Sejarah Panglima-panglima Perang Islam Ahlul-Bait.

Di artikel kali ini marilah kita melihat pula peranan Panglima-Panglima Ahlul-Bait, yang menjaga ketua-ketua mereka dari jatuh ke tangan musuh-musuh Allah. Ini adalah maklumat yang digelapkan oleh musuh-musuh Allah seperti mana mereka menggelapkan sejarah pemerintahan Syarif Yang Dipertuan Kedah Tua Ahlul-Bait di Nusantara, pengelapan dana-dana atau elaun-elaun khas untuk keluarga Ahlul-Bait Nabi S.A.W dan penghapusan Kuliah Fadhilat dari Pengajian Islam yang didalamnya terdapat fadhilat-fadhilat tentang Ahlul-Bait yang semua ini dihilangkan secara halus dan terperinci.

Kesungguhan Panglima-Panglima Ahlul-Bait ini dari kerajaan Moghul Hindi, kerajaan Islam China Tang, Yuan, Ming serta Manchu (yang mana komunis Mao Tse Tung ( 1893-1976 ) menganggap kerajaan-kerajaan ini Budhha Kafir) dan kerajaan Turki Usmaniyyah serta kerajaan Islam dari Panglima Soka atau nama Islamnya Shah Jihan Pertama dari kerajaan Islam Sri Wijaya yang berpusat di Kota Samarahan, Sarawak sejak ribuan tahun yang lalu sungguh menakjubkan.Tapi sekarang jasa-jasa mereka ini di sia-siakan oleh musuh-musuh Allah dengan membuat penulisan palsu tentang kerajaan-kerajaan daerah ini. Kerajaan-kerajaan daerah ini di gelapkan sejarah perhubungan mereka dengan empayar-empayar Ahlul-Bait ini khususnya Empayar Islam Melayu Merong Maha Wangsa. Ini kerana bencinya musuh-musuh Allah ini dengan Nabi s.a w. dan ahli keluarga keturunan baginda s.a.w. ini.

BENDERA PUTIH DARI BENDERA NABI S.A.W. SEDANG DIARAK OLEH PANGLIMA-PANGLIMA TURKI MONGGOL,  PENJAGA RIBAT DI BLOK SEBELAH BARAT DARI RAJA DAERAH TURKI USMANIYYAH, DI APIT OLEH BENDERA-BENDERA DAERAH KERAJAAN MEREKA

Panglima-Panglima Usmaniyyah merupakan antara pemegang Bendera Putih atau penjaga keluarga nabi S.A.W. di sebelah Barat. Mereka inilah datang untuk menyelamatkan Syarif-Syarif Mekah ketika tentera-tentera Boneka British iaitu Wahabi Saud yang membuat serangan pertama ke atas bumi Hijjaz pada tahun 1805 atau 1220 Hijrah. Syaitan-syaitan Wahabi ini telah membunuh orang-orang Islam termasuk kerabat diraja Syarif Mekah sebelum lari tunggang langgang pulang ke Riyadh setelah di kejar oleh Panglima-panglima Ahlul-Bait iaitu tentera Turki Monggol Usmaniyyah.Dalam penulisan moden, kerajaan Turki Usmaniyyah ini di gelar sebagai Khalifah Islam. Ini sebenarnya satu penipuan di dalam penulisan Barat untuk menutup Kekhalifahan Ahlu-Bait Quraisy terutamanya Kekhalifahan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa di Nusantara.

Keberkesanan penipuan musuh-musuh Allah ini begitu ketara sehingga pemerintahan Raja Syed Ali iaitu Gabenor atau Raja Daerah wakil Kedah Tua di negeri Albani atau Australia dapat ditutup dengan begitu rapi sekali. Maka keluarlah penulisan barat yang benua kecil Australia ini dibuka dan dimajukan oleh orang-orang mereka dari Barat.

