Tugu Negara, Berhala Peninggalan Inggeris.

Apabila disebut Tugu Negara, terpancar di fikiran kita bahawa ia adalah sebuah tugu yang dibina untuk memperingati para pejuang yang telah berkorban untuk membebaskan Malaya pada suatu ketika dahulu. Adakah ianya benar-benar sebuah Tugu Negara atau sebuah Tugu untuk memuja pengganas/penjajah Inggeris? Tidak siapa di antara kita yang mengambil peduli pada ukiran wajah ketujuh-tujuh patung tersebut.

Tugu Negara berpatungkan Inggeris.

Sejarah Tugu Negara.

Tugu Negara pada mulanya telah dibina semasa zaman pemerintahan penjajah/pengganas Inggeris. Mulanya hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di Jalan Tugu. Ia dibina oleh penjajah untuk memperingati para tentera Inggeris yang mati dibunuh.

Hanya manusia yang mempunyai akal akan bertanya, mengapa 5 dari 7 patung tersebut diukir wajah Inggeris? dan 2 patung yang dipijak oleh 5 wajah Inggeris merupakan patung Tentera Rakyat dari PKM? Mengapa tidak kita sanjungi Tentera Rakyat yang berjuang di dalam hutan untuk kemerdekaan dan mengusir Inggeris dari bumi Malaya dengan darah.

Patung-patung Inggeris ini berdiri gagah memegang bendera Malaysia kelihatan seperti Inggeris memerdekakan negara ini. Jika ditanya, daripada siapa mereka bebaskan Malaya ini? Bukankah mereka yang datang menjajah kita, mengaut kekayaan hasil bumi kita, memeras penduduk Malaya, merompak harta rakyat dan bermacam-macam lagi kekejaman yang dilakukan tetapi rakyat Malaya pada ketika itu buta kerana disumbat dengan pound dan coklat made in England.

Inggeris telah datang kemari dengan menghapuskan rakyat yang melawan penindasan. Pejuang-pejuang tanah air seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Rentap di Sarawak, Tok Janggut dan ribuan lagi pemimpin telah ditangkap dan ada yang dibunuh kejam.

Tidak terlepas apabila Darurat diisytiharkan pada 19 Jun 1948, pemimpin revolusioner seperti Dr Burhanuddin telah dipenjarakan dan menderita sakit. Pemimpin dari bangsa Cina seperti Lai Raifel mati di tali gantung Inggeris dan juga pemimpin dari kalangan buruh India seperti Ganapathy yang dibuang ke India. Mengapa persoalan ini semua kita biarkan berlalu lalu dan kita masih memuja Tugu berlambangkan Inggeris ini. Dimana wajah-wajah para pejuang dari kalangan rakyat Malaya? Apabila kita mengagungkan penjajah Inggeris ini, bermakna kita telah mengkhianati perjuangan nenek moyang kita melawan penindasan Inggeris.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan, kesemuanya nama-nama tentera Inggeris dan tentera dari negara Komanwel. Tidak ada satu nama Melayu atau Cina atau India pun ditulis. Pada setiap tahun kita mengadakan perbarisan mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan di tugu ini, malangnya kita menyembah tentera Inggeris. Ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman pemimpin Inggeris yang berwajah Melayu tetapi berhati Inggeris. Dasar-dasarnya semua ciptaan tuan Inggerisnya belaka. Dialah yang menjayakan pembinaan Tugu Inggeris ini untuk mengambil hati Sir Inggerisnya.

Setiap tahun pada 31 Julai, Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Para Pemimpin Tentera dan Polis akan memberikan penghormatan di tugu ini. Mereka secara langsung memberi penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. Bukankah ini satu perbuatan yang gila? atau mereka ini semuanya buta hati.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan adalah nama askar-askar Inggeris dan Tentera dari negara Komanwel.

sumber: http://patriot1957.blogspot.com/

6 Comments

Filed under Politik, Sejarah

6 responses to “Tugu Negara, Berhala Peninggalan Inggeris.

  1. kelicap kali

    memang tuan2 adalah yng mempunyai minda dan pandangan yang tajam,jenerasi ini yang dapat mencelikan rakyat yng selama ini tak ambil tahu.Kemajuan adalah matlamat tapi jati diri penting supaya tak terlerai bila kita dipaksa.Yang kuat yng melata,yng selalu empuk jati diri tipis.

  2. sha

    ya, betul tu..kenapa hanya orang inggeris dan penyokong2 nya sahaja yang diberi tempat n perhatian? bagaimana pula dengan golongan lain seperti golongan tengah dan golongan kiri? bukankah mereka ini yang begitu bersemangat menuntut kemerdekaan tanah air dahulu? satu lagi, mestikah kita memperingati sesuatu tarikh bagi mengingati seseorang tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn? bagaimana pula dengan para pejuang yang? ini tidak adil bagi mereka yang berjuang bermati-matian, sedangkan Dato’ Onn sendiri tidak pernah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, sebaliknya beliau tidak yakin akan kebolehan bangsa Melayu untuk memerintah negara…..kata-kata beliau dapat dilihat dalam satu laporan oleh A.J.Stockwell bahawa…..
    “ They (Melayu) appreciate that they are not yet ripe for independence and that their political, economic and social progress will be advanced by British help. They know that for a long time to come they cannot afford to dispense with that help. The policy of U.M.N.O as repeatedly voiced by Dato Onn, is to put a strong curb on any Malay urge that there may be for immediate independence so that the Malays may learn to walk before they attempt to run”.

  3. tugu negara yang dibanggakan semasa lawatan sekolah rendah dulu

  4. lol

    benda ni bila da jadi amalan atau acara penting setiap taun…susah nak cover blek

  5. karim

    hal tugu ni remeh je. Yang utama, tukar nama asal semenanjung malaysia ke semenanjung tanah melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s