur di Lembah Bujang.

Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah.

Bukti dari sejarah menunjukkan pelabuhan Melaka di Kuala Bahang merupakan tempat berlakunya peperangan yang sengit sebelum British dan Belanda mengambil keseluruhan Nusantara ke dalam empayar mereka. Hasil-hasil dari Syburi iaitu Kedah Timur yang di bawa dari Songkla dan pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu di eksport dari sini, di antaranya termasuklah emas dan geliga.

Moorhead mengatakan pelabuhan di Kedah membekalkan timah yang paling banyak di dunia pada masa itu dan kekal sebagai pembekal buat beberapa kurun.

oleh Megat al-Jefri

16 Comments

Filed under Rahsia, Sejarah

16 responses to “SRI WIJAYA: Kerajaan Islam Yang Disepikan.

  1. Zulkifli

    Kota Aur ada di Daerah Sik sekarang ini. Yang mana satu betul. Saya suka baca tapi penuh berhati-hati untuk percaya. Memang sejarah di tulis oleh mereka yang “menang”, tetapi “yang kalah'” juga tak boleh buat cerita sembarangan dengan penuh emosi.

    Like

  2. agustini susi

    saya berasal dari palembang indonesia, terima kasih atas informasi yang anda tulis mengenai sriwijaya. Selama ini saya hanya mengetahui bahwa pusat sriwijaya berada di Palembang. tp ada kemungkinan berasal dari semenanjung malaysia. mengingat pada zaman dahulu belum ada pembagian wilayah negara Indonesia, Malaysia, Thailand… masih kesatuan Nusantara. Saya tak begitu paham tentang sejarah tapi keinginan kuat saya untuk mengetahui asal usul nenek moyang saya sedikit banyak sudah saya dapat dari blog anda.Keabsahan dari wilayah sriwijaya yang sesungguhnya sampai saat ini belum diketahui dengan pasti, akan tetapi saya sebagai masyarakat Palembang bangga menjadi salah satu tempat peradaban sriwijaya. Sriwijaya is the icon of Palembang city Indonesia seperti yang tertuang dalam sejarah yang saya pelajari di Indonesia

    Like

  3. X sealiran dengan mistisfile?

    Like

  4. Teruskan usaha murni anda,sudah pasti sejarah yg digelapkan akan bersinar kembal !!!

    Like

  5. sebelum ini saya mengikuti blog sejarahnagarakedah.blogspot.com. Blog ini memberi lebih keyakinan kepada saya tentang sejarah sebenar kesultanan melayu. Menurut arwah datuk saya kami mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perlis yg mana setelah dikaji oleh saya sendiri adalah merupakan anak-cucu kepada Merong Mahawangsa.

    Harapan saya agar usaha sebegini diteruskan. Gemblenglah tenaga anda bersama-sama pengkaji arkeologi USM dan UKM yg membongkar sejarah sebenar Candi Merbok

    Like

  6. puteri raden ayu indra sakti

    PUTERI RADEN AYU INDRA SAKTI(MELAKA)….SEJARAH YG TELAH DI TULIS DLM LAMAN BLOCK INI ADALAH BAGUS UNTUK TATAPAN SEMUA GENERASI SEKARANG.DARI SEGI PENULISAN SERTA PENCERITAAN ADALAH BENAR DARI CERITA NENEK MOYANG SAYA YG TERDAHULU.SAYA AMAT MEMINATI TENTANG SEJARAH.INI ADALAH SATU KAJIAN YG TERBAIK.

    Like

  7. Barmanok

    Bukti empirik?

    Like

  8. Sukasejarah

    Salam
    Dari segi sejarah Srivijaya itu meluas meliputi kawasan yang sekarang sebahagian Selatan Thai, Semenanjung dan Pulau Sumatera. Pusat pemerintahan Srivijaya berpindah-pindah seperti di Palembang (sekarang dalam Indonesia), Kadaram (sekarang Kedah, dalam Malaysia) dan Chaiya (sekarang dalam Thailand). Tahun 1025, semasa Srivijaya berpusat di Kadaram, Raja Chola menyerang Srivijaya. Saya berpendapat sebab itu candi-candi di Kedah sekarang hanya tinggal sisa, tidak seperti candi-candi di Palembang dan Jambi masih agak utuh.

    Like

  9. Sukasejarah

    Salam
    Namun saya harap sejarah Kedah jangan dikelirukan dengan sejarah Melaka di blog ini.

    Like

  10. Penjejak Waris

    Tak sangka pulak Srivijaya/Sriwijaya ni Islam 😀 terlampau banyak fakta yang diputar belitkan menjadikan kita selalu membuat andaian tanpa bukti kukuh jadinya pelbagai sudut pandangan diutarakan islam buddha dan hindu. tah satu mana yang betul pun dah tak tau nie.. 😀

    Like

  11. @Sukasejarah
    Sejarah Kedah tu la ‘sejarah Melaka’ tu haha

    Like

  12. 1.Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah << yang bina Istana mumtaz tu ka?
    2. Sri Wijaya wujud abad ke 7M dan Moghul ni abad ke 16. Jauh tu..
    3. Dlm buku Sejarah Umat Islam Jilid 4;Hamka – kapal yg paling awal dtg kesini ialah zaman Gabenor Parsi al hajjaj ibn Yusof (Dinasti Umayah) pada 717M.
    4. Sepanjang pembacaan sy ttg kedatangan Islam ke Asia Selatan,Timur dan Tenggara tidak banyak catatan pada tahun 701M-760M. kecuali China semasa zaman Tang/Sung. 50 tahun ni Islam dh hampir sampai keseluruhan jalan sutera laut dan darat. Tp rekod2 ttg raja2 yg memerintah (semua kerajaan) di zaman ni terlalu sikit.. boleh rujuk wikipedia..