Sebab itulah apabila Kafir Sukuthai datang melanggar Kota Ayuthia, mereka terus melantik Tak Sin atau Mukhtar Hussin sebagai Maharaja Ayuthia. Ini kerana mereka takut ancaman dari Panglima-Panglima Islam Ahlul-Bait dari negeri China. Ada penulisan mengatakan yang Tak Sin ini seorang lelaki yang murtad. Setelah beliau di lantik sebagai Maharaja Ayuthia, kerana berjaya membantu tentera kafir Sukhuthai menghalau ayah angkatnya iaitu Khalifah Damayazid Boromoraja Ekataat Sultan Syarif Abu Bakar Syah ( 1767-1821 ) dari Benua Siam atau Indo-China yang sebelum ini pernah bersemayam di Kota Pagan Myanmar, Kota Ayuthia, Kota Legor dan akhir sekali gugur syahid di Kota Mengkuang, Kedah.

Kemudian tentera kafir ini meminta Mukhtar Husin ini menghantar perwakilan untuk memaklumkan kepada Raja China iaitu Panglima-Panglima Islam penjaga ribat Timur ini yang Khalifah telah mangkat dan penggantinya ialah Mukhtar Husin. Siapa yang mengajar pihak Thai sehingga begitu bijak sekali membuat helah sedemikian, tidak lain dan tidak bukan melainkan syaitan dari Culcutta, iaitu British Empire. Mereka sentiasa memberi dorongan, semangat dan tunjuk ajar kepada puak-puak Nomad Kafir ini agar pemerintahan Ahlul-Bait dapat di musnahkan secara beransur-ansur dari muka bumi ini.

KELIHATAN KEAKRABAN ARAB BADWI ARAB SAUDI, KING ABDULLAH, SAUDARA KING FAHD DENGAN PIHAK BARAT DARI MUSUH-MUSUH ISLAM

Nabi s.a.w. bersabda ” Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi Ahlul-Baitku, maka mereka akan berselisih, kemudian menjadilah mereka dari kelompok Iblis “. Sekarang pihak-pihak musuh Allah sedang membodek Raja Abdullah untuk menghakis kesan-kesan Islam di bumi Arab termasuk keinginan mereka agar kerajaan Saud meruntuhkan Kubah Hijau Makam Nabi S.A.W di masjid Nabawi. Semua ini mudah dilakukan bila mereka berjaya meruntuhkan kerajaan Panglima-Panglima Ahlul-Bait Islam Moghul, Delhi di benua Hindi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1858 bila rajanya bernama Abu Zafar Sirajuddin Muhammad Bahadur Shah Zafar atau lebih di kenali sebagai Bahadur Shah Kedua di buang daerah ke Burma atau Myanmar.

Bila bantuan dari kerajaan Moghul Hindi dapat dilumpuhkan terus ke atas orang-orang Melayu berjaya dibuat, kepungan ke kawasan Kota Star mula di rencanakan. Walaupun ada gerakan menyelamat Khalifah-Khalifah Islam Merong Maha Wangsa Ahlul-Bait di buat oleh Panglima-Panglima Islam Manchu China dan sekitarnya seperti kerajaan Majapahit, Minang, Pasai dan lain-lain namun usaha ini gagal dan sia-sia.

Ini kerana Raja Islam Manchu China sibuk dengan ancaman dari kuasa baru Jepun selepas diperkasakan oleh negara-negara Barat yang di ketuai oleh si laknat Britain di samping Perancis dan Amerika Syarikat. Di samping itu kerajaan Islam Manchu sibuk dengan ancaman kuasa-kuasa Impearalis Barat yang mula mengerumuninya, sehingga tercetusnya Perang Candu di tahun 1839 sehingga tahun 1860 seperti semut mengerumuni gula.

