SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.

1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun, Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang, Kedah Darul Aman.

2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh di Permatang Harimau, Mukim Lesung, Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda

3. Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan di tanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang, Kedah.

4. Pada tahun 1876 masihi juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang, Kedah.

5. Di Bukit Raya daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad. Beliau dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang. Warisnya berjaya disembunyikan dan masih ada hingga kini.

6. Laksemana Tunku Ibrahim menemu ajalnya dengan dibunuh di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah. Makamnya terdapat di Makam Langgar, Sungai Emas, Kuala Muda, Kedah.

7. Manakala Raja Siam Negeri Salama Benua Islam Siam Kedah, Sultan Nai Long Abu Toha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (adinda Long Jaafar) dibunuh di Kampung Ayer Melintas, Kepala Batas, Pulau Pinang (ayahanda Nai Long Ibrahim). Salasilahnya membawa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

8. Sultan Ismail Raja Kinta dan Sultan merangkap Menteri Larut Matang, Nai Ngah Ibrahim,ditangkap di Kampung Raja Berlindung, Sidim, Baling, Kedah oleh Inggeris setelah kembali dari majlis pengkebumian Almarhum Sultan Jaafar Muadzam Syah dan dibuang ke benua Afrika. Maklumat kedudukkan mereka di Baling ini diberikan oleh Sultan Abdul Hamid bakal Sultan Kedah yang mahukan kuasa dan sanggup berpakat dengan thai untuk membunuh Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah, Raja Besar Benua Siam terakhir, dari waris Bani Hashim.

Paduka Seri Sultan Abdul Hamid : Cantikkan pakaian ala barat ini? segak dan bergaya tanpa jubah mahu pun serban. Pelaris di kedai-kedai?… betulkan iqtikad anda dahulu. Cuba bandingkan dengan pakaian rasmi Rama V Chulalongkorn yang memerentahkan agar Sultan Jaafar Muadzam Syah dibunuh dalam tahun 1876 dahulu. Tak banyak bezanya, bukan. Dah tengok gambar Sulltan Selangor yang pertama? berbaju melayu, bertanjak atau Sultan Yusuf Al Mahdi yang segak bersongkok. Cuba anda buat perbandingan.

9. Selain membunuh sultan dan pembesar negeri, penjajah raja Buddha juga memusnahkan banyak harta-harta peninggalan yang membuktikan sejarah keagongan Islam Benua Siam Kedah. Antaranya,

i. Istana Raja Iskandar Zulkarnain dan masjid di Lakhokna (Laguna Merbok) Pulau Tiga Sungai Merbok. Masjid tersebut adalah tempat perlindungan Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada tahun 1876 Masihi. Ini sudah pasti tidak diceritakan akan tetapi yang di ceritakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah pun pernah singgah di istana ini sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka.

ii. Penceroboh juga memusnahkan Istana Pho Diset Sultan Saidina Jamalul Alam Badrul Munir di Ayut’ia Pinang Tunggal, Kedah Darul Aman.

iii. Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir yang terletak di puncak Bukit Choras dan gudang yang terdapat di Bukit Gedong juga dimusnahkan.

iv. Mereka memusnahkan istana Sultan Saidina Hussin Ali Rah yang terdapat di Kota Pagar Ayer, Mukim Limbong, Kedah

v. Istana milik Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussin Syah Ali Rah yang berada di Alor Raja, Mukim Langgar, Kedah turut dimusnah. Makam Sulltan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi dijumpai ditimbus bagi mengelak ia di musnahkan oleh penjajah thai dan kini berada di Tanjong Inggeris, Langgar.

vi. Di Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah, iaitu di Kota Sarjana mereka memusnahkan istana Sultan Mohammmad Syah Yang Adil bergelar Baba Ghiyai.

vii. Istana Kota Naga milik Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Syah yang Adil. Baginda bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia dan tapak istana itu terletak di Kampung Naga, Jenan, Kubang Pasu, Kedah juga turut jadi sasaran penjajah ini. Baginda Sultan Rijaluddin ini lah yang bergelar Parameswara sewaktu semenanjong ini masih bergelar semenanjong Melaka.

viii. Selain itu istana di Kampung Kota Siputih, daerah Kubang Pasu, Kedah juga dimusnah. Istana tersebut ialah milik Aishah Begum @ Mah In Intatiral dari Dinasti Ayut’ia 1530 masihi. Baginda adalah permaisuri Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Bahadur@ Babur, Raja Monggol India.

