Sejarah Legeh, Pattani, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka.
Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.
Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
———————————————————-
———————————————————-
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato’ Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani.
Dato’ Nang Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah.
Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.
————————————————————————
———————————————————————–
Queen Elizebeth II bersama suaminya
———————————————————————
——————————————————————–
Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato’ Nai Riam dan suaminya Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja baru negeri Kelantan Darul Naim.
Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka (Thai dan British) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja siam-thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.

—————————————————————-

Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibelah dua. Seperti peristiwa Germany telah dibelah dua, begitulah juga Kedah kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani baru.
Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran di dalam negeri baru itu terletak di bawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.

Di sebelah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai.
Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti sultan-sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah yang palsu untuk menunjukkan kepada sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja dahulukala.
———————————————————————
——————————————————————–
———————————————————————-
———————————————————————-
Begitu jugalah dengan negeri di bawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran kerajaan Legeh yang berpusat Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga keturunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman.
Padahal Terengganu dan Kelantan ialah kerajaan Pattani. Manakala Pattani Darus Salam pula ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara Long Senik Mulut Merah dan Tengku Besar lanun Kampung Laut.
Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.

————————————————————-

Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor.

Beliau telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim.

Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.

Arca Rukun Negara di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Star. Yang mengandungi simbol topi kerajaan kafir British Empire.

—————————————————————

Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.

Lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini.

Mungkin jika diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.

Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau telah menghancurkan kerajaan Rom ini pada usia 21 tahun.

Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera“.

Sultan Muhammad al-Fatih (1432-46M) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba’al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Sultan Muhammad al-Fatih adalah Raja yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Dicatat oleh Megat al-Jefri

8 Comments

Filed under Rahsia, Sejarah

8 responses to “Sejarah Legeh, Pattani, Kelantan, Terengganu dan Johor.

  1. adisarwajagat

    assalamualaikum…
    terlebih dahulu hamba memohon maaf jika maklumat yg hamba nyatakan di sini berlawanan dengan kenyataan saudara… negeri Terengganu telah lama wujud sebelum negeri Patani… negeri Terengganu atau lebih dikenali dengan nama Benua Terengganu telah wujud sebelum tahun 1292M berdasarkan Piagam Batu Bersurat Terengganu (PBBT)… malah Sultan Malikus-Saleh dan Syeikh Ismail telah sampai ke Fo-Lo-An pada tahun 1290M sebelum diwartakan tanah jajahan keseluruhannya Benua Terengganu pada tahun 1292M. Pewartaan PBBT itu telah dihadiri kesemua pemerintah alam Melayu yang suatu ketika dahulu berhimpun di Fo-Lo-An untuk menyembah patung Hindu yang terbesar di alam Melayu sebelum di Islamkan…
    wassalam.

    “Tamra di Benua Terengganu”
    “Persiapan dari Bhumi Madinah Timur”

    Like

  2. wan

    lebih setahun saudara adisarwajagat bagi komen,, nampaknya saudara pengarang tidak memberi sebarang reaksi disini berkenaan kewujudan negeri Terengganu…..mohon reply komen adisarwajagat untuk maklumat bersama pembaca yang lain

    Like

  3. mindaahad

    Sila rujuk kategori ‘Sejarah’. Baca semua artikel. Kenali kerajaan Kedah Tua.

