Bagaimana Bank Mencipta Wang?

Debt Slave

 

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.

Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.



Peringkat 1: Wang permulaan “$0″

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?



Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

 

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?

Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.

Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.



Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara

Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.

Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagai rizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin

Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”

Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.

Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin

Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.

Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.

Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.

Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?

Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?


Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasional kerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?

Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?

Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang RM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billion dengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?

…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…

11 Comments

Filed under Ekonomi, Rahsia

11 responses to “Bagaimana Bank Mencipta Wang?

  1. ahmad shahir

    Bagi lah cadangan untuk mengatasinya jika anda betul2 seorang pemikir.
    Bukan hanya memberi persoalan, dan kemudian membuat kritikan.
    Kritikan negatif tu namenya.. tidak membina langsung.
    ok, sekarang, mari sama2 kita berfikir untuk cari alternatif lain untuk hadapi perkara ini.

  2. anonimes

    alternatif sudah ad dpn mate bro..EMAS…tu je currency yg sepatutnye digunakan dlm dunia ni bukannye wang kertas ciptaan barat tu..

  3. pencari7rahsia

    Inilah dia jawapan yang aku cari selama ini. Dahulu aku pernah merasa sangat hairan kenapa keluarga Rothchild yang memiliki dan menguasai Federal Reserve dikatakan memiliki 50% kekayaan dunia. Lebih kaya dari negara-negara. Jika negara miliki kekayaan memang logik dan patut sebab negara miliki orang, tanah, sumber, perindustrian dan lain2. Adakah Rothchild jumpa harta karun sebanyak jumlah kekayaan dunia? Tidak? Jika dia menceburi sebarang perniagaan samada sendiri atau melaui proxy? Tapi tak logik takkan sampai total duit dia banyak sangat. Sekarang dah dapat maklumat sambil menduga maklumat seterusnya. Ada soalan yang nak ditanyakan..

    Apabila negara membayar pinjaman kepada bank negara atau bank dunia, maka apa yang berlaku kepada wang tersebut? Adakah wang tersebut kembali menjadi nilai kosong? Sepatutnya kosong la sebab pada asalnya bank tidak miliki sebarang wang untuk dipinjamkan. Tapi bila fikir bahawa yahudi antarabangsa yang diwakili oleh Rothchild miliki separuh wang dunia maka sudah pasti wang tersebut tetap kekal dan menjadi milik bank negara (federal resserve). Betul ke atau aku silap faham? Sepatutnya bank negara harus ambik wang upah sahaja.

    Sebenarnya Federal Reserve tak dimiliki oleh negara tapi milik Rothchild. Tak silap aku berdasarkan ingatan, salah satu sebab presiden Kennedy dibunuh kerana dia merancang untuk memiliknegarakan Federal Reserve. Dengan kematiannya, usaha itu gagal dan tidak diteruskan oleh presiden seterusnya.

    Sebab itulah sekarang ini umat islam mesti jadikan emas sebagai currency.

  4. sofuan hilang duit dalam bank di pekan kangar … sekarang aku nak lupakan bank yang penipu tu. bila aku pergi ke balai polis Mata Ayer Perlis untuk buat laporan, koperal misai kata “hang pi balik” selepas itu dengan nada yang “kecewa” aku meneruskan perjalanan ke utara untuk berjumpa dengan Raja Utara duit hilang dalam bank🙂 pegawai bank kangar lah yang mencuri duit dalam bank

  5. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

    “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

    maknanya bagi kita org islam kena yakin hanya emas n perak sahaja yg boleh diguna pakai.
    ada sejarahnya kenapa n mengapa yahudi guna wang kertas ganti emas..

  6. Muhammad

    ahmad shahir artikel ni dah sangat bagus. kita sebagai manusia janganlah malas orang lain dah mengkritik kita nak suruh dia bagi cadangan lagi. septatutnya tugas kita pula memberi idea-idea baru. tambat nilai berdasarkan emas memang bagus. masalahnya malaysia banyak bergantung import-eksport dengan negara US. dan masalahnya boleh dikaitkan dengan sains. dah ilmu sains pun lemah, nak cipta produk baru pun x boleh.

  7. kita malaysian sebenarnya sudah bijak tetapi masih dalam pemikiran -aku nak jadi jutawan- orang amerika dorang punya thinking lain sikit- i want my name to be famous- mereka lebih suka cipta mencipta, duit second thought , malaysian pula- baru graduate nak gaji dalam ribu-ribu, tu belum tau kerja ok ke tak ok…

  8. ingintahu

    bagaimana dengan sistem barter untuk menyelesaikan masalah ni? kalo kita berjualbeli dgn barang yg berguna antara negara-negara lain, xkan berlaku percetakan wang yang hakikatnya adalah asalnya 0$.barter pon ada kelemahan jugak sebab kemungkinan barang yg kita nak trade tu x setimpal dengan barang org yg kita nak berurusan. contoh kalo negara kita banyak sawit, tetapi kita memerlukan computer dan alat elektronik daripada US. so utk menyelesaikan masalah ni, kita trade sawit kita ngan computer;itupun kalo US perlukan sawit(dalam erti kata lain, berjualbeli berdasarkan komoditi). saya difahamkan sekarang seluruh dunia perlu trading pakai dollar. timbul lagi persoalan lain, adakah kekayaan sesuatu negara itu diukur berdasarkan komoditinya yang paling banyak tetapi diperlukan sangat kepada umat manusia( seperti air dan petrol); makin banyak petrol, makin kaya. gitu?i. kalo camtu arab saudi kaya lah ek berbanding US?. dan ini juga membuka perbincangan yg lain berkaitan perang iraq, kenapa US nak minyak dll and so on. sekadar ingin tahu daripada admin. nice artikel.

  9. mindaahad

    #2014TahunRajinMembaca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s