ix. Istana Raja Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja Abu Kasim yang terdapat di Kota Kerengga Gunong, Kedah turut dimusnahkan.

x. Istana Kota Meang Kuang yang terletak di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu, Kedah milik Maharaja Siam dinasti Ayut’ia ke 33 iaitu Boromoraja V Ekataat Maha Dammai Yaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah.

xi. Istana Persinggahan Tong Bau Kerut Raja Siam Songkhla milik Nai Lang @Syed Alang Alauddin yang terdapat di Kampung Tualang, Mukim Tualang, Kedah juga turut menjadi mangsa kemusnahan.

xii. Istana milik Sultan Tunku Long Taha iaitu raja negeri Legeh juga turut dimusnah. Istana bernama Kota Burha tersebut terletak di Kampung Chelong, Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.

xiii. Istana Kota Bukit yang terdapat di Kampung Kota Bukit, Jeniang, Kedah milik Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah juga dimusnahkan.

xiv. Istana Kota Ruman milik Radin Megat Tamtunggal, Radin Megat Tamtunggal ialah putera Raja Jammu Patani. Istana tersebut didirikan di Kampung Kuala Ruman, Sik, Kedah juga jadi sasaran penceroboh untuk melenyapkan keagongan Benua Islam Siam Kedah.

xv. Di Kampung Pelantik, Sik, Kedah terdapat Istana Kota Aur milik Sultan Idris Jammu Patani juga turut dimusnahkan tentera mereka.

xvi. Di Kuala Ketil, Kedah Istana Tanjung Puteri milik Tunku Dayang, (juga turut dibunuh).

xvii. Istana Kota Palas, Gunong Raya, Padang Mad Sirat, Langkawi, Kedah ialah milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah turut dimusnahkan (rujuk Undang-undang Kedah ms 17). Makam baginda ditimbus dengan tanah dan baru sahaja ditemui semula. Taktik yang sama digunakan untuk menggaburi mata penceroboh Buddha Thai sepertimana mana pada makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi.

xviii. Istana Raja Siam Khun Waran Wangsa dinasti Ayut’ia tahun 1548 M iaitu Sultan Jalil Yaacob Syah (UUK,ms2) yang terletak di Tanjung Kuah, Pulau Langkawi, Kedah juga jadi sasaran kemusnahan oleh penceroboh.

xix. Istana ayahanda Raja Negeri Kubang Pasu Nai Doi. Manakala istana Sultan Maharaja negeri Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja yang terdapat di Kampung Pulau Maharaja, Mukim Padang Perahu daerah Kubang Pasu juga turut dimusnahkan.

xx. Dengan kekuatan peledak (bom) yang dibekalkan oleh penjajah Inggeris kepada penceroboh, mereka terus menerus cuba melenyapkan bukti-bukti kegemilangan pemerintahan raja Islam Benua Siam di sini. Mereka terus memusnahkan Istana raja Siam Kamboja iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III Kedah yang terletak di Dusun Raja, Padang Sanai, daerah Padang Terap Kedah.

xxi. Di belakang masjid Kampung Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah ada terdapat Istana Putera Maharaja Siam Ligor Pho Chan Koya Long Mud Zafar Syah III Kedah. Istana tersebut juga turut dimusnah.

xxii. Di Kampung Pengapit Batu, Mukim Tajar Kedah istana raja daerah Kota Setar iaitu Sultan Datuk Tajuddin Yahya (Nai Inderajaya) ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah juga dimusnahkan. Ada yang mengubah sejarah dengan mengatakan bahawa baginda adalah Ahmad Tajuddin Halim Syah II. Ini tidak benar.

xxiii. Istana Bukit Mariyam (merujuk kepada Syarifah Mariyam, permaisuri Raja Merong Mahawangsa) di Kuala Muda, Kedah juga dimusnahkan oleh penceroboh raja kafir Thai. Hari ini bukit tersebut ditukar nama kepada Bukit Meriam bagi menutup sejarah realiti.

(Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dapatkan maklumat ini untuk tatapan saudara/i. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh para syuhadah yang berjuang menegakkan agama islam dizaman itu – Al Fatihah)

Leave a comment

Filed under Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s