Selepas tentera British bersusah payah bersama Tentera Berikatnya yang terdiri dari Tentera Pemberontak Ahmad Tajudin Almarhum Melaka, Tentera-Tentera Selat dan pasukan Tentera Kafir Buddha Thai mengasak Kekhalifahan Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa yang ketika itu berpusat di Kota Star, hasilnya mereka berjaya membunuh Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Syed Jaafar Muadzam Syah di Gurun, Kedah pada tahun 1867.

Selepas tumbangnya Empayar Merong Maha Wangsa ini usaha di teruskan oleh kuasa Imperialis ini sehingga berjaya melenyapkan penguasaan mutlak kawasan laut samudera di wilayah timur ini oleh Kerajaan Melayu Merong Maha Wangsa. Kemudian pada tahun 1910 kerajaan Islam Usmaniyyah pula berjaya di tumbangkan pemberontak iaitu Boneka British yang bernama Kamal Pasha atau Mustafa Kamal Attarturk apabila rajanya Abdul Hamid Khan Kedua di gulingkan dari pemerintahan.

Ini diikuti oleh penawanan Kota Islambul atau Istanbul oleh Tentera British pada tahun-tahun berikutnya. Dan akhirnya pembubaran kerajaan Islam Manchu China di tahun 1911 serta penguasaan total bumi Hijaz di tahun 1924 oleh juga Boneka British iaitu kerajaan Saud dari tangan Syarif Husein Ahlul Bait Nabi s.a.w.

Video ini melakarkan gambar-gambar tokoh-tokoh Panglima dari kalangan orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam. Ada di kalangan mereka berjaya menjadi Maharaja, Presiden dan Perdana Menteri ditempat masing-masing seperti Salahuddin al-Ayubi, Napoleon Bonaparte, Ghengis Khan, Khalid al-Walid r.hu dan George Washington.

Tapi bukannya jawatan Khalifah dan Sultan, sebab ianya milik mutlak keluarga keturunan Nabi s.a.w. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar al-Faruq r.hum adalah bapa mertua Nabi s.a.w. hasil pernikahan baginda dengan Aisyah dan Hafsah r.huma. Khalifah Usman r.hu dan Khalifah Ali Karamallahu Wajhah r.hu pula ialah menantu kepada Nabi s.a.w. hasil perkahwinan mereka dengan Ruqayyah, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahrah r.hun. Manakala Khalifah Muawiyah r.hu ialah ipar Nabi s.a.w melalui perkahwinan baginda s.a.w. dengan Ummu Habibah r.ha.

MAKAM TANGAN PANGLIMA AHLUL-BAIT YANG BERNAMA JAAFAR AT-TAYYAR BIN ABU TALIB R.HU YANG TERPUTUS DIKEDUA-DUANYA UNTUK MEMBELA RASUL S.A.W. YANG KETIKA ITU BERADA DI KOTA MADINAH. BELIAU JUGA MERUPAKAN SEPUPU NABI S.A.W YANG MENENTANG 400,000 TENTERA ROM

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. hendak menghantar Panglima-Panglimanya ke Medan Muktah di Jordan, Nabi s.a.w. telah menghantar rombongan dakwah guna untuk mengajak orang-orang Rom di sana dan orang-orang Badwi Ghassan untuk memeluk agama Islam tetapi puak-puak kafir ini telah membunuh utusan-utusan tersebut.

Di dalam penulisan sejarah mencatatkan ” Baginda s.a.w, telah membuat satu bendera putih dan telah menyerahkan bendera itu kepada Panglima Zaid r.hu. Baginda s.a.w. sendiri telah keluar bersama satu kumpulan daripada mereka untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka,” sila rujuk m.s 116 kitab Kisah Sahabat.