    Like

  4. RS

    SY UCAP SYABAS TUAN

    Like

  5. Pada zaman dahulu kala, daerah Besut diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya
    yang berkuasa di Hilir Besut. Baginda adalah ketua Lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan
    kurangnya penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematian beliau, kerajaan Baginda menjadi
    kucar kacir akibat masalah perebutan kuasa di antara pembesar pembesar beliau yang merebut kuasa
    dalam kerajaan Baginda. Keadaan lebih diburuk lagi dengan serangan oleh orang-orang Pangan ( orang
    Asli ) yang diketuai oleh ketua Batin mereka yang bernama Besut berkuasa di kawasan hutan tebal
    pendalaman yang berbukit bukau. Kumpulan kumpulan lanun yang berpecah belah telah berundur ke
    pulau pulau sekitar perairan laut Besut terutama sekali ke Pulau Perhentian. Atas kejayaan Besut
    memimpin orang orang Pangan menduduki Hilir Besut, nama beliau menjadi nama kepada kawasan
    kekuasaan beliau di Hilir dan Hulu. Daerah Besut mendapat nama sempena nama beliau.
    Melalui catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan daripada buku Tuhfatul Nafis
    karangan Raja Ali Haji telah menyatakan mengenai sekumpulan pedagang dari negeri Pattani telah
    datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif. Cik Latif berasal dari Sumatera
    dan telah biasa berdagang di negeri Pattani. Pertelingkahan telah berlaku di antara pedagang pedagang
    dengan orang orang Pangan dan telah menyebabkan berlakunya peperangan antara mereka dan
    kumpulan Cik Latif telah di bantu oleh ramai pedagang pedagang dan penghijrah penghijrah dari Pattani
    serta Kelantan iaitu golongan Barraq yang penuh seni budaya dan hiburan etnik. Orang orang Pangan
    telah berundur ke Hulu Besut dan ditawarkan segantang mata kail oleh Cik Latif untuk memujuk orang
    orang Pangan agar terus kekal tinggal di kawasan Hulu Besut demi menjaga kedamaian Hilir Besut.
    Beliau telah berjaya membina sebuah perkampungan di tebing Sungai Besut yang diberi nama
    Palembang sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan pusat pentadbiran
    yang pertama di Besut sebelum Kampung Raja.
    Apabila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya yang bernama Cik Kamat. Semasa
    pemerintahan Cik Kamat , daerah Besut berada dalam keadaan huru hara kerana ancaman dari
    perompak lanun yang bermaharajalela di pulau pulau yang berada di sekitar laut daerah ini yang
    diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.
    Angkatan Cik Kamat tidak berdaya untuk menghadapi angcaman lanun lanun ini dan beliau telah
    membuat keputusan meminta bantuan dari Sultan Terengganu. Permohonan beliau telah dipersetujui
    oleh Sultan Terengganu ketika itu iaitu Sultan Mansur 1 , yang dikenali sebagai Marhum Berjanggut.
    Baginda memerintah Terengganu dari tahun 1726 – 1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan
    tentera Terengganu dengan kemudahan kapal-kapal perang berserta meriam-meriam untuk memerangi
    dan melemahkan kegiatan lanun lanun sekitar laut Besut. Angkatan tentera Terengganu telah diketuai
    oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.
    Tengku Kadir dan tentera di bawah pimpinannya telah berjaya mengalahkan lanun lanun tersebut dan
    telah memaksa saki baki lanun-lanun tersebut berundur ke Pulau Perhentian secara menyeluruh.
    Sebagai penghargaan atas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah
    diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah negeri Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai
    Orang Besar Besut dan mendapat hak ke atas Pulau Rhu. Pergolakan politik negeri Kelantan serta tanah
    Jajahannya sebelum tahun 1793 telah mendesak pemerintah negeri Kelantan iaitu Long Yunus agar
    meminta bantuan persenjataan dan pengaruh politik daripada Terengganu untuk menamatkan perang
    Saudara yang melanda negeri Kelantan yang dicetuskan oleh Long Pandak untuk menduduki takhta
    pemerintahan Kelantan melalui rampasan kuasa secara peperangan. Setelah angkatan Long Pandak
    berjaya ditumpaskan, Long Yunus telah berjaya menyatukan kembali tanah tanah Jajahan Kelantan yang
    berpecah belah akibat perang saudara tersebut.
    Pertelingkahan berlaku antara Long Yunus dan Kerajaan Terengganu akibat sikap Kerajaan Terengganu
    yang terlalu banyak menuntut banyak pampasan atas bantuan tersebut telah merenggangkan hubungan
    politik kedua-dua negeri. Negeri Pattani juga tidak menyenangi Long Yunus kerana keangkuhan Long
    Yunus dalam banyak perkara yang melibatkan hubungan serantau. Kelicikan Long Yunus mengetuai
    angkatan perang tidak memberikan kesempatan untuk negeri Terengganu untuk bertindak menyerang
    Kelantan.
    Setelah kemangkatan Long Yunus, kesempatan telah diambil oleh kerajaan Terengganu untuk
    menyerang Kelantan menerusi angkatan Laut . Pada tahun 1795, kerajaan Terengganu di bawah
    kekuasaan Sultan Zainal Abidin ke-2 ( 1794 –1804 ) yang digelar Marhum Mata Merah telah