    Like

  13. muadzir

    Cuba baca blog ni sejarahnagarakedah.blogspot.com. sebenarnya kajian sebenar sejarah negeri kedah juga datang dari Thailand dari sebuah universiti disana. Kalau nak kan kebenaran bahwa kerajaan Melaka juga datang dari Kedah. Cuba dapatkan Undang2 Tubuh Negeri Kedah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini lansung tak dijadikan rujukan sejarah sekolah atau universiti. Sbbnya apa ia mengandungi cerita sebenarnya Merong, Hang Tuah, Raja Bersiong dan keturunan kesultanan sebenar tanah melayu

    Like

  14. myba

    saya yg buta sejarah sangat tertarik dgn usaha murni tuan…hati2 saya untuk percaya akan semua ini…sbb ia nya baru pada saya…kajian tuan harus di dokong dengan fakta yg kukuh…teruskan usaha tuan semoga ALLAH memberi petunjuk…

    Like

  15. Merong Maha Wangsa Team

    salam…..
    Smga seiring dgn peredaran masa serta umur kta yg kian mnjengah “senja” eloklah kta byk muhasabah diri..renungkan kmbali apa sumbangan kita pada agama,bgsa dn tanah “jawi” trcinta..sdarlah stelah “ketiadaan” kta nnti.kta sbnarnya tlah mnggalkan satu “acuan” dlam mnghasilkan bntuk “resipi2″ kuih-muih utk “santapan” generasi2 slpas kta..smada bntuk kuih -muih itu cntik,hodoh,buruk dsb.nya..jgn trllu mnyaalhkan gnerasi2 slps kita..yg mstahilnya adalh utk kta mmprbtulkan “bentuk2″ trsbut..baru brkisar soal bentuk shja..blum soal halal@haram lg…jwpan adalah krna kta smua sdah mghuni alam “barzakh”…(sdah x dpat brkata2)
    Wahai sdra sbgsa n seagamaku sklian…sblum jauh kta bcarakan soal sejarah…tnya lah dulu diri anda..adakah anda bnar2 brsedia??? krban kan wang ringgit,masa,tenaga,ego dll..jgn prjuangkan sejarah dmi mnjadi “hero” brmusim dn damba kan snjungan smata2..fahami dulu apa erti sejarah..adakah utk mnceritakan kehebatan@mnutup sgala kelemahan dsb.nya…..jka ingin prjuangkan sjarah prlu trima pro n kntranya jka trbkti ianya adalah sbuah kbenaran..!
    Bgamana mncari kbnaran????persoalannya msih adakah/hidup lgi “manusia@tkoh2 yg d mksudkan itu? jgan kn manusia, hatta “tembok2,kota2 serta istana” yg di perbuat dri batu yg keras lg kn hbis di msnahkan..ini kn pla jgka hyat mnusia?..xda lg yg dpat mnceritakan sgala kbnaran…yg ada sbg rjukan hnyalah dri kitab2,naskah2 serta artifak2 “lusuh” jauh skli yg brwrna warni dgn knsep2 milineum…
    Dsni lah akal dn iman kta akan brfngs,i smda mhu mnolak mntah2@mnerima blat2 hsil dri smber rjukan trsebut, x ksah lah smda dari barat@smber Melayu Islam…jgan trllu brkiblatkan barat wlu pn mereka itu nmpak maju n moden…jgan pndang sinis sejarawan mhpun saintis Islam kita..jgn jdi buta sejarah ttg kwujudan tkoh2 hebat spt Ibnu Sina,Al khwarizmi,Al KHindi dll yg kbjaksanaaan mreka trut di akui hebat oleh barat…
    Apa yg ana ingin smpaikan dsni adalah seringkali brlaku “prtembungan” pndapat antara ssma umat Melayu Islam dlm mnegakkn sseuatu “kebenaran” mngikut “teori”@rjukan msg2.Di satu phak lbih brkiblatkan rjukan barat. Alasan mreka rjukan trsebut nmpak lbh mntap bserta latar masa,latar tmpat dll2. lbih tpat lg bgi mreka “lbih baik pcyakan kata2 Socrates n Plato dri mmprcayai kata2 Pglima Awang,Si kitol dll..(yg d aggap Melayu Islam kampung).”stiap mkhluk yg Allah cptakan ada “kelebihan” msg2..Tpuk dada tnya lah iman anda dlm mrujuk,mnilai srta mmbuat tafsiran…
    Pihak musuh2 Allah sdg brtpuk tangan mnyaksikan “prtembungan” hbat ini,ana cdangkan agar ssiapa/pihak yg ikhlas mmprjuangkan “kebenaran” ini brani tampil n dduk semeja dlam satu “ukhwah”..jgan hnya pandai “baling batu smbnyi tangan”..akhirnya umat Islam itu sndri akan trsgkur layu rebah ke bumi…byak lg yg blum trungkai..perturunkan lah “ilmu” n “minat” ini kpda generasi muda slpas kita agar “perjuangan” ini ada kesinambungannya…wslam….Tkbir…Allahkbar 3x!!!
    P/s. jka ada sbrg cdngan @ buah fikiran ikhlas demi kesinambungan perjuangan ini emel kn kpda ana: lagoon.biz@gmail.com / lavender.bizz@gmail.com

    Like

Leave a comment