Baginda telah melantik tiga orang Panglima untuk peperangan Muktah ini yang di ketuai oleh Panglima Zaid r.hu. Sabda nabi s.a.w ” Sekiranya beliau syahid maka Jaafar bin Abu Talib akan menjadi Amir dan jika beliau juga syahid, Abdullah bin Rawahah akan menjadi Amir. Sekiranya beliau juga syahid maka orang-orang Islam bolehlah melantik sesiapa sahaja mereka suka menjadi Amir.” Seorang Yahudi yang mendengar perbualan itu berkata ketiga-tiga mereka pasti akan syahid. Itulah maksud yang dibawa oleh kata-kata sedemikian daripada para nabi yang terdahulu,” sila rujuk m.s 116 kitab Kisah Sahabat. Benar seperti yang tercatat dalam sejarah. Panglima-Panglima ini bermati-matian berjuang sehingga bendera itu diambil alih oleh Panglima Jaafar Tayyar r.hu setelah Panglima Zaid r.hu gugur mati syahid.

Oleh sebab beliau sebagai Panglima maka beliau perlu membawa bendera itu ke mana saja beliau berada. Sejarah mencatatkan ” Pada mulanya bendera itu berada di tangan kanan. Orang kafir telah memotong tangan kanannya, supaya bendera itu jatuh. Dengan segera beliau telah menyambar bendera itu dengan tangan kiri. mereka telah memotong tangan kirinya juga. Maka beliau telah menahan bendera itu dengan dua lengannya serta menggigitnya kukuh dengan gigi. Seorang kafir telah datang dari belakang lalu menetaknya sehingga beliau terbelah dua. Yang menyebabkan beliau terus jatuh. Pada masa itu umurnya baru tiga puluh tiga tahun. Abdullah bin Umar r.huma berkata selepas itu apabila kami menggangkat mayat Jaafar r.hu daripada mayat-mayat, didapati sembilan puluh liang luka ada di bahagian hadapan badannya,” sila rujuk m.s. 118 kitab Kisah Sahabat.
Beliau mendapat gelaran at-Tayyar dari Nabi s.a.w. iaitu bermaksud Dua Sayap. Iaitu di akhirat kelak hanya beliau seorang sahaja dari ahli syurga yang akan mempunyai dua sayap. Kemudian tugas Panglima Perang di pangku pula oleh Abdullah bin Rawahah r.hu juga gugur syahid sebelum dipilih sebulat suara oleh tentera Islam Khalid bin al-Walid r.hu sebagai Panglima yang mana semua peristiwa itu berlaku semasa Nabi s.a.w masih hidup dan berada di Kota Madinah al-Munawwarah.

KITAB TESIS ANA YANG BERTAJUK ” HAK-HAK BERPOLITIK BAGI RAKYAT JELATA “

Kitab kajian dan terjemahan ana ini yang berjudul ” Huquq al-Siasah Lil Raiyyah ” yang bermaksud ” Hak-Hak Berpolitik Bagi Rakyat Jelata ” merupakan buku karangan Syeikh Dr. Ahmad al-Iwadi. Ia membincangkan tentang Definisi Hak dan Politik dalam Islam. Di dalam kitab ini ada termaktub Syarat-Syarat menjadi Khalifah dan Ketua Negara dalam Islam. Antaranya ialah :

1. Beragama Islam yang Mukmin.

2. Syarat Bermastautin, iaitu tinggal tetap di kawasan kota pemerintahan berkenaan.

3. Cukup Umur dan Berakal.

4. Lelaki, tidak boleh perempuan walaupun sebagai HAKIM SYARIE.

5. Merdeka dan Bebas, tidak boleh seorang hamba abdi seperti keluarga Saud di Riyadh.

6. Adil, tidak boleh dikenali sebagai pelaku DOSA BESAR ATAU KECIL.

7. Berilmu, iaitu yang faham ilmu selok-belok mengenai Ijtihad.

8. Mampu untuk Melihat, Mendengar dan Boleh Berkata-Kata.

9. Al-Qurasyiyyah, iaitu seseorang yang mesti berdarah keturunan Quraisy.

Semoga Allah s.w.t. memberi kefahaman serta pencerahan kepada kita untuk memahami kehendak Allah dan Rasul s.a.w. di dalam kehidupan seharian kita. Dan memahami sejarah, jalan cerita dan teknik yang digunakan oleh-oleh musuh-musuh guna untuk menjahanamkan kita. Semoga Allah Azza Wajalla menjaga kita, masyarakat kita, anak cucu cicit kita tercinta dan negara kita amnya dari ancaman dan gangguan mereka, aaamin yarabbal aaalamin.