    menghantar 1000 tentera laut dan 100 kapal perang berserta meriam-meriam dan kelengkapannya ke
    muara Sungai Kelantan dan berpangkalan di muara sungai Kelantan dan di tengah sungai Kelantan di
    Kota Bharu. Satu pakatan sulit telah dibuat dengan Pattani di tengah laut agar menyerang sebuah
    Jajahan Kelantan iaitu Tumpat secara mengejut. Kegagalan ketua angkatan tentera Kelantan untuk
    membaca tipu muslihat angkatan kapal kapal perang tentera laut Terengganu yang berpangkalan secara
    sunyi berhari- hari secara berbaris di muara Sungai Kelantan dan ketidak sabaran tentera Kelantan untuk
    menghancurkan angkatan Tentera Laut Terengganu telah menyebabkan 20000 tentera serta pejuang
    Kelantan yang berkubu di tepian muara sungai dan di tepian sungai di Kota Bharu menyerang
    kedudukan Kapal Perang Terengganu di tengah sungai secara mengejut. Peristiwa ini membawa kepada
    peristiwa “Sungai Merah” akibat bedilan bertubi-tubi dan mengejut meriam-meriam daripada kapal
    kapal perang Terengganu keatas kubu-kubu tentera Kelantan di tebing Sungai Kelantan dan perahu
    perahu tentera Kelantan yang menuju untuk menyerang kapal kapal perang Terengganu di tengah
    sungai.
    Seramai 3500 tentera Pattani menyerang Kelantan melalui darat secara mengejut di Jajahan Tumpat
    memburukkan lagi tekanan kepada tentera Kelantan. Peristiwa “Sungai Merah” telah melemahkan
    Tentera Kelantan untuk terus bertahan di kawasan jajahan-jajahan Hilir Kelantan. 600 tentera
    Terangganu dari angkatan tentera laut Terengganu yang berpangkalan di tengah sungai Kelantan telah
    berjaya menakluk Kota Bharu setelah menentang saki baki tentera Kelantan yang masih berkubu di
    kawasan Hilir Kelantan. Kekejaman ini diteruskan dengan menggantung mayat-mayat tentera Kelantan
    di dahan-dahan besar untuk menimbulkan kegerunan di kalangan pejuang pejuang Kelantan yang
    diambang kekalahan untuk menghalang pencerobohan Terengganu di Hilir Kelantan. Ini menyebabkan
    kawasan Hilir Kelantan dan ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu jatuh ke tangan Terengganu mendesak
    kerabat Raja Kelantan, tentera dan rata-rata rakyat Kelantan berundur ke Hulu Kelantan dan
    mendirikan kota di Kuala Krai. Kawasan Hilir Kelantan sahaja dijajah oleh Terengganu dari selama hampir
    5 tahun sehinggalah tahun 1800. Kawasan Hulu Kelantan masih dalam kekuasaan Pemerintah Kelantan
    yang mendirikan kota di Kuala Krai.
    Tawanan perang Kelantan yang masih hidup dicucuk rotan pada kedua-dua isi betis yang ditebuk dan
    ditambat untuk mengelakkan daripada melarikan diri dan ramai dibawa ke Terengganu melalui kapal
    laut untuk diperhambakan. Penderitaan rakyat Kelantan yang hidup dibawah jajahan tentera
    Terengganu di Hilir Kelantan selama hampir 5 tahun telah mendorong pemerintah Kelantan iaitu putera
    kepada Long Yunus berbaik-baik dan meminta sokongan politik daripada Kerajaan Siam agar mendesak
    Sultan Terengganu agar menarik keluar angkatan tentera Terengganu yang menjajah Hilir Kelantan.
    Pada tahun 1800, Sultan Terengganu telah mengarahkan semua tentera Terengganu agar keluar dari
    bumi Hilir Kelantan dan kembali ke Terengganu untuk menamatkan penjajahan hampir 5 tahun di Hilir
    Kelantan atas desakan daripada Kerajaan Siam yang amat kuat.
    Pengunduran ini telah dilakukan tentera Terengganu pada tahun 1800 , kecuali 30 orang tentera
    Terengganu yang “Nelang” serta tidak patuh arahan Sultan Terengganu, 30 orang tentera Terengganu
    ini masih bertahan di Kota Bharu untuk menentang kemaraan 15000 tentera serta pejuang Kelantan
    dari Kuala Krai. Pada tahun 1800, pemerintah Kelantan iaitu putera kepada Long Yunus telah dinaikkan
    takhta dan di beri nama Sultan Muhammad 1 atas jasa Baginta membebaskan Kelantan daripada
    penjajahan Terengganu di kawasan Hilir Kelantan. Kelantan berjaya disatukan oleh kekuasaan Baginda
    Sultan Muhammad 1.
    Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut yang diiktiraf oleh kerajaan serantau Besut
    telah mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya telah membina
    benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan Kota Palembang dan
    kemudiannya mendirikan tempat kediaman diRaja di Kampung Raja dalam keadaan pemerintahan
    Baginda yang aman damai di Besut. Negeri Besut telah menjadi sebuah negeri Naungan Kerajaan negeri
    Terengganu. Kemangkatan Tengku Kadir pada tahun 1835 telah digantikan oleh puteranya iaitu Tengku
    Ali. Tindakan Tengku Ali yang mahu Besut yang merdeka daripada menjadi naungan Terengganu dan
    dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah, tanah jajahan ( Kemaman ) dan negeri naungan
    Terengganu ( Besut ) secara langsung dan membelakangkan hak dan autonomi negeri naungannya telah
    memulakan pemberontakan di Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh dalam buku Mengkaji Sejarah
    Terengganu , semasa pemerintahan Tengku Ali , telah berlaku peperangan antara Besut dan
    Terengganu. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Besut. Tengku Ali telah memberontak
    terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu kerana dasar Sultan Omar . Semasa istiadat melantik
    Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu , Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar
    telah menghantar rombongan pengintip ke Besut dan melalui maklumat telah mendapati Tengku Ali
    telah mengumpul 3000 pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Tengku Omar. Peristiwa ini
    berlaku pada 23 Syawal 1292 Hijrah/ 1876 Masihi. Kemurkaan Sultan Omar menyebabkan Sultan Omar
    terus menghantar surat bantahan kepada pemerintah Siam serta memberi amaran kepada Kelantan
    supaya kedua-dua kuasa itu tidak campur tangan dalam hal ehwal tanah jajahan Baginda. Keadaan lebih
    meruncing setelah 1000 tentera Kelantan telah menyeberangi sempadan Besut-Pasir Puteh bagi
    memberikan bantuan ketenteraan kepada Tengku Ali di Besut. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang
    tentera Terengganu yang di ketuai oleh Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri Mahkota Raja ( Abdul
    Rahman bin Ali ) dan menyerang Besut melalui laut . Tengku Ali sempat lari ke Kelantan dan mendapat
    perlindungan di sana. Selepas peristiwa itu , Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.
    Apabila Tengku Ngah memerintah Besut , berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku
    Muda. Dalam keadaan genting , Tengku Ngah menyerahkan kuasanya kepada adiknya iaitu Tengku Chik
    Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampung Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampung Raja.
    Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk
    menyelesaikannya. Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang
    berkuasa dimana Baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kampung Raja
    di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kampung Lampu di barat matahari jatuh. Kekuasaan
    Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau
    mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil
    yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak Sultan Terengganu. Beliau juga mengambil berat mengenai
    Pendidikan Islam dengan menggalakkan pendirian sekolah Pondok yang didirikan untuk mengajar
    agama, dan mendirikan balai Polis, wakaf-wakaf perhentian. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan
    masih ada sehingga sekarang. Pemerintah terakhir dalam dinasti beraja Palembang Negeri Besut ialah
    Tengku Ngah 2 . Beliau seorang yang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk Kota
    Palembang dan Kampung Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaimana
    yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Tengku Ngah 2 telah mangkat pada 1899 setelah memerintah
    Besut selama 19 tahun. Setelah kemangkatan Tengku Ngah 2, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu
    wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sinilah berakhirnya kedudukan Besut sebagai
    sebuah negeri naungan kepada tanah jajahan Terengganu secara rasminya dan ditukarkan kepada
    daerah pada tahun 1909. Keadaan ini telah mencetuskan rusuhan oleh rakyat Besut tetapi berjaya
    dikawal oleh polis-polis Besut yang disokong oleh Tentera Terengganu. Pesuruhjaya Besut yang pertama
    ialah Tengku Long atau gelarannya Tengku Seri Indera Segera. Kemangkatan Tengku Long pada tahun
    1909 telah menyebabkan Besut telah ditadbir terus dari Kuala Terengganu sebagai sebuah daerah.
    Dengan berlakunya Perjanjian Bangkok pada 1909 antara British-Siam, Terengganu telah dianggap
    sebagai negeri naungan British. Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama
    sekali Kota Palembang, Besut. Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kampung Raja dan
    lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakkannya masih lagi menetap
    di Kampung Raja sehingga hari ini.
    Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbir oleh Wakil Garbenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu Mr.
    Aratake. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana Tuan Haji Wan Long ( Datuk Sangsura
    Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh Tengku Seri Akar.
    Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, jawatan Pesuruhjaya telah dihapuskan oleh British dan
    meletakkan Besut di bawah Pentadbiran Deputy Resident Commissioner. Orang pertama yang menjawat
    jawatan itu ialah Encik Abdul Aziz bin Hussin. Pengistiharan Kemerdekaan Malaya telah dibaca oleh
    Encik Ismail bin Yusof ( Dato’ Bentara Luar ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    Terengganu.

    Like

  6. azmatkhanalhusaini

    Lanun Kg Laut Ye ke…..emmmm

    Like

  7. Pingback: sejarah daerah hulu terengganuReferensi Sejarah | Referensi Sejarah

  8. arebearjaw

    Setiap kerajaan ada pusat pemerintahan.Setiap pusat pemerintahan sultan zaman dahulu ada istana.Di mana tapak istana pemerintahan yg di katakan berpusat di Legeh,Air Lanas,Jeli?

    Like

Leave a comment