Dicatat oleh MEGAT AL-JEFRI

Leave a Comment

Filed under Sejarah

Bawang, Teh Hijau dan Daun Zaitun mengurangkan lemak dan berat badan.

Seorang profesor perubatan bio telah mendapati bawangteh hijau dan pati daun zaitun boleh melawan obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan seperti penyakit jantung, kencing manis dan lemak dalam hati, walaupun melibatkan diet yang tinggi lemak dan karbohidrat.

Prof Lindsay Brown, dari University of Southern Queensland,menguji pelbagai makanan pada tikus yang diberi makan diet yang tidak sihat yang tinggi dari segi gula dan lemak.

Beliau mendapati makanan tertentu yang membantu menghalang pertumbuhan sel-sel radang dalam pad lemak haiwan, (terletak di dalam abdomen, yang mengambil lemak dari aliran darah dan menyimpannya), laporan Daily Telegraph.

Tikus yang diberi makan makanan seperti bawangteh hijau, ekstrak daun zaitun, lobak ungu dan benih chia telah mengurangkan jumlah sel-sel lemak dan menurunkan berat badan menjelang akhir kajian, walaupun mengekalkan pemakanan yang tidak sihat secara keseluruhan.

Tikus itu juga didapati meningkatkan fungsi hati dan jantung yang lebih baik.

Brown berkata bahawa mesej utama kajian beliau adalah bahawa ‘people should eat better rather than eat less‘.

Bawang dan pati daun zaitun mengandungi flavonoid yang dipanggil rutin ( juga dijumpai dalam epalteh dan wain merah )yang Brown dapati mampu terbalikkan atau menghalang perubahan metabolik pada tikus yang diberi makan yang tinggi gula dan diet tinggi lemak.

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Nutrition and the Current Pharmaceutical Biotechnology.

Leave a Comment

Filed under Kesihatan

MEMALI: Salah Satu Kezaliman Pewaris Penjajah.

Hari ini tanggal 19 November genaplah 26 tahun mengikut kiraan kalender masihi berlakunya tragedi berdarah Memali. Sebenarnya tragedi Memali adalah kesinambungan kezaliman kerajaan warisan penjajah terhadap rakyat marhaen yang telah sekian lama di tindas dan di zalimi.

Kg. Memali, terletak di Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

 

 

Artikel ini bukan bermaksud untuk mencerita kembali peristiwa tersebut kerana cerita2 tragedi ini boleh kita dapati di mana2 saja blog pro perjuangan Islam di Malaysia ini. Artikal ini adalah bertujuan untuk menyingkap kembali kezaliman2 yang telah di lakukan oleh pihak penguasa sejak dari zaman darurat sehinggalah pada hari ini. Perlu di ingatkan di sini Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang yang amat menentang kuat akta ISA yang telah di luluskan oleh parlimen Malaysia pada tahun 1960 mengantikan undang2 darurat yang di kuatkuasakan pada 1948.

 

Undang2 darurat telah di wujudkan oleh pihak penjajah apabila merasakan kesedaran nasionalisme rakyat pada ketika itu bisa mendatangkan mudarat kepada pihak British. Parti-parti dan pertubuhan berhaluan kiri seperti KMM, PETA, BTM, PKMM, API, AWAS, Hisbul Muslimin, PKM dan lain2 lagi telah di haramkan untuk bergerak secara sah di Malaya.

Pihak British hanya membenarkan parti-parti berhaluan kanan iaitu parti yang terus menyokong penjajahan seperti UMNO bergerak dengan tiada gangguan. Pemimpin2 kesatuan dan parti2 politik kiri kebanyakannya telah di tahan di bawah akta darurat ini. Antaranya adalah Ahmad Boestamam, Rashid Maiden, Kamarudin Teh, Ishak Mahmod, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Taharudin, Bizar Ahmad dan lain-lain lagi.

 

 

Namun begitu pemimpin2 yang berjaya mengelakkan diri dari di tahan oleh pihak British yang disokong UMNO pada ketika itu telah mengambil jalan mengangkat senjata seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Taharudin dan beberapa orang lagi. Dr Burhanudin Al Helmy yang memimpin PKMM di waktu itu telah berjaya meloloskan diri ke Singapura untuk mengelakan diri dari menjadi mangsa tangkapan ini.

 

Di sinilah telah bermulanya perjuangan menentang penjajahan secara terbuka oleh rakyat terhadap penjajahan British pada ketika itu. Golongan yang masuk ke hutan telah mengunakan penentangan secara bersenjata dan golongan yang terselamat dari tangkapan itu mengunakan saluran politik bagi meneruskan perjuangan menentang penjajah British.

 

 

Pihak British telah melancarkan perang secara besar-besaran terhadap perjuangan bersenjata ini dan bagi mereka-mereka yang di tangkap kerana bersubahat dengan gerakan gerila ini akan di buang negeri atau di hukum gantung sampai mati.

 

 

Seperti apa yang terjadi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya, pihak British juga telah menjalankan perang saraf terhadap anggota pejuang kemerdekan ini dengan segala momokan bagi menjauhkan sokongan rakyat terhadap perjuangan ini. Istilah ajaran sesat yang di tujukan kepada Ustaz Ibrahim Libya sebenarnya telah lama di semburkan kepada pejuang2 kemerdekaan ini.

Ulama2 atau mereka yang di anggap sebagai orang agama pada ketika itu telah bersekongkol dengan pihak British mengeluarkan fatwa demi fatwa bahawa komunis tidak percayakan Tuhan atau lebih tepat lagi anti agama. Sehinggakan dalam satu peristiwa yang telah di ceritakan oleh Abdullah Cd dalam memoirnya, pada suatu ketika sewaktu darurat masih belum berkuatkuasa beliau didatangi oleh bapanya dan pada besoknya mereka telah sama2 bersembahyang di Masjid Ipoh. Setelah keluar dari masjid itu datang sekumpulan manusia yang meminta beliau agar masuk kembali Melayu. Mereka menyuruh beliau agar bersembahyang semula dan mengingatkan beliau bahawa komunis itu perosak agama.

 

 

Peristiwa yang berlaku terhadap Ustaz Ibrahim ini hanyalah sebagai ulang tayang kepada generasi yang mahu memikirkannya. Apakah yang di hairankan dengan kepungan oleh pihak polis ketika mahu menahan beliau dan penduduk Memali jika anda kenangkan apa yang telah berlaku terhadap rejimen ke 10. Apakah ada yang lebih dahsyat lagi jika hendak dibandingkan dengan operasi kepung dan basmi yang di lancarkan oleh pihak penjajah dan disokong oleh pemimpin melayu terhadap perjuangan Parti Komunis Malaya?

dari: kini & silam

3 Comments

Filed under Politik, Sejarah, Undang-undang

Malaysia Pembela dan Penyumbang Israel.

 Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

di atas ialah bukti jelas bergambar bahan – bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia – Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Persoalan hubungan dagang inilah yang menyebabkan YB Er Teck Hwadiarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat.
Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut respon dari Menteri yang bertanggungjawab.
Kejadian ini seharusnya diangkat dalam media dan menjadi catatan sejarah penting dimana membuktikan betapa munafiknya negara ini. Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi negara haram Israel.
Satu lagi rekod yang perlu ditandakan hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ?

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini.

Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.
Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.

Ini gambar Menteri Umno dan dibelakang beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia – Thailand.Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononnya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar.Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. Walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. Maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

1 Comment

Filed under Ekonomi, Negara Islam, Politik

Babi d Zina d Riba.

Masih ingat lagi ketika saya dalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh di kalangan kami yang si”polan” membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.

Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan “pasukan peninjau” dari pelbagai jabatan melawat ke tempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar.

Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di sesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.

Dari dulu hingga kini kita seringkali dikhabarkan dengan info bahawa banyak produk-produk harian yang kita guna mengandungi unsur babi. Begitu hebatnya kesedaran masyarakat melayu kita hinggakan semua aspek “kebabian” dijaga dan harus dielakkan dgn semutlak-mutlaknya.

Masyarakat melayu telah di”brainwash” dari kecil yang babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yg di “key in” ke dalam minda separuh sedar kita ini (melalui proses brainwash) menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier.

Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan di depan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dengan secepat yang mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu “tak boleh ikut jalan lain ke dan mcm2 lagi…” satu tindakan automatik minda separuh sedar.

Tetapi, di dalam Islam saya belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita sudah di”brainwash”, ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.

Apa yang pasti Allah berfirman “Janganlah kamu menghampiri ZINA“, jadi amat berat lagi zina berbanding babi hinggakan menghampirinya pun tidak boleh, tetapi disebabkan kita tidak di”brainwash” dari kecil yg pergaulan bebas lelaki dan wanita itu sebaik2nya dielakkan, maka apabila dewasa untuk membataskan sempadan pergaulan lelaki dan wanita yang mana kebarangkalian untuk menjurus ke arah zina itu amat tinggi amat sukar untuk di wujudkan.

Ditambah pula dengan generasi pemimpin2 sekarang yang rata2nya mendapat pendidikan di barat, jadi untuk mengasingkan pekerja lelaki dan wanita di pejabat dianggap suatu yang jumud dan kuno, sedangkan itu juga menjurus ke arah zina, malah dari kecil lagi kita dicampurkan lelaki dan perempuan di sekolah2 sama dengan konsep barat.

Kita di”brainwash” dari kecil hinggalah dewasa menerusi TV dan filem2 yang lelaki dan wanita itu mesti dan wajib bercinta sebelum kahwin dan amatlah perlu kenal mengenali sebelum kahwin, nak tahu serasi ke tidak, nak mendalami perasaan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mengikut landasan Islam untuk mengenali pasangan. Malah berdating berdua2an, ringan2 dan akhirnya terjebak dengan zina. Landasan berkasih sayang adalah menurut “kitab” ajaran Hollywood, Bollywood, Kollywood (Korea) dan Indowood (Indonesia).

Zaman materialistik membuatkan kedua2 ibu dan bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak2 di rumah tanpa didikan, perhatian dan tunjuk ajar. Anak lebih di”anggap” seperti binatang ternakan yang hanya perlu diberi makan (oleh orang gaji) dan juga pendidikan (unsur2 luaran) tanpa perlu tunjuk ajar yang lebih sempurna dari ibu bapa.

Lebih mudah menjaga anak dengan menyuruh melihat TV, internet atau main video games, malah ketika menonton filem2 cinta terutamanya filem hindustan anak2 juga diajak menonton bersama. Apa yg dilihat di TV dirakam secara mutlaknya ke dalam minda separuh sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Jadi generasi yang kita lihat sekarang adalah generasi yang dididik dengan filem2 percintaan dari luar malah filem cinta melayu juga tak kurang hebatnya.

Jika dulu buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan, apa nak dihairan sekarang jika buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan.

————————————————————————————————–

Di dalam kehidupan masyarakat melayu kita, jika ada lelaki dan perempuan yang ditangkap kerana berzina atau berkhalwat maka mereka juga akan dicemuh. Ada kalanya pasangan tersebut terutamanya lelaki akan dibelasah oleh orang kampung. Masyarakat sekeliling akan sibuk mengata malah hingga ke tahap mengumpat tentang kejadian yang berlaku.
Walaupun masyarakat Islam kita tidak mengamalkan hudud, mahkamah syariah akan mengenakan denda ke atas pasangan tadi. Jika perkara yang sama berlaku kepada masyarakat agama lain, mereka juga akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat setempat.
Saya sudah membangkitkan isu babi dan zina dalam artikel di atas, apa pula kaitannya kali ini dengan riba?

Dari kecil lagi pemikiran masyarakat kita sudah di”corak” atau di”acu” supaya menjauhi babi dan mencemuh mereka yang berkhalwat atau berzina. Begitu hebat bencikan babi ini hinggakan dari segala segi harus dijaga, dari menghampirinya, dagingnya, tempat masak hinggalah kepada bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang mesti juga tidak diperbuat dari unsur-unsur babi.

Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju ke arah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari “kawalan minda” dari alat “hipnosis” atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem”fatwa”kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber”dating”, ber”couple” dan berkasih-kasihan.

Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir dengan zina itu sendiri?

Berbanding babi dan zina, riba’ pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba’ ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding babi dan zina. Kerana apa?

Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan “kebaikan-kebaikan” riba’ itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba’lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba’ lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?

Dengan sistem riba’ jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah “imun” dengan riba’ itu sendiri, jadi bencikan riba’ itu amat jarang terdapat dalam kamus kehidupan masyarakat berbanding babi dan zina.

Mungkin juga perkataan riba’ ini suatu yang baru kerana riba’ sebelum ini berselindung di sebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, “Berapa kadar riba’nya Encik…? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?

Selain dari sikap jijiknya terhadap riba’ itu tidak disemai dari kecil, riba’ itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti babi dan zina. Daging babi suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penyelidikan sains pula membuktikan daging babi itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut si perempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan.

Tidak seperti riba’, disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah.

Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba’ diterima pakai oleh kebanyakan manusia.

Ada pula yang berkata, “Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri”. Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup di dalam riba’, malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba’ sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian.

Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba’, maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba’ itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan di muka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)

Dari sistem ekonomi riba’ inilah menyusulnya masalah sosial yang lain di dalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar.

Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka.

Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri
. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba’, lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali.
 (Ahmad, Baihaqi)
Saya tidak pasti jika hadis di atas ini cukup kuat untuk mengajak manusia menjauhi riba’. Kesedaran harus diwujudkan di kalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba’ itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah daripada sikap kita yang lena melayan sistem riba’ itu sendiri.

Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat “pulangan hanya dengan masa”, mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka “syurga” itu sudah dikecapi di dunia lagi, akan tetapi di akhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat ke langit (Israk Mikraj).

Moga hidayah dan “nur” dari Allah akan sampai ke hati mereka sebelum mereka di”sembahyang”kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari ke hari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba’ itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba’ itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.

Saya mengajak rakan-rakan berusaha kearah menjauhi riba ini agar hidup kita didunia ini lebih diberkati, diredhai dan dipermudahkan oleh Allah dan bukan hidup dengan diperangi oleh Allah dan Nabi. Berusahalah lebih kepada menjadi “pemberi” kepada insan-insan lain kerana melalui riba’ itu kita hanya menjadi “pengambil”, mengambil hak orang lain secara tanpa disedari.

Memberi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, malah memberi dan menyampaikan ilmu dan sikap ringan tulang membantu sesama manusia itu juga yang disukai Allah dan akan dipermudahkan kehidupan kita olehNya, (Surah Al Lail 92:5-7).

Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga di dunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.

artikel asal dari: Syurga Di Dunia.

1 Comment

Filed under Agama dan Islam, Ekonomi